SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Nik Aziz masih dibuai mimpi indah, PAS Kelantan lintang-pukang


Sungguh melucukan apabila Nik Aziz menyatakan bahawa kesediaan pemimpin biaDAP membawa dan memakai lambang PAS dalam Pakatan Rapuh membuktikan mereka semakin memahami serta menerima dasar perjuangan PAS, khususnya mengenai penubuhan Negara Islam. Betulkah Karpal Singh? Betulkah Kit Siang dan anaknya Guan Eng? Sebelum tu, dengar dulu klip video di bawah.





Usaha untuk menyemak dan meneliti arkib berita tentang pengakuan para memimpin biaDAP yang berkaitan dengan penubuhan Negara Islam versi PAS memang tidak ada langsung. Sebaliknya yang wujud dan diwar-warkan hanyalah kenyataan yang menolak sekeras-kerasnya penubuhan Negara Islam. Malahan Karpal sendiri lebih sanggup mayatnya dilangkah sekiranya mahu diwujudkan Negara Islam.
Kata Nik Aziz, "Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak”.
Apakah Nik Aziz sedang dibuai mimpi semasa mengeluarkan kenyataan tersebut? Sedarkah Nik Aziz bahawa itu hanyalah sandiwara.dan retorik biaDAP? Sedarkah Nik Aziz bahawa PAS sekarang sedang diperlembukan oleh si biaDAP? Sedarkah Nik Aziz yang kanak-kanak di tadika pun sudah sedia mengetahui strategi halus si biaDAP, yang hanya sekadar untuk mendapat kuasa!!!. Sedarkah Nik Aziz bahawa PAS Kelantan sekarang dilanda pelbagai sindrom sehingga kelihatan lintang-pukang? Sedarlah wahai Nik Aziz dari mimpimu !!!.
Baca juga sini.

PAS diperlembukan oleh DAP dan PKR


Banyak pihak yang sedar bahawa pakatan campuran yang menggabungkan tiga parti mempunyai agenda dan kepentingan sendiri bukan hanya dalam merealisasikan matlamat parti, tetapi juga mengambil kesempatan atas populariti masing-masing bagi menegakkan ideologi sendiri.
Masyarakat umum yang berfikiran rasional memang sudah mengetahui bahawa PAS sekadar diperlembukan oleh biaDAP dan PKepunyaanAnwarR untuk mendapatkan proksi dan mencapai impian mereka untuk mendapat kuasa. Malahan para penyokong tegar dan ahli-ahlinya sendiri sedar realiti yang terjadi. Tetapi mereka sekadar menjerukkan rasa. Malangnya para pemimpin atasan PAS begitu enak dibuai mimpi dengan retorik politik dan kata-kata manis atas nama perkongsian kuasa sehingga tidak sedar bahawa mereka diperbodohkan seperti lembu.
Atas kesedaran terhadap apa yang berlaku inilah, maka sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rosak ini ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.
Mereka turut mendakwa bahawa PAS sentiasa dikesampingkan dalam perkembangan semasa termasuklah dalam urusan pentadbiran negeri, biarpun hakikatnya mereka juga mempunyai hak untuk bersuara dan memberikan pendapat. Namun, dari segi realitinya, perkara ini tidak berlaku.
PAStinya, ramai dalam kalangan ahlinya terpaksa menerima hakikat bahawa segala janji manis ketika penggabungan antara tiga parti PAS, biaDAP dan PKepunyaanAnwarR yang bertentangan idealogi semasa mahu menghadapi PRU lalu hanya palsu belaka, malah mereka mengambil kesempatan atas kekuatan yang dimiliki oleh PAS yang sememangnya telah diperlembukan.
Sewajarnya perlu difahami bahawa PAS semakin tersepit antara permintaan ahlinya atau memenuhi kehendak rakan sekutu. Namun hakikatnya sampai bilakah para pemimpin mereka sanggup terus diperlembukan oleh si biaDAP dan PKepunyaanAnwarR?

P.Raya Negeri Perak April 2010 ?


Mahkamah belum pun lagi membuat keputusan tentang kes yang di bawa oleh si Nizar gila kuasa yang juga boneka biaDAP, tetapi Pas di Perak telah mula menyebarkan khabar angin bahawa Mahkamah Persekutuan telah memihak kepada Nizar dengan keputusan 4-1, dan Nizar akan kembali ke kerusi Menteri Besar. Dikhabaraginkankan juga yang Pakatan Rapuh kekurangan majoriti maka Nizar akan membubarkan DUN Perak. Selain itu dikhabaranginkan juga bahawa Kerajaan BN sudah berunding dengan Sultan untuk mencari jalan mengekang kehadiran Nizar ke kerusi MB. Inilah cara PAS, yang sering buat fitnah!
Lalu, si Cina Islam, Khalil Idham Lim (Gambar-Ketua Penerangan PAS Perak yang juga ADUN Titi Serong- sini)  menyeru muslimat semua peringkat di seluruh negeri Perak menyiapkan jentera pilihan raya untuk menghadapi pilihan raya di Perak. Menurut si Cina Islam ni,  mana-mana kawasan dan juga cawangan, khususnya membabitkan jentera muslimat yang masih belum bersiap sedia, diingatkan supaya tidak melengah-lengahkannya lagi dalam soal untuk menghadapi pilihan raya. Pada mulanya Idham Lim telah membuat jangkaan bahawa pilihan raya DUN Perak akan diadakan pada penghujung November (sekarang ni dah bulan Disember, Idham). Katanya lagi, melihat suasana mutakhir di Perak, memaksa PAS Perak membuat persiapan lebih awal kerana kemungkinan besar DUN Perak akan dibubarkan pada bulan April 2010. Kemudian dia mengatakan pula, kalaupun tidak berlaku dalam waktu terdekat, pilihan raya umum yang ke-13 pasti akan diadakan juga (Itu memang sudah pasti ma!) Lalu, dia menyarankan agar semua jentera pilihan raya di seluruh negeri kena adakan satu ceramah sekurang-sekurangnya setiap bulan sekali.
Sekarang ni, kerja PAS di Perak asyik dengan ceramah, dari bukit ke bukit, dari gunung ke gunung, dari lembah ke lembah., dari gaung ke gaung, ke hulu ke hilir, ke darat ke baruh, Ceramah pula tu tak habis-habis dengan fitnah dan hasutan.
Sebagai wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya yang sah, Idham Lim sepatutnya membetul atau meluruskan Titi yang Serong di kawasannya dengan membantu dan memajukan rakyat di kawasan yang diwakilinya. Inilah masanya untuk si Cina Islam membuktikan kepada penduduk yang diwakili bahawa dia dapat menjalankan tugas dengan rasa tangungjawab. Tetapi dengan wayang demi wayang dan lakonan demi lakonan, ceramah demi ceramah yang berbentuk fitnah dan hasutan, bilakah masanya wakil rakyat PAS akan berbakti kepada rakyat? Jadi kepada rakyat di Perak khususnya, fikir dan fikirlah secara rasional dan matang.
INSYAALLAH, KEMENANGAN AKAN BERPIHAK KEPADA DS. DR ZAMBRY ABD. KADIR, MENTERI BESAR YANG SAH DAN MENTERI BESAR RAKYAT.

Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor tak rela diperkudakan oleh DAP dan PKR


SMS yang diterima sebelum ini bukanlah palsu atau sengaja diadakan-adakan. Sebaliknya kira-kira jam 11.30 pagi, 27 Disember 09 memang terdapat kumpulan yang dikenali sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor yang diketuai oleh Wan Hilman Wan Abdul Rahim berkumpul dan mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan Rapuh kerana mendakwa sekutu mereka mengabaikan peranan parti tersebut.
Mstar dengan tajuk ‘PAS Selangor didesak Keluar Pakatan Rakyat’ melaporkan terdapat kira-kira 20 orang yang berhimpun secara aman itu berarak sejauh 500 meter ke perkarangan pejabat Badan Perhubungan PAS negeri yang terletak di Pusat Perniagaan Worldwide, Shah Alam.
Yang menjadi tanda tanya sekarang siapa dalang di sebalik kumpulan tersebut. PAS melalui Serakahdaily telah menafikan bahawa penyokong parti mereka terlibat, sebaliknya menunding jari kepada UMNO (memang dah jadi lumrah PAS). Namun, Serakahdaily melaporkan, siasatan akan dijalankan. Salahuddin Ayub pula berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebaliknya ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti PAS.
Jurucakap kumpulan tersebut, Wan Hilman yang merupakan ahli PAS Gombak pula menafikan dakwaan bahawa kononnya kumpulan mereka dibiayai atau didalangi oleh Umno, mahupun Anwar Ibrahim. Dia sebaliknya berkata, bahawa bantahan tersebut dibuat kerana mereka mahu PAS bangkit daripada mengikut telunjuk biaDAP dan PKR yang didakwa membelakangi parti itu dalam banyak isu pentadbiran di negeri Selangor.
Bantahan tersebut juga turut dipaparkan melalui kain rentang dan sepanduk yang tertera ‘Kami Tidak Rela PAS Jadi Boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat, Kami Desak PAS Keluar Pakatan Rakyat, Jangan Musnahkan Amanah Yang diberikan Rakyat, Jangan Jadi Kuda Tunggangan Anwar, Demi Islam PAS Harus Keluar dari Pakatan, dll.

Walaupun penafian telah dibuat oleh PAS, tetapi sedikit sebanyak menyebabkan Pakatan Rapuh di Selangor tidak akan aman dan tenteram. Lebih-lebih lagi bentuk hukuman terhadap Hasan Ali dan Khalid Samad yang masing-masing mempunyai penyokong sendiri, masih lagi belum diumumkan oleh Tuan Ibrahim seperti yang diputuskan oleh JK PAS Pusat sebelum ini.
Kesimpulannya, dengan pelbagai isu yang timbul sejak Pakatan Rapuh memerintah Selangor, maka selepas ini kita akan saksikan detik-detik kejatuhannya. Justeru, UMNO-BN Selangor janganlah asyik tidur dibuai mimpi!!!

Sepandai-pandai RPK melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga





Penyiaran berita dan perdebatan isu Raja Petra yang sebelum ini sunyi sepi kembali bergelora semula. Dia yang tidak berani berdepan dengan pengadilan di mahkamah telah menjadi umpama puak nomad, saling berpindah randah. Menurut laporan terkini, Raja Petra dipercayai menyewa sebuah apartment mewah di Trinity Court Apartment di Gloucester Terrace, Bayswater London (gambar). Apabila lokasinya diketahui kelak, sudah pasti dia akan menjadi puak nomad semula.
Dan yang menjadi persoalannya, dari mana sumber kewangan yang begitu lumayan diperolehinya? sehingga dapat bergerak ke merata tempat serta penyaraan dirinya ketika di rantau orang, tinggal pula di kediaman yang mewah, (sini). Tentu ada individu yang bersimpati dengannya? atau yang ada kepentingan dalam usaha untuk memporakperandakan kestabilan negara? yang sanggup bertindak membiayai si pengecut ini, atau ada agenda lain yang tersorok?
Kalau diperhatikan tentang perwatakan Raja Petra, dia memang amat licik dan pintar bagai kancil untuk meloloskan dirinya dari buruan. Hal ini kerana Jabatan Imigresen sehingga hari ini tidak mempunyai rekod ‘keluar masuk’ Raja Petra serta pergerakannya di negara-negara lain (sini), atau mungkin juga dia menggunakan pasport negara jiran untuk melarikan diri dari negara ini. Bagaimana dia melakukannya, juga menjadi suatu lagi persoalan?.
Mungkin disebabkan dia mempunyai informer dan hubungan dengan individu-individu tertentu, menyebabkan terdapat maklumat-maklumat tertentu dapat diketahuinya. Sekali lagi, persoalannya, siapa yang menjadi dalang dan informernya? Hal ini perlu diselidiki secara tuntas dan mendalam oleh pihak yang berwajib.
Justeru, pandangan daripada Mohd Puad Zarkashi perlu diambil kira tentang isu di atas. Laporan yang dipetik dari akhbar berikut :

PETALING JAYA: Those who sponsored fugitive blogger Raja Petra Kamaruddin’s stay in London should be exposed, said Umno supreme council member Dr Mohd Puad Zarkashi.
It was more important to identify those supporting the blogger than to extradite him, he said.
It has been reported that Raja Petra, a bankrupt, was living at the six-storey Trinity Court Apartments in Gloucester Terrace, Bayswater, in the heart of London.
“It is of national interest to ascertain the motives of the people who are sponsoring Raja Petra as he makes claims that could undermine national security”. The Star online
Tulisan terkini si pengecut 'And the debate continues"(sini), terjemahan BM (sini) seolah-seolah ingin memperbodohkan orang Melayu dan meracuni fikiran rakyat supaya menghapuskan sistem monarki dan digantikan dengan negara Republic, perlu ditentang habis-habisan. Kedangkalan si pengecut dalam mengupas isu yang dibangkitkan seperti cuba untuk mengubah sejarah silam bangsa Melayu lantaran akan melenyapkan jati diri bangsa Melayu.
Kita jangan lupa tentang bagaimana sebelum ini si pengecut ni pernah membuat fitnah dalam laman web Free Anwar Campaign (FAC) terhadap keluarga Yam Tuan Negeri Sembilan dan Tunku Abdul Rahman. Pada ketika itu, si pengecut ini telah mempelawa orang ramai menziarahi rumah terbuka DYMM Sultan Selangor. Orang-orang Cina dan India yang taksub dengan si pengecut ini mempercayai bahawa dia mendapat kerjasama Raja-Raja Melayu. Sebenarnya tidak, kerana si pengecut ini dianggap outcast/sampah masyarakat oleh keluarga Sultan Selangor. Terlalu banyak pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh si pengecut ini kalau hendak diceritakan di sini. Pedek kata kalau dia seorang yang berani kerana benar, sila tampil ke muka pengadilan daripada terus lari menghilangkan diri.
Sesungguhnya, Raja Petra merupakan seorang individu yang penuh dengan pelbagai persoalan dan ‘misteri’. Namun, saya percaya bahawa, Raja Petra akhirnya akan kembali ke Malaysia. Maka akan terbongkarlah segala rahsia yang menjadi ‘misteri’ selama ini, kerana, sepandai-pandai Raja Petra melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga.

10 Muharram : Kelebihan berpuasa dan peristiwa penting


Esok merupakan tanggal 10 muharram atau dkenali sebagai hari Asyura dalam kalendar Islam. Justeru, banyak kelebihan berpuasa sunat pada hari tersebut, serta berlakunya peristiwa-peristiwa penting pada tanggal 10 Muharram.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Siapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan siapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa kepada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !"…… Wallahualam

SMS : Perhimpunan Desak PAS Selangor Keluar PR



SMS yang diterima jam 11.30 mlm tadi. yg dikeluarkan tanpa diedit. SMS berakhir setakat Demi... Demi apapun tak tahu. Pengirimnya tak dikenali. Mungkin pengirim sekadar nak main-main ataupun mungkin betul. Mungkin juga satu propaganda dan mainan politik kotor pembangkang. Kepada penyokong pro-kerajaan khususnya UMNO, diharap jangan menghadiri permimpunan itu. Kita tunggu perkembangan selanjutnya. Jika benar, mungkin juga  SMS tersebut ada kaitan dengan berita di bawah,
'Saya tidak akan buat rayuan jika digantung keahlian' - Utusan Online
SHAH ALAM 25 Dis. - Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad tidak akan mengemukakan rayuan sekiranya Jawatankuasa Disiplin parti itu mengenakan tindakan terhadapnya termasuk menggantung keahlian untuk tempoh tertentu.
Menurutnya, jika jawatankuasa itu mempunyai fakta atau bukti kukuh untuk mensabitkan beliau atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan peraturan parti, beliau sedia menerima apa jua tindakan.
''Kalau saya benar-benar didapati bersalah dan ada fakta-fakta yang jelas, saya sedia terima apa juga bentuk tindakan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin Pas. Saya tidak akan buat sebarang rayuan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ahli Parlimen Shah Alam itu bagaimanapun tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai keputusan kes berkenaan.
''Saya akan beri penjelasan kepada Jawatankuasa Disiplin Pas (pada 7 Januari). Terpulanglah kepada mereka untuk menentukan keputusannya.
''Namun, saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana saya tidak mahu kes melibatkan perbezaan pendapat (dalam Pas) ini menganggu tugas dengan rakyat," jelasnya.
Sebuah portal berita propembangkang Malaysian Insider menyiarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan bahawa jawatan kuasa itu telah mengenal pasti wujudnya kes kukuh terhadap dua pemimpin Pas Selangor yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang didakwa menjejaskan imej parti.
Menurut portal berita propembangkang itu, Hasan menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan sekiranya jawatankuasa disiplin parti mahu beliau berbuat demikian .
Bagaimanapun, Hasan yang juga Exco kerajaan negeri Selangor tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan mengenai kenyataan tersebut. Selanjutnya baca sini.

Terpancar Perwatakan Sebenar Nik Amalina dan Kepincangan PAS

Saya tak mahu nak ceritakan dengan panjang lebar perwatakan sebenar anak perempuan Tok Guru Nik. Aziz. Lihat saja penggunaan gaya bahasa dan isi kandungan dalam blognya, kita sudah dapat meneka perwatakan sebenar Nik Amalina, anak ulama besar PAS yang digelar TOK GURU. Daripada puluhan komen yang tertera dalam blog Nik Amalina (sini), saya tertarik dengan 2 komen beikut :
1. Komen Nurimo :
Nampaknya mangkin hari mangkin glamour, ekoran surat pertama dulu dalam blog Dr dan Kicd. Sekarang ni nama Amalina menegelamkan nama Nik Abduh.
Dulu ana tak kenal siapa Amalina, glamornya mengalahkan artis sejak akhir-akhir ini. Kalau macam tu boleh masuk calon PRU13 nanti. Apa salahnya, kalau ikut orang nak kata takkan habis ……kroni -nepos.
Ya kerana Amalina anak Abdul Aziz, tok guru tersohor serata alam. Bagitulah juga glamornya Mukrih kerana anak Tun Dr Mahathir. bapa permodenan Malaysia. Jadi ana cadangkan masuk calon PRU13 ni, baru boleh merealisasikan perjuangan Islam sebagaimana ayahanda Amalina.
Jawapan N. Amalina
Saya sudah memberi komen berkaitan diri saya dalam dunia politik.
N. Amalina juga telah dengan bangga dan riak menceritakan pengalaman percutian ke beberapa buah negara seperti Turki, Thailand, Syria, Mesir, Jordan, Indonesia, Brunei, mungkin banyak lagi,  dengan layanan VIP - Dapat sponser ke?(baca sini). Katanya, hidup secara sederhana... Baca komen berikut:
2. Komen Adf55650
Dalam tulisan terdahulu puan menyatakan puan sekeluarga menjalani kehidupan sederhana tapi hari ini dengan penuh riak menceritakan package perjalanan yang mewah.
Sedarlah puan bahawa di Kelantan masih ada yang makan nasi bergaul kicap sahaja.
Riak itu bukan amalan Islam apatah lagi pemimpinnya.
Jawapan N. Amalina
Jika saudara tidak menyukai saya, sudah tentu apa saja yang saya tulis tidak akan terkesan di hati.
Saya hanya menceritakan pengalaman saya. Setiap langkah kaki saya adalah hasil dari tabungan saya sendiri. Saya pernah berkerja dengan gaji yang sepadan dengan kelulusan saya. Saya pula adalah seorang isteri, nafkah ke atas saya adalah tanggungan suami. Tentunya duit gaji saya disalurkan ke tabungan.
Seandainya saya membuat kebajikan sekalipun, saudara mahu saya menceritakannya? kalau saya cerita sekalipun, saudara juga yang akan kata saya riak! kan…?
INILAH YANG DIKATAKAN MANUSIA YANG HIPOKRIT!!!!!!!
Cerita di atas tu tidaklah begitu penting sangat kerana yang lebih penting Nik Amalina telah memeningkan kepala kepimpinan PAS dengan kehadiran blognya. Terbaru, N. Amalina disifatkan "tidak tahu etika berjemaah" oleh Mohamad Zaki Ibrahim, SU PAS Kelantan apabila terus tampil mempersoalkan peranan pemimpin PAS dalam menangani kontroversi PMBK. Mohamad Zaki menyelar,Nik Amalina yang menuduh pemimpin PAS lain membisu dan membiarkan Nik Aziz keseorangan menjawab isu tersebut - juga "tidak betul".
Sebelum ini juga Nik Amalina pernah ditegur oleh Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS dengan alasan tulisan di blognya "membuka pekung di dada" kepimpinan PAS.
Kepada Nik Amalina yang hipokrit…. Walaupun blog anda dikategorikan sebagai 'Blog Sampah' teruskanlah berblog - jangan putus asa... dan bukalah seluas-luasnya pekung di dada kepimpinan PAS agar masyarakat dapat membuka mata tentang kepincangan yang berlaku dalam PAS. Tapi janganlah pula nak puji diri dan keluarga melambung-lambung, nanti jatuh tersungkur, patah pulak gigi tu !!.

Si bodoh Kit Siang pula cabar Tun Mahathir

Melalui blognya dengan judul 'Quintessence of Mahathirism– pure Machiavellianism, perverse illogic and most cunning to distract attention from the core issue', (baca sini) Si bodoh Kit Siang menyatakan : Si bodoh Kit Siang tidak tunggu lama untuk menjawab kesediaan Tun Dr Mahathir menyahut cabarannya untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan RM 100 billion hangus semasa pentabiran bekas Perdana Menteri itu selama 22 tahun seperti yang terkandung dalam buku Barry Wain " Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times ".
Why his suit conditional on outcome of RCI into Barry Wain’s allegation when M will do utmost 2block RCI though claiming support publicly?
“Why Mahathir don’t sue me now if I had libelled him calling for RCI into Barry Wain’s RM100 billion allegation in his book Maverick M?”
Kit Siang yang kini berada di Tokyo dalam reaksi segera yang ditulis dalam laman blognya bertanya kenapa Dr Mahathir hanya akan samannya selepas memperolehi hasil siasatan suruhanjaya itu. Berdasarkan tulisan dalam blognya juga, Kit Siang sebaliknya mendakwa Dr Mahathir akan berusaha menyekat pembentukan suruhanjaya dengan mendakwa mendapat sokongan ramai secara terbuka untuk tujuan itu.
Kepada si bodoh Kit Siang, janganlah nak memperbodohkan orang lain. Biar lu saja yang bodoh. Apa sumbangan lu pada Malaysia, zero sumbangan, berbanding Tun Mahathir. Komen daripada John Byrne  yang dipetik daripada blog Dr. M,
______________________
I salute you.
I support you all the way.
This people only know how to talk, bicker,shout, beating empty drum...
All they know is to criticize, back mouth, slander, and what ever rubbish words you can describe of them.. But never was there an instance that they offer sounds alternative.
They were and would never be satisfied with whatever the government do or have done.....,
______________________
Satu lagi contoh daripada lebih 200 komen yang dipetik daripada blog Tun M yang menunjukkan rakyat asing pun salute pada Tun M,
______________________
Assalamualaikum Tun,
I am from Singapore and one of your many fans. I look up to you and your fight for Islam, Malays and your country Malaysia.
I salute you for everything you have done. You are a rare gem and a warrior.
I am proud and honoured to have lived during the time of Dr Tun Mahathir Mohamad.
-Ath Thaarriq Marthas-
*MELAYU Singapura*
_______________________
Jadi, jangan dilayan si bodoh Kit Siang. Yang dia tahu nak buat hura hara dalam negara!!!!!!!!
Selepas ini, kita tunggu pula apa reaksi Tun Mahathir terhadap kenyataan si bodoh Kit Siang ni.

Mat Sabu yang kaki merapu sebab banyak makan ikan kerapu



Mohamad Sabu atau gelaran manja orang PAS ‘Abang Mat’ memang seorang individu yang suka cakap merapu dan kaki kelentong Nak buat macam mana, dia dilahirkan begitu. Satu Malaya dah kenal siapa Abang Mat ni. Sebab apabila dia buat show, memang full house, berebut-rebut orang nak dengar. Orang nak dengar bukan apa, tapi nak dengar persembahan badut PAS yang profesional ni. Tapi satu benda dia tak kelentong ialah pasal Pak Syeikh Anwar suatu ketika dulu (maklumat lanjut klik sini). Perkara ni memang dia dapat beri gambaran yang tepat tentang perangai luar tabie Pak Syeikh Anwar. Kalau nak, bolehlah tempah dia awal-awal suruh cerita semula kisah tu. Tapi nak kena bayar le sikit.
Dalam ruangan SerakahDaily (sini), Abang Mat kata Umno dan BN sudah tidak sesuai lagi untuk meneruskan pemerintahan mereka dalam negara ini. Katanya lagi dengan pemerintahan Umno dan BN rakyat bukan saja menjadi mangsa kepada bentuk pemerintahan yang tidak adil dilaksanakan oleh mereka malah amalan korupsi yang sekian lama diperdebatkan oleh rakyat tidak menjadi satu perkara yang pelik kepada mereka. Memang kenyataan yang amat melucukan.
Orang ramai yang hadir dalam ceramah tu mungkin akan berasa kagum dengan kritikan-kritikan pedas Abang Mat Klentong. Tetapi jika mereka semua tahu mengenai sejarah hitam Mat Sabu, mereka akan tentu ketawa besar punya, sebab Mat Sabu sendiri bukan seorang benar-benar bersih dan amanah. Jika kita meneliti keperibadian dan sejarah hitam Mat Sabu, kenyataan yang dihamburkan sebenarnya menempelak dirinya sendiri.
Tak kan dah lupa kot tentang sejarah dulu tu Abang Mat!

Anwar yang syok sendiri; Nak kaburi Kes Liwat


Anwar kata : “Saya malahan terharu apabila beliau (Syeikh Yusuf Al-Qardawi) menyebut nama saya, ditambah dengan perkataan “al-muftara alaih” – yang sedang difitnah. Katanya, pendustaan kaum munafik di zaman ini “lebih dahsyat daripada zaman silam. Allah mendedahkan kejelikan mereka kerana menjatuhkan martabat orang lain. Menurutnya, terdapat ayat-ayat dalam surah Al-Taubah yang menjelaskan sikap, sifat dan ciri-ciri orang munafik. “Mereka menuduh tanpa menampilkan saksi bagi tuduhan tersebut. Ia perlu ditampilkan empat orang saksi. Tidak menampilkan empat orang saksi, maka mereka adalah sesat dan dusta,” (Klik sini). Kata-kata Anwar jelas menunjukkan dia hanya syok sendiri. Masuk bakul, angkat sendiri., memang sudah menjadi perkara biasa bagi Anwar.
Syeikh Yusuf Al-Qardawi mungkin telah dibohongi oleh Anwar mengenai kes liwatnya. Beliau juga hanya mendapat maklumat dari sebelah pihak sahaja. Menurut satu laman blog pembangkang, yang menjelaskan bahawa Syeikh Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie. Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat.
“Hingga kini kes itu kata Syeikh Qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya Datuk Seri Anwar terbela (klik sini). Betul ke kenyataan ini dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qardawi. Kalau betul, memang sah Anwar telah berjaya mempengaruhi ulama tersohor dekad ini.
Baca pula komen Dr Novandri Hasan Basri
Yusuf Al-Qadawi ialah penyokong setia parti PAS? Yusuf Al-Qadawi memuji Anwar Ibrahim?
Soalan-soalan di atas sedang hangat dibincangkan di dalam Face Book. Tetapi penulis bersetuju dengan kebanyakan komentar-komentar yang secara rasionalnya tidak bersetuju dengan soalan-soalan di atas.
1. Yusuf Al-Qadawi melawat negara Malaysia sebagai seorang ulama terbilang. Beliau bukannya seorang ulama@ahli politik. Makanya, pemikiran dan pegangan beliau bersih dan tidak pernah berubah mengikut sesuaian iklim politik ketika itu.
Beliau tidak perlu mengorbankan prinsip beliau untuk bersekongkol dengan orang atau organisasi yang berlainan dengan prinsip beliau.
Mungkin kerana itu juga beliau mampu menjadi seorang ulama yang dikenali serta dikagumi oleh orang Islam tidak kira ideologi politik mereka.
Maka, malulah mereka yang membuat cerita bahawa kononnya Yusuf Al-Qadawi adalah penyokong setia parti PAS!
Yusuf Al-Qadawi juga telah menulis banyak buku ilmiah serta mendalaminya kerana beliau memfokuskan tenaga dan usaha beliau untuk memenuhi pengiktirafan beliau sebagai seorang Ulama dan tidak mencampurkan tanggungjwab mulia tersebut dengan hal-hal politik.
2. Jika kita merujuk blog Anwar Ibrahim :-
Ilmuan Islam asal Mesir itu mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan “orang munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam.”
Saya malahan terharu apabila beliau menyebut nama saya, ditambah dengan perkataan “al-muftara alaih” – yang sedang difitnah.- Anwar Ibrahim.
Sekarang barulah kita tahu bahawa Ulama terbilang Al-Qardawi telah menyebut nama Anwar Ibrahim apabila ulama tersebut mengatakan 'munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam'.
Kenyataan ulama tersebut semestinya juga ditujukan secara tidak langsung kepada Anwar Ibrahim agar beliau tidak munafik juga.
Tetapi sebagai seorang ulama yang tidak bias, Yusuf Al-Qadawi juga menunjukkan simpati beliau terhadap Anwar Ibrahim dgn 'perkataan al-muftara alaih' walau pun kita semua tahu bahawa berita yang sampai ke telinga Yusuf Al-Qadawi adalah berat sebelah dan berpihak kepada satu orang sahaja. (klik sini)
Kesimpulannya mungkin pujian yang diberikan oleh Yusuf Al-Qadawi menyebabkan Anwar Ibrahim menjadi perasan dan syok sendiri. Tambahan pula ungkapan tesebut juga telah diletakkan oleh para blogger yang pro PKR dan pro Anwar dengan harapan untuk menjulang nama Anwar dan mengabui mata masyarakat tentang kes liwat yang sedang dihadapinya. Persoalannya, mengapa Anwar tidak berani bersumpah mubahalah bersaksikan Yusuf Qardawi dalam usaha untuk membersihkan namanya? Inilah peluang untuk mebuktikan kepada dunia bahawa dia tidak melakukan kerja terkutuk itu. Tetapi ternyata dia memang seorang penakut dan penakut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Pembangkang hanya tahu membuat kritikan melulu


Isu yang melibatkan kehilangan dua enjin jet pesawat tempur F-5E milik TUDM merupakan isu yang menjadi sensasi sejak beberapa hari ini. Malah isu ini telah dan semestinya diambil kesempatan oleh puak pembangkang/pelampau untuk menekan dan memburukkan kerajaan. Pelbagai tohmahan dan tindakan biadap puak pembangkang/pelampau termasuk media milik mereka tehadap kerajaan memang telah diduga. Perkara yang masih dalam siasatan pun tidak terlepas daripada menerima hentaman dan kecaman daripada puak-puak ini. Hal ini memang sudah menjadi tabiat buruk mereka sejak dari azali lagi.
Walaupun DS Najib sendiri telah menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah berhasrat untuk menyembunyikan hal berkaitan kes kehilangan enjin jet pesawat tempur F-5E, malah laporan telah pun dibuat kepada pihak polis, namun puak pembangkang/pelampau masih terus memainkan isu ini dengan pelbagai spekulasi.
Yang pasti tindakan sedemikian sudah tentu tidak dapat membantu menyelesaikan masalah, tetapi sebalik akan memburukkan lagi keadaan. Memang perkara ini merupakan hasrat mereka untuk melakukan apa sahaja sehingga sanggup menggadai negara.
Berhubung dengan isu tersebut, DS Zahid Hamidi tidak duduk diam atau bersikap lepas tangan, sebaliknya beliau turut menyelar pihak yang bertindak sedemikian sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada negara. Untuk itu, beliau akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku. Katanya selain empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan terlibat dengan kes itu, pihaknya turut mengenal pasti beberapa orang lagi dalam ATM yang terlibat. Ahmad Zahid berkata mereka yang ditahan itu merupakan pegawai bawahan Lain-lain Pangkat (LLP) di Lembah Klang yang turut mempunyai rangkaian di Butterworth.
Oleh itu, biarlah pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan yang terperinci terlebih dahulu, Jangan cuba hendak mensensasikan isu tersebut hanya sekadar untuk memperoleh keuntungan politik tanpa melihat isu tersebut secara menyeluruh.

Mahathir Cabar Kit Siang


Kata Tun Dr Mahathir “I welcome Lim Kit Siang's proposal for Najib to set up a royal commission on whether I burned RM100 billion on grandiose projects and corruption during my 22-year reign" (baca seterusnya …..sini)
Sejak buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times ", tulisan Barry Wain dilancarkan awal bulan Disember ramai yang ternanti-nanti reaksi daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pelbagai tuduhan liar yang dibuat oleh bekas wartawan Asian Wall Street Journal itu khususnya tuduhan tentang wang negara berjumlah RM100 billion ‘ hangus’ untuk projek mega dan rasuah semasa pemerintahan beliau selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Namun, Tun Dr Mahathir bertindak menerusi laman blognya http://chedet.co.cc menyahut cabaran yang dibuat oleh Lim Kit Siang agar kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat setelus mungkin segala dakwaan yang dibuat terhadap dirinya
Selain itu, beliau meminta agar pihak kerajaan melepaskan jualan buku itu jika ia ditahan, kerana beliau mengatakan tidak memerlukan perlindungan daripada kerajaan.
Katanya suruhanjaya berkenaan tidak harus dianggotai oleh wakil kerajaan tetapi mereka yang berkelayakan termasuk orang asing dan ahli Transparency International. Namun, menurut Dr Mahathir siasatan suruhanjaya itu tidak harus terikat kepada beliau sahaja tetapi juga perlu merangkumi zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.
Beliau antara lain menyebut bahawa siasatan harus meneliti mengenai wang Petronas sebanyak RM270 billion yang dibayar semasa zaman Abdullah dibelanjakan, kerugian dialami kerajaan kerana membatalkan projek Jambatan Bengkok di Tambak Johor dan kos jambatan kedua Pulau Pinang.
Katanya untuk memastikan siasatan suruhanjaya itu berjaya kerajaan harus setuju untuk memberi akses penuh kepada suruhanjaya itu yang melibatkan semua dokumen dan akaun kerajaan dari tahun 1981 hinggalah 2009.
Dr. Mahathir turut menegaskan bahawa penulis Barry Wain harus mengemukakan bukti berbentuk dokumen segala wang yang beliau dakwa ‘ hangus ’ semasa pentabirannya.
Beliau juga memberi jaminan akan memberikan kerjasama dan komitmen yang penuh dalam siasatan yang akan dijalankan. Dalam pada itu katanya, bergantung kepada hasil siasatan suruhanjaya itu, beliau berhak saman fitnah terhadap Barry Wain, Lim Kit Siang dan portal berita internet Malaysiakini.com untuk satu jumlah yang ditentukan kemudian. Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya.
Untuk review buku tersebut klik sini.

Hadi Awang akui bloggers PAS suka tabur fitnah


Abdul Hadi semasa ucapan perasmiannya yang bertajuk “Harapan dan Cabaran Buat Blogger PAS” antaranya mengingatkan para blogger supaya tidak ghairah menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.
Kata Abdul Hadi lagi, tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.
"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat. Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul. Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat”.
Tambahnya lagi, ada di kalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong. Lebih penting katanya, para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita.
Komen : Berdasarkan kepada kenyataan Hadi Awang, jelas memperlihatkan bahawa dia asyik berulang kali menyentuh tentang soal fitnah yang dilakukan oleh para blogger PAS. Jadi dia sendiri turut mengakui bahawa bloggers PAS ni memang suka buat fitnah dan cerita yang bukan-bukan khususnya apabila menjelang pilihan raya. Lihat saja cerita atau artikel yang dikemukakan sebelum PRU ke-12, penuh dengan fitnah memfitnah khususnya terhadap UMNO dan pemimpin UMNO. Jadi, kepada bloggers PAS, insaflah dan usahlah lagi nak tabur fitnah dan cerita yang bukan-bukan. Dengarlah nasihat Hadi Awang tu. Kepada bloggers BPN dan pro kerajaan, janganlah pula kita terikut-ikut dengan rentak tari bloggers PAS yang memang dah tak ada isu tu. Asyik-asyik nak buat fitnah.

Blog Penulis AIDCclub digodam

Blog seorang penulis AIDCclub, Kumbang telah digodam pagi tadi, selepas menyiarkan artikel "Perjuangan Sekularisme : Anwar Ataturk Dianugerah Pingat Demokrasi".
Dalam artikel tersebut, Kumbang menulis, "Sekarang nak dapat pingat dan anugerah cukup senang. Gadai agama dan anda akan dapat satu pingat di majlis gilang-gemilang". "Jadi tidak hairan Anwar Ibrahim dianugerahkan pingat demokrasi ini kerana beliau sangat lantang menyuarakan bahawa sesungguhnya sekularisme adalah yang terbaik di dunia", tulisnya lagi.
Ketika dihubungi lanjut, penulis AIDCclub itu memberitahu blognya analisisringan (http://analisisringan.blogspot.com/) tidak dapat diakses sejak jam 10.00 pagi tadi.
Kumbang merupakan salah seorang penulis prolifik AIDCclub yang mula menulis sejak setahun lepas.
"Tindakan mengodam oleh pihak-pihak tertentu tidak mematahkan semangat saya, saya akan buat blog lain selepas ini untuk meneruskan misi perjuangan saya memerangi Anwar", kata Kumbang.
Difahamkan baru-baru ini Anwar Ibrahim menyatakan kekesalannya dengan kelemahan blogger pro Anwar menangkis hujah-hujah yang berkaitan dengan dirinya tersebar secara meluas di internet.
Keluhan Anwar itu diluahkan secara terbuka semasa pertemuannya dengan blogger-bloger tersebut. (Klik sini untuk membaca artikel yang ditulis oleh Kumbang)
Menurut Kumbang :
1. Blog Analisis Ringan saya dihack pukul 10 pagi tadi. Mungkin dengan hantar virus dan pihak blogger/google terus stopkan penyiaran blog saya.
2. Dihack selepas saya menulis artikel mengenai pingat demokrasi yang anwar dapat semalam sebab perjuangkan sekularisme bukan demokrasi semata-mata. Sekular ni benda yang paling PAS benci. Baca sini. Dalam blog Anwar, dia tengah banggakan dapat pingat ni, jadi artikel saya ni macam kacau daun bagi pihak dia.
3. Anwar kalau tak salah kenapa dia takut? Perkara ini membuktikan Anwar takutkan pembongkaran saya dan AIDC serta rakan-rakan mengenai kaitan beliau dengan yahudi dan pelacuran agama. Jadi rakan-rakan sila sebarkan apa yang saya tulis dan terus membongkar mengenai anwar atartuk.
4. InsyaAllah saya akan buat blog baru jika pihak google/blogger masih benarkan untuk saya terus berblog. Terima Kasih sila sebarkan........

Paksa Ariffahmi letak Jawatan, Rosli Allani pula yang letak jawatan


Ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan - yang tegas mendesak pengunduran segera menantu  Nik Aziz  sebagai peneraju Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - telah meletakkan semua jawatannya dalam parti hari ini (22 Dis, 2009).
Bagaimanapun, Dr Rosli Allani Abd Kader meletak jawatan bukan kerana kegagalan Pemuda PAS negeri mengadakan mesyuarat (teka-teki mesyuarat terbatal- klik sini) berhubung peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.
Sebaliknya, kata Rosli, isu tersebut berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu - yang memerintahkannya tinggal berasingan dengan isteri keduanya - (kononnya) bagi mengelak menjejaskan imej PAS.
Dr Rosli mengumumkan peletakannya itu dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kota Bharu tengahari ini. Rosli telah mendapat perintah mufarakah (berpisah sementara) dengan isterinya Ilyana Mohd Noor kerana perkahwinannya pada Disember tahun lalu diragui oleh bapa mertuanya. (sumber : Malaysiakini)

Agenda Karpal Singh Berjaya!, PAS terperangkap dan tersungkur


PAS sekali lagi terperangkap malah diperkudakan oleh sekutunnya, terutama si biaDAP. Detik malang 19 Disember 2009 menyaksikan parti PAS melalui kepimpinannya telah dengan rasmi terpaksa tunduk daripada landasan perjuangan asal parti PAS. Maka saat getir ini perlu diterima dengan tangan yang terbuka oleh kepimpinan parti PAS kerana mereka terpaksa dan dipaksa mengenepi hasrat untuk menubuhkan negara Islam yang berlandaskan hukum Hudud dan Qisas seperti yang laung-laungkan sebelum ini. Dengan ini juga kepimpinan PAS telah menipu dan mempermain-mainkan ahli-ahli PAS yang begitu taksub dengan pemimpin mereka.
Sebelum ini kita dapat menyaksikan usaha bersungguh-sungguh kepimpinan PAS untuk menegakkan Negara Islam dengan menyediakan draf hukum tersebut. PAS juga sering berjanji dalam kempen-kempen pilihan raya yang mengatakan bahawa mereka akan melaksanakan hukum Hudud sebaik sahaja berjaya memerintah negara/negeri tetapi sehingga kini hudud tidak pernah dilaksanakan baik di Kelantan mahupun di Terengganu semasa PAS memerintah dahulu.
Jika dahulu pemimpin-pemimpin PAS dengan lantang dan lancar membaca surah al-Maidah ayat 44, (“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang kafir”). yang menghukum kafir terhadap mereka yang tidak melaksanakan hukum Islam, tetapi kini semakin jarang kedengaran mereka mengeluarkan ayat tersebut. Walaupun PAS dan sekutunya Pakatan Rakyat telah berjaya mentadbir empat buah negeri (Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang) namun sehingga kini pakatan pembangkang tidak sedikitpun mengimplementasi hukum Hudud dalam pentadbiran negeri yang diperintah oleh mereka. Malah Nizar (Bekas MB Perak yang gila kuasa) pernah mengatakan bahawa tiada penubuhan Negara Islam dalam perjuangan PAS (klik sini). Sebelum ini, Harun Din begitu bersungguh-sungguh memberi gambaran dan mencerita perancangan penubuhan Negara Islam versi PAS (klik sini).
Terbaru, bagaimana Nik Aziz menegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali berkompromi dengan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud kerana perkara itu sebahagian daripada tuntutan agama. Persoalannya, adakah terdapat dasar yang digariskan dalam konvensyen PR tentang penubuhan Negara Islam? Jawapannya, kalau ada, Karpal Singhlah orang yang pertama bakal menentangnya habis-habisan. Maka terimalah hakikat bahawa kepimpinan PAS terpaksa mengakui bahawa perjuangan parti PAS selama ini untuk menegakkan Negara Islam hanyalah sia-sia dan tinggal angan-angan kosong belaka. Dan sekali lagi terbukti bahawa PAS hanya memperalatkan Islam demi kepentingan politik. Maka agenda Karpal Singh terbukti berjaya!

Chandra Muzaffar : Dasar PR hanya 'indah khabar dari rupa'


Dasar bersama Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim hanya ’indah khabar dari rupa’ kerana jelas tidak menggambarkan kesepakatan gabungan tiga parti dalam PR dalam beberapa isu penting.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzaffar (gambar) berkata, dasar itu tidak jelas dan hanya menyatakan penyataan umum kepada rakyat bagi meraih sokongan terhadap Pas, PKR dan DAP.
Dasar yang digubal terlalu umum, sebagai contoh dasar keadilan sosial dan pembangunan insan dari segi agama, PR berikrar menubuhkan mekanisme menyeluruh untuk penyelesaian adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, “PR hanya ingin menubuhkan, dan bukan memberi cara penyelesaian bagi isu tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dasar bersama PR dimetari imeterai pada Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama menggariskan empat agenda penting yang akan dilaksanakan apabila parti itu berjaya mengambil alih tampuk pimpinan daripada Barisan Nasional (BN).
:Menurutnya, dasar itu seharusnya mendapat kata sepakat daripada ketiga-tiga parti, berterus terang dan diperjelaskan secara terperinci.
“Sekiranya hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan, adakah pemuda Pas juga akan bersetuju dengan cadangan?" katanya. Sumber : Sinar Harian

PR bakal menuju perpecahan, BN akan tetap dihati majoriti rakyat


Konvensyen Pakatan Rakyat yang buat pertama kalinya diadakan di Shah Alam pada 19 Disember telah dengan secara rasminya menyatukan tiga sekutu dalam pakatan campuran iaitu PKR, biaDAP dan PAS. Tujuan atau matlamat utama mereka adalah untuk mendapat tempat di hati rakyat, sedangkan kewujudan pakatan tersebut lambat laun bakal menuju perpecahan. Apa tidaknya, kewujudan pakatan campuran ini umpama sandiwara yang hanya sekadar untuk mengelirukan rakyat, sedangkan dari segi realitinya rakyat sudah muak dengan sandiwara para pemimpinnya.
Walaupun konvensyen tersebut telah mempersetujui empat dasar iaitu kononnya mahu mengamalkan prinsip demokrasi yang telus lagi tulen, memacu ekonomi berprestij tinggi, mapan dan adil, keadilan sosial dan pembangunan insan dan bagi memantapkan hubungan persekutuan, negeri dan dasar luar negara, namun pada hakikatnya ternyata dasar-dasar tersebut telah lama dlaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini. Kerajaan BN yang telah lebih 60 tahun memerintah telahpun berjaya membawa Malaysia mencapai banyak tanda aras kecemerlangan.
Jika dilihat kepada pentabiran di negeri-negeri yang diterajui oleh pakatan pembangkang, ternyata segala janji manis semasa kempen pilihanraya dahulu masih belum terlaksana dan hanya tinggal janji-janji kosong lagi palsu. Inikan pula untuk mentadbir negara Malaysia. Yang mereka tahu dan cuba lakukan adalah untuk menggagalkan perancangan kerajaan BN yang sedaya upaya ingin menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat melalui pilihanraya yang sah. Mereka sepatutnya menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan memberi kritikan yang membina, bukan untuk cuba merampas tampuk pemerintahan negara melalui cara yang rakus dan tidak demokratik.
Berbalik kepada konvensyen pertama pakatan campuran ini, sebenarnya lebih kepada gelanggang untuk mengkritik kerajaan BN. Para pembahas yang mengambil bahagian ternyata tidak memberi tumpuan yang serius kepada dasar yang hendak dibentuk sedangkan mereka perlu mengakui bahawa pakatan mereka masih lemah dan rapuh. Hal ini diakui sendiri oleh Hadi Awang yang mengambil contoh tentang kejatuhan kerjaaan pakatan di negeri Perak.
Yang jelas pakatan campuran ini cuba untuk meniru model dan konsep perkongsian kuasa BN yang telah terbukti berjaya membawa kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Selepas ini pakatan campuran melalui pemimpin-pemimpin mereka akan melaungkan bahawa mereka telah berjaya membentuk satu pakatan yang mantap dan tulen, sedangkan pada hakikatnya lambat laun pakatan tersebut bakal menuju kehancuran kerana ideologi parti mereka amat jauh berbeza dan mereka sebenarnya adalah Perosak Rakyat. Sebaliknya BN akan tetap berada dihati majoriti rakyat Malaysia.

Sultan Azlan Shah : Status Islam sebagai agama rasmi beri justifikasi keistimewaan peruntukan untuk Islam


TANJUNG MALIM 18 Dis — Sultan Perak Sultan Azlah Shah hari ini bertitah bahawa status agama Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara, dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam memberikan justifikasi keistimewaan untuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan untuk urusan agama Islam.
Titah baginda, dalam pada itu kerajaan juga memiliki budi bicara dalam urusan-urusan memenuhi keperluan agama-agama lain.
"Urusan agama di negara ini termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan,” titah baginda pada majlis sambutan Maal Hijrah 1431 peringkat Negeri Perak serta perasmian Masjid At-Taqwa di Proton City di sini.
Sultan Azlan bertitah Perlembagaan yang digubal sebagai instrumen rujukan berkerajaan menjelang negara mencapai kemerdekaan itu adalah Perlembagaan yang bukannya digubal oleh umat Islam dan orang Melayu sahaja, tetapi telah digubal dengan persetujuan pelbagai pihak yang mewakili pelbagai kaum dan pelbagai agama.
"Semangat yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan itu diiktiraf oleh negara. Kerana itu, hari-hari kebesaran pelbagai budaya dan pelbagai agama dihormati hinggakan negara Malaysia merupakan negara yang paling banyak memperuntukkan cuti umum bagi menghormati hari-hari kebesaran agama dan kebesaran budaya,” titah baginda.
Baginda bertitah sifat toleransi dan persefahaman yang telah dibuktikan oleh orang Melayu dan umat Islam sebagai peribumi di tanah air ini dengan menerima dan membenarkan kelangsungan pelbagai budaya dan amalan pelbagai agama telah menjadi asas kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang kukuh bersatu padu, memiliki kestabilan politik, berupaya menjana pertumbuhan ekonomi secara berkesan lagi berfokus.
"Perkara-perkara menyentuh kaum, budaya, bahasa dan agama adalah perkara sensitif yang terlalu mudah menyentuh emosi. Perkara-perkara sensitif seperti ini terlalu mudah untuk mencetuskan provokasi serta salah faham yang boleh mencetuskan kontroversi dan konfrontasi hingga ke peringkat memungkinkan berlakunya pertumpahan darah dan peperangan saudara di banyak negara,” titah baginda.
Baginda bertitah keamanan dan kestabilan negara ini selama 52 tahun mencapai kemerdekaan adalah atas kearifan dan kematangan para pemimpin agama, politik dan kaum menyuarakan dan menangani isu-isu penting dan sensitif seperti ini secara bijaksana dalam forum yang tertutup; yang membolehkan berlangsungnya perbincangan secara berterus terang, terbuka lagi bertamadun tanpa liputan media dan tanpa galeri politik.
"Adalah amat membimbangkan jika isu kaum, isu budaya dan isu agama mula dijadikan modal untuk mendapat populariti politik tanpa mengenal batas, tanpa menghormati sejarah dan salasilah penubuhan negara bangsa Malaysia dan tanpa memberi pertimbangan akan implikasi negatif yang memudaratkan,” titah baginda.
Sultan Azlan bertitah bahawa kebelakangan ini, negara sedang dilanda budaya politik yang keterlaluan di mana budaya berpolitik di dalam negara telah mula berhijrah dari budaya politik yang positif dan konstruktif kepada budaya politik yang negatif dan destruktif.
Baginda bertitah budaya berkenaan yang hingga ke peringkat mengetepikan Perlembagaan dan semangat perlembagaan, undang-undang dan institusi perundangan selain menyemai sentimen tidak menghormati badan-badan penguatkuasaan dibimbangi akan membawa negara kepada satu anarki jika ia tidak dibendung secara tegas. -BERNAMA
Komen
Kepada puak pelampau khususnya si biaDAP, jangan cuba lagi nak bangkitkan isu sensitif hanya untuk menagih populariti politik dan kononnya untuk menjadi juara rakyat. Jadilah titah Tuanku Sultan Azlan Shah sebagai peringtan dan  pengajaran.

TAHNIAH !!! SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA


Skuad bola sepak negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila mengakhiri penantian selama 20 tahun pingat emas dengan menewaskan Vietnam 1-0, di Laos. Jaringan gol sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-84 memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh kemilau emas dalam acara akhir bola sepak Sukan SEA XXV. TAHNIAH !!!!!
Alhamdulillah...Doa PM dimakmulkan Allah SWT.

Kedangkalan puak Pelampau mengenai Perkara 153 dan Konsep Ketuanan Melayu


Senario politik negara selepas PRU-12 telah memperlihatkan munculnya pelbagai isu yang tidak sepatutnya dipertikaikan kini mula diungkit dan dibangkitkan oleh puak pelampau, khususnya puak biaDAP ini. Satu demi satu perkara yang berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam terus menjadi sasaran puak ini, kononnya untuk mewujudkan semangat Malaysia Malaysian.
Implikasinya peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan telah menjadi sasaran serangan, malah demi kepentingan politik, puak-puak pelampau ini melakukan tindakan yang cenderung ke arah menggugat peruntukan yang sudah ditetapkan oleh Perlembagaan.
Antara isu yang paling gemar dimainkan melibatkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan khususnya berkaitan dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Kononnya atas prinsip untuk menegakkan kesamarataan dan keadilan, peruntukan ini cuba diganggu gugat dan kalau boleh mahu dilenyapkan terus. Apakah orang Melayu mahu terus mendiamkan diri dek kerana dibuai oleh arus modenisasi dan globalisasi?
Sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menjadi sumber utama kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program affirmative yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang sosio-ekonomi. Perkara 153 inilah yang menjadi sumber kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN).
Hakikatnya, peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia perlu difahami sedalam-dalamnya oleh semua pihak, termasuk puak pelampau, khususnya si biaDAP. Janganlah kerana Malaysia tidak mahu disisihkan oleh arus globalisasi dan dek kerana salah tafsir gagasan 1 Malaysia oleh sesetengah pihak, maka dasar, strategi dan program yang melibatkan orang Melayu dan Bumiputera mahu diubahsuai, dipinda atau dimansuhkan terus sehingga orang Melayu dan bumiputera kehilangan identiti dan jatidiri.
Sesungguhnya puak pelampau ini telah didorong oleh rasa tidak puas hati dengan agenda mereka selama ini yang terang-terangan ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia. Puak pelampau ini juga cuba memainkan isu sensitif dan sensasi seperti isu berkaitan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan juga hak keistimewaan orang Melayu, bertujuan memesongkan fahaman masyarakat. Apabila isu ini berjaya diputarbelitkan maka sudah pasti akan mewujudkan suasana kucar-kacir dalam negara, .lantas mereka akan menunding jari kepada kerajaan BN, khusus UMNO yang dikatakan menjadi dalangnya.
Yang pasti hal-hal tersebut bukanlah isu baru yang cuba dimanipulasi oleh puak pelampau ini khususnya biaDAP yang sememangnya lantang menyuarakan gagasan Malaysian Malaysia. Sesungguhnya tindakan si biaDAP yang mencabar Perlembagaan ini bukanlah kali pertama dilakukan, malahan mereka sentiasa mencari peluang melalui keangkuhan, tidak senang dengan kemajuan negara meskipun mereka gagal menafikan bahawa mereka juga mendapat kesenangan daripada kemakmuran negara yang dikecapi selama ini.
Bagi mereka yang dangkal dan cetek pemikiran maka tentunya akan termakan dengan dakyah buruk puak pelampau dalam cubaan memusnahkan kedaulatan negara dan cuba mengganggu gugat Perlembagaan yang selama ini terpelihara dengan baik.
Perlu dijelaskan semula bahawa konsep ketuanan Melayu yang digembar-gemburkan tidak pernah menjadikan bangsa Melayu sebagai tuan dan bukan Melayu sebagai hambanya. Sesungguhnya ketuanan Melayu hanyalah simbol atau lambang yang membawa maksud kepada kedudukan Raja-raja Melayu sebagai tonggak negara; menjaga kepentingan agama Islam, memelihara istiadat Melayu dan bahasa Melayu sendiri.. Dengan lain perkataan, ketuanan Melayu yang digunapakai berlandaskan kepada Perlembagaan Negara. Kesimpulannya puak pelampau ini amat dangkal mengenai pemahaman Perkara 153 dan konsep Ketuanan Melayu, atau sengaja pura-pura mendangkalkanya demi cita-cita politik sempit mereka.

Panglima Perang Cyber: Edisi Khas :Resolusi BPN Untuk Boikot Blogger Biadap terhadap Pemimpin Pilihan Rakyat !!!

 
1. BPN (sini) memandang serius saranan Perdana Menteri di laman 1Malaysia (sini) yang mahukan blogger mengamalkan kod etika yang boleh menjadikan mereka dihormati oleh semua pihak. Antaranya :
• Be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information
• Never plagiarise
• Identify and link to sources whenever feasible
• Never publish information they know is inaccurate - and if publishing questionable information, make it clear it's in doubt
• Distinguish between advocacy, commentary and factual information
• Admit mistakes and correct them promptly
• Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity
• Explain each blog's mission and invite dialogue with the public over its content and the bloggers' conduct
• Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas
• Abide by the same high standards to which they hold others
2. BPN telah mengenal pasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.
3. Budaya ini sangat tidak sihat di dalam usaha Perdana Menteri untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat dan sebagai Blogger Pembela Negara kami tidak akan membiarkan blogger seperti ini berada di dalam senarai blog di kalangan 85 ahli BPN termasuk 22 Penyokong BPN. Usaha ini juga akan disokong oleh blogger-blogger yang lain kerana mereka juga meminta BPN memainkan peranan yang berkesan di dalam mengatasi masalah yang semakin membarah ini.
4. Untuk itu BPN mendesak blogger yang dimaksudkan agar berhenti dengan segera dari terus menggunakan pendekatan kasar, kesat di dalam mengkritik/ memalukan pemimpin tertentu termasuk menggunakan perkataan ugutan terhadap Perdana Menteri sehingga menimbulkan suasana tidak sihat di kalangan blogger yang pasti akan menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan di PRU akan datang.
5. Jika tidak, maka kami terpaksa mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan blog-blog mereka yang melampau dari senarai blog kami dan meminggirkannya dari terus berada bersama kumpulan yang membela agama, bangsa dan negara. Tempoh diberikan sehingga 17 Disember Khamis 11.59 malam pada 1 Muharam 1431.
Mereka juga perlu meminta maaf kepada semua pihak yang dihentam dan memadamkan semua artikel yang telah mengguris perasaan sebilangan pihak yang lain di dalam UMNO dengan kadar segera.
Semoga kita akan menjadi blogger yang menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama dan menolak sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaskan keamanan yang kita kecapi selama ini khasnya di alam siber.
Sekian, terima kasih !
Yang benar,
Panglima Perang Cyber
Harap dapat disebarkan oleh rakan-rakan sam ada geng BPN atau bukan !!!
Baca ulasan (sini)


Awal Muharram 1431 H, Mohon Keberkatan daripada Allah

Doa akhir tahun 1430 H dan doa awal tahun 1431 H, untuk memohon keberkatan daripada Allah SWT.


Klik imej di atas
Syukur Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Malaysia yang bertuah dan tercinta ini. Semoga dengan kedatangan tahun baru Islam ini, kita semua dapat mengambil pelbagai ikhtibar serta contoh teladan daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah. Sesungguhnya sebaik-baik akhlak adalah akhlak yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah S.A.W.
Rahmat Allah itu maha luas kepada seluruh umat manusia. Selagi kita berpeluang mengecapi nikmat Allah, selagi itulah kita dituntut untuk berjuang di jalan Allah. Salam perjuangan dan salam Maal Hijrah 1431.

Nik Amalina cabar exco itu (?) letak jawatan


Nik Amalina anak kepada Nik Aziz, isteri kepada Abdul Ariffahmi Ab Rahman (CEO pencen PMBK)mencabar salah seorang anggota Exco kerajaan negeri meletakkan jawatan.
Melalui tulisan dalam blognya, yang baru beberapa hari dimulakan, Nik Amalina mencatatkan: "Kalau ditanya saya, tentunya saya jawab, kalau adapun Exco yang patut letak jawatan, saya wajibkan seorang Exco itu saja yang letak jawatan. Ada berani Exco yang seorang itu menyahut cabaran?"
Nik Amalina mengulas mengenai tulisannya terdahulu yang dihantar ke dalam satu blog bagi mempertahankan suami dan ayahnya apabila didakwa diserang dengan fitnah.
Isu tersebut berkait rapat dengan kemelut yang melanda  PMBK sehingga memaksa suaminya yang dilantik oleh Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK melepaskan jawatan. Kata Nik Amalina, ada yang berpendapat tulisannya itu menyinggung perasaan, mahupun peranan barisan Exco negeri Kelantan.
"Cepatnya mereka melatah sehingga semua Exco ini patut letak jawatan? Alahai.. hanya kerana artikel itu semua Exco patut letak jawatan," katanya. Menurut Nik Amalina lagi, tujuannya memulakan blog bukan semata-mata untuk berpolitik, tetapi telah mengheret dirinya kepada penulisan yang berbau politik.
"Artikel saya yang 'tersohor' itu nampaknya terus diperpanjangkan. Alhamdulillah, dalam masa yang sama orang mula mengenali nama saya, walaupun tidak mengenali saya yang sebenarnya."Artikel yang saya niatkan untuk mempamerkan sebuah kebenaran, nampaknya berjaya benar dimanipulasi oleh pihak tertentu. Tidak mengapa, saya serahkan kepada kebijaksanaan mereka dalam membuat helah."Tipu helah itu bagaikan seekor ular panjang yang berbelit-belit. Bukan sahaja berbelit-belit, tapi lidahnya pula bercabang-cabang," katanya.
Petikan dari blog Nik Amalina :
Namun saya tersenyum sumbing apabila ada yang menyatakan bahawa artikel saya itu mampu menyinggung perasaan, mahupun peranan barisan Exco Negeri Kelantan yang tercinta ini. Cepatnya mereka latahkan sehinggas emua Exco ini patut letak jawatan? Alahai…hanya kerana artikel itu semua Exco patut letak jawatan? Kalau ditanya saya,tentunya saya jawab, kalau adapun Exco yang patut letakj awatan, saya WAJIBKAN seorang Exco itu saja yang letak jawatan. Ada berani Exco yang seorang itu menyahut cabaran? ....klik sini
Siapa agaknya exco itu?

Fikiran Nik Aziz yang Keliru dan Celaru


Apa agaknya mimpi Tok Gurau Nik Aziz tiba-tiba berubah fikiran dan sikap memuji pula tindakan PM yang melawat wilayah bergolak, di selatan Thailand baru-baru ini. Sebelum ini tindakan Nik Aziz mendoakan kemusnahan Najib mendapat kritikan keras pelbagai pihak.
Nik Aziz kata langkah Najib perlu dipuji kerana usaha beliau membantu umat Islam di sana. Dan yang paling menarik apabila Nik Aziz juga dilaporkan berkata, dia tidaklah seberani Najib untuk menjejakkan kaki ke kawasan bergolak 'kerana bimbang akan ditembak'.
Selepas ini kita tunggu apa pula isu yang akan dimainkan oleh Nik Aziz yang dah nyanyok ni. Kesimpulannya, fikiran Nik Aziz sudah menjadi semakin keliru dan celaru atau mungkin juga diserang oleh penyakit Paranoid !

Kemunculan saat akhir Datuk Jo patahkan gerakan 14 Disember. Anwar frust menungging


Terdapat banyak cerita di sebalik drama di bangunan Parlimen yang cukup mendebarkan Isnin malam iaitu kerajaan nyaris ‘terbalik’ dalam gerakan pembangkang untuk pintas Bajet 2010 yang boleh membawa implikasi politik dan ekonomi amat besar kepada negara. Sepanjang hari Selasa – walaupun suasananya tenang-tenang saja di Parlimen – kekalutan yang terjadi sepanjang lebih tiga jam itu membuatkan ramai kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional termenung tepuk dahi memikirkan betapa mereka bernasib baik.
Bajet itu akhirnya lulus dengan 66 undi menyokong dan 63 menolak – yakni beza cuma 3 undi sahaja. Bayangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menghadiri satu majlis di Sekolah Chung Hwa di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur terpaksa bergegas meninggalkannya untuk berkejar ke Parlimen setelah mendapat panggilan ‘kecemasan’ tentang jumlah Ahli Parlimen pembangkang melebihi Ahli Parlimen BN dalam Dewan Rakyat.
Ribuan hadirin di majlis itu tercengang tanpa mengetahui puncanya. Penyelamat BN dalam situasi yang amat mencemaskan itu kebetulan jatuh kepada Timbalan Menteri Pertanian Datuk Johari Baharom Ahli Parlimen Kubang Pasu (gambar). Kemunculan beliau adalah antara yang paling klasik sekali dan betul-betul pada saat akhir (Sumber dan berita lanjut - Agenda Daily- klik sini)

Terkini : Putar belit Nik Aziz tentang negara Islam


Nik Aziz menegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali berkompromi dengan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud kerana perkara itu sebahagian daripada tuntutan agama. Apa pula kata Karpal Singh rakan sekutu PAS yang paling akrab. 
Nik Aziz turut berkata bahawa perkara ini adalah ibadat. Apabila kita tolak politik Islam, bermakna kita menolak ibadat. Sedangkan Tuhan buat manusia ini untuk beribadat. "Ibadat bukan bermakna sembahyang sahaja,"(Itu semua orang Islam tahu) kata Datuk Nik Aziz.
Nik Aziz diminta mengulas pendirian PAS berhubung cita-cita besar parti itu apabila  secara rasmi bersama Pakatan Rakyat apabila gabungan didaftarkan.
Satu lagi kenyataan Tok Gurau Nik Aziz : "Islam sebut, bawa mari hujah. Awak tidak faham, boleh caci Islam, boleh caci apa saja. Islam beri peluang jawab hujah. Cuma kalau tidak faham, kita tanya orang lain".
Mengenai kenyataan Karpal - Mahu wujudkan negara Islam, langkah mayat kami dulu, Nik Aziz menjawab "Tidak apa. Karpal Singh ini kira orang tua. Kadang-kadang bila orang kacau kita, kita tengok orang itu. Kadang-kadang kita kata, biarlah. Dia sudah tua, kita hormatlah dia.Orang yang bercakap macam itu, sudah tidak ada sekarang, makin kurang. Itu watak lama." (sumber dan berita penuh Malaysiakini). Kepada Karpal Singh apa pula komen anda. Mungkin sekarang ni tak boleh ganggu sebab akan berbulan madu.

Hentikan Berbalah : Serah Kepada Kebijaksanaan PM


Berhenti buat seketika untuk mencanai yang karut oleh pembangkang, Yeop Parit terpanggil untuk membicarakan tentang isu KJ, antara bloggers yang pro dan anti KJ, khususnya dalam konteks perlantikannya sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Sebenarnya Yeop Parit tidak menyebelahi mana-mana pihak, atau dikatakan tidak berpendirian, malah bukan juga untuk menjadi pemain yang selamat, tetapi sekadar ingin meluahkan pendapat dan perasaan.
Yeop Parit akan tetap menyokong siapa saja yang dilantik menganggotai saf kepimpinan DS Najib, asalkan individu yang dilantik itu dapat menggalas tangungjawab yang diamanahkan dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada parti. Itu yang lebih penting dan menjadi prinsip Yeop Parit sejak agak sekian lama bergiat dalam politik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam politik pelbagai kemungkinan yang tak diduga dan disangka boleh terjadi. Namun, janganlah pula kita kecewa dan putus asa kerana itu merupakan permainan dalam politik. Masing-masing memiliki kekuatan dan kelemahan sendiri.
Apabila bloggers lain sedang sibuk untuk membangun dan memperkasakan UMNO dan BN yang menjadi wadah perjuangan, kita pula asyik bertelagah sesama sendiri hanya sekadar hendak menjadi juara kepada individu tertentu. Kita janganlah sibuk untuk menentukan siapa yang perlu dan tak perlu dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri, malah bertindak mendahului dan melebihi bos. Serahkan saja perkara ini kepada PM dan Timbalan PM, kerana mereka lebih mengetahui serta lebih berhak menentukan siapa yang layak dan sebaliknya. Mungkin kita ingin menyampaikan pendapat dan pandangan, tetapi biarlah berpada-pada sesuai dengan adat orang Melayu, yang berlapik apabila bercakap, dan hendak bergurau biarlah bertempat.
Janganlah pula kita berasa kecewa apabila pandangan kita tidak diterima lantaran merajuk sehingga hendak meninggalkan parti yang sudah banyak berjasa kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia. Itu bukanlah pejuang yang tulen. Sepatutnya kita sebagai bloggers penyokong kerajaan perlu merungkai yang kusut dan mencanai yang karut daripada serangan dan tindakan pihak pembangkang demi untuk mempertahan parti dan kerajaan. Dan yang lebih penting kita perlu bertindak dari sekarang untuk menghadapi perkara yang lebih penting dan besar, iaitu PRU 13.
Pertelagahan sesama kita bukan sahaja akan merugikan dan membuang masa, malah akan diambil kesempatan oleh bloggers pembangkang yang kini semakin kecut perut dengan kehadiran ratusan bloggers pro kerajaan yang berjuang di alam siber tanpa rasa jemu dan muak. Janganlah mematahkan semangat para bloggers tersebut. Itu yang lebih penting daripada masing-masing cuba untuk menegak benang yang basah, dan menjadi juara kepada individu tertentu. Lihatlah bagaimana cubaan Anwar untuk tumbangkan kerjaaan hampir berjaya (klik sini) semasa pengundian kelulusan bajet, perlu dijadikan iktibar.
Justeru, Yeop Parit amat mengharapkan agar yang pro dan anti KJ, berfikiran rasional, merenung sejenak, bermuhasabah diri dan duduklah semeja berincang secara profesional dan intelektual untuk mencari jalan penyelesaian. Rapatkan kembali saf dan hulurkan semula salam persahabatan. Marilah kita bangun sederap berjuang dengan tulus ikhlas menentang puak pelampau yang semakin rakus itu. Sesunguhnya, hayatilah pepatah - untung sepanjang jalan, malang sekejap mata - bermaksud untuk berjaya sangat susah tetapi untuk gagal sangat mudah.