SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Dr. Zambry pernah ditawar jawatan MB jika masuk PKR

Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini telah mendedahkan bahawa beliau  ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika  bersetuju menganggotai PKR selepas BN tewas di negeri itu pada pilihan raya umum ke-12. Pada ketika itu PKR tidak mempunyai ADUN yang dianggap sesuai untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar. Justeru, pihak PKR telah berusaha memujuk beliau yang  berkelayakan dan memiliki pengalaman sebagai exco kerajaan negeri Perak.
Dr. Zambry berkata beliau telah dihubungi melalui panggilan telefon oleh seorang “tokoh hebat” berkenaan yang kemudiannya diikuti rombongan dan utusan yang datang ke rumahnya dan memujuk beliau menerima tawaran tersebut
Namun hasrat PKR itu tidak kesampaian, apabila Dr Zambry menolak tawaran tersebut. Dr. Zambry menegaskan “Saya menolak tawaran itu kerana berpegang kepada prinsip perjuangan,” Tetapi kini, Dr Zambry telahpun dipilih menjadi Menteri Besar Perak yang  sah mewakili BN setelah kerajaan Pakatan Rosak pimpinan Nizar telah kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri.
Pendedahan tersebut telah dibuat  ketika beliau menggulung perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.

SUARA KEADILAN fitnah Dr. Zambry akhirnya pohon maaf

o
FITNAH... Keratan akhbar Suara Keadilan bertarikh 29.12.2009 sehingga 5.1.2010, suatu Artikel yang bertajuk, ‘Zamry disyaki Pengganas – Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat’ ternyata palsu sekali gus membuktikan Suara Keadilan hanyalah bertaraf sampah.
Akhirnya terbukti siapa benar, siapa salah. Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memfailkan saman RM100 juta terhadap lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) - Suara Keadilan - menyebabkan akhbar nyamuk yang terkenal dengan pembohongan itu kepanasan dan mengelabah gila.
Ini terbukti dalam edisi terbaru keluaran 30 Mac - 6 April 2010, Suara Keadilan mengemukakan permohonan maaf ke atas Zambry kerana memfitnah Menteri Besar Perak itu yang dikaitkan dengan pengganas. Sekali gus Suara Keadilan mengakui sumber akhbar mereka tidak berwibawa.
Dalam edisi Suara Keadilan bertarikh 29.12.2009 sehingga 5.1.2010, suatu Artikel yang bertajuk, ‘Zamry disyaki Pengganas – Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat’ (“Artikel tersebut”) telah dicetak dan diedarkan di Malaysia. Di dalam artikel tersebut, pernyataan- pernyataan yang berikut telah dibuat:
“Menteri Besar Barian Nasional (BN) Perak, Zambry Abd. Kadir dikatakan dihalang memasuki Amerika Syarikat tiga minggu yang lalu kerana nama beliau dikaitkan dengan senarai pengganas yang dikenal pasti oleh negara tersebut.”
“Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, pihak imigresen menahan Zambry daripada memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas”.
“Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan, keadaan ini menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pengawai AS berkenaan.”
“Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.”
“Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu.” (“Pernyataan-pernyataan tersebut”).
Kami, Lembaga Pengarang Suara Keadilan, dengan ini secara sepenuhnya menarik balik kesemua tuduhan-tuduhan dan dakwaan bahawa penghantaran dan penglibatan keganasan yang disyaki, yang telah dibuat di bawah artikel tersebut terhadap aksara, reputasi, kedudukan dan perbuatan Datuk Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Negeri Perak.
Penyataan-penyataan tersebut tidaklah disokong oleh sebarang sumber yang berwibawa dan adalah oleh itu, tidak benar dan salah.
Justeru, kami mengakui tidak mempunyai asas di dalam pernyataan tersebut.
Kami ingin mengambil kesempatan ini menarik balik sepenuhnya artikel tersebut dan kesemua tuduhan-tuduhan dan dakwaan-dakwaan terhadap Datuk Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir serta melahirkan kekesalan kami atas penerbitan artikel tersebut.
Kami juga dengan ikhlasnya meminta maaf kepada Datuk Seri Dr. Zambry bin Abd Kadir atas keaiban dan kesulitan yang diakibatkan oleh penerbitan artikel tersebut.

Sidang DUN Perak Kecoh

Jika sepanjang hari pertama (Selasa) sidang Dewan Undangan Negeri Perak boleh dikatakan berlangsung dalam keadaan agak tenang dan aman, namun pagi ini (Rabu) terus jadi umpama pasar dan zoo, tidak lama selepas bermula jam 10 pagi. Keadaan ini sememangnya telah dijangka.
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang bertindak keluar dari sidang DUN pada jam 11 pagi selepas membuat kecoh menyebabkan keadaan menjadi riuh rendah. Inilah wajah sebenar pembangkang yang memang suka buat huru hara.
Peristiwa tersebut bermula apabila kesemua 28 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas mengundi menyokong R Ganesan sebagai Speaker yang sah. Ini lanjutan daripada soalan pertama yang dikemukakan oleh mantan Menteri Besar Perak Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali dalam dewan.
Sebelum itu, ADUN Pakatan Rakyat terus mengasak speaker R Ganesan yang didakwa dilantik secara tidak sah, sebaik sahaja selesainya bacaan doa.
Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir kemudiannya membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan dengan mengangkat tangan. Semua adun BN berbuat demikian. Semasa Dr Zamry mula menjawab soalan lisan,  beliau terus diganggu oleh adun Pakatan Rakyat yang memang biadap. Dalam keadaan riuh rendah serta membuat kecoh, semua ADUN Pakatan Rosak keluar meninggalkan dewan.

APCO Nafi Bekerja Dengan Kerajaan Israel Seperti Dakwaan Anwar

Firma perunding komunikasi antarabangsa APCO Worldwide sekali lagi mengulangi kenyataan awalnya bahawa ia tidak bekerja dengan kerajaan Israel atau membantu mencipta konsep 1Malaysia sebagaimana didakwa oleh Pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dakwaan yang diulangi terhadap APCO Worldwide pagi Selasa di Parlimen Malaysia adalah tidak benar. APCO Worldwide tidak bekerja untuk kerajaan Israel. Kami tidak mereka konsep 1Malaysia," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini.
Pada 18 Mac lepas, APCO Worldwide telah menafikan dakwaan  Anwar itu. Baca sini
Hari ini, Anwar pada sidang Dewan Rakyat menggesa kerajaan menarik balik kontraknya dengan APCO Worldwide dan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk menyiasat firma itu, dengan mendakwa ia membawa risiko terhadap keselamatan nasional.
Anwar menimbulkan isu APCO itu ketika memberi penerangan di Dewan Rakyat berikutan usul Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) supaya beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendakwa bahawa konsep 1Malaysia ditiru dari slogan "Satu Israel" yang beliau kaitkan dengan APCO Worldwide.
APCO berkata: "Dalam tugas kami selaku perunding komunikasi, kami tidak terlibat dalam penggubalan dasar tetapi dalam penyediaan maklumat yang kerajaan ingin perkongsikan dengan orang awam".
"Kami bekerja dengan kerajaan-kerajaan yang sedia mendapatkan nasihat kami mengenai ketelusan, demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Kami rasa terhormat dapat terus bekerja dengan kerajaan Malaysia," katanya. -- BERNAMA

Sivakumar dan Gila Talaknya

YB Khusairi Talib menulis : Sambil berbaring-baring mahu melelapkan mata untuk mendapatkan sedikit rehat menjelang Sidang DUN Perak pagi esok, rasa nak tergelak membaca kenyataan Adun Tronoh, V Sivakumar di dalam sebuah blog yang terkinja-kinja menjaja surat jawapan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Diraja Tajol Rosli Ghazali.
Tak tahu bahasa apa yang mahu saya gunakan untuk menggambarkan betapa jahilnya bekas Speaker itu dalam menilai satu kesilapan kecil yang tidak disengajakan. Ketawa besar Sivakumar kerana umpannya dengan menyamar menggunakan kepala surat Speaker sudah mengenai ‘ikan besar’.
Maka dimanipulasilah oleh Sivakumar kononnya Tajol Rosli mengiktiraf dirinya Speaker kerana menjawab jemputannya untuk menghadiri sidang DUN esok. Dan kononnya Tajol Rosli berpegang kepada prinsip dan mengiktiraf Sivakumar, sedangkan Dr. Zambry pula mengiktiraf R. Ganesan selaku Speaker.
Lalu digambarkan oleh bacaan politik dangkal puak-puak Nizar ini kononnya Dr. Zambry dan Tajol Rosli sudah tidak sehaluan. Berkompanglah mereka meraikannya dengan harapan itu petanda keruntuhan BN di Perak dan Nizar boleh kembali dijulang selaku Menteri Besar dan Ngeh Ko Ham akan terus tersengih sementara Nga Kor Meng akan terus terngaga menunggu udang harimau akuakultur melompat masuk ke mulutnya.
Begitulah lazimnya sikap seorang suami yang gila talak terhadap isterinya. Isteri membuka pintu untuk melihat bulan mengambang disangkanya mahu membenarkan dirinya masuk ke rumah. Tulang ikan yang dibaling isterinya tersilap sasaran disangka mahu mengguraui dirinya minta dirujuk semula.
Kasihanlah saya melihat sikap politikus yang gila talak seperti Sivakumar ini. Tak hairan jika dia terus meracau dalam Sidang DUN pagi esok. Sabar sajalah yop! --- Khusairi Talib

Zambry Harap Pembangkang Dapat Kekalkan Ketenangan

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berharap perjalanan lancar persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini akan berterusan apabila disambung esok bagi membolehkan semua pihak berbahas dan berbincang dengan baik.
Sambil melahirkan rasa puas hati dengan kelancaran istiadat perasmian mesyuarat pertama penggal ketiga persidangan hari ini, beliau meminta semua pihak supaya sentiasa menghormati peraturan serta menjaga ketertiban bagi membolehkan persidangan berjalan dengan sihat.
Perjalanan persidangan hari ini lancar walaupun pembangkang bertikam lidah dengan wakil kerajaan manakala bekas Speaker V. Sivakumar mengacah untuk duduk di kerusi Speaker.
Tindakan pembangkang meminta Speaker Datuk R.Ganesan mengarahkan pengawal keluar dewan menimbulkan sedikit kekecohan yang kemudiannya reda sejurus sebelum Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah memasuki dewan untuk titah perasmian.
Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya, Zambry berkata persidangan dewan adalah tempat untuk menyampaikan hasrat dan membincangkan masalah rakyat dan bukannya untuk bergaduh dan menunjukkan tindakan melampau dalam berpolitik.
"Alhamdulillah, perjalanan DUN hari berjalan baik dengan dirasmikan oleh Raja Dr Nazrin Shah walaupun ada beberapa percubaan yang dilakukan oleh Adun pembangkang tetapi kita menganggap ia tidak keterlaluan.
"Pembangkang cuba melakukan (gangguan) tetapi (mereka) turut menyedari rakyat sedang memerhatikan mereka. Ketika di dalam sidang tadi, turut kelihatan ada rakan-rakan mereka (pembangkang) menasihati sesama sendiri supaya tidak bertindak liar," katanya.
Pada satu ketika Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) menimbulkan suasana kecoh apabila berteriak ke arah pihak kerajaan dengan mendakwa terlalu banyak 'polis', diikuti jerit rakan-rakannya "...ini sidang DUN, bukan sidang polis".
Bagaimanapun suasana menjadi tenang selepas Ganesan mengumumkan Raja Nazrin akan memasuki dewan. Raja Nazrin yang diiringi Raja Puan Besar Tuanku Zara kemudian memasuki dewan dan meneruskan titah perasmian.
Sejurus selepas titah perasmian, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria membaca doa dan Ganesan mengumumkan persidangan ditangguhkan sehingga 10 pagi esok.
Anggota-anggota pembangkang meminta agar diberikan masa lebih lama untuk membahaskan titah perasmian yang dianggap amat komprehensif.
Persidangan sebelum ini berlangsung dalam suasana kecoh dengan pelbagai gelagat pembangkang termasuk tindakan mereka mengadakan "persidangan" mereka sendiri semasa waktu rehat dan polis juga terpaksa mengawal ketat di kawasan sekitar kerana ramai penyokong pembangkang berkumpul secara haram. - BERNAMA

Senario menjelang sidang DUN Perak

Kalau dulu menjelang perasmian sidang Dewan Undangan Negeri ( DUN) Perak diwarnai dengan kekecohan dan himpunan segala macam...anih bin ajaib pagi Selasa suasana di perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh tenang-tenang saja.
Di luar bangunan berkenaan polis membuat kawalan dan adakan sekatan di jalan-jalan menuju ke situ tetap tiada penyokong pembangkang berhimpun.
Nizar Jamaluddin dan para ADUN pembangkang tiba secara satu kumpulan jam 8.50 pagi.
ADUN DAP Tronoh,V Sivakumar yang masih dakwa dirinya Speaker tidak berpakaian jubah seperti sidang DUN lalu.
Kemudiannya para ADUN BN diikuti oleh Speaker R Ganesan tiba dan selepas itu Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Selepas pemeriksaan perbarisan hormat oleh Raja Nazrin Shah semua ADUN BN dan pembangkang mereka masuk ke dalam DUN.
Nizar kelihatan berbual dengan Zambry sejenak.
Beza kalau sebelum ini para waratwan dan jurugambar dibenar masuk ke dalam DUN,kali ini buat liputan dari galeri media.
Sivakumar cuba buat lawak acah gaya nak pergi ke tempat Speaker.
Kemudiannya berlaku sikit kecoh sejenak bila ada ADUN pembangkang minta bentara DUN keluar dari dewan.
Keadaan tenang kembali setelah Raja Nazrin masuk untuk menyampaikan titah perasmian.
Sidang DUN Perak ditangguh ke jam 9 pagi esok selepas perasmian oleh Raja Nazrin.
Para ADUN BN dan pembangkang kemudiannya sembang-sembang sesama mereka dalam Dewan. - Agenda Daily

Napoleon Kecil PKR Fitnah Apa Saja – Choo Keong

KUALA LUMPUR : Ahli parlimen Wangsa Maju , Wee Choo Keong (PKR) mendedahkan perangai buruk “Napoleon Kecil” dalam partinya yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk pembohongan terancang dengan “superimposed” gambar dan diterbit dalam internet untuk tujuan memfitnah dan mengaibkan tokoh politik negara .
Tindakan fitnah ini, tegas Choo Keong, diakui oleh Napoleon Kecil tertentu dalam PKR tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan diambil terhadap mereka.
Sebaliknya, ujar beliau, tindakan disiplin diambil terhadap pemimpin PKR yang lain atas perkara yang remeh temeh.
Choo Keong berkata demikian ketika membahaskan titah ucapan Yang diPertuan Agong di Dewan Rakyat.
Katanya, sekiranya napoleon-napoleon kecil ini sanggup melakukan sesuatu yang sangat hina dan tidak bermoral seperti “ superimposed” gambar atas tujuan kepentingan politik, tidak ada apa-apa yang akan dapat menghalang mereka memusnah serta menghancurkan negara ini.
Beliau memberi amaran kepada napoleon napoleon kecil PKR ini supaya jangan memaksanya membongkar politik cakap tak serupa bikin atau politik bermusim mereka.
“Berhentikan kegiatan politik kotor dan fitnah memfitnah melalui internet untuk politik sempit mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira kepentingan rakyat,’’katanya.
Choo Keong juga berkata, beliau tidak pernah bersetuju apabila YB Batu, YB Bukit Lanjan dan YB Machang dilantik untuk” to chase after BN MPs in Taiwan to cross-over’’, walaupun tidak ada hasil.
Beliau juga mendedahkan, ada juga napoleon yang pintar sedikit apabila melemparkan batu sembunyikan tangan.
“Kita mesti bezakan kepentingan politik dengan kepentingan negara.. Janganlah ada-adakan benda yang tidak wujud,’’ujar beliau. - Umno Online
Baca juga tulisan Zulkifli Noordin "PKR MELETOP LAGI!!" ... sini

PRK Parlimen Hulu Selangor Bakal Menjadi Petunjuk Penerimaan Pengundi Terhadap BN

Senario politik semasa memperlihatkan bahawa kedudukan pembangkang khususnya PKR sedang dilanda gelora. Ramai dalam kalangan anggota dan beberapa pemimpin PKR telah bertindak keluar PKR. Terbaru seramai 700 anggotanya bertindak keluar parti itu di Ipoh. Mereka berbuat demikian bukan sahaja kerana kecewa dengan sikap pemimpin tertinggi tentang konsep keadilan yang diperjuangkan, malah kesal dengan tindakan pemimpin parti itu yang tidak menghormati agama lain.
Dengan perkembangan politik yang berlaku itu, sudah tentu pilihan raya kecil di Hulu Selangor bakal menjadi petunjuk penerimaan semula pengundi terhadap BN. Persoalannya sekarang, adakah pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang bakal berlangsung dalam masa 60 hari akan dirampas semula oleh BN? Hal ini kerana senario politik semasa khsusnya dalam PKR kebelakangan ini pastinya membuatkan BN mengatakan akan menawan semula parlimen Hulu Selangor. Manakala pembangkang, khususnya PKR tidak akan duduk diam. Mereka telah awal-awal lagi mengadakan ceramah dan menjalankan kempen demi memastikan kerusi parlimen tersebut tidak jatuh ke tangan BN.
Berdasarkan tulisan Rosli Ismail, majoriti kemenangan calon BN di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali dengan jumlah terkumpul sebanyak 6,179 undi. Sedangkan Dr Zainal menang kerusi Parlimen dengan majoriti hanya 198 undi. Soalnya ke mana hilangnya 5,981 undi mereka yang menyokong tiga calon BN di tiga DUN berkenaan?
Di Hulu Bernam, Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Idris Abu Bakar menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi, manakala Shukor 4,436 undi. Di situ terdapat seramai 17,549 pengundi.
Di DUN Kuala Kubu Bharu calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555.Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.
Di DUN Batang kali calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi . Mohd Isa dapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Jumlah pengundi ialah seramai 27,832 orang.
Sementara calon kerusi Parlimen BN ialah Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel. Beliau memperolehi 22,979 undi, manakala Allahyarham Dr Zainal 23,177. Bilangan pengundi untuk kerusi Parlimen ialah seramai 63,593 orang.
Mengikut ceritanya yang bertiup di Hulu Selangor, keadaan sedemikian wujud semata-mata kerana penduduk di situ mahukan calon Melayu sebagai Ahli Parlimen mereka. Betulkah begitu? Jika benar begitu, pucuk pimpinan BN perlu mengambilkira realiti sebenar yang belaku, serta keputusan dalam pilihan raya umum Mac 2008.
Justeru, pilihan raya kecil yang bakal berlangsung di Hulu Selangor akan menjadi petunjuk dan kayu ukur terhadap kemantapan BN khususnya UMNO, penerimaan pengundi terhadap BN, dan penolakan majoriti pengundi terhadap PKR (jika calon PKR bertanding) di parlimen Hulu Selongor. Sama-samalah kita nantikan perkembangan yang akan berlaku di Parlimen Hulu Selangor.

Keputusan Rasmi Pemilihan MCA - Dr. Chua Soi Lek Presiden

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diisytiharkan sebagai Presiden parti dengan meraih 901 undi, Ong Ka Ting (833 undi) dan Tee Keat (578 undi).
Manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai menang jawatan Timbalan Presiden dengan 1171 undi, mengalahkan Datuk Seri Kong Cho Ha (1106 undi).
Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Seri Ng Yen Yen, Datuk Donald Lim, Datuk Chor Chee Heung dan Gan Ping Sieu. . mStar

700 Youth Members Of Ipoh Barat PKR Quit Party

IPOH, March 28 (Bernama) -- Over 700 youth members of Parti Keadilan Rakyat's (PKR) Ipoh Barat branch quit the party en-masse Sunday, casing 12 of its sub-branches to become crippled.
The branch's Youth chief, V.Subaramiam told a press conference here that they took the action following their dissappointment with the party's leadership at all levels.
Also present was Manjoi state assemblyman Datuk Mohd Nadzri Ismail of the Barisan Nasional.
-- BERNAMA

Nik Aziz Bersubahat Dengan Anwar Dalam Komplot 16 September - Dr. Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Nik Aziz Nik Mat sebagai bersubahat dalam isu cubaan menjatuhkan kerajaan melalui rampasan kuasa 16 September 2008 kerana melarang sebarang pendedahan mengenainya dibuat kepada umum.
Bekas Perdana Menteri berkata, pendirian Mursyidul Am PAS itu dilihat jelas melalui tindakannya menyelar Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga bekas rakan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membongkar rancangan jahat berkenaan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Katanya, tindakan Nik Aziz itu menggambarkan beliau sebenarnya tahu mengenai rancangan berkenaan dan menyokong tindakan Anwar dalam usaha menawan Putrajaya.
“Nik Aziz kata Zahrain tak patut dedahkan perbuatan jahat yang dilakukan... itu tidak baik, itu subahat dan jahat, sedangkan kita tahu semua itu (rancangan)... kira macam subahatlah.
“Beliau sokong supaya jangan dedahkan perihal (rancangan) Anwar. Itulah (sebab) dia subahat dengan Anwar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa Kali Pertama 2010 di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Kira-kira 10,000 ahli Perkasa dari seluruh negara menghadiri perhimpunan itu. Hadir sama, badan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk Ibrahim Ali.
Dr Mahathir mengulas mengenai budaya berbohong dan fitnah yang kini dikatakan semakin menular dalam Pakatan Rakyat.
Zahrain yang menjadi wakil rakyat Bebas selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pendedahan dengan mendakwa Anwar berbohong kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera merestui rancangan pembangkang mengambil alih kuasa pada 16 September 2008.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir menyifatkan tempoh tahun pertama Datuk Seri Najib Razak memerintah sebagai Perdana Menteri jauh lebih baik daripada pemimpin sebelum ini dan bersifat lebih liberal dalam tindakannya.
“Dia ada idea dan harapan saya beliau dapat melaksanakan dengan lebih baik. Saya juga tidak lagi dilarang untuk berucap di mana-mana, sesiapa saja boleh jemput,” katanya berseloroh. - Malaysia Instinct

700 ahli PKR keluar parti

IPOH, 27 Mac - Kepercayaan rakyat terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis apabila terbaru, seramai 700 ahlinya di sini akan bertindak keluar parti itu beramai-ramai, esok.
Mereka berbuat demikian bukan sahaja kerana kecewa dengan sikap dan 'cakap tak serupa bikin' para pemimpin tertinggi tentang konsep keadilan yang diperjuangkan, malah kesal dengan tindakan pemimpin parti itu yang tidak menghormati agama lain.
Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V. Subramaniam berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada ahli Pemuda bahagian itu akan mengesahkan keluar parti secara rasmi dalam satu majlis yang akan diadakan di sini esok.
''Saya jangka bukan setakat 700 orang yang telah bersetuju keluar parti esok tetapi angka itu akan meningkat kerana ramai yang telah sedar dengan apa yang berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hadir sama ialah Naib Ketuanya, Sherol Aizam Mohd. Damanhuri; Ketua Penerangan, Mokhtar Kodin dan Setiausaha, S.Vikneswaran.
Pemuda PKR Ipoh Barat ketika ini mempunyai kira-kira 900 ahli.
Menurut Subramaniam, sikap tidak menghormati agama lain terserlah apabila Ketua Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda didakwa pernah melabelkan agama Hindu sebagai 'paria' - Utusan

Anwar Licik Rancang Konspirasi - Pernah Buat Konspirasi Untuk Jatuhkan Saya - Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Anwar Ibrahim sememangnya licik merancang konspirasi termasuk dengan menggunakan akuan bersumpah.
Oleh itu, katanya, beliau tidak terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung konspirasi mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu.
Menurut Dr. Mahathir, beliau sendiri turut menjadi mangsa Anwar yang bijak bermuka-muka di hadapannya tetapi secara diam-diam merancang konspirasi menjatuhkan beliau.
"Dia pernah membuat konspirasi untuk menjatuhkan saya, semua orang tahu dia arah orang serang saya, kata saya ada kroni tetapi Anwar sendiri berpura-pura baik (sebagai) orang nombor dua dalam Kabinet.
"Belakang saya dia lakukan tetapi di depan saya kami boleh duduk semeja, itulah dia, jadi saya tidak pelik dengan tuduhan bahawa dia ada konspirasi untuk menjatuhkan Najib," katanya.
Dr. Mahathir berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang pertama.
Pada Rabu lalu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat, Zulkifli mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan warga Mongolia tersebut.
Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isteri selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.
Dr. Mahathir pada sidang media itu juga turut membidas Anwar kerana mempersoalkan salah seorang anaknya yang tersenarai sebagai antara orang terkaya di negara ini sedangkan ia berlaku selepas beliau tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri.
Beliau turut menempelak Anwar kerana telah mengkayakan kawan-kawannya sewaktu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada pertengahan tahun 90-an.
"Ada seorang kawan dia memiliki kekayaan RM239 juta, kalau jadi Perdana Menteri macam itulah (lagi teruk) sebab baru jadi Timbalan Perdana Menteri kawan-kawan dia semua jadi kaya, banyak duit juga tapi tidak tahulah dari mana," katanya.
Dalam isu berasingan, Dr. Mahathir menyifatkan Pas telah bersubahat dengan Anwar dalam budaya fitnah dan pembohongan apabila Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar perbuatan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kerana mendedahkan rahsia impian 16 September.
"Nik Aziz kata Zahrain tak patut dedah perbuatan jahat yang dilakukan, jika kita tahu benda itu salah tapi kita tak ambil tindakan untuk mendedahkan kesalahan, itu semacam bersubahat.
"Nik Aziz sokong Zahrain jangan dedah, jadi dia bersubahat dengan Anwar," tegasnya. -Utusan

Desakan Mesyuarat Prapersidangan DUN Mainan Politik Putar Belit Pembangkang - Zambry

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata desakan pembangkang supaya mesyuarat prapersidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan adalah satu lagi percubaan untuk 'memutarbelitkan' keadaan.
Beliau berkata tindakan menjemputnya dan Speaker DUN Datuk R. Ganesan bagi membincangkan bagaimana mahu mengendalikan sidang dengan baik pada mesyuarat prapersidangan yang dicadangkan itu merupakan tindakan untuk mewajarkan "keganasan' yang mereka sering lakukan setiap kali sidang DUN diadakan.
"Dengan kenyataan serta tindakan provokasi yang menimbulkan suasana mengelirukan rakyat, tindakan penyamaran yang berterusan dan 'watak' mereka ini menjemput saya untuk mengadakan mesyuarat prasidang. Inilah watak yang mereka tonjolkan setiap kali sidang DUN mahu diadakan bagi mewajarkan segala tindakan mereka," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Katanya tindakan serta perlakuan provokasi anggota pakatan pembangkang setiap kali sidang DUN mahu diadakan hanya untuk menimbulkan suasana huru-hara dan rasa resah kepada rakyat.
Beliau mendakwa terdapat anggota pembangkang tidak mempercayai dan menyenangi tindakan serta perlakuan provokasi "ketua atau kepala" mereka yang berterusan.
Menteri Besar berkata pakatan pembangkang sebenarnya menggunakan kesempatan sidang DUN itu untuk memenuhi "keserakahan" politik mereka, bukan sebagai tempat untuk menyuarakan masalah dan berbincang dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negeri.
Sementara itu, Ganesan berkata sebanyak tujuh wakil rakyat pembangkang telah mengemukakan sejumlah soalan bagi sesi soal jawab lisan sidang DUN kepadanya melalui e-mel dan menurutnya langkah itu jelas menunjukkan yang mereka mengiktirafnya sebagai Speaker.
Mengenai permintaan pembangkang supaya sidang DUN diadakan selama lima hari, beliau berkata kebiasaannya ia berlangsung selama dua atau tiga hari, namun ia bergantung kepada urusan perjalanan persidangan itu.
"Speaker akan membuat keputusan berapa hari persidangan dan itu juga terpulang kepada situasi (perjalanan) sidang DUN," katanya.
Persidangan DUN Perak bagi penggal ketiga dijadual berlangsung pada Selasa ini dengan istiadat perasmian akan disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
-- BERNAMA
 ----------------------------------
 Rakyat Matang Nilai Keperluan Sebuah Kerajaan Stabil, Kata Zambry
Rakyat mempunyai kematangan untuk menilai keperluan sebuah kerajaan yang stabil dan benar-benar dapat berfungsi dan bukan kepada kepentingan politik semata-mata, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata rakyat mahukan sebuah kerajaan yang tidak bermain dengan retorik politik semata-mata yang hanya ingin mengaut laba politik untuk individu dan kelompok tertentu sahaja.
"Saya yakin rakyat di kawasan Parlimen Hulu Selangor akan membuat pertimbangan yang terbaik untuk mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu ketika ditanya peluang BN menawan semula kawasan Parlimen itu pada pilihan raya kecil akan datang.
Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, dua hari lepas akibat barah otak.
Pada pilihan raya umum 2008, Zainal Abidin, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menewaskan calon BN Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya kecil kawasan itu.
-- BERNAMA

BN Yakin Kuasai Semula Parlimen Hulu Selangor – PM

Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yakin, Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
” Suasana dan senario semasa di kawasan Parlimen itu telah berubah berbanding keadaan pada pilihan raya umum Mac 2008. BN ada peluang untuk menang. Bagaimanapun mesti tumpu dan tunjuk kesungguhan untuk kerja keras,” kata beliau.
Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini Jumaat malam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak.
Allahyarham Zainal Abidin sebelum ini menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Najib berkata, jentera pilihan raya BN telah digerakkan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik mengetuai BN dalam pilihan raya kecil itu manakala Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil dibantu Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor Datuk Idris Bakar.
Mengenai permintaan MIC untuk mencalonkan wakil parti itu sebagai calon, Najib berkata beliau akan berbincang dengan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu sebelum membuat sebarang keputusan.
Najib juga meminta semua pihak bersabar mengenai calon yang akan mewakili kerusi itu.
Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,000 pengundi, 51 peratus daripadanya Melayu, 26 peratus Cina dan 19 peratus kaum India selain kira-kira 1,000 adalah pengundi Orang Asli.
Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dalam kawasan Parlimen itu terdiri Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu, kesemuanya dimenangi BN dalam pilihan raya umum lepas. – MediaUMNO

Zul Noordin - Tak Masuk Akal Kami diBayar Oleh BN

MP Bebas Zulkifli Noordin telah menyelar pihak tertentu yang membuat serangan peribadi terhadap MP Bebas. Beliau turut membidas kenyataan bahawa mereka yang meninggalkan PKR telah dibayar oleh BN. Malah menurutnya, adalah tidak logik dan tidak masuk akal dirinya yang dipecat dari PKR juga telah dibayar oleh BN.
Di bawah adalah sebahagian daripada tulisan beliau yang dipetik daripada blognya:
Saya juga tidak faham mengapa serangan secara peribadi perlu dibuat terhadap contohnya YB Dato' Seri Zahrain. Melabelkan beliau sebagai 'anjing salakan BN' dan lain-lain, siap nak buat solat hajat terhadap YB Mohsin lagi. Ini termasuk membuat kenyataan bahawa mereka yang meninggalkan PKR telah 'dibayar oleh BN'. Saya yang kena pecat pun dituduh jugak! Adakah masuk aqal orang kena pecat dibayar BN, maknanya apakah BN bayar PKR untuk pecat saya? Kan tak logik namanya tu! Apalah salahnya kita melihat ke cermin dan renung serta bermuhasabah terhadap diri sendiri, kan lebih baik?
Mengakhiri tulisannya, Zul mengharapkan agar mereka yang terlibat menabur fitnah mengambil iktibar daripada teguran ALLAH sendiri saperti yang difirmankan dalam surah Al Hujurat: 12 , “walaa tajas sasu, walaa yagh tab ba’dhukum bagh dho-" Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan fitnah-memfitnah diantara satu sama lain”. Malahan memfitnah ini disamakan dengan memakan daging saudaranya sendiri. Justeru, beliau berharap agar semua pihak menghentikan perbuatan fitnah-memfitnah ini, dan memberi fokus kepada menjaga, membela, dan memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Apa yang Anwar Kalut Sangat 1Malaysia, 1Israel?

Marahkah Anwar Ibrahim apabila 1Malaysia dikaitkan dengan 1Israel? Mengapa beliau sensitif sangat? Dalam dunia tanpa sempadan sekarang macam-macam idea boleh menjadi sama. Apa yang peliknya? Ketua pembangkang (yang ikut buku sudah patut turun kerusi) mempertikaikan gagasan itu yang dikaitkannya dengan slogan negara Yahudi tersebut.
Samakah konsep di Malaysia dengan negara Yahudi itu? Di Israel, ia hanya mengiktiraf satu bangsa sahaja iaitu Yahudi yang agung. Anwar takkan tidak tahu perkara ini, kan beliau mempunyai ramai rakan berpengaruh dari keturunan itu.
Mengapa secara tiba-tiba beliau mahu mempertikaikannya? Jika idea itu bagus - apa salahnya kita pakai. Israel marahkah kita guna slogan itu? Rasulullah SAW sendiri pernah menyarankan umatnya supaya menimba ilmu dari mana-mana tempat sekali pun asalkan ia boleh memberi manfaat kepada umatnya.
Kita belajar ilmu fizik dari orang Yahudi, Einstein. Malah orang Iran yang membina reaktor nuklear pun perlu belajar ilmu itu. Jadi, apa yang hairan sangat.
Seperti yang semua kita sedia maklum, Anwar membangkitkan isu itu hanya semata-mata mahu mencabar minda orang Melayu Islam di Malaysia supaya membenci pemerintah. Israel dan Yahudi memang menjadi tabu - ketakutan, kebencian - orang Melayu Islam di negara ini. Seorang kenalan berbangsa Amerika pernah memberitahu saya bagaimana hasratnya mahu memperisterikan seorang gadis Kelantan gagal setelah keluarga gadis itu di saat-saat akhir mengetahui dia seorang berketurunan Yahudi. Akhirnya dia membawa diri ke Filipina dan mengahwini gadis di sana. Mereka hidup aman damai di New York hingga ke hari ini.
Jadi untuk membangkitkan rasa benci mereka kepada kerajaan kaitkan apa-apa saja dengan Yahudi atau Israel, pasti orang Melayu Islam akan marah.
Anwar kan bijak dengan perang sarafnya. Psy-warnya, atau dalam bahasa mudah ilmu putar-belitnya, memang hebat. Semua orang mengiktiraf kehebatannya dengan permainan itu. Ingat lagikah dengan isu pendakap leher, isu racun arsenik dan lain-lain..?
Oleh itu, apa yang kalut sangat di Parlimen itu. Orang kita, termasuk para pemimpin kerajaan cukup kalut apabila Anwar membangkitkan soal-soal macam ini. Mereka cukup cepat merasa defensif atau mengalah.
Sepatutnya, baguslah Anwar membangkitkan isu itu. Sekurang-kurangnya beliau sudah secara tidak langsung mengakui pengaruh yang ada pada 1Malaysia itu.
1Malaysia pun yang pada mulanya disangsi oleh banyak pihak termasuk mantan Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri, kini diterima sebagai satu gagasan yang bijak. Orang Cina dan India menerima gagasan itu dengan senang hati.
Pakatan pembangkang melihat 1Malaysia sebagai musuhnya. Mereka sebenarnya takut dengan gagasan itu dan sedang berusaha keras mahu memecahkannya.
Mereka tahu kekuatan yang hanya boleh mereka capai ialah apabila orang Cina dan India membenci orang Melayu. Orang Melayu membenci orang Melayu; orang Melayu membenci orang Cina dan India; dan orang India membenci orang Melayu dan Cina. Serta, orang Iban membenci orang Bidayuh; orang Sarawak membenci orang Semenanjung dan Sabah.
Itulah yang mahu dilihat oleh pakatan pembangkang yang masih diketuai oleh Anwar. Bencinya rakyat kepada kerajaan, bermakna kemenangan kepada mereka.
Oleh itu, jangan jadi kalut tak tentu pasal. - Oleh Zaini Hassan - Utusan
-----------------------



Anggota Parlimen Hulu Selangor Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, kira-kira 9.27 malam Khamis akibat barah otak, demikian menurut adiknya Md. Hambali Ahmad.
Zainal Abidin, 71, meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
Beliau memenangi kawasan Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum Mac 2008 di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor ketika dalam Umno.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, Zainal pernah menjawat jawatan exco negeri, antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.
Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.
Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.
Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.
Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.
Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.
Zainal turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.
Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.
Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi. -- Al-Fatihah..
-- BERNAMA

Anwar, Kaki Putar Alam Cuba Alih Tumpuan Kes Liwat

Semalam, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu (Bebas) Zulkifli Noordin pula membuat pendedahan yang beliau pernah diberi tawaran supaya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.
Bagaimana persepsi orang ramai kepada Anwar sekarang? Apa pun, Anwar tahu kelemahan sesetengah masyarakat Malaysia.
Kita tahu beliau akan menggunakan strategi untuk memesongkan persepsi orang ramai daripada isu sebenar pembohongan misi 16 September dan kes liwatnya.
Khabarnya PKR sedang merancang mengadakan siri demonstrasi dan perhimpunan jalanan kononnya bagi memperjuangkan isu tertentu.
Kerajaan kena ambil tindakan tegas jika penyokong Anwar cuba menggunakan politik jalanan sebagai usaha untuk mencetuskan gelombang bantahan terhadap kerajaan dan mewujudkan ketegangan.
Dengan sokongan ahli PKR dan Pas yang belum 'celik mata' melihat semakin ramai pemimpin 'besar' PKR keluar meninggalkan parti itu, Anwar juga akan menggunakan serangan peribadi untuk mengalih perhatian rakyat.
Contohnya, dilaporkan orang Anwar sedang mengedarkan sejuta risalah serta surat yang turut melampirkan laporan perubatan yang mendakwa beliau tidak bersalah dan dianiaya.
Persepsi rakyat mengenai perangai dan tindak-tanduk Ketua Pembangkang ini perlu diperbetulkan. Kasihan rakyat terutama orang kampung diperdaya tentang perbicaraan kes liwat Anwar.
Tidak cukup memesongkan isu sebenar, pada sidang Dewan Rakyat Rabu minggu lalu, Anwar mendakwa Apco Worldwide, sebuah agensi perunding antarabangsa yang berpangkalan di Washington DC dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah syarikat yang sama melakarkan slogan One Israel.
Berdasarkan pendedahan itu dan sikap Anwar sebelum ini, tidak pelik kalau beliau berbohong lagi. Tujuannya membangkitkan isu One Israel sama dengan 1Malaysia semata- mata hendak menggambarkan kononnya Perdana Menteri dan kerajaan ada hubungan dengan negara Yahudi itu.
Malaysia belum memerlukan khidmat bantuan negara asing, berbeza dengan tindakannya mendapatkan sokongan orang luar.
Dalam perbicaraan kes liwat misalnya, 50 anggota Parlimen Australia cuba campur tangan apabila mendesak agar tuduhan liwat terhadap Anwar digugurkan. Terbaru pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch berpangkalan di New York juga mendesak perkara yang sama.
Proses mahkamah sudah beberapa kali tertangguh kerana melayan kehendak Anwar. Apabila kehendaknya ditolak, mahkamah dan kerajaan pula dituduh tidak berlaku adil. Sedangkan kes liwat itu hanya antara beliau dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Bukan Anwar sahaja berusaha menyebarkan dakyah songsang dan memburuk-burukkan kerajaan dan mahkamah Malaysia kepada pemimpin asing.
Kini Muhammad Nizar Jamaluddin pula membawa perjuangannya ke seberang laut apabila memulakan sesi syarahan tiga hari di Imperial College University London.
Anwar perlu ingat juga pada kata-katanya kepada Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; "Anda boleh perbodohkan sesetengah orang dalam satu-satu masa, tetapi anda tidak boleh menipu semua orang setiap masa." -- Malaysia instinct

Polis Akan Soal Zulkifli Noordin Berhubung Tawaran Fitnah Najib

Polis akan mengambil keterangan Anggota Parlimen Bebas Zulkifli Noordin berhubung pendedahannya di Dewan Rakyat pada Rabu bahawa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata memandangkan ia satu maklumat terbaru yang diterima polis, siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan sama ada pendedahan oleh wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu itu benar atau tidak.
"Sebagai prosedur siasatan satu-satu kes, kita akan memanggil mereka yang bertanggungjawab mendedahkan perkara itu bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis yang turut dihadiri Perdana Menteri dan isteri.
Musa berkata sebarang maklumat yang ada termasuk pendedahan itu akan dinilai dan digunakan bagi meneruskan siasatan sehingga kes itu dapat diselesaikan.
Pada Rabu Zulkifli, yang juga bekas anggota Parti Keadilan Rakyat, mendakwa ditawarkan ganjaran yang, katanya boleh menggoyahkan iman, oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Mengulas isu itu, Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata siasatan berkenaan juga perlu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terdapat unsur dan rasuah dalam pendedahan itu.
"Pendedahan YB Zulkifli Noordin itu tidak boleh dipandang ringan biarpun ia diucapkan dalam Dewan Rakyat tetapi tidak bermakna seseorang Anggota Parlimen bebas membuat pendedahan tanpa sebarang bukti.
"Ia juga bagi membolehkan Ahli Parlimen berkenaan bertanggungjawab terhadap pendedahan yang dibuat dan bukannya berselindung di sebalik imuniti sebagai Anggota Parlimen," katanya dalam satu kenyataan.
Rosnah berkata langkah itu juga bagi mengelak Dewan Rakyat dijadikan platfom untuk wakil rakyat membuat pendedahan demi pendedahan tetapi akhirnya terbiar dan tiada siasatan dan tindakan diambil.
-- BERNAMA

Zulkifli Noordin akan jumpa, minta maaf kepada PM

KUALA LUMPUR 24 Mac - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.
"Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik.
"Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita telah aibkan atau fitnahkan yang saya terlibat...(Perdana Menteri) saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau sebelum itu membuat pendedahan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004. - Bernama

Tembelang Anwar Ibrahim semakin nyata

Akhirnya tembelang dan kejahatan Anwar Ibrahim semakin nyata.
Hari ini, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang terkenal sebagai seorang yang berprinsip terutama dalam soal Melayu dan Islam mendedahkan bahawa beliau pernah ditawarkan habuan yang amat banyak untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Menurut Zulklifi, beliau ditugaskan untuk mendapatkan pengakuan bersumpah daripada 'pihak ketiga' bagi mengaitkan perdana menteri dan isterinya.
Beliau ketika itu adalah peguambela bagi Cif Inspektor Azilah Hadri, seorang daripada tiga tertuduh dalam kes berkenaan, sebelum menarik diri.
Apa yang boleh kita faham di sini?
Kalau ikut Anwar dan penyokongnya, maka mereka akan kata Zul seorang pengkhianat yang mereka-reka cerita kerana sudah dibeli oleh UMNO.
Memang tidak akan ada modal lain untuk memantahkan pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh bekas orang-orang kuat PKR sendiri.
Itu satu sahajalah modal...kena beli, kena bayar . Tak reti hendak pertahankan diri macam mana lagi.
Namun, yang kita tahu Zulkifli telah menarik diri daripada menjadi peguam bela Cif Inspektor Azilah Hadri lama dahulu.
Maknanya ada lojiknya kata Zulkifli itu. Bila dia cuba disogok, dia tidak mahu terbabit dan kemudian dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada Cif Inspektor Azilah Hadri.
Cuma masa itu dia belum terbukak pintu hati untuk keluar daripada PKR, tetapi pastinya usaha untuk menyogoknya bagi mendapatkan pengakuan bersumpah itu adalah antara episod-episod kemungkaran yang dilalui Zulkifli semasa berada dalam parti berkenaan.
Nasib Zulkifli jenis yang ada pendirian dan pegangan Islam yang amat kuat. Beliau bersyukur Allah melindunginya dari terbabit dalam fitnah itu.
"Sebab itu saya menarik diri dari kes itu kerana adanya ganggguan dari pihak ketiga yang menyebabkan mustahil saya bertindak secara profesional sebagai peguam membela kes tersebut."
Malah, Zulkifli memberitahu tidak mungkin orang yang dituduh (dua anggota polis) dalam kes Altantuya mahu ke tali gantung jika Perdana Menteri dan isteri terlibat.
"Saya cukup yakin pasti mereka akan dedahkan kalau ia benar,"katanya.
Ya, memang benar kata-kata itu. Kalau Najib dan Rosmah terbabit, tentu kedua polis itu sudah mendedahkan perkara itu lama dulu.
Buat apa mereka hendak gadai nyawa ke tali gantung semata-mata bagi menyelamatkan Najib dan Rosmah.
Berapa banyak yang Najib mampu bayar sehingga kedua polis itu sudi diri mereka digantung. Merepek...
Nyata, begitu terdesak sekali Anwar dan lanun-lanunnya untuk mengenakan Najib dan isteri.
Namun itulah, sampai bila hendak tutup bangkai gajah. Lama-lama orang akan tahu juga.
Dan tidakkah terlintas di fikiran kita ada kemungkinan besar beberapa pengakuan bersumpah lain pun mungkin diperoleh melalui kaedah membayar orang untuk membuatnya.
Setakat detektif India kaki mabuk macam Bala yang popular dengan pengakuan bersumpahnya, hulur sikit mesti jalan punya ....mesti sanggup buat pengakuanlah.
Penulis yakinlah Bala pun makan duit masa dia mula-mula muncul dengan pengakuan bersumpahnya.
Lepas itu agaknya ada orang lain bayar, dia tarik pulak pengakuan itu. Kemudian pergi luar negara dan buat-buat kononnya hidup dalam ketakutan.
Hakikatnya, dia sudah baik punya makan dua-dua belah. Nalla sapedek....
Apa pun, semua itu membuka hakikat bahawa siapa itu Anwar Ibrahim....manusia lidah bercabang yang amat licik dan jahat sekali. Boleh buat apa sahaja demi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.
Bayar sana, bayar sini.....pengakuan bersumpah kepala hotak dia!!!!!
Oleh :  Satu Hala

Zulkifli Dedah Pakatan Jahat Untuk Fitnah PM, Isteri

DEWAN PARLIMEN, 24 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Zulkifli Nordin hari ini mendedahkan pakatan jahat pembangkang yang menawarkan habuan besar kepadanya untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Katanya, tawaran ganjaran itu memang besar dan menguji jatidiri dan maruahnya, hanya untuk buat akuan bersumpah memfitnah PM dan isteri bagi dikaitkan dengan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu.
Pada bahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, MP PKR yang dipecat itu mendakwa dia ditawarkan sejumlah habuan yang besar boleh menggoyah iman untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, Zulklifi berkata, syukur dia dilindungi Allah daripada terbabit dalam fitnah itu dan menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.
Dengan pendedahan itu, Zulkifli dijangka akan menerima serangan besar daripada pakatan pembangkang dari pelbagai sudut untuk memburukkan imej peribadinya.
Berita lanjut akan menyusul. -MediaUMNO

Zul Noordin Dedah Diminta Bersumpah Kaitkan Najib, Rosmah Dalam Kes Altantuya!
Setelah Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrian hashim membuat pendedahan panas di Dewan Rakyat Rabu lalu mengenai Pelan 16 September Datuk Seri Anwar Ibrahim,pagi Rabu ini tiba giliran Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu ,Zulkifli Nordin pula.
Belum lagi bekas ahli PKR itu dapat mulakan ucapan bahas usul junjung titah yang Dipertuan Agong sudah timbul kekecohan bila kalangan Ahli Parlimen Pembangkang membantah.
Mereka bising kerana anggap sudah cukup dua orang Ahli Parlimen Bebas berucap sebelum ini yakni Zahrain dan Datuk Ibrahim Ali,Pasir Mas.
Bila Speaker membenarkan maka ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan.
Zulkifli terus memanaskan suasana dewan bila mendedahkan beliau pernah diminta membuat akuan bersumpah kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya.
Dakwanya beliau menerima tawaran yang boleh goyahkan iman untuk tujuan itu.
Lagi panas bila beliau jelaskan sebab tarik diri dari kes itu kerana tidak mahu terus terbabit dalam mainan fitnah.
Katanya beliau akan berjumpa dengan pihak terbabit untuk memohon maaf.
Beliau bersyukur Allah melindunginya dari terbabit dalam fitnah ini.
"Sebab itu saya menarik diri dari kes itu kerana adanya ganggguan dari pihak ketiga yang menyebabkan mustahil saya bertindak secara profesional sebagai peguam membela kes tersebut."katanya.
Beliau berkata lagi tidak mungkin orang yang dituduh (dua anggota polis) dalam kes Altantuya mahu ke tali gantung jika Perdana Menteri dan isteri terlibat.
"Saya cukup yakin pasti mereka akan dedahkan kalau ia benar,"katanya. - Malaysia instinct

Bekas PM Britain Puji Najib Kemudi Ekonomi Malaysia

From Mikhail Raj Abdullah
HONG KONG, 23 Mac (Bernama) -- Bekas perdana menteri Britain Sir John Major  memuji Datuk Seri Najib Tun Razak di atas keterbukaan dan sikap berterus terang beliau dengan pengurus dana asing di sini dalam menghuraikan tentang keadaan ekonomi Malaysia dan mendengar kebimbangan mereka.
"Malaysia sesungguhnya berada di bawah kepimpinan yang baik, berdasarkan kepada apa yang Perdana Menteri Malaysia  sampaikan kepada pengurus dana asing di persidangan Credit Suisse Asian Investment di sini pada Selasa, dan komitmen beliau untuk menukarkan Malaysia menjadi sebuah ekonomi maju," katanya yang kemudiannya mendapat tepukan daripada para audien di International Financial Centre di sini.
Major, penasihat khas Credit Suisse, berucap di majlis makan malam yang dianjurkan oleh CIMB dan kumpulan perkhidmatan kewangan di mana Najib menjadi tetamu kehormat selepas persidangan peringkat tinggi itu yang mengumpulkan kira-kira 100 pengurus dana terkemuka serantau.
Najib mengadakan pertemuan secara berturutan dengan pelbagai pengurus dana serta ketua-ketua industri dan menyampaikan ucap tama di majlis makan tengah hari yang diperantarakan oleh Major.
Major berkata Najib menerangkan dengan jelas dalam usaha menjual Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan di mana pengurus dana asing benar-benar menghargainya, yang mana mereka sebaliknya berterus terang tentang apa yang kurang dalam pasaran ekuiti dan modal Malaysia.
Terdahulu, Najib, semasa memberi ucapan berkata beliau mengambil berat apa perubahan yang pengurus dana mahu lihat dalam pasaran modal Malaysia.
Perdana Menteri berkata selepas perbincangan hangat dengan pengurus dana, beliau dapat memahami sekarang bagaimana mereka melihat Malaysia.
"Anda suka pasaran Malaysia, yang stabil tetapi tidak cukup menarik, jadi kita perlu melakukan sesuatu mengenainya memandangkan faktor yang mengujakan.
"Apabila pasaran dunia meningkat tinggi, pasaran Malaysia tidak banyak bergerak, tetapi apa yang baiknya ialah apabila pasaran dunia merudum, kita tidak turut sama jatuh menjunam dengan teruk," kat Najib.
Bagaimanapun, katanya, pergerakan dalam pasaran menguja pengurus dana, dan itulah sebabnya Malaysia perlu mengadakan lebih banyak peluang bagi pelaburan dengan mewujudkan syarikat yang mempunyai rekod pencapaian yang baik bagi penyenaraian.
Beralih kepada reformasi ekonomi, beliau berkata meskipun pengurus dana sukakan reformasi itu, namun mereka mahukannya dipercepat dan dilaksanakan dengan lebih segera lagi.
Menyedari dimensi politik di Malaysia, kata Najib, masih banyak yang boleh dilakukan, iaitu pada asasnya, mendengar pandangan rakyat Malaysia.
Beliau berkata amat penting memastikan mereka faham kenapa Malaysia perlu menjadi lebih berdaya saing, lebih kuat dari segi ekonomi dan kemudiannya muncul sebagai satu destinasi pelaburan yang menarik.
"Pada dasarnya, inilah Model Ekonomi Baru yang menentukan hala tuju masa depan dari sudut transformasi ekonomi Malaysia," kata beliau.
Najib berkata MEB, yang akan diumumkan pada 30 Mac, haruslah merupakan transformasi sepenuhnya dan bukan hanya satu perubahan tambahan.
"Saya percaya kita harus bergerak secara menyeluruh agar berlaku transformasi Malaysia secara besar-besaran akhirnya," kata beliau
Ke arah ini, beliau menyeru pengurus dana asing melabur di Malaysia untuk jangka panjang dan menyuarakan keyakinan bahawa Malaysia akan muncul sebagai prospek menarik bagi pengurus dana dan pelabur.
-- BERNAMA

Tentu Ada Strategi Lain Untuk Jatuhkan Anwar, Tidak Semestinya Konspirasi Liwat

Perbicaraan kes Anwar Ibrahim meliwat pembantunya, Saiful Bukhari hebat dicanang para penyokongnya sebagai konspirasi kerajaan untuk membunuh karier politik Anwar.
Itulah modal zaman berzaman yang digunakan para penyokong Anwar.
Soalnya, kalau kerajaan hendak bunuh karier Anwar Ibrahim, sepatutnya Anwar tidak dibebaskan terus daripada penjara beberapa tahun yang lalu.
Tidak tahulah kalau Pak Lah dan Khairy Jamaluddin tersilap langkah atau terlebih bijak ketika itu.
Namun, yang hendak penulis katakan ialah, takkan kerajaan hendak menggunakan isu liwat sahaja sebagai modal konspirasi untuk membunuh karier politik Anwar?
Takkan tak boleh terfikir modal lain kot? Tak boleh kreatif sikit ke?
Kalau benar kerajaan terdesak untuk membunuh karier Anwar maka rasanya masih ada modal lain untuk digunakan.
Tindakan Anwar menjual nama Yang Dipertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kononnya menyokongnya untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008 sudah boleh dijadikan modal terbaru yang amat baik.
Selain Zahrain yang merupakan rakan karib Anwar satu masa dahulu, rasanya ramai lagi bekas Ahli Parlimen PKR yang sanggup tampil menjadi saksi untuk mengesahkan perkara itu.
Tindakan Anwar lari keluar daripada Dewan Rakyat ketika Zahrain buat pendedahan boleh mengkukuhkan lagi hujah bahawa Anwar memang telah menipu dengan menggunakan nama Agong dan ATM.
Kalau Anwar kekal dalam Dewan Rakyat masa Zahrain buat kenyataan, maka kemungkinan dia akan diminta sahkan atau nafikan perkara itu ketika itu juga.
Silap jawab dalam Dewan Rakyat, lagi buruk padahnya.
Kalau hendak kenakan Anwar, ini adalah antara peluang terbaik sebab dia guna nama Agong dan ATM.
ISA, OSA dan entah hapa-hapa lagi, gunakan ajelah....dah kerajaan yang berkuasa, dah nama konspirasi...boleh gunakan apa sahaja untuk mengenakan Anwar.
Tak perlu gunakan liwat lagi, gunakan kenyataan Zahrain itu sebaik mungkin.
Namun, rasanya kerajaan tidak akan bertindak melulu.
Setakat mahu mencari alasan untuk mengenakan Anwar, hakikatnya ialah banyak modal lain boleh digunakan.
Palsukan beberapa dokumen semasa Anwar jadi Timbalan Perdana Menteri dahulu pun boleh dijadikan modal untuk sumbat masuk dalam penjara.
Konspirasi kerajaan tidak menuntut sesuatu yang terlalu banyak komplikasi dan persoalan seperti dalam isu liwat sekarang.
Liwat antara Saiful dan Anwar adalah perkara peribadi seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri sudah beritahu banyak kali beliau tidak terbabit dalam hal itu.
Hakikatnya, Saiful yang mencari kebenaran dan keadilan untuk dirinya. Itu sahaja.
Penulis agak pasti kerajaan tidak terbabit dalam hal ini.
Memang adalah penyokong di pihak kerajaan bergembira dengan kemungkinan Anwar akan disabitkan meliwat Saiful ...itu memang ya. Tapi kalau hendak kata konspirasi zaman berzaman, semuanya disusun dan dirancang oleh kerajaan...bukanlah.
Yang sakitnya Anwar, dah keluar penjara pun masih tak tobat...masih nak meliwat anak orang lagi.
Apa pun, di sebalik semua ini, yang jelas ialah Anwar diberikan peluang untuk melalui satu perbicaraan yang sangat adil.
Kalau perbicaraan itu tidak adil seperti yang didakwa oleh Anwar dan penyokongnya, maka adakah mahkamah akan melayan begitu banyak karenah Anwar selama ini?
Kalau tidak adil atau satu konspirasi kerajaan, sudah lama perbicaraan ini dimulakan dan sudah lama Anwar disumbat dalam penjara.
Ini tidak, satu demi satu kehendak dan keinginan Anwar dinilai sehinggakan kes itu tertunda hampir 2 tahun daripada tarikh asal. Hanya beberapa perkara sahaja yang mahkamah tidak mampu layan kerana mahkamah juga terikat dengan hukum dan perundangan tersendiri yang perlu dipatuhi.
Bayangkan jika perbicaraan ini tidak adil atau konspirasi, adakah hakim terbabit akan sanggup mengadakan perbicaraan tertutup pada hari kedua semata-mata kerana bersetuju dengan Karpal Singh bahawa keterangan Saiful seperti bagaimana aksi liwat berlaku tidak perlu diketahui umum.
Hendak kata ini konpirasi, rasanya tidak. Penulis tidaklah pasti 100 peratus, tetapi penulis gunakan lojik dan menilai psikologi manusia dan masyarakat serta psikologi serta kemampuan kerajaan dalam apa yang dikatakan satu konspirasi untuk membunuh karier Ketua Pembangkang di negara ini.
Macam penulis kata di atas tadi, kalau konspirasi peringkat kerajaan, ia tidak akan terlalu banyak komplikasi.
Ia akan bersifat cepat, pantas dan zalim serta membelakangkan apa satu dunia nak hendak cakap.
Kalau konspirasi kerajaan, sudah lama Anwar mereput dalam penjara, tidaklah dapat layanan 1st class macam sekarang.
Dan kalau benar ini konspirasi, maka ia adalah konspirasi yang paling alim dan paling baik kat dunia ini...semua yang saspek hendak, dilayan sampai ke saat terakhir.
Fikirlah sendiri.....

Lompat Parti: Zahrain Tidak Akan Tarik Balik Kenyataan

Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Zahrain Mohamed Hashim tidak akan meminta maaf dan menarik balik kenyataannya yang menamakan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh sebagai antara nama yang diumpan untuk lompat parti dalam rancangan 16 Sept 2008.
Beliau berkata tindakan meminta maaf dan menarik balik kenyataan adalah tidak relevan memandangkan beliau tidak berniat untuk memanjangkan isu 16 Sept itu atau mencemarkan nama Anggota Parlimen Kalabakan itu.
"Minta maaf untuk apa? Saya hanya cerita apa yang Anwar cerita pada saya. Menurut Anwar, Kalabakan (Abdul Ghapur) antara nama yang disebut yang akan melompat.
"Niat saya hanya untuk cerita pada orang, kekecewaan saya pada parti (PKR) dan kenapa saya keluar parti, itu sahaja. Tiada niat untuk memperkecilkan beliau," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Selasa.
Terdahulu, dalam sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Abdul Ghapur membidas tindakan Zahrain yang hanya mendedahkan separuh sahaja nama anggota Parlimen yang akan melompat parti bagi menjayakan kerajaan bayangan Anwar pada 16 Sept 2008.
Mengenai cabaran Abdul Ghapur supaya beliau mendedahkan nama Anggota Parlimen yang selebihnya yang diumpan untuk lompat parti, Zahrain berkata beliau mahu bangun untuk menjelaskan perkara itu ketika Abdul Ghapur 'menyerangnya' tetapi Abdul Ghapur tidak melayan permintaan beliau.
"Saya nak bangun bagi penjelasan tapi dia tak bagi...tidak relevan untuk jawab cabaran itu tetapi saya memang tahu ada 34 hingga 40 nama lagi tapi saya rasa dia pun tahu sebab dia pun kawan Anwar," katanya.
Ketika ditanya apakah perasaan beliau ketika "diserang" oleh Abdul Ghapur, Zahrain berkata beliau sangat kecewa dan merasakan tindakan itu sebagai serangan peribadi. -- BERNAMA

Pas Mahu Kalimah ”Allah” Ganti ”Tuhan”

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan supaya istilah ‘Tuhan’ di dalam Rukun Negara yang pertama dipinda kepada kalimah ‘Allah’.
“Saya meminta kerajaan untuk mengubah Rukun Negara pertama daripada percaya kepada Tuhan kepada percaya kepada Allah".
“Kita menerima secara positif, apa yang ditunjukkan bukan Islam walaupun terdapat kekeliruan terhadap orang bukan Islam. Tanggungjawab kita ialah menerangkan kekeliruan yang timbul itu,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat, hari ini.
Presiden parti dari pakatan pembangkang itu berkata, Al-Quran tidak menghalang penganut agama lain untuk menggunakan kalimah Allah.
Katanya, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam bagi memberi penjelasan kepada penganut bukan Islam tentang makna penggunaan kalimah Allah tanpa memaksa mereka memeluk Islam.
“Mereka (penganut bukan Islam) menyebut nama Allah tanpa mengganggu kita. Kenapa kita tidak menerima secara positif pengguna bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah,” katanya tanpa merujuk tujuan dan sasaran Rukun Negara digubal.
Beliau yang juga wakil Pas berkata dari segi hukum, Islam tidak melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah berkenaan.
“Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas.
“Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif. (Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik,” katanya.
Hadi berkata demikian tanpa sedar fakta kes berkenaan yang telah dibawa ke mahkamah oleh penganut agama lain, bukan oleh orang Islam mahu pun dibawa oleh kerajaan memerintah.
Beliau terus berhujah konon, peluang itu juga seharusnya digunakan untuk berdakwah dan memberi penerangan mengenai Islam kepada golongan bukan Islam.
“Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan.
”Saya minta supaya kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah,” kata Hadi.
Katanya lagi, al-Quran tidak pernah menghalang penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah semasa hayat Nabi Muhammad SAW.
Menurutnya, pendirian seperti itu boleh dilihat dalam surat yang dikirim oleh Nabi Muhammad kepada Raja Mesir yang menganut Kristian.
“Tanpa memaksa mereka menerima agama kita, kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan,” katanya lagi.
Jelasnya, dalam warkah berkenaan, Nabi Muhammad memberitahu Raja Mesir bahawa umat manusia tidak boleh menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sama ada di kalangan pemimpin mahupun di kalangan paderi.
Katanya, Nabi Muhammad juga tidak menghalang penganut Kristian itu menggunakan kalimah Allah.
“Di sinilah mengapa Islam membenarkan penganutnya makan sembelihan daripada penganut agama lain (ahli kitab). Sembelihan mereka halal kerana mereka menyembelih dengan menyebut nama Allah.
“Ini menunjukkan keizinan itu berlaku,” kata Abdul Hadi lagi tanpa menyebut situasi sebenar masyarakat Semenanjung Arab pada zaman berkenaan memang mewarisi anutan agama sejak zaman Naib Ibrahim a.s. -MediaUMNO/Bernama

Tempoh seminggu untuk Anwar jelaskan kenyataan 1Malaysia

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diberi masa seminggu untuk menjelaskan kenyataannya minggu lalu bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ditiru daripada slogan 1Israel.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, memutuskan perkara itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Nazri Aziz, memaklumkan bahawa kerajaan memandang serius isu itu.
"Memandangkan Yang Berhormat Permatang Pauh tidak hadir, kita beri masa seminggu untuk beliau perbetulkan," katanya. Kiandee berkata, tindakan lanjut berhubung perkara itu, iaitu sama ada akan merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atau tidak, akan dibuat selepas Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu memberikan penjelasannya.
Katanya, usul berhubung perkara itu juga akan dibuat kerajaan.
Isu itu yang menghangatkan suasana Dewan Rakyat dengan perang mulut antara penyokong kerajaan dan pembangkang selama sejam 10 minit, dibangkitkan Datuk Abd Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sebaik sesi soal-jawab selesai pada 11.30 pagi.
Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, terdapat percanggahan dalam kenyataan Anwar berhubung perkara itu pada 17 Mac lepas semasa membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Abd Rahman berkata, berdasarkan muka surat 76 hansard Parlimen bertarikh 17 Mac, Anwar telah menyatakan bahawa pada 2009, syarikat perunding Apco Worldwide telah memberikan nasihat berhubung konsep 1Malaysia kepada Najib.
Anwar berkata, syarikat sama juga telah memberikan nasihat berhubung slogan 1Israel pada 1999 kepada Ehud Barak yang menjadi Perdana Menteri Israel ketika itu.
Abd Rahman berkata, kenyataan Anwar bercanggah apabila syarikat perunding berkenaan tampil membuat penafian sehari selepas itu.
"Saya berpendapat bahawa Anwar ternyata mengeluarkan kenyataan sebagai seorang manusia yang tidak sabar menjadi Perdana Menteri hingga sanggup mencemar nama baik Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia," katanya.
Tindakan Kiandee yang membenarkan Abd Rahman berhujah mengenai perkara itu melalui Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat 37(1) yang dibaca bersama 36(12), turut mengundang rasa tidak puas hati pembangkang terutama Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang).
Beliau mendesak Timbalan Speaker itu membenarkannya berhujah mengguna pakai aturan yang sama berhubung kenyataan yang dikeluarkan Mohamed Nazri pada sidang lalu yang didakwa mengelirukan Dewan Rakyat.
Selepas permohonannya dibenarkan, Saifuddin mendakwa Mohamed Nazri telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan memetik undang-undang yang telah dimansuhkan ketika menggulung perbahasan dalam isu royalti minyak kepada Negeri Kelantan.
Mohamed Nazri yang diminta menjelaskan perkara itu berkata, beliau sedia disiasat berdasarkan hansard Parlimen.
"Saya anak jantan, tidak ada masalah (senyum)... saya rela disiasat. Apa yang saya jawab tidak berhasrat untuk mengelirukan Dewan...saya anak jantan, anak betina di sana tak taulah," katanya.
Ungkapan "anak betina" yang digunakan beliau terus menghangatkan lagi suasana Dewan Rakyat apabila beberapa Ahli Parlimen wanita bangun membantah dan mendesak Mohamed Nazri menarik balik perkataan itu.
Kiandee kemudiannya menenangkan suasana dengan menyatakan bahawa anggota Parlimen Padang Rengas itu tidak berniat jahat dan ungkapan "betina" yang diguna beliau membawa maksud "tak berani".
"Saya buat keputusan tidak ada niat jahat. Masalahnya, perkataan itu sekarang ini disalah guna, diolah begitu rupa oleh Yang Berhormat Ampang, jadi ahli-ahli Yang Berhormat, jangan salah erti lagi...," katanya. - Bernama