BERITA YANG AMAT MENYEDIHKAN, MEMILUKAN DAN MEMERITKAN PAS PERAK – ALAHAI NIZAR AND THE GENG !!! Takbir!!!
PUTRAJAYA 9 Feb. – Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. – Utusan
-----------------------------------------
Kata mereka, Nizar 4 Zambry 1. Maka DUN Perak akan dibubarkan. Inilah ceritanya yang telah di jaja dan digembar-gemburkan oleh PAS Perak bahawa DUN Perak akan dibubarkan.. Dan inilah fitnah daripada PAS Perak yang jahat dan memualkan.
Ke mana menghilangnya Nizar yang digelar oleh Nga Kor Ming sebagai ‘Tiger of Perak’, and The Geng, yang telah mencanangkan DUN Perak akan dibubarkan dan menyeru seluruh rakyat Perak agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya di Perak dalam masa terdekat. Yang memekik, melolong siang malam, Budak Hingusan Pemuda Pas Perak, Cina Islam dengan langkah kunfunya, Misbahul, Periksik Rakyat yang Ngok, dan banyak lagi goBlog yang seangkatan rosak dengan mereka. Angkatan rosak mereka ini begitu takbur dan telah mendahului keputusan mahkamah. Lihatlah ketakburan mereka telah memakan diri sendiri.
Budak Hingusan PAS dengan program HEMPAP telah menghempap pula diri mereka sendiri…Kasihan. Yang amat melucukan lagi ialah tindakan si Cina Islam Khalil Idham Lim (Ketua Penerangan PAS Perak yang juga ADUN Titi Serong) membuka langkah kunfunya menyeru muslimat semua peringkat di seluruh negeri Perak menyiapkan jentera pilihan raya untuk menghadapi pilihan raya di Perak. Menurut si Cina Islam ni, mana-mana kawasan dan juga cawangan, khususnya membabitkan jentera muslimat yang masih belum bersiap sedia, diingatkan supaya tidak melengah-lengahkannya lagi dalam soal untuk menghadapi pilihan raya. Sorry ma!!.
Sementara itu, Si Misbahul yang masih lagi berangan jadi Setiausaha Politik MB Nizar Kartun juga menjerit terlolong yang mengatakan bahawa DUN Perak bakal dibubarkan. Nak debat lagi ke Misbahul?
Tak kurang juga dengan berita yang ditulis oleh Perisik Rakyat yang ngok, menghebohkan DUN Perak bakal dbubarkan. Malunye.!!!. Dan yang paling menyedih dan memilukan ialah si NIZAR KARTUN. Siang malam ke hulu ke hilir, meminta simpati daripada rakyat Perak. Mabuk kuasa sehingga tergolek macam stuntman – raban tebeng. Dengar cerita nak bawa kes ini ke mahkamah keadilan antara bangsa di Geneva jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan Dr Zamry sebagai Menteri Besar Perak -sini-. Sementara Nga Ko Ming pula kata jika BN menang kes, nak buat kecoh. Apalah jenis manusia ni?
Wahai Nizar, sabor, !!. Tunggulah pilihan raya yang ke-13. Tak perlulah DUN Perak dibubarkan sekarang. Sabor yeop sabor. Masanya akan tiba. TERIMALAH TAKDIR ALLAH DENGAN BERLAPANG DADA. BANYAK-BANYAKLAH BERISTIFAR…Takbir ALLAHUAKBAR !!!!!
Walau apapun terjadi, biarlah hamPAS Perak dengan angan-angannya nak bubar DUN, Si Nizar dengan lagak MBnya. Namun, sekalung tahniah dan syabas kepada YAB Menteri Besar Perak yang sah, DS Dr Zambry b. Abd Kadir dan semua ADUN UMNO-BN. Jalankan tugas kalian dengan penuh rasa tanggungjawab, jujur dan amanah demi untuk kemajuan dan kemakmuran rakyat dan negeri Perak yang tercinta…….Alahai NIZAR and THE GENG….TAKBIR !!! ALLAHUAKBAR!!! SYUKUR AL-HAMDULILLAH.






abe MIE- Sembahyang Hajat Nizar Jamaluddin di depan mahkamah TIDAK diberkati oleh Allah (Islam) kerana niat untuk menunjuk-nunjuk.
ReplyDeleteYang pasti, Nizar Jamaluddin selama 2 minggu telah memperbodohkan kita semua- katanya, keputusan mahkamah memihak padanya!!!
http://pkrpasdap.blogspot.com/
Nizar, nizar..kan sekarang dah malu..Itulah..orang tua-tua kata jangan kalut sangat..
ReplyDeleteLepas dah reda sikit cerita mahkamah abang Nizar boleh la cuba2 pandu kereta F1 pulak, mana tau ada rezeki boleh menang 1 pusingan pun dah memadai untuk percubaan pertama !!
ReplyDeleteTahun depan boleh menang 3 atau 4 pusingan ..
jangan terlingkup tayar naik atas macam kat Ipoh tu hari dah ler..
aku dah nuleh di blog the unspinner kejab ni tadi, tapi sebagai anak sungei perak aku try juge menulis perkara yang agak same tentang dak nizar ni ( bukan nizar- MP kome )yek...
ReplyDeletemasa kita belajo dulu, mesti ada theory maslow.... dak nizar ni udah ade segale galenye....yang dia hendak sangat KUASE..bila dapat KUASE, my opinion :Jadi Apa Nak Jadi...maksud aku, bukan ke mase deme megang kuase 11 bulan, tak ada di pedulinye kite lagi..lantak le jadi ape nak jadi...ini le nizar yang orang2 PAS parit silap pehitungan....tak sampe pun setahun, UMNO dapat kuase...setahu teman tiada tanah yang boleh di pajak 999 tahun..kalau PKR, minta maaf le...mun tak ade undi orang umno + pas....pooooooooooooooorah boleh menang...memang kelau deme merintah segala semba, pasho termasuk amang timah nak di sapu deme
balik pada dak nizar ni...sebenonya kesilapan meletakkan calon MIC, di mana 2004 lagi orang pasir panjang udah tak nak...YANG ADA KUASA KETIKA ITU INGAT DEME KEBAL...di letak lagi rontu di situ...sapan le jawab nya !!!!!!!
kalau aku jadi calon aku pun menang, insyaAllah..
buat Dr Zamry MB yang SAH,tahniah !
jangan buat kesilapan kali kedua......teman tak tahan di bawah nizar ni....salasilahnya dari mana kome....alor kuat, selekoh belacan, changkat parah, kampung terendam, kubang ikan...
kome cari le sendiri...dah nak maghrib