SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Negara Islam : Pas Tak Berani Sanggah DAP

Pelik dan melucukan! Ketika pemimpin Pas dalam banyak ceramah kepada penyokong mereka mendakwa DAP sudah menerima perjuangan negara Islam Pas, Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi menegaskan penolakan penubuhan Negara tersebut.
Dalam satu wawancara dengan sebuah portal berita, Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin pemimpin Pas yang progresif dan liberal bersedia mewujudkan negara sekular demi pembentukan kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.
Namun pemimpin Pas hari ini mendakwa kenyataan Pengerusi DAP itu hanyalah satu pandangan peribadi dan haknya untuk bersuara.
Mengulas perkara tersebut, Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria berkata alasan pemimpin Pas itu cukup membuktikan mereka cuba menutup kelemahan diri sendiri bila berdepan dengan DAP.
Tegas beliau Pas sebenarnya sudah diperalatkan oleh pembangkang tetapi kerana mereka inginkan kuasa mereka sanggup menutup mata dan menjadi alat tunggangan.
“Walaupun pandangan peribadi tapi kita kena tengok kapisiti individu yang bercakap iaitu Pengerusi DAP Malaysia yang secara jelas bukan satu pandangan peribadi. Sudah pasti ini pendirian sebenar DAP berkenaan Negara Islam.
“Tidak perlulah nak putar belit. Pas tidak mampu untuk menipu rakyat khususnya penyokong mereka sepanjang masa”, katanya di lobi parlimen.
Beliau seterusnya melahirkan kehairanan apakah pendirian Pengerusi DAP ini hanya diluahkan pada media semata-mata.
“Apakah isu Negara Islam tidak pernah diperbincangkan dalam pertemuan-pertemuan mereka.
“Inilah yang cukup menghairankan kita. Siapa tipu siapa? Apakah DAP tipu Pas atau Pas tipu rakyat khususnya penyokong mereka sendiri”, katanya.
Namun hakikatnya kata beliau lagi Pas kini sememangnya semacam menyembunyikan perjuangan Negara Islam mereka. Sebagai contoh dalam muktamar Pas baru-baru ini perkara tersebut tidak diperbincangkan. -MediaUMNO

Shahidan Nafi Perdaya Ulama Masuk UMNO, Harakah Memfitnah

Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan kononnya beliau telah memperdaya empat orang “ulama” untuk menyertai Umno tanpa pengetahuan mereka.
Katanya, dakwaan yang dipetik oleh sebuah laman akhbar web Harakahdaily adalah satu pembohongan yang cuba mengelirukan orang ramai dan memburukkan Umno kerana keempat-empat lelaki yang mendakwa mereka adalah ulama, sebenarnya tidak diundang untuk menghadiri majlis penyerahan borang keanggotaan Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
“Saya terkejut dengan dakwaan berkenaan kerana mereka datang ke majlis kita tanpa dijemput dan hanya dibawa oleh seorang ustaz yang merupakan orang kuat Umno”, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga penganjur majlis penyerahan borang keanggotaan 40 ulama untuk menyertai Umno itu berkata, apa yang berlaku sebenarnya ialah ustaz berkenaan yang juga kenalan beliau itu telah memaklumkan bahawa anaknya bersama tiga lagi rakan penuntut di sebuah universiti di Jordan ingin turut serta dalam majlis itu kerana hendak berjabat tangan dengan Perdana Menteri.
“Pada mulanya saya menghalang kerana ia adalah majlis khas, bagaimanapun mereka beria-ia untuk menyertai dan berjumpa dengan Najib dan saya terpaksa akur,” kata beliau.
Harakahdaily memetik Hosni Mubarak Abdul Hamid bersama rakan-rakannya konon telah dijemput menghadiri majlis itu bagi bertemu dengan Perdana Menteri dan bukannya hendak menyertai Umno.
Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi rakannya diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar dan akhbar-akhbar tempatan, kemudiannya mendakwa kononnya mereka telah menyertai Umno.
Shahidan berkata, beliau tidak pernah berjumpa dengan empat “ulama” itu dan akan membuat laporan polis terhadap berita yang disifatkan sebagai fitnah itu. – Bernama/MediaUMNO

Tegur Pemerintah Ada Adab Bukan Memaki Hamun

UMNO sebenarnya membuka ruang yang luas kepada golongan ulama dan sama sekali tidak menutup ruang dalam menegur dan memberikan nasihat dalam menyatakan perkara yang benar dan yang salah.
Salah seorang ulama muda yang menyertai UMNO hari ini, Fathul Bahri Mat Jahaya berkata pandangan berkenaan adalah hanya pandangan sesetengah pihak dan peluang bersama UMNO akan digunakan sebaik mungkin untuk menegur pemerintah.
Katanya menegur pemerintah serta menegur masyarakat ada adabnya dan dalam agama, Allah menyatakan setiap manusia itu perlu dinasihati kerana setiap diri manusia itu bukanlah sempurna kerana masih ada kekurangan.
“Kita boleh bersama-sama dengan pemerintah. Kita boleh sampaikan nasihat secara langsung bersesuaian dengan hadis daripada Ibnu Abbas r.a yang mana Nabi Muhammad s.a.w mengajar cara kita menegur pemerintah.
“Menegur pemerintah bukanlah dengan cara memaki hamun, menghina dan bukannya menyampaikannya di mimbar-mimbar khutbah dengan terbuka, itu bukan adab Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menegur dan menasihati pemerintah.
“Kata Ibnu Abbas lagi, Nabi mengajar kamu, pegang tangan pemerintah, bersendirianlah dengannya dan sampaikan apa yang ingin kamu sampaikan. Sekiranya dia terima, itu perkara baik dan jika dia tidak terima, kamu telah menunaikan tanggungjawab,” katanya.
Kata beliau lagi, maka itulah yang akan diusahakan dalam usaha memastikan apa yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.
Fathul Bahri Mat Jahaya merupakan kumpulan pertama yang terdiri daripada 40 ulama berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat UMNO Malaysia.
Borang keahlian itu telah diserahkan (Dr) Fadlan Mohd Othman kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib sejurus sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, malam tadi. – MediaUMNO

40 ulama serah borang keahlian UMNO

KUALA LUMPUR 25 Jun – Seramai 40 ulama dari seluruh negara menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan Galeri UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini. --Utusan.

40 ulama muda sertai UMNO
KUALA LUMPUR: seramai 40 ulama muda profesional mengesahkan menyertai UMNO malam tadi, bertujuan membantu dan menyemarakkan kerja dakwah dalam parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata dijangka lebih ramai lagi ulama akan menyertai parti dalam masa terdekat. Katanya, mereka diterima sebagai ahli UMNO cawangan Dataran Merdeka secara automatik. Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi --Berita Harian

Kumpulan Pertama Ulama Serah Borang Keahlian UMNO

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Kumpulan pertama seramai 40 ulama berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) malam ini menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Borang keahlian itu telah diserahkan (Dr) Fadlan Mohd Othman kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib sejurus sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, malam tadi.

(Dr) Fadlan Mohd Othman, 35 merupakan Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat Ph.D di Universiti Islam Antarabangsa.

Pada satu sidang media yang diadakan selepas majlis penyerahan borang tersebut (Dr) Fadlan berkata tindakan beliau dan rakan-rakannya menyertai UMNO kerana percaya kepada ruang yang luas yang diberikan UMNO untuk melakukan dakwah.

Beliau berpendapat kehadiran kumpulan ulama ini akan menyemarak dan menyuburkan lagi program dan kegiatan dakwah dan agama yang sedia ada dalam UMNO.

“Kita cukup optimis dengan jaminan pemimpin tertinggi UMNO yang akan memberi ruang seluasnya untuk berdakwan”, katanya. -- UMNO Online

Anwar Temberang, Temberang Dan Temberang Lagi!!

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya sekali lagi melakukan pembohongan besar apabila gagal menyahut cabaran supaya membuktikan dakwaannya bahawa anggota Parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Suffian Awang berkata tindakan Anwar yang terus berdiam diri itu membuktikan bahawa dakwaannya itu hanya fitnah semata-mata bagi menutup kepincangan yang melanda dalam parti berkenaan.
“Kita tidak terkejut dengan tindakan Anwar ini kerana dia nak tutup banyak sangat kepincangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang terutama PKR.
“Dakwaan Anwar jelas satu pembohongan besar sebab hingga sekarang dia masih gagal kemukakan bukti walaupun lima Ahli Parlimen Bebas mencabar dia bagi bukti termasuk cabaran Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang cabar Anwar kemukan bukti dalam tempoh 48 jam”, katanya di sini, hari ini.
Anwar di dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini mendakwa, wakil-wakil rakyat PKR seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim menerima RM2 juta sebagai ganjaran keluar parti.
Malah semasa menjawab soalan wartawan di sidang media di lobi Parlimen baru-baru ini berdolak-dalik berhubung dakwaan tersebut.
Mengulas lanjut Suffian yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri seterusnya berkata kini terserah kepada rakyat untuk menilai Anwar.
Namun tegas beliau lagi setakat ini dakwaan tersebut bolehlah disifatkan hanya temberang semata-mata.
“Kita tak hairan kalau ini temberang sebab ini memang kerja pembangkang pun”, ujarnya. – MediaUMNO

Kelesuan Pas Perjuang Islam Hakis Sokongan

Kelesuan Pas bersuara dan memperjuangkan Islam dan keceluparan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat kini meluntur semangat ahlinya dan menghakis sokongan luar, khususnya lulusan agama dari dalam dan luar negara.
Muktamar Pas di Kota Bharu, baru-baru ini jelas memaparkan kelesuan yang melanda Pas sejak kehadiran DAP di dalam pakatan pembangkang membelenggunya dan PKR, manakala keceluparan Nik Aziz memaki hamun, mencerca ‘lawan’nya di dalam Pas, UMNO dan Barisan Nasional (BN) dilihat bukan suri teladan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W.
Islam, al-Quran dan Hadis seringkali hanya menjadi hiasan bibir ketika berkempen pilihan raya, mengutip sumbangan ‘tabung jihad’, mengutuk UMNO dan BN, atau menjadi rasional dan alasan mengenai tindakan mereka seperti menolak rancangan perpaduan Pas-UMNO, bersahabat dengan DAP yang dulu dianggap syaitan dan menyokong Calon PKR Parlimen Hulu Selangor.
Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata: “Sebagai contoh, pada muktamar agung Pas baru-baru ini, isu negara Islam dan Hukum Hudud tidak langsung disentuh. Ini menyebabkan tokoh-tokoh agama tertanya-tanya apa sudah terjadi dengan dasar yang dilaung-laungkan sebelum ini.
“Atas perkembangan itulah, kebanyakan tokoh agama seperti Dr Asri dan sebagainya telah melihat Pas tidak sekata dengan perjuangan mereka.”
Pada muktamar yang diharap oleh pemimpin dan ahli Pas itu sebagai platform gagasan suara besar perjuangan parti, idealisme Pas menubuhkan ‘Negara Islam’ sudah tidak kedengaran, semakin luntur malah sibuk membicarakan kehadiran Dewan Himpunan Penyokong Pas sebagi persiapan menghadapi kemungkinan PKR lebur dan pakatan pembangkang lerai.
Selain UMNO dan BN yang sering menjadi kutukan Nik Aziz, sesiapa sahaja penyokong, pemimpin, ahli dan jentera Pas yang tidak disukai atau disyakinya akan menjadi sasaran makian Menteri Besar Kelantan itu. Mereka termasuk penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Nasharudin Isa yang dilihat berfahaman terbuka keketepikan di dalam banyak hal dan majlis.
Pendirian Nik Aziz terhadap kes menantunya di dalam syarikat Kerajaan Kelantan juga menyerlahkan pegangan Nik Aziz di dalam pentadbiran dan prinsip Islam.
Bersama perangai Nik Aziz, telatah pelbagai pihak di dalam Pas juga menjadi cermin sebenar perjuangan Pas yang konon berpegang kepada ajaran Islam. Sebaliknya jelas Pas hanya bersandar ikut keperluan sahaja kepada Islam.
Antaranya MP Shah Alam, Khalid Samad dan MP Titiwangsa Dr Lo’Lo’ berbuat bising di dalam Dewan Rakyat membantah membuta tuli ucapan perbahasan MP Wangsa Maju Wee Choo Keong mengenai Kelantan meluluskan 40 lesen arak dan penggunaan cukai untuk kemudahan rakyat negeri. Demikian juga apabila slogan ‘Pas for All’ dipersoalkan kerana sama dengan ‘Israel 4 All.” - MediaUMNO

Tiba Masa Serang Balas Pembangkang

BAGAN DATOH, 20 Jun – Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit menyerang balas pembohongan pembangkang.
Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya untuk menyerang balas kerana seperti permainan bola sepak Piala Dunia, UMNO dan BN tidak boleh bertahan semata-mata, akhirnya benteng pertahanan ‘bocor’ juga.
Beliau menegaskan, pakatan pembangkang memang pandai berbohong dan putar alam bagi mempengaruhi rakyat supaya memandang buruk kepada UMNO dan BN.
“Pihak satu lagi (pembangkang) memang pakar pusing cerita, hanya 10% ceritanya betul, malah kadang kala 2% saja ceritanya, tetapi dihebahkan seolah-olah cerita itu besar.
“Mereka (pembangkang) gunakan permainan persepsi untuk kepentingan politik mereka, bukan kerana UMNO tidak baik, bukan kerana BN tidak baik, bukan UMNO dan BN tidak banyak berjasa kepada negara, tetapi memburukkan persepsi adalah mainan politik mereka.
“Suasana politik kini berbeza, janganlah guna cara lama, orang lain guna cyberspace, kita kena buktikan kita lebih cekap daripada mereka kerana kita benar,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan UMNO Bahagian Bagan Datoh, di sini, hari ini. -MediaUMNO

Bertaubatlah Anwar - Zul Noordin

Zulkifli Noordin melalui laman blognya menulis :
Saya mendesak Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang bersikap ikhlas dan jujur dan berhenti daripada amalan politik sempit matlamat menghalalkan cara ini. Hormatilah amanah yang diberikan dengan jawatan Ketua Pembangkang tersebut. Gunakanlah amanah jawatan itu untuk memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat!
Saya tidak mahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadikan kami Ahli Parlimen Konsensus Bebas sebagai modal politik beliau untuk mengalih pandangan rakyat umum dari masalah sebenar yang dihadapi beliau dan Pakatan Rakyat. Konsensus Bebas bersimpati dengan pelbagai masalah yang beliau hadapi hari ini iaitu kelemahan PKR, kepimpinan beliau yang mula dipersoalkan, peningkatan prestasi cemerlang YAB Perdana Menteri dan sudah tentu yang paling besar ialah kes perbicaraan beliau meliwat Saiful Bukhari.
Saya ingin menasihatkan Dato' Seri Anwar, sudah sudahlah tu; bertaubatlah!

Hentikan Pertelagahan Terbuka, Ingatan Najib Kepada Pemimpin BN

LUMPUR, 19 Jun : Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pemimpin parti komponen menghentikan pertelagahan secara terbuka dan sebaliknya menumpukan tenaga untuk berdepan dengan pembangkang bagi mendapatkan keyakinan rakyat.
Perdana Menteri memberi amaran bahawa perkara seumpama itu hanya akan melemahkan parti gabungan itu sambil menambah bahawa adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk bersatu dan kelihatan bersatu pada kaca mata rakyat.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti pembangkang banyak berbohong dan bercakap separuh benar sambil menambah bahawa beliau bekerja siang dan malam bagi mengukuhkan BN dengan rancangan-rancangan yang akan diumumkan secara berperingkat.
"Kita mesti fokus berhubung apa yang akan menjadikan BN kukuh.. para pemimpin BN tidak sepatutnya bertelagah antara satu sama lain secara terbuka, di depan khalayak atau kepada rakyat...mari kita bertelagah dengan pembangkang. Kenapa bertelagah sesama para pemimpin BN...beritahu saya kenapa kita perlu bertelagah sesama sendiri?.
"Musuh kita ada di luar...musuh kita mahukan kerusi kita dalam kerajaan..(mereka) mahu pergi ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN kekal berkuasa. Kenapa perlu kita dedahkan masalah kita sendiri. Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah.
"Tidak perlu kerana pada akhirnya apa yang penting ialah BN berkhidmat kepada rakyat dan rakyat yakin kepada BN," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari Sabtu.
Najib berkata BN perlu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang dan oleh itu setiap parti komponennya perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan BN lebih kukuh agar kerajaan BN dapat meneruskan rancangan mentransformasikan negara menjadikannya sebuah negara yang lebih makmur.
Beliau berkata pembangkang mempunyai banyak masalah tetapi mereka sangat pandai menutupnya.
Dalam nasihatnya kepada kepimpinan PPP, Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau sentiasa bersedia mendengar permasalahan mereka.
"Jika anda ada masalah dalam BN beritahu saya. Sebagai pengerusi BN, beritahu saya jika anda tidak suka seseorang itu, jika anda tidak suka, hanya bisik kepada saya tapi secara terbuka anda lawan pembangkang... Anda lawan PKR, DAP, PAS (tapi) jangan bergaduh sesama kita," jelas Najib.
"Macam mana saya nak tolong PPP jika kita (BN) tidak berkuasa, tapi PPP mesti tolong saya...anda boleh tolong saya dengan memberi tumpuan tenaga dalam BN tetapi fokus di luar BN (lawan pembangkang)," katanya.
Najib berkata sedaya mungkin, beliau akan membantu demi kepentingan PPP, sambil memberi contoh pelantikan naib presiden kanan parti itu Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan baru-baru ini.
Katanya PPP tidak boleh menjadi parti kepada semua rakyat Malaysia kerana parti itu terlalu kecil tetapi ia boleh menjadikannya sangat berguna kepada rakyat dengan mencari bidangnya yang tersendiri.
"Anda tidak boleh menjadi sebuah parti seperti parti yang besar tapi anda boleh menjadi tarikan kepada sesuatu kumpulan di dalam negara dan itu yang patut dicari ...bidang keistimewaannya yang tersendiri," kata Najib.
"Tidak kira apa jenis kucing selagi ia dapat menangkap tikus. Apa yang penting adalah BN kukuh dan diterima rakyat, katanya.
Bercakap mengenai konsep 1Malaysia, Najib berkata Malaysia memerlukan satu bimbingan falsafah dan ia adalah falsafah dalam semangat 1Malaysia.
"Saya rasa bangga hari ini kerana jenama 1Malaysia merupakan jenama yang sangat terkenal di Malaysia hari ini. Ini akan kita jadikan sebagai pembimbing falsafah bagi Malaysia kerana bila kita sebut 1Malaysia, secara automatik, kita mengiktiraf sumbangan semua rakyat Malaysia," katanya.
Najib berkata beliau sangat komited dan mahu memastikan bahawa semua rakyat mendapat faedah dari pembangunan rancangan-rancangan di negara ini seperti Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang diumumkan baru-baru ini.
"Kita percaya satu cara sahaja Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang kukuh dan berjaya jika kita dapat sama-sama menggunakan semua kebolehan, kekuatan, pengalaman dan sumbangan semua rakyat Malaysia," katanya.
Kira-kira 3,000 perwakilan parti menghadiri mesyuarat sehari itu.
Sebelum itu, ketibaan Najib disambut Presiden PPP Datuk M.Kayveas, D'Cruz dan para pemimpin parti itu.-- BERNAMA

Melayu Perlu Bangkit Pertahan Hak – Tun Dr M

Masa depan orang Melayu kini dalam keadaan amat genting dan cemas apabila kaum itu semakin kehilangan kuasa yang akhirnya akan menerima nasib seperti minoriti Melayu di Singapura.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jika kaum Melayu di negara ini masih belum sedar untuk bangkit mempertahankan hak mereka, tidak mustahil kaum itu akan menjadi kaum minoriti di negara sendiri.
“Kita (orang Melayu) dalam keadaan amat genting, bukannya kita (bangkit) untuk merusuh tapi dari segi hak, kita sudah terhakis. Tidak banyak lagi kekayaan yang dinikmati oleh kita.
“Sedarlah dan bangkitlah agar kita sama-sama susun langkah, bukannya merusuh tapi untuk menuntut hak kita,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di Stadium Negeri.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang serta Pengerusi Gertak, Razali Idris. Perhimpunan itu dihadiri kira-kira 2,000 orang termasuk wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Dr. Mahathir seterusnya berkata, orang Melayu perlu menyalahkan diri sendiri apabila kuasa yang dimiliki semakin terhakis sehingga menyebabkan kaum majoriti bertukar kepada minoriti.
Beliau juga percaya bahawa kemelut yang melanda kaum Melayu itu antara lain disebabkan kerakusan individu tertentu yang merebut kuasa demi mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri.
Disebabkan pemimpin macam ini, saya tak mahu lah sebut nama dia, akhirnya majoriti Melayu kini menjadi minoriti. Melayu sudah berpecah tiga dengan setiap satu, orang Melayu cuma ada 20 peratus.
“Ia umpama nasib orang Melayu di Singapura yang jadi kaum minoriti, kalau kita jadi minoriti bermakna kita terima nasib serupa dengan kaum minoriti Melayu di negara itu (Singapura),” ujarnya.
Dalam ucapan selama kira-kira sejam itu, Dr. Mahathir turut menyangkal tohmahan pihak tertentu kononnya program perhimpunan Melayu Bangkit itu yang sepatutnya diadakan pada 13 Mei lalu, dikatakan berbau perkauman.
“Ada pihak anggap perhimpunan pada 13 Mei lalu sengaja dipilih untuk takutkan orang bukan Melayu, ini (13 Mei) kebetulan saja dan tak ada niat tertentu, tapi kita menerima tuduhan yang hebat sekali,” katanya.
Justeru, Dr. Mahathir mahu rakyat pelbagai kaum di negara ini terutama Melayu, Cina dan India agar jangan sekali-kali lupakan sejarah termasuk peristiwa berdarah 13 Mei 1969 untuk dijadikan iktibar dan memastikannya tidak berulang. – MediaUMNO

ADUN Malim Nawar keluar DAP

SHAH ALAM 15 Jun - Terlalu banyak berpolitik hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K.Keshvinder Singh mengumumkan keluar dari DAP berkuatkuasa hari ini.
Serentak dengan itu Keshvinder turut melepaskan semua jawatan dalam parti dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). - Utusan
Beliau menjelaskan : "Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Rakyat puas hati, PRU 13 dalam masa terdekat?

KUALA TERENGGANU – Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan dalam masa terdekat memandangkan tahap keyakinan dan kepuasan hati rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah meningkat kepada 72 peratus, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, 72 peratus adalah satu angka baik kerana beliau sendiri mampu mendapat majoriti dua pertiga (pada 1999), meskipun kedudukannya hanya pada tahap 60 peratus.
Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada kerajaan sama ada hendak adakan PRU-13 pada bila-bila masa bermula sekarang, dengan mengambil kira kaji selidik yang dikeluarkan Merdeka Centre.
“Alhamdulillah (kalau) dia (Najib) ada 72 peratus, tapi ranking agensi itu kita nak kena tahu juga siapa mereka.
“Yang saya tahu, semasa saya menang (pada 1999) sehingga dua pertiga kerusi dulu pun, masa itu rating saya cuma 60 peratus. Kalau 72 peratus, boleh menang lebih dua pertiga kerusi. Boleh buat sekaranglah,” katanya selepas berucap pada Program Melayu Bangkit di Stadium Negeri, di sini semalam
Beliau diminta mengulas populariti Najib yang sudah meningkat kepada 72 peratus pada bulan lalu, berbanding 69 peratus pada April lalu.
Menurut Merdeka Centre, 1,028 rakyat Malaysia dibanci melalui telefon dan hampir separuh atau 47 peratus daripada responden terdiri daripada golongan tidak bekerja.
Ketika kajian itu dijalankan, beberapa peristiwa dalam negara turut mempengaruhi keputusan. Antaranya pilihan raya kecil Sibu, kes Aminulrasyid Amzah yang mati kena tembakan polis, pembatalan perhimpunan 13 Mei yang dianjurkan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) serta pengumuman lesen perjudian bola sepak.
Kajian juga menunjukkan 50 peratus responden yakin Najib dapat mencapai sasarannya dalam tempoh dua tahun terhadap inisiatif yang dilakukan beliau, iaitu gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE).
Menyentuh pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Dr Mahathir berkata, ia sedikit sebanyak menepis tanggapan orang Melayu mengenai kepentingan Melayu diketepikan dalam perancangan MBE. - SH

Anwar dicabar buktikan dakwaan Ahli Parlimen ditawar RM2 juta

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengemukakan bukti bahawa anggota-anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah ditawarkan RM2 juta untuk lompat parti.
"Saya terdengar kat luar Yang Berhormat Permatang Pauh sebut tentang cabar yang melompat ini kononnya diberi RM2 juta, saya pula nak cabar Yang Berhormat kemukakan bukti...serta bukti 16 September. "Saya minta penjelasan, dah dia cabar saya, saya cabarlah (dia)," katanya ketika mencelah perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) oleh Anwar (PKR-Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Anwar berkata beliau akan memberikan keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta-juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya.
"Tahniah...kereta baru, rumah elok...semua orang tahu, satu Pulau Pinang tahu, saya buat ucapan di luar tentang orang yang ambil wang ini, saya dah sebut di luar, saya akan keluarkan kenyataan mengenai orang perantaraan yang sediakan berjuta ringgit pada ketikanya nanti," katanya.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Zahrain berkata Anwar tidak perlu menunggu masa yang sesuai untuk membongkar dakwaan berkenaan kerana Parlimen adalah tempat terbaik untuk berbuat demikian.
"Tadi dia ada cakap pasal rumah baru, kereta baru...dia pun ada. Ini dah jadi macam politik kebudak-budakan. Sekarang saya nak dia kemukakan bukti, kalau tidak tutup mulut jangan cakap," katanya.
Turut hadir, anggota konsensus Bebas yang lain iaitu Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Zulkifli Noordin (Kulim/Bandar Baharu dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju).
Zahrain berkata jika gagal mengemukakan bukti, Anwar dianggap tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dan wakil kepada rakyat. - BERNAMA

Anwar lulus daripada segi moral - Nik Aziz

Nik Aziz tak mahu jadi orang nombor satu dalam pakatan
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu menjadi pemimpin nombor satu dalam pakatan pembangkang jika mereka berjaya menawan Putrajaya.
Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata orang yang paling layak meneraju pakatan ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental. "Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di sini hari ini.
Beliau berkata Anwar juga lulus daripada segi moral.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas saranan seorang perwakilan pada muktamar ke-56 PAS yang berakhir semalam agar Menteri Besar Kelantan itu dilantik peneraju pakatan pembangkang berasaskan kewibawaan dan kejayaannya memimpin Kelantan selama 20 tahun.
Dalam saranannya, perwakilan dari Perlis Wan Khairizal Wan Hazim berkata gaya kepimpinan Nik Abdul Aziz juga diterima semua pihak dalam komponen pakatan pembangkang itu.
Mengulas mengenai pandangan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS Islam yang menyamakan beliau dengan pemimpin ulung India Mahatma Gandhi, Nik Abdul Aziz berkata: "Tidak mengapa, saya terima daripada segi sifat orang melihat saya."  - BERNAMA

Dakwaan Adun Umno Sertai PKR Satu Pembohongan - MB Perak

IPOH, 13 Jun (Bernama) -- Dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak bahawa tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno akan menyertai pembangkang adalah satu pembohongan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata dakwaan itu bertujuan memecah-belahkan perpaduan di dalam Umno yang kini semakin kukuh.
"Mereka (pembangkang) cuba untuk mereka-reka isu. Ini adalah satu taktik alih pandang kerana mereka menyaksikan satu demi satu pemimpin mereka meninggalkan parti itu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari Ahad.
Zambry diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan PKR Perak Zulkifli Ibrahim yang sebelum itu memberitahu satu sidang media di sini bahawa tiga Adun Umno akan menyertai PKR dalam masa terdekat.
Zulkifli berkata ketiga-tiga Adun tersebut tidak berpuas hati dengan layanan Zambry kerana lebih mengutamakan bekas Adun PKR.
Katanya nama tiga Adun Umno itu akan diumum pucuk pimpinan tertinggi parti tidak lama lagi.
Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri turut menyangkal dakwaan pembangkang bahawa rakyat Perak tidak berpuas hati dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di negeri itu kerana polisi yang tidak stabil.
"Ini bukan strategi baru pada ketika BN dan rakyat di Perak berada dalam keadaan tenteram dan kerajaan yang diterajui oleh BN bekerja seperti biasa," katanya. -- BERNAMA

Kepimpinan PAS Dibidas Kerana Tidak Ikut Sunnah Nabi, Cepat Melenting

Kepimpinan PAS dibidas sebagai tidak menghormati demokrasi dan tidak mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w apabila cepat melenting setiap kali terdapat pandangan negatif atau bertentangan dengan pendapat mereka yang diutarakan oleh anggota parti.
Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Hanipa Maidin berkata sebagai sebuah parti yang melaungkan hak kebebasan bersuara dan mengikut sunnah Rasulullah, pemimpin parti sepatutnya mendengar setiap pandangan dengan fikiran terbuka.
"Seharusnya menjadikan muktamar untuk mendengar pandangan semua pihak dan bukannya mudah naik marah dan tidak boleh terima pandangan yang negatif atau bertentangan dengan pendapat umum ahli parti," katanya semasa menggulung usul pada Muktamar PAS ke-56 di sini hari Ahad.
Beliau merujuk kepada tindakan meminta perwakilan PAS Pahang Amirruslan Manaf menarik balik kenyataannya pada perbahasan semalam yang mendakwa Perlembagaan PAS diciplak daripada Perlembagaan Umno yang dilakukan penambahbaikan mengikut kesesuaian parti.
Timbalan Pengerusi Tetap Hussin Ismail meminta Amirruslan berbuat demikian kerana pemimpin dan perwakilan tidak berpuas hati dan mempersoalkan kesahihan dakwaan itu.
Hanipa yang turut kesal dengan tindakan beberapa mengejek perwakilan Pahang itu, mendesak kepimpinan memohon maaf kepada Amirruslan.
"Saya ni pantang lihat orang kena buli. Kita ni parti PAS. Kita kata kita perjuangkan kebebasan bersuara, Muktamar bertujuan untuk kita kemuka pandangan. Perlunya kita bersedia untuk dengar," katanya.
Hanipa turut mempersoalkan kenapa anggota dan pemimpin PAS perlu melenting dan marah sedangkan perkara itu boleh dibincangkan dan memberikan jawapan pada sesi lain dalam muktamar itu.-- BERNAMA

PAS Buka Peluang Orang Kafir Perlekeh Islam

PAS suatu ketika dahulu bangga dengan imej ekstrem, rigid dan tidak bertolak ansur dalam soal Islam dan bukan Islam. Mereka menganggap bekerjasama dengan bukan Islam sepertimana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC menjadikan UMNO kafir dan menyokong UMNO boleh menjadikan seseorang itu kafir.
Tapi semua itu kisah dulu, iaitu ketika Hadi masih belum melihat bayangan kuasa, dan sebelum Hadi merasai kehangatan pelukan Lim Kit Siang.
Kini, Hadi bukan sahaja mengambil pendekatan seperti UMNO dengan bekerjasama dengan DAP dan PKR, tetapi Hadi melangkah lebih jauh lagi dari UMNO iaitu membuka peluang bagi bukan Islam untuk bertanding atas lambang PAS secara langsung.
Untuk tujuan itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengumumkan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS atas alasan terdapat ramai penyokong bukan Islam parti itu yang terdiri daripada kaum Tionghua, Siam, Orang Asli, Bumiputera dan lain-lain dan mereka juga harus diberi peluang bertanding.
Dua perkara yang menarik di sini ialah:
1. Fatwa Hadi mengenai bekerjasama dengan bukan Islam bukan sahaja berubah tetapi melebih-lebih dari UMNO sendiri.
2. Sayap baru PAS itu membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bukanlah satu pakatan tetapi lebih bersifat berasingan dalam perjuangan.
PAS ingin mempunyai wakil bukan Islam sendiri dan tidak mahu wakil bukan Islam mereka berada dalam DAP atau PKR. Ini janggal sekali kerana mereka merujuk diri mereka sebagai satu Pakatan.
Nama sayap baru PAS iaitu “Himpunan Penyokong PAS” aiaitu Parti Islam SeMalaysia menggambarkan seolah-olah sesiapa sahaja dari bukan Islam yang menjadi anggota sayap ini adalah penyokong Parti Islam, atau penyokong Islam.
Islam adalah agama untuk dianuti dan diamalkan. Islam bukan sebuah parti politik untuk disokong-sokong. Dan apakah yang membuatkan PAS menyangka bahawa adanya orang bukan Islam yang akan menyokong agama Islam sehingga sanggup menjadi ahli dewan perhimpunan tersebut tanpa ada agenda lain?
Hadi Awang, Nik Aziz dan PAS secara keseluruhan sudah terlalu sering menukar-nukar fatwa dan hukum Allah. Dari fatwa mengenai bekerjasama dengan bukan Islam, suara sebagai aurat wanita berkempen dan wanita bertanding pilihanraya, semuanya bertukar-tukar mengikut ‘mood’ Hadi Awang dan Nik Aziz.
Sesungguhnya, agama bagi PAS hanyalah mainan politik. Dan kini dengan penubuhan sayap baru ini, mereka mengajak orang bukan Islam pula untuk bermain politik atas nama Islam. Dalam ertikata lain, PAS menjemput bukan Islam mempermainkan agama Islam.

Pas Akui Belum Mampu Laksana Undang-undang Islam Di Negeri Pakatan Pembangkang

KOTA BAHARU, 11 Jun (Bernama) -- PAS belum mampu untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri yang diperintah pakatan pembangkang, kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata parti itu terpaksa mencuba sedaya upaya melaksanakan Islam mengikut bidang kuasa kerajaan negeri.
Malahan beliau menyalahkan kelemahan itu berpunca daripada tekanan daripada kerajaan pusat secara terbuka dan halus.
"PAS yang berjaya memerintah Kelantan, pernah di Terengganu dan Perak, dan terkini memimpin kerajaan di Kedah di samping menyertai kerajaan campuran di Selangor dan Pulau Pinang telah mencuba sedaya upaya melaksanakan Islam mengikut bidang kuasa kerajaan negeri," katanya dalam ucapan dasar merasmikan Muktamar ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini Jumaat.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan bagaimana bentuk halangan dan tekanan yang dilakukan kerajaan pusat.
Ucapan dasar Abdul Hadi pada muktamar itu, yang bertemakan "Islam Adil untuk Semua", lebih banyak retorik dengan banyak menuduh Umno dan Barisan Nasional (BN) melakukan kesilapan dalam pentadbiran negara.
"PAS wajib berjuang mengembalikan martabat umat Islam ke atas landasan yang sebenar dalam segala lapangan, dan seterusnya memulihkan imej Islam walaupun terpaksa berdepan dengan rintangan," katanya.-- BERNAMA

Tak Habis-Habis Provokasi Pembangkang

Setiap kali sidang parlimen, wakil-wakil rakyat pembangkang dan penyokong-penyokong mereka tidak habis-habis merancang dan melakukan provokasi melampau sehingga sanggup mencemar imej dewan yang mulia itu.
Sekali lagi di Parlimen kekecohan dicetuskan apabila mereka mengadakan “ceramah umum”, satu-satunya perbuatan biadap, tidak beretika yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen.
Bagaimanapun, mereka berjaya memperdayakan urusetia parlimen dengan berselindung kononnya mahu berbincang mengenai isu meritokrasi dan pemberian biasiswa kepada bukan Melayu.
Buat pertama kalinya, bilik rehat VIP Dewan Negara bertukar menjadi tempat ceramah politik pembangkang. Tuduhan, makian dan fitnah dilempar kepada kerajaan dengan disaksikan beberapa penyokong impot!.
YB-YB pembangkang dan penyokong mereka menyalahgunakan kebenaran yang diberi oleh urusetia parlimen. Mereka tanpa rasa malu dan bersalah menukar ruang rehat sebagai tempat “berpesta’ dengan sesuka hati melanggar peraturan- ibarat kempen pilihan raya lagaknya!
Benar, mereka mendapat kebenaran urusetia parlimen tetapi ia tertakluk kepada beberapa syarat iaitu mengadakan perbincangan secara tertib dan bertamadun, bukan melempiaskan kemarahan nafsu serakah kepada kerajaan BN.
Pihak urusetia parlimen sepatutnya lebih tegas. Jika jelas melanggar syarat-syarat, tindakan segera perlu diambil. Jangan jadi macam boneka!
Tindakan itu sebenarnya memang sudah dirancang. Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran membawa masuk kira-kira 50 orang ahli dikatakan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke bangunan Parlimen jam 12 tengahari.
Pihak pengurusan Parlimen membenarkan Wakil Rakyat itu menggunakan bilik rehat tersebut kerana menyangka jemputan wakil rakyat terbabit adalah bagi tujuan perbincangan isu meritokrasi dan biasiswa membabitkan kaum India.
Bagaimanapun, keadaan bertukar menjadi gelanggang melepaskan kemarahan. Pakar provokasi ahli Parlimen Pas Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin yang berucap dalam majlis itu menghentam kerajaan serta BN.
Seperti biasa, Nizar yang sepatutnya sudah lama ditangkap dan disumbat dalam ISA kerana sudah banyak kali menghasut, memfitnah dan menimbulkan rasa gelisah di kalangan orang bukan Melayu terus meniupkan perasaan benci ahli-ahli NGO yang hadir kepada kerajaan.
Kebetulan, beberapa Ahli Parlimen dari Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) berada di ruang tetamu luar bilik rehat itu sedang berbincang, terdengar Nizar Jamaluddin itu mengecam kerajaan.
Antara Ahli Parlimen yang berada di situ Datuk Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan), Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu), Datuk Ismail Kassim (BN-Arau), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) serta Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin.
Idris berkata beliau mendengar dengan jelas pemimpin pembangkang itu mengecam kerajaan.
“Nizar kata kerajaan tidak boleh dibenarkan terus memerintah kerana menzalimi rakyat. Dia turut mengecam UMNO. Nizar sebut perkataan celaka dan menyumpah seranah terhadap kerajaan dan Barisan Nasional,” katanya.
Sudah tentu sesiapa sahaja yang mendengar perkataan Nizar akan merasa panas telinga, apatah lagi ia dilemparkan dalam ruang rehat VIP Dewan Negara.
Memang tepat sekali tindakan Idris masuk ke bilik rehat tersebut untuk menegur kenyataan Nizar dan Bung Mokhtar pula masuk ke Dewan yang masih bersidang untuk mencelah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat.
Tapi apa hak Nizar dan Kulasegaran dan beberapa “samseng” upahaan menghalau bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu keluar dari bilik tersebut dengan alasan perjumpaan itu tertutup dan pemimpin UMNO tidak diundang.
“Tidak ada keizinan diberi untuk mengadakan ceramah politik. Jangan cuba kelirukan rakyat,” kata Idris kepada UMNO-online.
Sepatutnya, pihak kawalan keselamatan Parlimen serta anggota polis bertindak pantas menamatkan majlis itu apabila mendapati kebenaran untuk perbincangan bertukar menjadi medan ceramah politik.
Kata Idris, beliau bukan menganggu perjumpaan itu seperti didakwa oleh pemimpin pembangkang tetapi mahu menegur tindakan mengadakan ceramah politik di tempat yang tidak dibenarkan.
“Saya mahu mempertahankan kemuliaan dewan ini (Parlimen). Saya juga nak ingatkan pihak terbabit jangan sampai kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” katanya.
“Kalau hendak mengadakan ceramah politik ada pentas dan gelanggangnya. Saya tidak ganggu. Ini di dewan yang mulia, melanggar peraturan. Jangan ingat boleh buat sesuka hati,” katanya.
Katanya, ada perkataan berunsur rasis disebut dalam perjumpaan dan ketika kekecohan tersebut.
“Saya sudah mengemukakan usul kepada Speaker untuk menubuhkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi menyiasat siapa punca kejadian tersebut dan mahu mereka yang terbabit dikenakan tindakan sama seperti insiden beberapa Pemuda UMNO yang didenda kerana dikatakan cuba menghalang wakil rakyat pembangkang,” katanya.
Antara pemimpin pembangkang yang berada dalam perjumpaan itu adalah Lim Kit Siang serta Gobind Singh Deo.
Bekas Pengerusi BNBBC yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu Datuk Seri Shahrir Samad turut kecewa melihat gelagat Ahli Parlimen pembangkang berbuat sesuka hati berceramah di dalam premis bangunan Parlimen.
Beliau yang juga bekas menteri dan sudah lama menjadi Ahli Parlimen berkata pada masa lampau hal-hal ‘ luar biasa’ seperti ini tidak pernah berlaku.
“ Jangankan di kawasan rehat Dewan Negara malah di kawasan letak kereta Parlimen sesiapapun tidak boleh berceramah baik dari pembangkang ataupun Barisan Nasional. Dalam pagar lawasan Parlimen ada peraturan dan mesti dihormati.”
“Ruang berceramah bagi Ahli Parlimen dalam kawasan ini ialah di dalam sidang Dewan Rakyat,” ujarnya --UMNO Online

Detik Hidup Atau Mati – Nizar Zakaria

PARIT - “Saya tidak dapat melupakan saat-saat radar kapal yang dinaiki diputuskan menyebabkan hubungan kami dengan dunia luar turut terputus buat sementara waktu.
“Pada masa itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya, hidup atau mati, namun syukur alhamdulillah semuanya selamat,” cerita Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria detik cemas sewaktu kapal Rachel Corrie ditawan pihak Zionis Israel.
Mohd Nizar adalah seorang daripada anggota konvoi misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini.
Katanya, detik cemas itu berlaku pada jam lima pagi dan menyebabkan mereka tidak tahu lokasi sebenar mereka berada.
“Tentera Israel naiki kapal kami dan kami diperlakukan seperti penjenayah sedangkan waktu itu kami berada di perairan antarabangsa.
“Mereka juga turut mengacu pistol kepada kami namun itu tidak mematahkan semangat dalam perjuangan berkenaan,” katanya ketika ditemui semasa sambutan kepulangan beliau ke Parlimen Parit (Selasa-8.6.2010)
Sambutan itu dianjurkan oleh UMNO Bahagian Parit dan turut dihadiri penduduk sekitar Parlimen Parit.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Blanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan dan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim serta ketua-ketua jabatan lain.
Mohd Nizar mengucapkan rasa syukur kerana selamat kembali ke tanah air dengan selamat walaupun tidak berjaya menghabiskan misi berkenaan.
“Walaupun misi ini tidak berjaya akibat halangan daripada Israel namun kami sukarelawan Malaysia termasuk juga lima orang sukarelawan daripada Ireland tetap berhasrat untuk meneruskan misi berkenaan," katanya.
Mohd Nizar berkata, konvoi kemanusiaan itu membawa amanah daripada rakyat Malaysia untuk disampaikan kepada rakyat Palestin sehingga Malaysia sendiri telah membeli tiga buah kapal untuk menjayakan misi berkenaan. –Sinar Harian

Tahap Puas Hati Rakyat Terhadap Najib Meningkat 72 Peratus - Merdeka Centre

Tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat 72 peratus bulan lepas berbanding 69 peratus pada April lalu, menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre yang dikeluarkan hari Selasa.
Bancian yang dijalankan dari 6 hingga 16 Mei itu menyaksikan tahap kepuasan hati paling tinggi dicatatkan oleh kaum India iaitu 80 peratus berbanding Melayu (77 peratus) dan 58 peratus oleh kaum Cina.
Peningkatan tahap kepuasan hati itu adalah yang tertinggi sejak Merdeka Centre menjalankan kaji selidik untuk meninjau populariti Najib sejak Mac tahun lalu, iaitu hanya 44 peratus ketika beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada masa itu.
Menurut Merdeka Centre, sejumlah 1,028 rakyat Malaysia dibanci melalui telefon dan hampir separuh atau 47 peratus daripada responden terdiri daripada golongan tidak bekerja.
Ketika kajian itu dijalankan, beberapa peristiwa dalam negara turut mempengaruhi keputusan antaranya pilihan raya kecil Sibu, kes Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis, pembatalan perhimpunan 13 Mei yang dianjurkan oleh Gertak serta pengumuman lesen perjudian bola sepak.
Kajian juga menunjukkan sebanyak 50 peratus responden yakin bahawa Najib dapat mencapai sasarannya dalam tempoh dua tahun terhadap inisiatif yang dilakukan beliau iaitu gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE).
Sekali lagi kaum India merupakan responden tertinggi yang menyatakan keyakinan tersebut dengan 65 peratus, diikuti Melayu (60 peratus) manakala kaum Cina hanya 30 peratus sahaja yang yakin dengan sasaran Najib itu.
Untuk soalan sama ada rakyat Malaysia bersetuju atau tidak bahawa program-program yang diperkenalkan Najib akan menghadapi masalah "bagus di dalam perancangan tetapi lemah dalam pelaksanaan", hanya 58 peratus yang bersetuju.
Kajian juga mendapati sebanyak 52 peratus responden bersetuju bahawa negara kini sedang menuju ke arah yang betul kerana 21 peratus memberi sebab bahawa ekonomi negara kian pulih dan kualiti kehidupan rakyat semakin meningkat.
Bagaimanapun, sebanyak 22 peratus responden berpendapat bahawa kerajaan perlu menyelesaikan isu ekonomi seperti kenaikan kos hidup dan harga barangan, pengangguran, dan kekurangan bekalan gula.
Kajian itu mendapati majoriti rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan memerangi rasuah dan jenayah, iaitu 61 peratus daripada responden tidak berpuas hati dengan usaha memerangi rasuah dan 57 peratus tidak berpuas hati dengan usaha memerangi jenayah.
Bagaimanapun, sebanyak 63 peratus responden berpuas hati dengan kualiti pendidikan di negara ini manakala 56 peratus pula berpuas hati terhadap usaha kerajaan meningkatkan tahap kecekapan pengangkutan awam di bandar seperti di Kuala Lumpur.
Turut ditanya oleh kajian itu ialah persepsi masyarakat terhadap kes Aminulrasyid di mana hampir seluruh rakyat Malaysia iaitu 91 peratus peka terhadap kes itu.
Bagaimanapun, hanya 25 peratus responden sahaja yang berpuas hati terhadap tindakan polis mengendalikan kes berkenaan. -- BERNAMA

Bahaya Permainan Merdeka Centre

Dunia kini kenal siapa Israel: Tun M

Palestin: Pembangkang Mati Punca Dengan Usul Najib

Malaysia telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kecederaan kepada orang awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia yang dijaja oleh pembangkang sebagai mempunyai hubungan dengan Israel melalui perlantikan APCO kini tidak lagi memberi apa-apa maksud kerana APCO ternyata hanya satu titik kecil dan tidak langsung dapat mempengaruhi apa-apa keputusan dan hala tuju kerajaan
Pembangkang juga menjangkakan ucapan berapi-api dari Anwar bagi menunjukkan keprihatinan terhadap nasib penduduk Gaza tetapi, jangkaan mereka meleset apabila Anwar tidak mampu untuk menarik perhatian ahli-ahli dewan mahupun pemerhati-pemerhati selama 15 minit yang diberi kepadanya untuk membuat ucapan. Anwar yang selama ini menjuarai ucapan berapi-api kelihatan tidak begitu bersemangat pula bila bercakap mengenai nasib Umat Islam Palestine.
Sebaliknya, Najib begitu lantang, jelas dan berani dalam menyatakan pendirian kerajaan untuk memastikan Israel tidak terlepas begitu sahaja setelah melakukan keganasan yang disaksikan oleh seluruh dunia.
Najib menyifatkan perlakuan Israel yang tidak merasa bersalah menyerang dan menembak aktivis di atas kapal Mavi Marmara sebagai pengecut dan tidak dapat dimaafkan. Beliau juga menyindir PBB bahawa jika perbuatan yang sama dilakukan oleh negara lain, pasti Majlis Keselamatan PBB akan mengambil tindakan segera ke atas negara berkenaan dan ini menunjukkan betapa PBB adalah berat sebelah dan tidak amanah dalam menjalankan tugas.
Namun, menurut Najib, Malaysia tetap mengalu-alukan sebarang tindakan PBB yang dapat memberi sedikit harapan kepada pemulihan keadaan di Gaza dan Palestin keseluruhannya.
Sifat Rejim Zionis ini yang disifatkan oleh Najib sebagai beraja di mata bersultan di hati serta samseng, adalah berpunca dari sokongan dan perlindungan yang diberi oleh Amerika Syarikat. Tanpa berselindung, Najib menghentam Amerika Syarikat sebagai berdolak dalih dalam menunaikan tanggungjawab moral dalam memastikan Rejim Zionis mematuhi tata kelakuan negara bangsa bertanggungjawab dan bertamadun.
Menurut beliau, Amerikalah yang menjadi sebab musabab sukarnya mencari penyelesaian dalam menangani masalah keangkuhan rejim Zionis.
Rakyat Malaysia berbangga dengan Najib yang begitu berani mendesak agar Rejim Israel membayar ganti rugi serta pampasan ke atas semua harta benda, bahan makanan, alat-alat binaan dan perubatan, termasuk kapal-kapal yang telah di tawan serta semua barangan persendirian ahli konvoi yang telah di rampas secara haram oleh tentera Rejim Zionis. Beliau juga mendesak agar Israel juga membayar ganti rugi akibat kesan trauma psikologi, mental dan fizikal dan lain-lain pampas an yang difikirkan layak oleh Mahkamah Antarabangsa.
Najib juga menyatakan sokongan terhadap sebarang cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya penyiasatan antarabangsa yang bebas, adil dan berkecuali bagi menyiasat insiden yang telah berlaku dan menerima perlantikan Sir Geoffrey Palmer, mantan Perdana Menteri New Zealand yang diamanahkan untuk mengetuai siasatan antarabangsa ini.
Sebagai pemerhati, kita boleh melihat pembangkang yang terkedu melihat kewibawaan Najib semakin terserlah apabila beliau bercakap dari hati sanubarinya meluahkan keprihatinan yang tinggi dan kemarahan yang meluap terhadap kekejaman Israel terhadap Palestine.
Pembangkang juga terpinga-pinga apabila melihat Anwar yang jelas bukan bercakap melalui hati, tetapi melalui otak putar belitnya yang ragu-ragu untuk mengutuk rakan-rakan karib Yahudinya yang telah begitu banyak mengeluarkan modal untuk membantunya melepaskan diri dari mahkamah. --Malaysia Instinct

Enam sukarelawan Malaysia selamat kembali ke tanah air

KUALA LUMPUR: Enam sukarelawan Malaysia yang mengikuti kapal Rachel Corrie untuk misi kemanusiaan ke Gaza dan ditawan tentera Israel, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.11 malam tadi.
Mereka ialah Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta wartawan TV3, Halim Mohamed dan jurukamera, Mohd Jufri Judin. Mereka kemudian dibawa ke Kompleks Bunga Raya yang terletak bersebelahan Bangunan Terminal Utama untuk majlis sambutan kepulangan. Antara yang menyambut kepulangan mereka ialah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. --BH
.

M'sia Rayu Masyarakat Antarabangsa Tidak Gentar Ancaman Zionis

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar terhadap ancaman rejim Israel.
Ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat bagi mengutuk kekejaman Israel, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut membidas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disifatkan bersikap berat sebelah apabila melibatkan rejim itu.
Usul yang mengandungi 15 ketetapan itu mahukan agar Majlis Keselamatan mencela serangan tentera rejim zionis Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla di kawasan perairan antarabangsa pada 31 Mei lepas.
"Malaysia merakamkan rasa kecewa tidak terhingga dengan tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas rejim zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut.
"Malaysia memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencela Israel dan bukannya membuat kenyataan lemah semata-mata," kata Najib.
Usul itu kemudian disokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sambil menyokong diadakan siasatan bebas dan berakauntabiliti dilakukan terhadap serangan itu, Malaysia menggesa negara-negara dunia sepakat membawa usul kepada Majlis Keselamatan PBB bagi merujuk serangan tentera Israel ke atas kapal Turki "Mavi Marmara" ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Selain itu, ia juga mencadangkan usul kepada perhimpunan PBB bagi mendapatkan Pandangan Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai kejadian itu. Sambil menyifatkan Israel sebagai "samseng dunia", Najib berkata, perbuatan "beraja di mata dan beraja di hati" itu berlaku kerana Israel berasa mereka dilindungi satu-satunya kuasa besar dunia.
Sehubungan itu katanya, Malaysia ingin mendesak Amerika Syarikat untuk tampil tanpa sebarang dolak-dalik menunaikan tanggungjawab moral dalam memastikan rejim tersebut mematuhi tata kelakuan negara bangsa yang bertanggungjawab dan bertamadun.
"Selagi sokongan Amerika Syarikat kepada rejim zionis Israel bersifat menyeluruh bukannya bersyarat kepada pematuhan nilai-nilai kemanusiaan yang universal, selagi itulah keangkuhan rejim ini tidak akan ada kesudahannya," katanya.
Mengenai suruhanjaya penyiasatan antarabangsa yang bebas, Najib berkata Malaysia tidak ada sebarang masalah jika bekas Perdana Menteri New Zealand Sir Geoffrey Palmer diamanahkan untuk mengetuai siasatan itu.
Malaysia juga mendesak supaya rejim Israel membayar ganti rugi serta pampasan ke atas semua harta benda, bahan makanan, alat-alat binaan dan perubatan, termasuk kapal-kapal yang telah ditawan serta semua barangan persendirian anggota konvoi yang telah dirampas secara haram oleh tentera rejim zionis itu.
"Malaysia juga mendesak agar Israel membayar ganti rugi akibat daripada kesan trauma secara psikologi, mental dan fizikal serta apa-apa pampasan yang difikirkan layak oleh Mahkamah Antarabangsa," katanya, disambut dengan ketukan meja anggota Dewan tanda setuju.
Dalam pada itu, Najib berkata, komitmen Malaysia terhadap perjuangan bangsa Palestin telah disuarakan kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semasa lawatan beliau ke ibu negara baru-baru ini.
Perdana Menteri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Jordan, Turki, Ireland dan Filipina dan negara-negara lain yang membantu membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan selepas serangan itu.
Menyifatkan kumpulan 12 sukarelawan itu sebagai wira negara, Najib berkata, Malaysia juga berbangga dengan semangat waja enam lagi wira Malaysia yang berlayar dengan kapal Rachel Corrie kerana masih bersemangat untuk meneruskan misi keamanan itu walaupun sedar risiko yang bakal ditempuhi.
Semasa menyokong usul itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pendirian lemah Majlis Keselamatan PBB terhadap Israel tidak membayangkan kesungguhan untuk menamatkan jenayah kemanusiaan yang paling meruncing pada abad ini.
Katanya selagi institusi antarabangsa seperti Majlis Keselamatan PBB gagal bertindak terhadap kezaliman rejim zionis Israel, selagi itulah juga masyarakat antarabangsa yang prihatin akan bertindak lebih berani untuk memecah tembok kepungan rejim Israel itu.
"Serangan dan pembunuhan sukarelawan antarabangsa di atas kapal Mavi Marmara adalah puncak keangkuhan dan kejahatan rejim zionis Israel yang tidak boleh dimaafkan," katanya.
Beliau kesal kerana undang-undang antarabangsa bagaikan tidak berupaya untuk menghalang tentera rejim Israel daripada menguatkuasakan undang-undang rimba zionis yang tidak mengenal erti perikemanusiaan.
Muhyiddin menyeru seluruh anggota Parlimen mengenepikan perbezaan politik dan merapatkan saf untuk bersama-sama bersatu di bawah kepimpinan Perdana Menteri dalam menzahirkan kecaman dan celaan sekeras-kerasnya terhadap tindakan melampau tentera rejim zionis Israel menyerang dan membunuh sukarelawan yang tidak bersenjata di perairan antarabangsa. -- BERNAMA

Sukarelawan Malaysia Dalam Perjalanan Kembali ke Tanah Air

Urusan bebas aktivis lebih teratur

KUALA LUMPUR: Enam sukarelawan Malaysia yang menaiki kapal MV Rachel Corrie yang dirampas Israel ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, kelmarin, dibebaskan di sempadan Israel/Jordan pada jam 5.30 petang semalam waktu Malaysia.
Mereka ialah Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, wakil Pertubuhan Keamanan Sejagat Perdana (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang, Ahmad Faizal Azumu dan dua krew TV3, Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin. Duta Besar Malaysia ke Amman, Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz, berkata semua sukarelawan negara yang dibebaskan itu berada dalam keadaan sihat. “Syukur kali ini urusan membebaskan rakyat Malaysia lebih teratur, malah pihak berkuasa Israel hanya merampas telefon bimbit dan kamera mereka, bukan pasport,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Abdul Malek berkata, semua mereka dibawa ke hotel di Amman dan diberi masa untuk berehat secukupnya sebelum perbincangan diadakan untuk mengatur kepulangan mereka.
“Perbincangan akan diadakan dengan semua sukarelawan sama ada mahu terus pulang ke tanah air melalu Amman atau Cyprus kerana ada barangan peribadi mereka di sana.
“Mengikut perancangan, mereka berlepas ke Malaysia pagi esok (Isnin),” katanya.
Beliau berkata, setiap perkembangan membabitkan enam sukarelawan Malaysia itu turut dimaklumkan kepada Wisma Putra untuk membuat perancangan bagi membawa mereka pulang.
Sementara itu, Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, berkata kumpulan mereka mendapat layanan lebih diplomasi berikutan kecaman dan tekanan hebat dikenakan dunia terhadap Israel akibat tindakan mereka membunuh dan menahan sukarelawan kapal Mavi Marmara.
Katanya, pihak berkuasa Israel tidak bertindak kasar terhadap anak kapal MV Rachel Corrie walaupun sukarelawan menyatakan pendirian mereka untuk meneruskan perjalanan ke Gaza ketika rundingan di atas kapal.

“Kritikan berterusan terhadap Israel termasuk oleh Amerika Syarikat ternyata memberi kesan kepada rejim Zionis, tetapi mereka tetap mahu menunjukkan kuasa dan sikap degil mereka dengan menunda Rachel Corrie ke pelabuhan Ashdod walaupun dibantah oleh kami,” katanya ketika dihubungi di Amman, Jordan, semalam. --BH

Enam Sukarelawan Malaysia Selamat

Enam Aktivis Keamanan Malaysia Atas Kapal MV Rachel Corrie Dibebaskan

AMMAN, 6 Jun (Bernama) -- Enam aktivis keamanan Malaysia atas kapal MV Rachel Corrie yang ditawan ketika dalam pelayaran ke Gaza, dibebaskan oleh Israel pada Ahad di Jambatan Raja Hussein di sempadan Israel-Jordan kira-kira pukul 5.20 petang waktu Malaysia.
Sukarelawan Malaysia itu yang berada atas kapal itu bagi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza terdiri daripada anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, anggota Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta dua wakil media Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin dari stesen televisyen swasta TV3.
MV Rachel Corrie, kapal terakhir dalam flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dikepung Israel, telah ditawan oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) semalam dan diiring ke Pelabuhan Ashdod, Israel.
Turut berada atas kapal itu bersama aktivis keamanan Malaysia itu ialah bekas Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Dennis Halliday, pemenang anugerah Nobel Mairead Maguire, Derek dan Jenny Graham daripada Free Gaza Movement dan penerbit filem dokumentari Fiona Thompson.
Misi bantuan itu ditaja oleh PGPO, sebuah badan bukan kerajaan di Malaysia.
Kapal Rachel Corrie dinamakan sempena nama wanita Amerika yang terbunuh akibat dirempuh jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, semasa cuba membantah tindakan meroboh rumah.-- BERNAMA

6 sukarelawan negara misi Rachel Corrie akan dibebaskan 6 petang ini

SEPANG : Enam sukarelawan Malaysia yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan kapal MV Rachel Corrie yang ditawan tentera Israel semalam akan dibebas dan dihantar ke Jordan jam 6 petang ini.
Perkara ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.
"Kementerian Luar Jordan sudah memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia bahawa mereka akan di hantar ke King Hussein Bridge pada 12 tengah hari (6 petang waktu malaysia)," katanya.
Enam sukarelawan itu ialah Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta wartawan TV3, Halim Mohamed dan jurukamera, Mohd Jufri Judin.
Muhyiddin berada di sini untuk menyambut kepulangan 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel Isnin lalu apabila kapal mereka, Mavi Marmara, diserang dan ditawan. --BH.

Gaza Aid Ship Arrives In Israel Port

An international aid boat prevented by Israeli naval forces from reaching the Gaza Strip early Saturday entered the Israeli port of Ashdod under military escort.
The 1,322-ton (1,200-tonne) vessel the Rachel Corrie was seen entering the port accompanied by two small Israeli naval launches some five hours after it was commandeered by Israeli forces in an operation the military said was conducted without any violence.
The vessel -- with the words "Free Gaza" painted on the side and marked with the orange, white and green of the Irish flag, under which it sails -- was moving very slowly, an AFP journalist said.

Rachel Corrie Dirampas Oleh Pasukan Pertahanan Israel

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- MV Rachel Corrie, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza yang dikepong Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) hari Sabtu, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel. Sembilan belas aktivis yang berada dalam kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata jurucakap itu. Dalam kenyataan di sini, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.

"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata itu," katanya.

Anifah berkata kesemua aktivis dalam kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan bagi menjamin keselamatan mereka. Anifah berkata Wisma Putra memantau secara dekat perkembangan oleh kerana adanya enam rakyat Malaysia di kapal berkenaan.

Misi bantuan Gaza itu ditaja oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO), sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia.

Kapal itu dinamakan Rachel Corrie sempena nama seorang wanita Amerika yang terbunuh oleh sebuah jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, ketika memprotes tindakan meroboh sebuah rumah.
Anifah berkata Malaysia turut menggesa Israel menentukan laluan selamat kapal itu ke Gaza untuk menyerahkan kargo bantuan kemanusiaan itu.

Dalam hubungan ini, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa agar turut meminta Israel memberi jaminan demikian. -- BERNAMA

Rachel Corrie Dijangka Memasuki Perairan Gaza Jam 2 Petang Waktu Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Kapal Rachel Corrie yang sedang dalam misi bantuan kemanusiaan dijangka memasuki perairan Gaza kira-kira tiga jam lagi iaitu kira-kira pukul 2 petang waktu Malaysia sekiranya tidak menghadapi apa-apa kesulitan.
Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusoff ketika dihubungi berkata Rachel Corrie kini berada kira-kira 55 batu nautika dari pelabuhan Gaza. Enam warga Malaysia antara sukarelawan yang berada atas kapal itu
"Pada ketika ini, kesemua anak kapal berada dalam keadaan selamat walaupun terdapat tiga buah kapal peronda mengekori kapal tersebut sejak tiga ke empat jam lepas," kata Sufi yang juga pembantu kepada pengerusi PGPO, Tun Dr Mahathir Mohamed kepada Bernama pada Sabtu.
Bagaimanapun, katanya, identiti kapal-kapal peronda tersebut yang berada kira-kira enam hingga 10 batu di belakang Rachel Corrie tidak dapat dipastikan tetapi disyaki milik Isreal berdasarkan kepada visual yang diterima.
Sambil menolak khabar angin yang tersebar di internet yang mengatakan bahawa Rachel Corrie kini dikepung tentera laut Israel, beliau mengulangi kenyataan PGPO awal pagi ini bahawa mereka mengalu-alukan wakil daripada badan antarabangsa terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB) untuk memeriksa Rachel Corrie.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak aktivis keamanan itu pada kira-kira 12.30 tengah malam, PGPO berkata para sukarelawan di atas kapal MV Rachel Corrie mengalu-alukan badan antarabangsa memeriksa kapal itu.
Mereka mempelawa sebuah badan bebas, khususnya PBB untuk membuat pemeriksaan dan menentukan jenis kargo dalam kapal itu.
Para sukarelawan itu juga berikrar bahawa mereka terdiri daripada aktivis tidak bersenjata dan kapal itu tidak membawa sebarang senjata atau kelengkapan yang mungkin digunakan untuk tujuan berbahaya.-- BERNAMA

Malaysia Gesa Israel Tidak Cederakan Sukarelawan Kapal Rachel Corrie

Malaysia menggesa Israel agar tidak mengambil sebarang tindakan drastik yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap sukarelawan yang menaiki kapal bantuan kemanusiaan MV Rachel Corrie.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pihak berkuasa Israel harus memastikan laluan selamat kapal itu belayar ke Gaza untuk menghantar kargo bantuan kemanusiaan rakyat Palestin.
"Sebarang tindakan ketenteraan Israel terhadap kapal yang tidak bersenjata yang mengangkut orang awam dan bantuan kemanusiaan, akan menambah tanggapan negatif masyarakat antarabangsa terhadap Israel selain menunjukkan ketidakacuhan negara itu terhadap kewajipan antarabangsa apabila menunjukkan keingkarannya terhadap pendapat dunia," kata beliau dalam kenyataan di sini Khamis malam.
Beliau berkata tidak ada alasan bagi Israel untuk mengesyaki kapal itu akan menimbulkan ancaman keselamatan memandangkan penumpang kapal itu terdiri daripada wakil badan bukan kerajaan, Anggota Parlimen, pemenang anugerah Novel dan wartawan.
"Setiap barang di dalam kapal itu seperti bahan-bahan pelajaran, permainan kanak-kanak dan bahan-bahan pembinaan telah diperiksa di Ireland," kata Anifah.
Enam rakyat Malaysia yang berada di kapal itu adalah Anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu, peguam Matthias Chang dan dua wakil media dari stesen TV3 wartawan Abdul Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.
Anifah juga menyeru masyarakat antarabangsa agar tidak membenarkan keganasan dan kekerasan berlaku lagi tanpa sebarang respon yang sewajarnya.
"Israel harus mengadakan dialog keamanan di bawah panji-panji Proses Keamanan Timur Tengah dalam usaha untuk mempromosikan keamanan dan keselamatan selama-lamanya di rantau itu," katanya.
Serangan tentera Israel ke atas kapal Turki 'Mavi Marmara' yang mengangkut bantuan kemanusiaan ke Gaza Isnin lepas telah mendapat kutukan sekeras-kerasnya daripada masyarakat antarabangsa.
Seramai 12 rakyat Malaysia yang berada di kapal itu selamat dan kini berada di Jordan untuk menunggu berlepas pulang ke tanah air Ahad ini.
Bagaimanapun, beberapa sukarelawan dari negara-negara lain telah terbunuh dalam serangan berdarah itu. --BERNAMA
Berita dari YB Nizar Zakaria :  3 Jun 2010 KHAMIS
02:30 Petang: Menuju Ke Perairan Antarabangsa Dengan Menaiki Kapal 'Rachel Corrie' Bersama Krew Kapal, Termasuk 6 Orang Rakyat Malaysia Dan 5 Orang Rakyat Ireland, Berada Di Tengah Lautan Mediterranean Kira-kira 200 Batu Nautika Dari Perairan Gaza Dalam Meneruskan Misi Kemanusiaan Ke Semenanjung GAZA, Dan Penghantaran Ubatan, Makanan, Dan Lain-Lain.

Rachel Corrie Akan Meneruskan Perjalanan Ke Gaza - Mukhriz

Kapal utama tajaan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) MV Rachel Corrie akan meneruskan perjalanan mereka ke Gaza dalam mencapai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.
Penasihat PGPO Datuk Mukhriz Mahathir berkata walaupun sebuah kapal dari Turki, "Mavi Marmara" diserang oleh tentera Israel, PGPO masih bersemangat untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestine dan berharap kapal Rachel Corrie akan diberi laluan selamat dan semuanya akan berjalan lancar.
Beliau berkata demikian dalam rancangan wawancara di Astro Awani di sini Rabu malam. Turut menjadi tetamu rancangan itu ialah Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusof dari Pusat Pengajian Politik, Sejarah & Strategi, Institut Kajian Rantau Barat (IKRAB), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Solehuddin Shuib dari Haluan Palestin.
Muhkriz meminta orang ramai memberi pandangan dan sokongan mereka terhadap misi bantuan kemanusiaan itu dengan melayari laman web http://www.perdana4peace.org/.
Pada 30 Mei lepas, tiga kapal daripada PGPO berlepas ke Gaza dari Pelabuhan Malta dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Antara yang berada dalam kapal PGPO ialah Anggota Parlimen kawasan Parit Mohd Nizar Zakaria, wakil PGPO Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan dua petugas media daripada TV3.
Dua lagi kapal PGPO ialah 'Challenger 1' dan 'Challenger 2' akan bertolak dari Pelabuhan Cyprus.
Misi berkenaan turut disertai enam kapal dari kumpulan bantuan kemanusiaan antarabangsa yang lain seperti 'Turkish Relief Foundation', 'European Campaign to End the Siege of Gaza' dan 'Swedish and Greek Boat to Gaza Initiatives'.-- BERNAMA
Peserta Malaysia (tiga wakil PGPO – Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang, Ahmad Faizal Azumu, Drs Mohd Nizar Zakaria MP Parit, Perak), dan seorang wartawan TV3 (Halim Mohamed) dan seorang jurukamera TV3 (Mohd Jufri Judin).
Lima peserta dari Ireland (Derek Graham dan isteri Jenny Graham - kedua-duanya wakil Free Gaza Movement), bekas penolong setiausaha agong PBB Denis J. Halliday yang juga ahli panel penasihat PGPO, pemenang Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize) Mairead Maguire dan penerbit dokumentari Fiona Thompson.