SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

MB Perak yakin lebih ramai sokong kerajaan negeri

PARIT 18 Sept. - Lebih ramai pemimpin dan ahli parti pembangkang akan meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong usaha kerajaan negeri membantu merealisasikan hasrat rakyat.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, keyakinan itu berdasarkan maklum balas positif daripada pihak-pihak terbabit yang mengakui sudah bosan dengan tindak-tanduk pucuk pimpinan parti masing-masing kerana lebih mementingkan soal kuasa.
"Ini perkembangan yang sedang berlaku, semakin ramai pemimpin dan ahli parti-parti pembangkang hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan mereka yang bukan berjuang untuk bangunkan rakyat dan negeri Perak tetapi hanya tertumpu kepada mahu berkuasa," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Jamuan Hari Raya Rakyat anjuran UMNO Bahagian Parit di sini hari ini.
Hadir sama ialah isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli; Ahli Parlimen Parit, Mohd. Nizar Zakaria; Ketua UMNO Bahagian Parit merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Belanja, Datuk Mohd. Zaim Abu Hassan serta para pemimpin Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian itu.
Semalam, empat pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak dan 72 ahli Wanita Cabang Ipoh Barat parti itu bertindak keluar parti.
Tindakan yang dibuat hanya dua hari sebelum Mesyuarat Agung Cabang-Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlangsung esok, berikutan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti yang mengamalkan politik kotor dan meminggirkan ahli.
Menurut Zambry, beliau mengalu-alukan penyertaan kesemua bekas pemimpin serta ahli PKR tersebut dalam membantu kerajaan negeri membangun dan memajukan negeri Perak.
Menjawab satu soalan, Menteri Besar berkata, pihaknya tidak hairan dengan dakwaan yang dilemparkan oleh pemimpin pakatan pembangkang yang mengatakan kemasukan kumpulan tersebut berikutan mereka itu 'dibeli'.
"Biasanya bila berlaku tindakan ada pemimpin atau ahli mereka masuk Barisan Nasional (BN) atau umum menjadi ahli politik Bebas, pembangkang akan meletakkan kumpulan ini di tahap sehina-hinanya.
"Itu memang tabiat mereka sejak dahulu hinggalah sekarang tanpa mahu melihat kelemahan parti sendiri yang mengamalkan sikap berpuak-puak dan hanya mementingkan kelompok tertentu sahaja," tegas beliau.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau meminta supaya pemimpin-pemimpin di negeri ini tidak hanya mendengar masalah rakyat tetapi yang lebih penting ialah mengambil tindakan segera mengatasi masalah yang berlarutan. - Utusan

72 Wanita PKR cabang Ipoh Barat umum keluar parti

IPOH 17 Sept. – Seramai 72 anggota Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ipoh Barat hari ini mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.
Wakil kumpulan itu, Siti Aminah Mansor berkata, cabang berkenaan kini menjadi parti perkauman kerana hanya mempunyai anggota daripada satu kaum sahaja.
"Anggota itu juga yang mengisi semua jawatan dalam cabang tersebut dan pemilihan bagi jawatan di peringkat cabang tidak diketahui semua anggota kerana tiada sebarang notis diberikan kepada kami,” katanya pada persidangan akhbar di sini.
Beliau mendakwa ada di kalangan anggota yang sanggup menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu dan fitnah terhadap anggota daripada kaum lain bagi membolehkan orang tertentu menguasai cabang berkenaan. – Bernama

Politik Wang, Ugut Mengugut, Baling Kerusi Warnai Pemilihan PKR !

Jual nama, taja calon dan baling kerusi….begitulah hangatnya bahang pemilihan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pelbagai peringkat menjelang pemilihan parti itu pada November ini.
Ini adalah sebahagian daripada aduan secara rasmi mengenai perjalanan pemilihan PKR setakat ini.
Ternyata ahli dan pemimpin PKR cukup ghairah dalam pemilihan kali ini.
Bak kata seorang pemimpin akar umbi parti tersebut… sekarang masa mereka untuk menahan lukah.
Menurut pemimpin terbabit, suasana pemilihan dalam PKR kali ini bukan sahaja begitu berbahang tapi cukup “meriah”.
“Mereka yang terpilih sudah pasti mempunyai peluang untuk menjadi calon pada pilihanraya umum akan datang.
“Dulu lain, sekarang peluang nak jadi wakil rakyat agak cerah berdasarkan momentum rakyat pada pilihanraya umum lalu”, katanya yang turut yakin PKR akan menguasai lebih banyak kerusi berbanding rakan pembangkang yang lain iaitu Pas dan DAP.
Kata pemimpin itu lagi sikap terlalu ghairah berkempen boleh memberi kesan negatif kepada PKR sendiri.
“Kempen memang dahsyat, saya sendiri cukup takut melihatnya….macam-macam cara….susah kalau sampai nak bunuh politik….jadi kita harap jawatankuasa pemilihan dapat buat tindakan yang telus dan jujur…..jangan ada yang disapu di bawah karpet”, ujarnya.
Pada masa yang sama beliau juga tidak menafikan pemilihan kali ini akan dipengaruhi sokongan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya Anwar perlu bersikap tidak memihak agar pemilihan kali ini benar-benar menggambarkan kehendak perwakilan.
“Restu Anwar penting…..ramai yang kata dapat restu Anwar tapi kita tak tahu yang mana satu yang betul-betul dapat restu. Kita juga bimbang dengan sindrom taja menaja ini. Kita takut terlebih lajak”, katanya.
Malah beliau walaupun teragak-agak tetapi tidak menafikan calon yang hendak bertanding pada pemilihan parti memerlukan modal yang besar untuk berkempen.
Enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu beliau sekadar berkata, “Nak kempen minyak kenderaan kena isi, kalau dah jumpa perwakilan takkan cakap kosong sekurang-kurang kena juga belanja air kopi segelas”.
Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mohamad Iruan Zulkefli ketika diminta mengulas perkara itu berkata apa juga yang berlaku dalam pemilihan PKR adalah masalah yang perlu diselesaikan parti itu sendiri.
“Itu masalah mereka biarlah mereka selesaikan tapi kita ada juga dengar-dengar ada yang sampai baling kerusi…ini sudah cukup hebat, baru dapat sikit kuasa dah main baling-baling kerusi.
“Bagi kita rakyat akan dapat menilai nanti…dia (PKR) cakap kita macam-macam tapi akhirnya rakyat tahu mereka cakap macam meludah ke muka sendiri”, ujarnya. -- UMNO online
.........Baca juga sini

UMNO perlukan Perkasa untuk raih sokongan Melayu

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, UMNO tidak mampu berbalah dan memisahkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) jika tidak mahu menanggung risiko kehilangan lebih banyak sokongan.
Bekas perdana menteri itu berkata, sebaliknya UMNO memerlukan seberapa banyak sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika parti induk Barisan Nasional (BN) itu tidak mahu kehilangan sokongan akar umbi.
"Saya berpendapat bahawa UMNO khususnya tidak begitu kuat, kita tidak boleh tolak sebarang orang kerana kalau kita hilang 100, 200 orang pun, mungkin kita akan kalah.
"Jadi kita nak sokongan seberapa banyak, tak payahlah kita bermusuh dengan orang. Saya fikir, kita perlu dekatkan diri dengan seberapa kumpulan yang boleh,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan, dekat sini, hari ini.
Pada Khamis lepas, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, UMNO menjauhi daripada Perkasa yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman.
Dr. Mahathir berkata, ahli UMNO ketika ini berpecah antara menyokong atau menjauhkan diri daripada Perkasa, sambil menjelaskan keadaan seperti itu boleh menyebabkan jurang yang lebih parah di kalangan mereka.
"Ia telah menyebabkan rasa serba salah di kalangan ahli UMNO sendiri. Ada yang akan kekal dan ada yang menjauhkan diri...ini akan lebih memisahkan mereka.
"Selain itu, pada pilihan raya umum lepas, margin adalah amat tipis sekali.
Katakan jika kita kalah sedikit...kita mungkin kalah pada pilihan raya,” katanya.
Ditanya sama ada UMNO akan kerugian jika menjauhkan diri dari Perkasa, Dr Mahathir berkata: “Kita tidak mampu berbalah dengan ramai orang. Jika anda mahu bertengkar, bertengkarlah dengan seorang, bukan semua.” - Bernama

SALAM AIDIL FITRI -- MAAF ZAHIR BATIN

Dasar Kuku Besi ‘Dinasti Lim’ Cengkam DAP Hampir 40 Tahun

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Bekas orang kuat DAP, Wee Choo Keong berkata ‘tsunami kebenaran’ akan dari semasa ke semasa membongkar pelbagai kepincangan ‘dinasti Lim’ yang mencengkam Dap selama hampir 40 tahun.
Ahli atau pemimpin DAP di sebarang peringkat akan menjadi mangsa diskriminasi dan berdepan hukuman dipecat jika tidak ‘setia kepada kepimpinan tertinggi’, jelasnya.
Ahli Parlimen Wangsa Maju itu berkata, “kebenaran adalah kebenaran. Seseorang hanya boleh putar belit atau berdalih, tetapi tetap tidak ke mana. Perlahan-lahan, tetapi pasti ia akan membawa hasil kerana keadaan akan menyebabkannya terbongkar.”
“Bapak dan anak boleh berpura-pura mereka baik dan tidak bersalah, serta tidak memperdulikan suara tidak puas hati.
“Semakin hari, semakin banyak pendedahan terhina akan berlaku dan tibalah tsunami dengan memahami lebih luas mengenai dasar kuku besi ‘dinasti Lim’ yang berdasarkan nepotisme, kronisme dan “cakap tak serupa bikin” … selama hampir 40 tahun!” kata Wee di dalam blognya weechookeong.wordpress.com.
Tulisan terbaru itu adalah artikel siri kedua selepas pendedahan pertamanya mengenai wajah sebenar Dap yang bergerak bagaikan syarikat pesendirian ‘dinasti Lim’.
Wee sebelum ini juga mendedahkan bagaimana beliau dipecat daripada Dap kerana tidak ‘setia’ kepada pucuk pemimpinan Dap. Berikutan pengalaman itu, beliau sejak awal dapat menjangkakan keputusan mesyuarat tertinggi Dap mengenai sebarang tindakan disiplin kepada Ronnie Liu dan Tee Boon Hock. -MediaUMNO