SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Pemuda BN demonstrasi di depan DUN Pulau Pinang


Sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di depan bangunan DUN Pulau Pinang dan seorang dalam kumpulan itu membakar foto Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Demonstrasi tersebut dianjurkan sebagai membantah pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa "tidak cekap dan teragak-agak" membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah rakyat dan juga gagal menunaikan janji pilihan raya umum 2008.
Diketuai oleh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, demonstrasi itu bermula kira-kira 12.15 tengah hari dan berakhir hampir sejam kemudian ketika sidang DUN Pulau Pinang sedang berlangsung hari ini.
Penunjuk perasaan menaikkan sepanduk anti-kerajaan dengan dakwaan Guan Eng  tidak cekap mengendalikan beberapa masalah seperti Kampung Buah Pala, Rumah Hijau Mak Mandin dan juga projek kontroversi menebus guna tanah. Berita selanjutnya klik sini

Najib musykil doa diturunkan bala oleh Nik Aziz


Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak akan meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf berhubung hasrat menteri besar Kelantan itu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan beliau dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan. Perdana menteri berkata Nik Abdul Aziz perlu sedar ramai umat Islam melihat kenyataannya (Nik Abdul Aziz) itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keislaman.

"Saya tidak faham mengapa perlu berdoa sedemikian sebab memang kita bagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan.
"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain," kata perdana menteri kepada wartawan Malaysia ketika ditanya mengenai perkara itu di Port of Spain semalam.
Najib berkata sebelum ini pun kerajaan pusat memperuntukkan lebih RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk rakyat Kelantan walaupun negeri itu diterajui pihak lain.
"Jadi, macam mana pula mereka nak tuduh kita ni tidak adil dan sebagainya," katanya yang berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2009 yang berakhir semalam.
Menurut perdana menteri, segala isu boleh dibincang untuk mencari jalan penyelesaian, dan bukannya digunakan untuk mencetus pergaduhan.
"Berbalah sesama sendiri merupakan sesuatu yang tidak diterima dalam Islam, begitu juga apabila kita mengutuk orang lain tanpa asas," kata Najib.
Beliau sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan pusat akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun hadapan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu. (BERNAMA-Malaysiakini)

Doa Diturunkan Bala Oleh Nik Aziz


Berdasarkan klip video di atas, cuba anda nilai sendiri seorang Tok Guru yang mendoakan agar diturunkan bala kepada DS Najib dan Zahid.

Dari dulu Parti Ajaran Sesat ini suka mendoakan keburukan dan nampaknya satu persatu keburukan diterbalikkan kepada mereka. Bahkan solat hajat Perdana sering dibuat dalam usaha memohon keburukan kepada musuh PAS.
Tokoh agama dan ulama membidas hasrat Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang  berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.
Mereka mengingatkan Menteri Besar Kelantan itu bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam tanpa mengira pelakunya berpangkat dan berkedudukan, apatah lagi pihak dimaksudkan itu saudara seagama dan seorang pemimpin beragama Islam.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.
Beliau berkata, umat Islam tanpa mengira kedudukan, pangkat, jawatan atau fahaman politik wajib mematuhi hukum Islam yang mengharamkan perbuatan mendoakan kemusnahan saudara seagamanya.
"Berdoa meminta Allah memusnahkan kehidupan dan masa depan orang lain tidak boleh, haram dan berdosa besar. Kalau kepada kafir harbi (tidak tunduk kepada pemerintahan kerajaan Islam) tidak mengapa.
"Sesama Islam tidak boleh berdoa seperti itu. Kita digalakkan mendoakan kesejahteraan orang lain, terutama saudara seagama. Orang berdoa supaya Allah memusnahkan kehidupan orang lain perlu bertaubat dan perlu memohon maaf dengan orang yang dimaksudkan. Kita tidak boleh putuskan silaturahim," katanya ketika dihubungi, semalam.
Nik Aziz kelmarin berkata, beliau dan penyokongnya sudah mendoakan agar Perdana Menteri mengubah fikiran supaya memberikan royalti kepada negeri itu, jika tidak beliau akan berdoa supaya Allah menghapuskan masa depan Najib dan Umno.
"Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah SWT perbetulkan pemikiran Perdana Menteri, biar dia beri (royalti)...kalau tak, kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, kumpulan dia, proksi dia semua akan musnah, tak mustahil benda ini akan berlaku," katanya.
Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata umat Islam yang berhajat supaya orang lain yang seagama dengannya menderita dan kehidupannya musnah sebenarnya mahu mencabar al-Quran yang menegaskan orang Islam bersaudara.

Nik Aziz Sudah Terlalu Takbur


TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.
''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.
"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.
"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.
Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.
Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.
Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.
"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.
"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.
"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.
Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.
Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.
"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.
"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.
"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.
Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.

Nizar Sembunyi Tembelang PAFA



DALAM kegilaan Nizar Jamaludin mengutip wang untuk PAFA (dengan membebankan rakyat dan peminat bola Perak), Dr Zambry menjadi mangsa. Maklumlah sejak Nizar yang giler kuasa jadi presiden, kakitangannya melancong ke luar negara guna RM500,000 duit persatuan itu.
Kini setelah persatuan kering duit dan dalam usahanya menyembunyikan "tembelang"nya, dia tuduh kerajaan negeri tak mahu tolong sebab Dr Zambry nak jadi presiden PAFA. Bekas MB Perak itu patut sedar bukan semua orang giler kuasa macam dia.
Bukan semua orang sanggup gadai maruah bangsa dan agama semata-mata kerana nak jadi MB atau jadi presiden persatuan. Dan yang penting bukan semua orang macam dia sanggup jilat ponggong Ngeh dan Nga kerana tamakkan kuasa, serta bukan semua orang sanggup "jual agama" macam dia.
Yang penting Dr Zambry dah sebut berkali-kali beliau tidak berhajat menjadi presiden PAFA. Menteri Besar Perak itu berpegang pada janji. Kawan-kawan yangmengenali beliau zaman beliau Ketua Pemuda, jadi tahanan ISA, jadi Adun, jadi wakil rakyat, jadi exco dan jadi MB tidak pernah pun beliau mungkir janji. Tetapi dalam perbualan saya dengan orang yang mengenali Nizar termasuk sahabat keluarganya, Nizar hari ini bukan seperti Nizar yang dikenali dulu. Nizar sekarang macam hilang pertimbangan dan mengamalkan matlamat menghalalkan cara.
Jadi kepada bloggers Pakatan Rosak tak payahlah nak spin kononnya Dr Zambry ada hati nak jadi presiden PAFA. Pada Nizar apabila orang suruh berhenti tu berhentila. Don't overstay your welcome dan janganlah terus nak perasan. Klik sini....

Menantu Nik Aziz Letak Jawatan


Akhirnya, menantu Nik Aziz yang dilanda kontroversi meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Abdul Ariffahmi Abd Rahman (gambar kiri), yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.
Beliau, yang juga merupakan exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang medianya.


Dr Novandri Hasan Basri....Klik di sini
Semasa sidang media mengenai perlucutan jawatan Arrifahmi Abdul Rahman, menantu Nik Aziz Nik Mat, Nik Aziz masih mahu berdolak-dalih dan menyalahkan pihak lain yang menyebabkan menantu beliau perlu dilucutkan jawatan beliau.
"Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya.
Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi.
"Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab,"
Jika merujuk kepada kenyataan Nik Aziz di atas, Arrifahmi nampak seperti mangsa keadaan dan bersih daripada segala perkara yang telah didedahkan tentang beliau. Nik Aziz masih mahu mempertahankan menantu beliau walau pun Arrifahmi telah 'dilondehkan' dan segala aktiviti buruk beliau telah diketahui umum.
Dan jawapan Nik Aziz sangat meragukan dan tidak munasabah langsung!
Ini adalah kerana jika beliau benar-benar berpegang kepada kenyataan beliau itu, beliau sudah lama meletakkan jawatan kerana beliau lebih banyak menerima kecaman daripada pihak lawan dan juga rakan politik yang lain!
Dan jika beliau dengan 'senang hati' melucutkan jawatan menantu beliau, beliau sepatutnya juga dengan senang hati meletakkan jawatan beliau di dalam politik untuk 'jaga (elak) fitnah' seperti yang beliau dakwa!
Dan jika Nik Aziz tidak melakukannya, segala kenyataan akhbar yang beliau buat hanyalah sekadar sandiwara seorang ahli politik yang mementingkan diri sendiri.

Mat Sabu: Berterima Kasih Kepada Chin Peng


Sekali lagi, bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu membuat kenyataan yang "menghebohkan", apabila mendakwa bahawa "orang Melayu perlu berterima kasih kepada Chin Peng" (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya), dan mengakui bahawa "agama sebagai candu masyarakat (pada kurun ke-19)".
Kenyataan sedemikian sebenarnya tidak "janggal" dalam forum yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Tetapi, apabila kenyataan ini terkeluar dari mulut seorang pemimpin PAS, maka ia agak "membeliakkan mata" semua orang. Lebih-lebih lagi, apabila dihujahkan oleh penceramah yang popular dengan humornya, maka ia memberi kesan yang "menghiburkan".
Merdeka Review.... klik di sini untuk berita selanjutnya

BERITA DARI PARIT

Program UMNO Dihati Ku, Ceramah oleh BTN Perak






Bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Parit pada 16 hb. Disember 2009 telah diadakan satu program ceramah oleh Biro Tata Negara (BTN) Negeri Perak bermula jam 2.30 petang.
Ceramah oleh penceramah BTN mengenai perjuangan UMNO dan penjelasan isu - isu semasa kepada Ketua UMNO Cawangan, Ketua Kampung, Wanita UMNO Cawangan, Puteri UMNO Cawangan dan juga Ketua PEMUDA UMNO Cawangan. Kehadiran dianggarkan seramai 200 orang.

-------------------------------------




EKSPIDISI BERKAYAK DI SUNGAI PERAK






Pada 11 hingga 13 Disember 2009 yang lalu, Kolej Polytech Mara (KPTM), Bangi dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan Daerah Perak Tengah serta Prestige Outdoor Sport telah mengadakan XPDC Berkayak Sungai Perak yang bermula di Dataran JPS Kuala Kangsar - Parit - Bota. Seramai 38 pelajar dari KPTM Bangi dan 10 orang peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) menyertai XPDC ini.
Pelepasan dari Dataran JPS Kuala Kangsar pada pagi Sabtu, 12 Dec. yg lalu telah disempurnakan oleh YB Hamidah Osman, EXCO Kerajaan Negeri Perak. Peserta XPDC tiba di Pulau Cempakasari, Parit pada jam 5.30 petang hari yang sama setelah berhenti rehat di Pekan Manong.
Pada hari berikutnya, Ahad 13 Disember 2009, YB Dato' Hj Mohd. Zaim Hj Abu Hasan telah melepaskan peserta XPDC dari Pulau Cempakasari Parit pada jam 9.30pagi dan xpdc ditamatkan di Pusat Pembiakan Tuntung Bota Kanan pada jam 12.30 tgh hari.
Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Parit, Drs. Mohd. Nizar Zakaria dan turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Parit, Sdr. Khairul Shahril Mohamed, Penolong Pegawai Belia & Sukan Perak Tengah, En. Shamsul Hafiz dan Timbalan Pengarah KPTM Bangi yang juga Ketua Ekspedisi, En. Wan Ezani b. Wan Mohd. Noor.
---------------------------------


Parit Terus Membangun di bawah Pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Parit kini semakin berubah wajah. Pelbagai bentuk pembangunan dan kemudahan yang disediakan terutamanya di Pekan Parit memperlihatkan bahawa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional begitu prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan dan kemudahan untuk dinikmati oleh penduduk di kawasan Parit.

Terkini, lebih 3,000 penduduk dari 10 kampung di mukim Belanja kini lega berikutan jambatan pejalan kaki dan motosikal yang dibina menghubungkan Belanja Kiri dan Pekan Parit sudah siap beroperasi sepenuhnya September lalu. Jambatan sepanjang 700 meter dan lebar tiga meter itu dibangunkan dan dibiayai Kerajaan Pusat dengan kos keseluruhan RM5 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belanja, Dato’ Mohd Zaim Abu Hasan, berkata jambatan itu memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk termasuk pelajar dari beberapa perkampungan seperti Kampung Sadang, Sadang Tengah, Sungai Korok, Aji, Nyior dan Changkat Banjar.
Katanya, jambatan itu juga dapat menjimatkan masa hingga dua puluh minit berbanding laluan biasa melalui Jambatan Nordin untuk ke Pekan Parit.
“Dengan adanya jambatan itu, pelajar tidak perlu menggunakan bot penambang untuk ke sekolah yang terdapat di Pekan Parit".
“Malah, penduduk juga dapat membeli keperluan harian dengan cepat di Pekan Parit,” katanya selepas melawat jambatan berkenaan, baru-baru ini. Beliau berkata, pembinaan jambatan itu, sekali gus menyelesaikan masalah perhubungan antara penduduk di kedua-dua seberang Sungai Perak yang mengalami masalah ketiadaan pengangkutan bas awam sejak empat tahun lalu. Menurutnya, melalui pembinaan jambatan itu, Pulau Cempaka Sari akan dimajukan semula sebagai pusat rekreasi dengan pelbagai produk baru seperti pembinaan chalet dan zoo mini.


Selain itu, penduduk di Parlimen Parit turut berasa bertuah kerana akan terbinanya Maktab Rendah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di atas tanah seluas 54 ekar berhampiran Pekan Parit. MRSM Parit melibatkan kos pembinaan sebanyak RM 80 juta yang termasuk dalam Rancangan Malaysia ke 9 (RMK 9) dan negeri Perak merupakan negeri yang mempunyai bilangan MRSM terbanyak berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Dengan terbinanya MRSM Parit, pelajar-pelajar cemerlang di kawasan berhampiran dapat ditempatkan dan belajar di sini..
Usaha berterusan oleh UMNO Bahagian Parit di bawah pimpinan YB Dato' Haji Mohd. Zaim b. Abu Hasan dalam memakmurkan Parlimen Parit kini telah terbukti dengan pembinaan MRSM Parit kelak. Selain itu, secara tidak langsung akan merancakkan kembali aktiviti ekonomi peniaga di Parit.
Ternyata, hanya kerajaan Barisan Nasional mampu untuk memberi pendidikan dan mentadbir negara dengan sebaiknya. Bukan retorik, bukan janji palsu tetapi tanggungjawab yang dilaksanakan demi menjamin kesejahteraan rakyat dan memberi pendidikan yang sebaiknya kepada semua lapisan rakyat Malaysia. Hal ini juga bukan janji bermusim dan janji pilihanraya, malah sebagai satu amanah yang perlu ditunaikan.

Beberapa contoh lain pembangunan di Pekan Parit


Maklumat lanjut tentang Parit, Perak klik di sini


Guan Eng Hina Islam di Pulau Pinang. Apa Komen PAS?


Guan Eng.........mengeluarkan arahan agar bantuan untuk fakir miskin Islam oleh kerajaan sosialis cina melaka ini harus dan dimestikan dibuat di Tokong Cina, kelmarin hari ahad pada pukul 9.30 pagi majlis penyerahan bantuan fakir miskin dari Tasek Gelugor di langsungkan di Tokong Besar Teluk Air Tawar.

.........Manakala di parlimen cina melaka sendiri,iaitu parlimen Bagan,bantuan kepada fakir miskin Islam di salurkan di Tokong Bagan Jermal,berhampiran makhamah.
Untuk maklumat selanjutnya sila klik http://www.pisau.net/
Kami, Yeop-yeop Parit telah mendapatkan pengesahan daripada rakan-rakan bloger di P. Pinang. Memang terbukti perkara ini benar.


Sudah Terang Lagi Bersuluh (Memang Wujud Bai'ah Talak 3)

Bai’ah Talak Tiga: PAS Perak patuh arahan Pusat.  (http://seriiskandar.wordpress.com/)
Pas Perak akan mematuhi arahan pucuk pimpinan parti itu supaya menghentikan serta-merta bai’ah talak tiga, kata Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain.
Menurutnya, beliau sendiri tidak pernah meletakkan syarat setiap pemimpin atau ahli Pas negeri ini melakukan bai’ah talak tiga sebagai tanda kesetiaan terhadap parti.
”Apa yang ada ialah bai’ah taat setia pada parti dan ini semua orang buat. Bai’ah talak tiga tidak wujud, perkara ini sengaja digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ditanya pendedahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Ramli Tusin dalam satu ceramah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang sebelum ini tentang kewujudan bai’ah talak tiga di negeri ini, Abu Bakar berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan berkaitan isu itu.
”Saya belum hubungi beliau (Ramli). Mungkin perkara ini (kenyataan yang disiarkan) sengaja dimanipulasikan oleh media,” katanya.
Semalam, pucuk pimpinan Pas mahu amalan bai’ah talak tiga yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dihentikan serta-merta kerana ia bukan arahan parti selain boleh menjatuhkan martabat kaum wanita.

"Rasuah itu Mulia" - Ketua Penerangan PaS Perak

Khalil Idham Lim, Ketua Penerangan Pas Perak (Gambar) telah berkata.....................

1.Alangkah mulianya memberi hadiah sehingga orang boleh pergi menunaikan haji apa lagi dia adalah Tok Guru yang kita sayangi. Namun sebaliknya berlainan pula dengan hadiah di Perak.

2.Pemberian hadiah kepada Kementerian Pendidikan/Pejabat Pendidikan Daerah dalam bentuk jambatan di SK Kuala Depang Kampar perak oleh sebuah syarikat yang telah dapat dikesan namanya adalah pemberian hadiah yang nampak mulia tapi jelas berunsurkan rasuah dan berkempentingan dalam kementerian itu.
3.Demikianlah BN apa yang dibuat semuanya baik walaupun memangsakan rakyatnya sendiri, namun kalau yang dilakukan oleh pakatan Rakyat dan PAS termasuk ada yang rela hati menaja Tok Guru pergi haji dengan ikhlas tanpa apa-apa kepentingan jadi salah dan sengaja diperbesar-besarkan.
Keyataan di atas amat bodoh lagi membodohkan
Malangnya PAS ada ketua penerangan negeri yang bodoh macam ini. Masih nak menegakkan benang yang basah lagi ke? Ayatnya 'Alangkah mulianya sponsor Nik Aziz pergi mekah'. Soalnya kenapa nak sponsor Nik Aziz yang mampu dan ada kepentingan perniagaan dengan orang yang menderma beratus ribu ringgit tersebut.
Lagi satu nampak sangat kebangangan Ketua Penerangan PAS perak ini bila kata sumbangan jambatan di Kampar itu adalah rasuah kepada kementerian. Lawaklah ko ni. Baik kosongkan kerusi ADUN ko. Kalau tahap begini adun Pas, buat habiskan boreh je. Yang di Kampar (yang disumbang adalah kepada masyarakat, yang dapat gunanya semua orang termasuk anak orang pas, PKR, DAP) dianggap rasuah tetapi yang di Kelantan (yang disumbangkan secara peribadi) dianggap mulia. Dunia-dunia, ustaz-ustaz dah pandai tafsir ikut nafsu sendiri.

Nik Aziz Terima Rasuah Daripada Abroad Technology

Memang benar ulama pewaris Nabi, tapi ulama bukan Nabi.
Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap, cakap,cakap,cakap tak bikin-bikin. Itulah Parti Aslam Semalaysia (PAS)
Kalau Umno buat dia kata rasuah, kalau dia orang buat jadi sedekah jariah. Meludah ke langit kena muka sendiri.
Syarikat yang menaja Nik Aziz dan keluarga adalah Abroad Technology Centre Sdn Bhd yang berpengkalan di Kota Bharu.
Syarikat ini diberi hak ekslusif (mana dasar tender terbuka pak-katan rakyat oiiii....) untuk projek papan-papan tanda dan billboard seluruh Kelantan.
Salah satu papan tanda yang yang dipasang oleh syarikat terbabit ialah yang dalam gambar diatas. Semasa pulang ke kampung hari raya tempoh hari ,tergerak hati saya untuk merakam gambar berkenaan semasa saya berada atas motosikal sementara menunggu lampu isyarat yang masih merah di persimpangan jalan Kg.Sireh dan Jalan Hamzah di Kota Bharu.
Bagaikan saya sudah tahu apa yang akan berlaku kelak. Sedangkan saya tidak tahu apa-apa pada masa itu. Saya hanya merakam secara suka-suka sahaja. Tetapi saya terkejut, tanpa disangka-sangka gambar yang saya rakam tersebut mempunyai nilai tersendiri.
Saya mendapat berita hari ini, gambar kanak-kanak yang sedang mengaji Quran dalam billboard berkenaan adalah gambar cucu Aziz iaitu anak kepada menantu beliau yang menjadi hantu di PMBK, Ariffahmi. Hebat !
Sekarang sudah terang lagi bersuluh. Nik Aziz telah melakukan kesalahan kerana menerima tajaan daripada pihak yang berkepentingan. Pas jangan cakap banyak lagi, jangan lagi nak menghalalkan kesalahan Nik Aziz.

Bai'ah cerai talak tiga: Khalid Samad akui kesilapan


Khalid Samad sememangnya  mengakui kesilapan beliau kerana mendedahkan wujudnya amalan bai'ah cerai talak tiga di kalangan wakil rakyat Pas. Beliau  tetap bertegas tidak akan menarik balik kenyataan tersebut.
"Saya mengakui kesilapan saya mendedahkan bai'ah (perjanjian) antara saya dengan Allah. Saya sepatutnya tidak berbuat demikian dan seharusnya mempertahankan dalam keadaan sebegitu (rahsiakan)," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen.
Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas pendiriannya selepas pucuk pimpinan Pas menafikan wujudnya bai'ah talak tiga bagi menghalang wakil rakyatnya melompat parti. seperti mana yang diakui beliau beberapa hari lalu.

Bai'ah Dalam PaS


Bai'ah dalam Pas bukan  perkara baru. Perkara ini sudah lama dilaksanakan. Cuma baru  sekarang telah didedahkan dan malah diperdebatkan. Bai'ah mereka mudah sahaja iaitu, kalau lompat parti, maka secara rasmi akan jatuh talak tiga ke atas isteri. Agaknya kalau ada ADUN atau Ahli Parlimen Pas yang hendak bercerai cara pantas, bolehlah keluar daripada parti itu. Maka dengan secara otomatiknya akan jatuhlah cerai taklik ke atas isteri masing-masing.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman sendiri mengakui wujudnya Bai'ah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri mana-mana pemimpin atau wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti itu. Jelas di sini bahawa wanita telah diperalatkan mengikut hawa nafsu ''Bai'ah itu antara lain berbunyi 'sekiranya kami mengkhianati parti maka akan tertalak tigalah isteri-isteri kami'," katanya dipetik akhbar Utusan Malaysia. (Kata orang PaS Utusan Meloya).
Persoalan di sini ialah adakah Bai'ah Pas itu sebenarnya bai'ah yang mengikut kaedah Islam. Sebaliknya lebih kepada Bai'ah untuk menjaga kelangsungan politik mereka sendiri.
Bai'ah paling terkenal dalam Islam pastinya yang dilakukan di Saqifah Bani Sa’adah sebaik wafatnya Nabi Muhammad SAW yang menyaksikan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dilantik menjadi khalifah Islam yang pertama. Bai'ah ketika itu diberikan kedua-dua pihak iaitu Muhajirrin dan Ansar, justeru membentuk satu kesatuan dan perpaduan yang jitu dalam Islam.
Seterusnya, Bai'ah itu membawa kepada berkembangnya syiar dan ajaran Islam merentas dunia Arab dan benua-benua lain kemudiannya. Yang pasti, Bai'ah di Saqifah Bani Sa’adah adalah sumpah taat setia rakan dan rakyat kepada pemimpin yang menyatukan Islam.
Namun, dalam Pas, Bai'ah yang dilaksanakan adalah amat hodoh sekali. Bai'ah mereka lebih menjurus pemimpin kepada parti pula. Kalau lompat parti, jatuh talak tiga. Bai'ah sebegini boleh menghancurkan institusi kekeluargaan sebenarnya. Hubungan keluarga dijadikan satu bentuk alat ugutan untuk membeli kesetiaan secara paksa di kalangan para ADUN dan Ahli Parlimen.
Timbul juga persoalan apakah Islam membenarkan Bai'ah seumpama itu? Hal ini kerana perceraian adalah perkara halal yang paling tidak disukai oleh Allah SWT dan perkara itu yang dijadikan cagaran untuk mendapatkan kesetiaan terhadap sebuah parti politik.
Jika kita ambil kira aspek demokrasi pun, perkara yang Pas lakukan itu nyata amat bertentangan dengan semangat demokrasi. Mereka menutup terus kebebasan untuk memilih dalam politik. Kalau seorang ADUN atau Ahli Parlimen Pas itu hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan partinya, maka dia terpaksa juga kekal dalam parti itu walaupun tanpa kerelaan. Nilai yang harus dibayar ialah kehilangan isteri tercinta jika memilih untuk keluar juga daripada parti. Ini lebih kepada paksaan.
Bai'ah di Saqifah Bani Sa’adah dibuat atas kerelaan setelah kedua-dua  pihak (muhajirrin dan ansar) berdebat seketika akan siapa yang seharusnya mengetuai umat Islam selepas Nabi Muhammad SAW wafat.
Selepas persefahaman berjaya dibentuk, kedua pihak dengan rela hati memberikan janji setia mereka kepada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.
Dalam Pas, Bai'ah dikeluarkan oleh ibu pejabat pusat parti, setuju tak setuju bukan soalnya. Kalau hendak bertanding atas tiket parti itu, maka haruslah memberikan Bai'ah cerai-berai itu. Bai'ah Pas tidak membawa kepada perpaduan, tetapi lebih menjurus  kepada perpecahan institusi kekeluargaan. Malah ternyata bertentangan dengan semangat Bai'ah di Saqifah Bani Sa’adah yang terasnya membentuk perpaduan umat Islam ketika agama suci itu baru hendak berkembang ke serata dunia.

ANWAR GAGAL DAPAT BUKTI KES LIWAT


Malaysiakini.com, Nov 6, 09
Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya mendapatkan bukti-bukti pihak pendakwaan berkaitan kes liwatnya ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pihak pendakwaan hari ini berjaya menghalang ketua pembangkang itu daripada berbuat demikian dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.
Ketiga-tiga hakim sebulat suara membenarkan rayuan pasukan timbalan pendakwa raya untuk tidak menyerahkan beberapa bahan bukti seperti dituntut oleh Anwar.
Panel hakim itu yang diketuai Hasan Lah bersama Abu Samah Nordin dan Sulaiman Daud juga menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan spesimen yang disimpan oleh pihak pendakwaan.
Maka gagallah rancangannya untuk merosakkan bukti dan memanipulasi spesimen dengan bantuan kuasa besar Amerika dan Israel!

ANUAR DALAM PELBAGAI WAJAH...SAKSIKAN