Dipetik dari http://theunspinners.blogspot.com/
UNSPIN: Mahaguru 58 turut dedah amalan Ikrar Lafaz Taklik oleh PAS.
The Unspinners telah dedahkan perkara ini seawal September 9hb, 2009. Kemudian kami ulangi sekali lagi pada September 28hb, 2009 sebelum PRK Bagan Pinang.
Kini Mahaguru 58 - seorang blogger yang berkecuali dalam politik dan tidak malu kepada publisiti dan perhatian - mengulang perkara yang sama. Beliau baru saja mengatur pertemuan antara blogger-blogger dengan Dato Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Md Isa.
Pertemuan itu telah menimbulkan kontroversi disebabkan ada blogger yang tidak datang tidak beretika pula. Kalau tuan punya badan minta jangan dihebohkan perkara sensitif tertentu, usahlah dihebohkan. Hormatilah permintaan. Kalau dalam kewartawanan, dia dipanggil maklumat off the record.
Tulisan blog beliau berkenaan Ikrar Lafaz Taklik dipetik seperti berikut:
Hanya benda ini saya nak kongsi dengan anda pembaca budiman.
Ini pun setelah saya menelefon meminta pengesahan akan perkara ini dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang merupakan sahabat saya.
Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini di dalam blog saya ini.
Perkara tersebut mengenai kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding di dalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum sama ada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen di bawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!
Hal ini merupakan perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS dalam majlis dialog itu.
Memang saya tidak menyangka sama sekali bahawa adanya peraturan seperti itu diwajibkan oleh PAS!
Memang brutal tetapi ternyata amat berkesan sekali!!!
Harap tuan-tuan dan puan-puan pembaca dan blogger tolong sebarkan perkara ini.
Kepada sesiapa yang membaca perkara ini diharap dapat digembar-gemburkan agar rakyat tahu perkara sebenar. Betapa jijik sekali politik PAS hingga mengguna agama untuk untuk mendapatkan kuasa politik.
Ini menunjukkan ulama dalam PAS bukan ulama tetapi orang yang menggunakan agama sebagai alat saja untuk berkausa. Hal ini merupakan perkara keji yang dilakukan oleh PAS demi kuasa hingga sanggup memperalatkan kesucian rumahtangga sebagai bahan cengkeram atau ugutan.
Justeru, memang layak PAS dipanggil sebagai Parti Ajaran Sesat / Parti Ajaran Saitan



