27.4.10

“Gentlemen”-lah, Memang Dah Kalah

JOHOR BAHARU, April 27 - Tan Sri Muhyiddin Yassin minta parti-parti pembangkang supaya menerima keputusan mereka kalh pada Pilihan Raya Kecil, Ahad lalu.
Timbalan Perdana Menteri juga meminta pembangkang menghentikan tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap Barisan Nasional (BN).
Katanya, BN telah menang dan pembangkang patut terima pilihan pengundi Hulu Selangor itu.
“Jadilah ‘gentleman’ dan berhentilah buat andaian,” katanya kepada pemberita selepas melawati Kompleks Kastam, Imigrasen dan Kuarantin di sini, hari ini.
Muhyiddin telah diminta mengulas dakwaan-dakwaan pembangkang kononnya BN membeli undi.
Muhyiddin juga berkata, BN akan melaksankan bedah siasat terhadap keputusan pilihan raya itu, termasuk punca penurunan jumlah undi kaum Cina kepada BN.
“Kami akan mengkaji perangkaan daripada semua saluran mengundi supaya kami boleh merangka strategi-strategi untuk memperukukuhkan BN,” ujarnya.
Mengenai dakwaan pemimpin Dap Lim Kit Siang bahawa UMNO membenarkan Perkasa membawa suara ultra Melayu, Muhyiddin kata Perkasa adalah pertubuhan bukan kerajaan dan mempunyai pendirian mereka sendiri berhubung pelbagai hal.
“Perkasa adalah insiatif beberapa pemimpin Melayu dan jika mereka mahu bersuara berkenaan beberapa isu untuk kepentingan Melayu, itu hak mereka untuk berbuat demikian,” jelasnya.
Muhyiddin berkata, Lim sendiri menerusi blognya dan di dalam ucapan-ucapannya menyeru kesatuan kaum tertentu untuk menafikan hak-hak kaum lain.
Beliau berkata, Lim pernah menyebut “the pot calling the kettle black.” -MediaUMNO/Bernama

0 ulasan:

Post a Comment