2.2.10

DS Zamry cabar PR di Perak kosongkan 28 kerusi DUN

Pakatan Rakyat sebagai pembangkang di Perak dicabar untuk mengosongkan kesemua 28 kerusi DUN yang mereka wakili bagi membuktikan sama ada mereka masih popular dan menerima sokongan daripada rakyat di Perak. Cabaran tersebut dilontarkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir secara sinikal sebagai mengulas cerita yang dijaja oleh PR khususnya PAS bahawa DUN Perak akan dibubarkan menjelang tahun baru Cina dua minggu lagi.
“Jika mereka rasa mereka diterima rakyat, mereka kosongkanlah 28 kerusi DUN yang mereka wakili kini dan biar pilihan raya diadakan. Kemudian baru kita tengok rakyat akan menyokong mereka atau tidak..ujilah populariti,” bidasnya secara sinikal. Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas ditemuramah secara langsung oleh radio Perak FM dan bersiaran langsung melalui berita Semasa Di 1 RTM pagi Isnin di Ipoh.
Dr Zambry melontarkan komennya itu kerana menjelang lima hari lagi genaplah setahun pentadbiran Barisan Nasional (BN) di negeri Perak setelah peralihan kuasa pada 6 Februari 2009, isu bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) terus dicanang oleh pihak pembangkang.
Terbaru, keputusan Mahkamah Persekutuan yang bakal diumumkan pada 9 Februari depan bagi menentukan rayuan  Nizar Jamaluddin untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan DS Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah turut menjadi isu dan dikaitkan dengan soal pembubaran DUN.
Mana tidaknya, mereka melalui program ceramah dan kenyataan para pemimpin pembangkang telah memberi gambaran kononnya mereka akan menang 4-1 iaitu empat hakim akan menerima rayuan Nizar dan satu menolak.
Nizar dalam kenyataannya sebelum ini berkata jika beliau menang dalam rayuan tersebut beliau akan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan DUN tetapi jika Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar, beliau harap Dr Zambry akan juga bubar DUN.
Diajukan persoalan tersebut kepada Dr Zambry hari Isnin, beliau secara tegas menyatakan tidak berminat untuk melayan permainan politik “yang tidak sudah-sudah’ dimainkan oleh pembangkang.
“Saya tidak berminat untuk melayan perminan politik mereka. Saya tidak terseret mahupun diseret ke gelanggang mereka. Ini gelanggang yang mereka cipta. Kenapa saya harus terikut-ikut. Beliau turut menambah, “Saya tidak pernah beri perhatian kepada mereka kerana pendekatan dan cara mereka dengan cara kita berbeza,” Tambah beliau lagi, apa yang dilakukan oleh pembangkang di Perak tidak akan menjejaskan tumpuan kerajaan BN untuk meningkatkan pertumbuhan serta rancak pembangunan sosial serta ekonomi negeri itu. “Bila kita buat sesuatu yang baik mereka kata ini copycat kononnya kita tiru mereka. Namun bila mereka ditimpa masalah dan isu sesama sendiri, mereka akan tuduh ini angkara UMNO dan BN,” jelasnya
Beliau turut mengulas, apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang kini mencerminkan keretakan sebenar yang berlaku dan bukannya ciptaan atau rekaan UMNO mahupun BN. Namun dalam pada itu beliau mengingatkan bahawa ada juga kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang sebenarnya bersifat reverse psychology.
“Kenyataan Nizar yang menyatakan sokongan Melayu kepada pakatan pembangkang sudah merosot perlu dilihat sebagai amaran beliau kepada pengundi bukan Melayu iaitu kini Melayu sudah kembali semula menyokong UMNO dan BN jadi pengundi bukan Melayu perlu tingkatkan sokongan kepada mereka,” katanya.
Ditanya mengenai sokongan kaum Cina kepada BN di Perak, Dr Zambry berkata, berdasarkan penerimaan dan perhubungan dengan rakyat, terdapat peningkatan sokongan daripada kaum Cina kepada BN.
“Dalam politik ia berkaitan soal penerimaan dan perhubungan dengan mereka. Masyarakat Cina kini nampaknya sudah kembali kepada BN kerana mereka juga sebenarnya sudah tahu rentak dan permainan sebenar pembangkang,” kata beliau. Agenda Daily.

2 ulasan:

  1. SLM BRO..DIORANG TAK BERANI GAK BRO. DLU DIORANG GAK SUKE CABAR DS TP BILE KENE CABAR SKET SI MISBAHLUL LAK YG MELENTING KATE DS TAK GETI BERPOLITIK KEHKEHKEH..MMG BAHLOL LA SI MISABAHUL TU!!

    ReplyDelete
  2. Betul tu Jeffry. Si Misbahul yang bahlol lagi tolol. Masih berangan jadi SU MB. Agaknye SU MB Kartun di dunia fantasi. Haprak punye Misbahlul.

    ReplyDelete