SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

PKR kian parah, makin ramai keluar parti

HULU SELANGOR 26 Nov. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu tamparan pada hari pertama berlangsungnya Kongres Nasional parti itu apabila lebih 1,300 orang ahli di Cabang Hulu Selangor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.
Tindakan berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka dengan cara kepimpinan parti menangani kemelut pemilihan peringkat cabang itu yang didakwa dicemari dengan pelbagai unsur penipuan dan salah guna kuasa.
Bekas calon Ketua Cabang Hulu Selangor, Zahar Rusli yang mengetuai tindakan keluar parti itu berkata, pihaknya amat kesal kerana suara mereka langsung tidak didengari sekali gus memberi gambaran PKR tidak memberi keadilan kepada ahli parti sendiri.
"Kami dibodoh-bodohkan, dianggap macam tak tahu apa-apa dan tak tahu undang-undang, jangan anggap kita tiada suara dan hanya mempunyai seorang dua pengikut sahaja.
"Ramai ahli PKR Cabang Hulu Selangor sebenarnya sudah muak, mesyuarat cabang hanya mencatatkan kehadiran kira-kira 1,500 orang sahaja walaupun mempunyai 7,000 ahli manakala jumlah pemilih pada peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula jauh lebih rendah," katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Zahar menganggap PKR adalah sebuah parti yang kalut dan sudah tidak relevan kerana ia mula dikuasai dinasti keluarga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila isterinya, Wan Azizah Ismail menjadi Presiden manakala anak sulungnya, Nurul Izzah menjadi Naib Presiden paling kanan.
Katanya, pengaruh Anwar sendiri semakin menyusut kerana kegagalannya menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit di peringkat cabang.
"Begitu juga dengan kerajaan negeri PKR di Selangor, hanya nampak elok pada tiga ke empat bulan pertama sahaja, kemudiannya mula menjadi kacau-bilau," katanya.
Mengenai perancangan beliau dan pengikutnya selepas ini, Zahar berkata, mereka akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) awal tahun depan untuk meneruskan agenda membantu rakyat Hulu Selangor.
Beliau tidak menolak kemungkinan NGO berkenaan akan menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ahli bersekutu jika itu mendatangkan kebaikan yang lebih besar kepada masyarakat setempat. -Utusan

Anwar paling bahaya - Ezam

Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ancaman sebenar kepada kestabilan kaum dan masa depan negara berdasarkan percaturan politiknya.
Menurut Mohamad Ezam, Anwar melakukan pembohongan serta membangkitkan perasaan kebencian antara kaum hanya untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri.
Katanya, tindakan Penasihat PKR itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia jelas bertentangan dengan semangat dan perjuangan pemimpin terdahulu yang membentuk perpaduan dengan sifat kejujuran, kasih sayang serta prinsip setiakawan.
"Kita tidak boleh bina negara ini dengan pembohongan, sifat tidak jujur dengan menyatakan perkara-perkara yang palsu.
"Anwar merupakan seorang yang paling bahaya, dia akan rosakkan kita (Melayu, Cina dan India) dengan pembohongan. Adakah orang seperti ini mahu kita jadikan sebagai pemimpin negara," katanya ketika berucap dalam ceramah bertajuk 'Siapakah Anwar Ibrahim' anjuran MCA Bahagian Kelang di sini malam tadi.
Tambah Mohamad Ezam, percaturan politik tidak bertanggungjawab Anwar itu dilihatnya sendiri apabila pemimpin pembangkang itu mengarahkannya untuk 'menyerang' Dasar Ekonomi Baru (DEB) kononnya sebagai punca kepada amalan rasuah di negara ini.
Katanya, ketika itu Anwar mahu beliau menghina dasar tersebut selain membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Cina dan India terhadap DEB serta kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Dia (Anwar) mahu saya hina (DEB), barulah orang India dan Cina sokong beliau. Saya kata kalau tidak setuju dengan kerajaan, jangan hina DEB. Tapi Anwar nak dapatkan sokongan, dia mewujudkan perasaan benci kaum Cina dan India terhadap DEB dan kerajaan," jelasnya.
Kata Mohamad Ezam lagi, percaturan politik itu menurut Anwar harus dilakukan kerana Penasihat PKR itu mengakui bahawa amat sukar untuk mendapatkan sokongan orang Melayu untuk membolehkannya berkuasa.
Jelasnya, Anwar ketika itu menyatakan bahawa untuk mendapatkan sokongan Melayu sepenuhnya mungkin sukar dan paling banyak pun hanya 60 peratus akan sokong beliau, manakala 40 peratus tetap menyokong UMNO.
"Kata Anwar, kalau menaikkan kemarahan orang Cina dan India mungkin boleh mendapat 80 hingga 90 peratus sokongan kaum itu dan kalau tak dapat Putrajaya, dapatkan beberapa buah negeri," dedahnya lagi.
Mohamad Ezam menyifatkan percaturan politik Anwar itu merupakan satu strategi jahat yang akan merosakkan negara dan hubungan antara kaum kerana ia menyemai kebencian di kalangan rakyat. -Utusan

Pemuda Pas palu tin kosong

Exco Kerajaan Negeri Perak menyifatkan Dewan Pemuda Pas Perak sebagai budak nakal yang merengek mahukan coklat dan terpaksa memukul tin kosong apabila keinginannya tidak dapat dipenuhi.
Datuk Zainol Padzi Paharudin (gambar) berkata, sesekali apabila suara sumbang itu tidak mendapat perhatian, mereka berusaha mereka-cipta kenyataan dengan harapan masyarakat umum memandangnya.
Namun, katanya, apa yang dilakukan itu telah menunjukkan kepada masyarakat betapa nakal dan tidak cerdiknya pemimpin Dewan Pemuda Pas dalam berpolitik kerana kerjanya mencari isu murahan.
“Sebenarnya apa yang mereka katakan itu secara tidak langsung menggambarkan rasa takut mereka dengan keberkesanan pentadbiran bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
“Bagi menghilangkan rasa gentar dengan kekurangan sokongan rakyat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, mereka cuba mencipta pelbagai isu, tetapi nampaknya semua kenyataan itu bagai memalu tin kosong yang kedengaran agak sumbang,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Kelmarin, Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dilaporkan berkata, BN Perak dilihat seakan ketandusan berita setelah pemergian Dr Zambry menunaikan fardu haji ke Tanah Suci Makkah sejak 9 November lalu.
Beliau berkata, pemergian menteri besar itu menyebabkan segala pergerakan BN seakan lumpuh dan tidak bermaya, sekali gus memberi gambaran hanya Zambry yang memimpin kerajaan negeri selama ini, manakala jawatan Exco ibarat mengisi tempat kosong.
Zainol Padzi berkata, keseragaman bekerja semua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), sama ada ketika menteri besar ada dalam negeri atau tiada tetap sama iaitu bekerja keras mengikut portfolio masing-masing.
Katanya, tidak timbul anggota Exco curi tulang atau pentadbiran kerajaan negeri lumpuh dengan ketiadaan menteri besar kerana mereka tahu menjalankan amanah dan tanggungjawabnya kepada rakyat.
“Hampir setiap hari Exco kerajaan negeri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN turun padang bertemu, mendengar masalah dan cuba menyelesaikan masalah rakyat.
“Mungkin situasi ini yang menakutkan Pas sehingga mereka terpaksa mencari isu untuk melaga-lagakan pemimpin kerajaan negeri dengan ketua pentadbir dan dengan harapan kestabilan BN atau UMNO Perak tergugat,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, tindakan Dewan Pemuda Pas itu telah memakan diri sendiri kerana rakyat tahu apa yang kerajaan negeri lakukan berbanding kerja pemimpin Pas yang sekadar memukul tin kosong. - Sinar Harian

Fitnah Akhir Zaman : 13 Mei dan Memali

Umur dunia sudah tua, dan kita meniti hari-hari akhir zaman. Nabi Muhammad banyak kali mengingatkan banyaknya fitnah (kekacauan) akan berlaku di akhir zaman. Bermula dengan keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar sendiri ; semuanya berhadapan dengan cabaran dan situasi getir. Bermula dari masalah rumah tangga, pergaulan bebas, pergolakan politik, kemelut ekonomi, perpecahan umat Islam sehinggalah ke perubahan iklim mendadak dan bencana alam.
Nabi umat akhir zaman, Muhammad bin Abdullah tidak hanya memberi gambaran musibah yang akan berlaku kepada umat manusia. Seiring dengan itu beliau tidak pernah lupa untuk menasihati seluruh umatnya hingga hari terakhir usia dunia, bagaimana berhadapan dengan fitnah dan musibah yang melanda. Baik musibah itu berupa perpecahan umat, gejala sosial hatta bencana alam pun. Nabi mengajarkan,
“Tidaklah seseorang ditimpa suatu musibah, lalu dia mengingat musibah tersebut, sekalipun telah lama masa berlalu, lalu mengucapkan istirja’ (innalillahi ilaihi rojiun), melainkan Allah memberinya pahala seperti pahalanya pada hari dia ditimpa musibah tersebut.” (Hadith rekod Imam Ahmad & Ibnu Majah)
Selepas kewafatan Nabi, umat Islam tidak pernah sepi dari musibah dan fitnah. Baik berupa musibah umum seperti kemarau yang melanda negara umat Islam, dijajah dan ditakluk dan termasuk juga kegawatan ekonomi. Namun antara yang paling besar dan benar-benar menguji ialah musibah perpecahan sesama umat Islam. Sejarah merakamkan tidak sedikit darah umat Islam yang tumpah akibat sengketa sesama sendiri.
Mengungkit 13 Mei dan Peristiwa Memali
Dua peristiwa ini merupakan antara musibah besar yang melanda rakyat Malaysia khususnya umat Melayu Islam di negara ini. Sejarah merakamkan ia memakan korban yang banyak, baik dipihak pemerintah begitu juga pihak bertentangan. Dua-dua pihak memakan korban warga negara Malaysia dan Islam. Ianya sudah berlalu puluhan tahun. Namun parutnya masih ada.
Kita ketepikan seketika isu siapa salah siapa benar. Yang lebih penting ialah mengambil pengajaran dan teladan, bukan mengungkit-ungkit hal yang telah lalu. Tindakan membangkitkan semula kisah 13 Mei dan PAS menganjurkan hari memperingati peristiwa Memali merupakan langkah mundur ke belakang dari arah perpaduan dan citra Satu Malaysia. Bahkan lebih dari itu, sikap ini bertentangan dengan ajaran Islam.
Musibah atau tragedi yang paling besar melanda umat Islam ialah wafatnya Rasulullah. Wafatnya Nabi membawa petanda terputusnya wahyu yang menjadi cahaya dan petunjuk dari langit. Sebesar-besar musibah atau tragedi yang menimpa umat Islam ialah wafatnya Nabi umat akhir zaman. Ini disebutkan oleh Syaikh Salim ‘Eid Al-Hilali dalam bukunya yang diterjemahkan Musibah Terbesar Umat Islam. Namun begitu para sahabat tidak pernah menangisi hari atau tarikh ulangtahun kewafatan beliau. Jauh sekali dari mengadakan majlis doa selamat, tahlil atau kenduri arwah untuk beliau. Sedangkan beliau ialah semulia-mulia manusia yang paling dikasihi oleh Allah.
Begitu juga dengan peristiwa terbunuhnya khalifah Umar al-Khattab, Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhai mereka semua). Walaupun mereka semua pemimpin yang sangat disayangi oleh umat Islam, dibunuh dengan kejam, namun tidak pernah umat Islam meratapi pemergian mereka dengan peristiwa ulangtahun atau acara ritual yang lain.
Kematian Umar al-Khattab dan Cucu Nabi Hussein (semoga Allah meredha mereka berdua)
Ironinya, yang diraikan pada hari kematian Umar ialah pembunuhnya Abu Lu’luah seorang lelaki Majusi (penyembah api). Abu Lu’luah diberi jolongan Baba Syuha’uudin yang bermaksud Bapa Pemberani oleh golongan Syiah. Bahkan sehingga hari ini setiap tahun diadakan keraian di kubur Abu Lu’luah pada hari yang didakwan tarikh kematian Umar.
Begitu juga tragedi terbunuhnya cucu kesayangan nabi, pemuka pemuda syurga Hussein bin Ali (semoga Alla meredhai mereka berdua). Setiap tahun golongan Syiah akan menyambut perayaan hari terbunuhnya Hussein ataupun lebih dikenali sebagai hari ‘Asyura. Menurut Dr Muhammad al-Aqil, hari ‘Asyura dianggap ritual terbesar bagi kelompok Syiah Rafidah dari dahulu sehingga sekarang. Mereka keluar ke jalan-jalan raya memukul diri sendiri dengan pedang dan benda yang tajam, hingga darah mengalir dari wajah mereka – Wal ‘Iyaadzu Billah. Tambah beliau lagi, perbuatan mereka ini menggambarkan kondisi orang-orang Jahiliyah terdahulu yang menempeleng pipi, merobek baju dan memanggil-manggil dengan panggiln Jahiliyah. (Fitnah Akhir Zaman, Pustaka Imam Asy-Syafi’i).
Berkaitan hal ini Nabi pernah berpesan,
“Tidak termasuk golongan kami orang yang menempeleng pipi, mengoyak baju dan memanggil-manggil dengan ratapan jahiliyah.” (Hadith rekod Bukhari & Muslim)
Para ulama’ menjelaskan perbuatan yang dikategorikan sebagai merapat termasuk mengadakan majlis-majlis memperingati hari kematian. Baik berupa sempena 40 hari, 100 hari kematian atau ulangtahun kematian. Ia termasuk hal-hal baru yang diada-adakan dalam urusan agama, dan diancam oleh Nabi kesesatan yang boleh membawa ke neraka.
Menangguk Di Air Yang Keruh
Tindakan pihak pembangkang mengungkit-ungkit kisah lama ibarat menangguk di air yang keruh.
Sebahagian orang yang mengaku beragama Islam mengambil kesempatan dari musibah yang telah menimpa umat Islam. Mereka berusaha menghidupkan kembali fitnah-fitnah masa lalu. Dengan bermacam cara dusta dan keji mereka membuat propaganda dalam masyarakat, demi menarik simpati. Hal ini dinyatakan oleh Dr Muhammad al’Aqil dalam bukunya yang diterjemahkan dengan judul Fitnah Akhir Zaman. Beliau menuliskan satu bab khusus ‘Menghidupkan Masa Lalu dengan Mengumpulkan Massa, dan Menjadikan Itu Sebagai Tradisi dan Perayaan’.
Sambung beliau lagi, mereka mengangkat salah satu pihak yang bertikai, dan menjatuhkan pihak lainnya. Mereka menganggap bahawa perbuatan yang berbahaya ini dapat menyatukan masyarakat dan menolong orang teraniaya. Padahal sebenarnya apa yang mereka lakukan justeru memecah-belahkan umat, menghidupkan kembali dan memperbesar fitnah masa lalu, serta mengobarkan kemarahan di hati orang-orang awam terhadap orang-orang terdahulu.
Kesimpulannya, Islam mengajurkan umatnya untuk bersabar dan redha dengan musibah dan fitnah yang melanda. Sikap mengungkit-ungkit dan membangkitkan pertikaian yang telah berlalu nyata bukan sikap yang benar umat Islam. Ia merupakan sikap musuh-musuh Islam yang mahu dan suka melihat umat Islam dan umat manusia bertikai dan berpecah-belah.-UNMO Online

Pas Dibidas Peralat Peristiwa Memali

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Pas hari ini dibidas kerana memperalat peristiwa Memali yang berlaku pada November 1985 dengan tujuan untuk meraih sokongan rakyat terhadap parti itu tanpa memikirkan kesannya kepada ummah di negara ini.
Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama’ Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad berkata tindakan mereka yang memperalat pristiwa berkenaan adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku kerana ianya merupakan satu perbuatan yang bertentangan dengan kehendak syarak.
Tegas beliau memperalat perkara yang diragui kesahihannya adalah sesuatu yang tidak kena dan tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah parti yang kononnya ditunjangi oleh cendekiawan agama dan tokoh ulama lain yang terbilang.
“Mereka mengatakan mangsa yang terbunuh pada peristiwa hitam itu adalah syahid kerana menentang kerajaan yang dianggap bukan negara Islam sedangkan Majlis fatwa pula mengatakan ianya bukan syahid.
“Apakah benar penentangan daripada Ibrahim Mahmud atau dikenali Ibrahim Libya dan pengikutnya terhadap kerajaan pada waktu itu benar-benar penentangan “Fisabilillah”. Inilah pemimpin Pas yang perlu tahu dan bukannya menjaja peristiwa berkenaan untuk kepentingan politik.
“Malah apa yang lebih menyedihkankan, wujud pula Tabung Memali yang sehingga hari ini tidak tahu ke mana menghilang hasil sumbangan orang ramai. Yang mereka tahu hanya jaja peristiwa Memali dan cuba tonjolkan kezaliman pihak berkuasa,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Pas telah mengadakan Majlis memperingati 25 tahun Memali yang mana majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.
Tabung Memali pula dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya.
Datuk Ghazali seterusnya melahirkan kehairanan dengan tindakan pemimpin Pas yang sanggup memutarbelit dan memanipulasi peristiwa berkenaan semata-mata untuk kepentingan politik sempit.
“Sepatutnya ilmu agama yang ada di dada mereka digunakan untuk pembangunan ummah dan bukannya mencetuskan perbalahan dan syak wasangka berterusan rakyat terhadap kepimpinan negara.
“Inilah masalahnya apabila politik dijadikan “menu” utama dalam perjuangan dan bukannya perpaduan ummah dijadikan teras. Mereka seolah-olah gelap gelita dan tidak menggunakan apa yang dianugerahkan oleh Allah untuk manfaat dan kepentingan bersama,” katanya. -MediaUMNO

Hairan! Pas Ingat Peristiwa Tapi Buat-buat Lupa Tabung Memali

KOTA BHARU, 23 Nov – Pemimpin Pas terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disaran “bertaubat” kerana telah menyalahguna ilmu agamanya untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini sepertimana peristiwa Memali yang berlaku pada November 1985.
Bekas Ahli Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata tindakan Hadi yang mengeluarkan “fatwa“ bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam menyebabkan Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dan pengikutnya bangkit memberontak menentang kerajaan pada waktu berkenaan.
Menurut beliau, ekoran itu maka tercetuslah peristiwa berdarah yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama dilakukan oleh pihak berkuasa.
“Saya sendiri pada waktu itu terpengaruh dengan “fatwa” Hadi itu dan berjuang bersama-sama di dalam Pas menentang kerajaan. Malah saya dan pengikut Pas yang lain turut menghulurkan sumbangan menerusi Tabung Memali yang ditubuhkan oleh parti berkenaan.
“Namun apa yang menghairankan, saya tidak tahu ke mana menghilangnya tabung berkenaan. Mungkin ada penyelewengan dalam soal ini atau sebaliknya saya tidak pasti. Tetapi sehingga ke hari ini, kewujudan tabung Memali terus menjadi misteri,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Pas telah mengadakan Majlis memperingati 25 tahun Memali selama tiga hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.
Tabung Memali dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya.
Mohd Nor Deris seterusnya menambah, Pas perlu telus memberikan penjelasan berhubung tabung berkenaan dan bukannya sekadar mengadakan majlis memperingati peristiwa berkenaan.
“Takkan sekadar buat majlis memperingati pristiwa Memali sahaja. Tabung Memali yang dilancarkan dahulu apa cerita dan berapakah jumlah sumbangan yang telah diterima dan berapakah jumlah sumbangan yang telah dihulur kepada keluarga mangsa.
“Itu adalah sumbangan rakyat khususnya penyokong Pas termasuk saya sendiri. Saya pun nak tahu dengan jelas ke mana perginya wang sumbangan berkenaan. Kalau betul dihulurkan Alhamdulillah…..tetapi masalahnya sampai sekarang tidak ada sebarang penjelasan. Sunyi sepi,“ katanya.
Beliau seterusnya mengingatkan pemimpin Pas khususnya Hadi dan Mursydiul Amnya, Datuk nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung pembalasan Allah di hari akhirat kelak jika tidak jujur dan amanah.
“Bercakap dalam ceramah berapi-api. Kata itu haram, ini haram dan sebagainya. Tetapi dalam soal ini tidak pula mereka bercakap sedemikian rupa. Jadi saya mintalah penjelasan sebaik mungkin dan jangan hanya sekadar buat majlis memperingati peristiwa Memali. Wang sumbangan Tabung Memali pun kena ingat juga, “ katanya. -MediaUMNO

Baca juga sini

Jangan Seperti Tikus Baiki Labu – Najib

KUANTAN, 22 Nov – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti ‘tikus membaiki labu’.
Perdana Menteri berkata sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen wajar dipertahankan kerana ia telah berjaya membawa kepada keamanan, kestabilan politik dan aspirasi rakyat.
“Untuk itu seluruh rakyat perlu terus mempertahankan sistem yang terbukti berkesan membawa ketabilan ini dan tidak ada sebab untuk kita bersikap ibarat tikus membaiki labu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan buku ‘Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada’ tulisan Datuk Halim Ibrahim di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam ini.
Penerbitan buku itu bersempena ulang tahun ke-80 keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Turut hadir Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar, dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Najib berkata sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen juga membolehkan pembangunan ilaksanakan secara terancang dan tertib dan sebagai hasilnya, taraf hidup rakyat berjaya dipertingkatkan hanya dalam tempoh 50 tahun.
“Kita juga berjaya mentransformasikan negara dari sebuah negara pertanian yang berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden yang berpendapatan tinggi,” katanya.
Menurut beliau sistem berkenaan juga terbukti sebuah sistem terbaik yang ternyata keberkesanannya kerana ia mengadunkan warisan tradisi negara yang terbaik bersama-sama aspirasi rakyat.
Katanya, lipatan sejarah di bawah sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen menunjukkan perjalanan negara ke arah sistem itu bersifat evolusi, bersandarkan muafakat dan berlatarbelakangkan ketertiban dan ia berbeza dengan sesetengah negara di dunia yang melibatkan revolusi dan anarki.
Sementara itu, Najib berkata penerbitan buku itu membolehkan rakyat iaitu pembaca mengenali dengan lebih dekat tentang hati budi dan jiwa raga Sultan Pahang memandangkan ia dikarang oleh individu yang akrab dengan baginda.
Katanya, walaupun ia bukanlah buku yang pertama dan yakin bukan juga yang terakhir, namun ia tetap penting sebagai rekod tawarikh untuk teladan serta panduan bagi generasi hari ini dan akan datang.
“Sesungguhnya bangsa yang tidak tahu, mahu pun berminat dengan sejarah warisan bangsanya sendiri adalah bangsa yang lemah dan miskin semangatnya,” kata beliau –Umno Online.

Pemilihan PKR Sahkan Kepimpinan Diktator Anwar, Politik Suku Sakat

Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pemilihan PKR yang berakhir semalam selain mengesahkan kepimpinan diktator Anwar Ibrahim dan politik suku sakat parti itu, kata Mohamad Fairus Khairuddin.
Beliau yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 berkata ini dibuktikan dengan kemenangan besar Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden, Nurul Izzah serta kuncu-kuncu Anwar dalam pemilihan yang jelas begitu cacat dari segenap sudut.
“Suara rakyat, suara akar umbi jelas tidak dihormati dan diketepikan. Apa yang berlaku mengesahkan apa yang diperkatakan banyak pihak terutama bekas pemimpin kanan PKR sebelum ini termasuk saya sendiri.
“Perjuangan PKR sekarang bukan perjuangan untuk rakyat, untuk agama, negara tetapi perjuangan sempit peribadi Anwar. Sebab itu apa jua keputusan PKR hanyalah untuk Anwar dan kuncu-kuncunya bukan suara terbanyak ahli, suara akar umbi”, katanya.
Walaupun beberapa protes dan bukti diberikan kata beliau lagi yang memperlihatkan pemilihan PKR cukup kotor dan meragukan di samping pelbagai aksi samseng namun segala permasalahan yang disuarakan diketepikan begitu saja.
“Kita lihat saja protes dari Naib Presiden kanan PKR, Mustaffa Kamil Ayub diketepikan begitu saja walaupun tempoh 48 jam sudah lama berlalu.
“Inilah gaya kepimpinan diktator Anwar dan politik suku sakat PKR. Yang penting bagi mereka hanya menjayakan agenda peribadi sempit, tak lebih dari itu”, ujarnya.
Mengenai peratusan keluar mengundi yang hanya menyaksikan kurang dari 10 peratus ahli PKR mengundi pula, beliau berkata ini menunjukkan PKR sebenarnya sudah hilang sokongan dan kepercayaan dari ahli mereka sendiri.
“Ahli akar umbi dah meluat dan tolak kepimpinan Anwar. Kita yakin rakyat juga sudah boleh menilai dan tidak lagi terpedaya dengan retorik Anwar dan kuncu-kuncunya yang selama ini berselindung di sebalik topeng perjuangan untuk rakyat”, katanya. -MediaUMNO

Mahkamah benarkan MB Perak saman RM100j

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini berjaya mendapatkan penghakiman terus terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga yang lain dalam saman fitnah RM100 juta berhubung artikel bertajuk 'Zambry disyaki pengganas - gagal masuk ke Amerika Syarikat' setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan plaintif.
Menurut peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Penolong Kanan Pendaftar, Noordura Mohamed dalam membuat keputusan tersebut di kamar beliau setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak.
Zambry memohon memasukan penghakiman terus mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh defendan dalam penyataan pembelaan mereka.
Zambry memfail saman terhadap pemimpin pusat Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali dan editor Suara Keadilan, penerbit akhbar bulanan, Pelita Koridor Sdn. Bhd. dan syarikat percetakan NPK Sdn. Bhd. - Utusan

PM Nafi Rombakan Kabinet, Sifatkan Sebagai Khabar Angin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin berkata satu laporan akhbar kononnya beliau akan mengadakan rombakan kabinet dan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini adalah khabar angin semata-mata.
"Biasalah, Malaysia tidak pernah sunyi daripada khabar angin dan laporan," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pemimpin Perniagaan Global 2010 di sini hari ini apabila ditanya mengenai laporan itu yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam.
Laporan itu, yang tidak memetik sebarang sumber, menyebut bahawa rombakan itu adalah bagi membolehkan Najib membentuk satu pasukan yang kuat untuk membantu beliau melaksanakan dasar ekonomi dan trasformasi yang beliau perkenalkan menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.
Ditanya mengenai langkah Barisan Nasional meminda perlembagaannya supaya ia lebih inklusif dan terbuka kepada semua rakyat, beliau berkata itu tidak ada kaitan dengan pilihan raya."
"Ini adalah satu penambahbaikan politik BN. Pilihan raya adalah satu hal yang lain," kata Najib yang juga Pengerusi BN.
Beliau berkata penambahbaikan politik itu sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan tahun ini bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Mengenai sokongan kepada BN ekoran kemenangannya dalam pilihan raya kecil di Galas dan di Batu Sapi baru-baru ini, Najib berkata keputusan itu menunjukkan sokongan kepada BN semakin meningkat.
"Namun, kita tidak boleh ambil mudah dan menganggap kita sudah capai semuanya. Kita perlu teruskan usaha kerana kita sudah ada momentum bagi Program Transoformasi Kerajaan, dan kita sedang mendapatkan momentum Program Transformasi Ekonomi, dan sekarang kita perlu pastikan (kejayaan) momentum politik," katanya.
Mengenai langkah BN meminda perlembagaannya untuk menerima ahli bersekutu dan ahli gabungan sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan parti komponen mengenai calon dalam pilihan raya umum, Najib berkata BN akan menjelaskan mengenai kelayakan bagi ahli bersekutu dan ahli gabungan untuk bertanding dalam pilihan raya.
Beliau berkata bahawa pada asasnya, seseorang yang ingin bertanding sebagai calon BN mestilah menjadi ahli parti komponennya, dan sekiranya dalam kes-kes terpencil apabila tidak ada parti komponen yang mahu meletakkan calon di kawasan yang ditetapkan untuknya, maka kerusi itu akan dipertimbangkan oleh Dewan Tertinggi BN.
Keputusan untuk menyerahkan mana-mana kerusi kepada ahli bersekutu atau ahli gabungan hanya akan dibuat selepas perbincangan diadakan dengan semua komponen BN dan berdasarakan semangat BN, kata Najib.
"Kita tidak akan ambil kerusi daripada parti komponen BN dan menyerahkannya kepada ahli bersekutu dan ahli gabungan. Itu tidak betul," katanya.
Diminta mengulas mengenai kegagalan rakyat negara ini membayar balik pinjaman bank dan kad kredit akibat kos perubatan yang tinggi, Najib berkata rakyat perlu bijak membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital tertentu.
Katanya sistem hospital di negara ini adalah yang terbaik di dunia namun mengalami kekangan disebabkan hospital perlu menyediakan perkhidmatan kepada bilangan pesakit yang begitu ramai. - BERNAMA

YES TO I-S-A






Portal Berita MalaysiaKini kelentong lagi.....klik sini dan sini

Kenapa tanah milik Melayu Pulau Pinang mudah tergadai?

LAPORAN media mengenai nasib penduduk Melayu Pulau Pinang mula berkocak semula. Ia gara-gara tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mula ‘menceroboh’ tanah didiami dan dimiliki penduduk Melayu.
Walau apa pun status tanah tersebut, sama ada tanah persendirian, tanah syarikat, tanah ceti, tanah tol atau tanah pemaju, nampaknya segala pembangunan yang dijalankan seolah-olah mahu mengusir penduduk Melayu dari menetap di bahagian pulau.
Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Tengah di Jelutong, Kampung Genting di Balik Pulau, Kampung Permatang Tepi Laut di Batu Maung dan Kampung Teluk Kumbar menyaksikan betapa ramainya penduduk Melayu telah dan bakal diusir keluar dari tanah yang didiami mereka sejak lama dahulu.
Apa sebenarnya berlaku? Benarkah mereka dihalau keluar dari tanah mereka? Baca seterusnya sini

ISA PERLU DIKEKALKAN DEMI KESELAMATAN NEGARA

Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Neger perlu dikekalkan kerana :

1. Akta tersebut masih relevan bagi memelihara keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini. Sekiranya dimansuhkan golongan yang mempolitikkan ISA akan lebih berani mendesak supaya dihapuskan perkara-perkara lain yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

2. Dapat mempertahankan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Undang-undang ini mencegah tindakan menukar sistem pemerintahan negara secara tidak demokratik

3. Bersifat preventif atau pencegahan dan bukannya kuku besi.

4. Hanya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

5. ISA adalah undang-undang yang bersumberkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan itu sangat penting untuk mencegah kegiatan subversif dan terorisme.

6. Akta ini penting untuk keselamatan pribumi, keselamatan etnik, keselamatan masyarakat dan keselamatan ekonomi.

7. ISA adalah undang-undang yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang memerintah Malaysia kerana negara ini adalah majmuk dan sentiasa berdepan dengan masalah etnik dan agama.

8. ISA juga berjaya memberikan keinsafan kepada beberapa tahanan agar terus mencintai negara. Akta ini juga menyelamatkan bukan sahaja bakal mangsa, malah individu berpotensi ganas daripada terjebak dalam kancah keganasan.

9. Bukan satu undang-undang draconian tetapi mengandungi peraturan-peraturan yang memelihara hak tahanan.

10. Sebagai sebuah negara majmuk ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang mudah memusnahkan kaum dan negara.

11. ISA juga untuk menjaga keselamatan diri individu yang terlibat kerana jika dibiarkan bebas nyawanya akan terancam.

 ::::: Oleh itu KAMI SOKONG agar ISA terus dikekalkan ::::::

Lagi Protes Minta Anwar, Azmin Berundur

SHAH ALAM: Kira-kira 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengadakan protes dan berhimpun di Dataran Shah Alam di sini meminta Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali supaya keluar daripada parti tersebut.
Protes itu diadakan bermula pukul 8 malam sempena perhimpunan "Rapat Umum Keadilan Selangor bersama Anwar Ibrahim" yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini yang turut dihadiri oleh kedua-dua pemimpin terbabit.
Ketua Bahagian PKR Kota Raja K.S Kottapan yang mengetuai protes itu berkata perhimpunan berkenaan juga diadakan ekoran kegagalan kepimpinan tertinggi PKR menangani aduan membabitkan pemilihan parti oleh beberapa calon kepimpinan di peringkat cabang di Selangor.
"Hari ini kita adakan demonstrasi di hadapan bangunan MBSA adalah untuk memberitahu pemimpin PKR bahawa kita membantah pemilihan di peringkat cabang hingga ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
"Kita turun ramai-ramai dari semua cabang untuk protes bahawa pemilihan kali ini dijalankan dengan begitu kotor," katanya kepada pemberita.
Ditanya sama ada beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, Kottapan berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana ia membabitkan hal dalaman parti.
Bagaimanapun, beliau akan mengambil tindakan injuksi untuk menghalang pemilihan MPP dijalankan berikutan namanya yang sepatutnya tersenarai untuk merebut jawatan dalam MPP kini sudah hilang daripada senarai yang dimuatkan di laman web rasmi parti berkenaan pada 18 Nov lepas.
Perhimpunan itu turut membabitkan pertikaman lidah antara penyokong Kottapan dengan 40 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Perhimpunan tersebut bagaimanapun dileraikan oleh polis kira-kira setengah jam kemudian. -BERNAMA

Anwar Ibrahim is no Aung San Suu Kyi

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim is in Australia this week, speaking on social justice, democracy, and his own legal woes. He has also addressed the recent release of Aung San Suu Kyi, the Burmese opposition politician, declaring that her release will mean nothing until she is permitted to take her place as the elected leader of Myanmar. Anwar has used Suu Kyi’s release to attract attention to his own political problems, arguing that Australia ought to speak out in the face of atrocities in both Myanmar and Malaysia:
“But I think they’re ill-advised if they proceed in this way…. I’m not suggesting that [the Australian government] should interfere, but they should express their views, they should promote civil society, as a vibrant democracy they’ve a duty…. But I think the issue of democracy, human rights, rule of law, they’re not something that you can just ignore. But I’m of course appreciative of the fact that Foreign Minister Kevin Rudd took time, and we had very, very useful discussions, some issues affecting both countries, and of course my personal predicament. But I always make it a point that they should extend the issue, the issue of freedom, human rights. It goes beyond Anwar’s personal case.”
The problem here is that “Anwar’s personal case” is very different from Suu Kyi’s, and Malaysia’s political landscape has little in common with Myanmar’s.
Aung San Suu Kyi was awarded the Nobel Peace Prize in 1991 for “her non-violent struggle for democracy and human rights”. Her father, Aung San, who negotiated Burma’s independence from the British Empire in 1947, was killed by his political rivals when Suu Kyi was only two years old. When her mother, a Burmese ambassador, died in 1989, Suu Kyi dedicated her life to fighting for democracy in Burma as her parents had done. She was active in Burma’s pro-democracy movement, and as a result was placed under house arrest in 1989; no charges were brought against her, and no trial occurred. Despite her confinement she won a landslide victory in the 1990 election, and would have become Prime Minister had the military not intervened.
Suu Kyi was released from house arrest just days ago, on November 13. During her confinement, which spanned fifteen of the past twenty-one years, she was usually separated from her family. She saw her husband, Michael Aris, only five times during the decade that preceded his death; even the intervention of such figures as U.N. Secretary General Kofi Annon and Pope John Paul II could not persuade her captors to allow Aris to join her. She was also separated from her two sons and lived in less than ideal physical conditions, sometimes without access to electricity.
Suu Kyi chose to live under these restraints rather than abandon her pro-democracy work; she was offered freedom in exchange for her leaving her country, but she refused.
If anyone has suffered for the cause of democracy, Suu Kyi has—yet Anwar Ibrahim, who has enjoyed the benefits of a trial, a team of lawyers, access to local, national, and international media outlets, his own political party, and the freedom to travel the globe, told Australians this week that “Australia needs to be more pronounced in its support for democracy… Otherwise you have a strong position on Burma, but not on the atrocities in Malaysia.”
Anwar is no Aung San Suu Kyi. Indeed, his actions as the co-founder of a front organization for the Global Muslim Brotherhood indicate that he is in fact opposed to the democratic ideals she has sacrificed so much for.
In the 1970’s and 1980’s, while Suu Kyi busied herself with the work that would later imprison her, Anwar served as a trustee for the World Assembly of Asian Youth. The Pew Forum describes the Assembly as being so intertwined with the Muslim Brotherhood that it is difficult to tell them apart.
In 2002, Suu Kyi took advantage of a brief respite from imprisonment to continue her work on behalf of Burmese freedom. Meanwhile, Anwar’s International Institute of Islamic Thought (IIIT) was named in a class-action suit brought on behalf of 9/11 family and survivors against organizations that helped fund radical Islamism.
In 2007, when Suu Kyi made her first state media address in the four years since her then current confinement had begun, the Muslim Brotherhood named Anwar’s IIIT in a list of twenty-nine of “our organizations and the organizations of our friends.”
Though Anwar clearly equates his own political and legal troubles in Malaysia to the human rights abuses Suu Kyi has worked to end in Myanmar, no one else should. Anwar and Suu Kyi may both be political opposition leaders in their respective nations, but their similarities end there. The New Ledger

Pohon batalkan pemilihan PKR

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), P. S. Jenapala hari ini memfailkan saman pemula bagi memohon perisytiharan mahkamah bahawa pemilihan yang dijalankan bagi jawatan timbalan presiden parti itu adalah tidak sah dan terbatal.
Beliau juga memohon perintah injunksi bagi menghalang PKR daripada mengisytiharkan mana-mana calon yang dipilih dalam pemilihan itu bagi jawatan timbalan presiden.
Saman pemula itu difailkan oleh Jenapala melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 4 petang ini.
Mahkamah menetapkan Isnin depan untuk mendengar permohonan tersebut.
Jenapala selaku plaintif yang diwakili peguam, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail sebagai defendan-defendan.
Dalam saman tersebut, Jenapala yang menyertai PKR pada 1998 dan menjadi anggota seumur hidup parti itu turut memohon perisytiharan bahawa beliau pada setiap masa adalah anggota parti berkenaan serta layak bertanding jawatan timbalan presiden.
Jenapala, 56, yang telah dipecat oleh PKR pada tahun lalu juga memohon perisytiharan bahawa pembatalannya untuk bertanding dalam pemilihan parti itu sebagai timbalan presiden adalah tidak sah dan bertentangan dengan haknya sebagai ahli PKR.
Selain itu, plaintif menuntut ganti rugi, faedah pada kadar lapan peratus setahun terhadap ganti rugi tersebut, kos dan sebarang perintah yang layak serta sesuai untuk diberikan oleh mahkamah.
Ahli politik itu ketika ditemui media menyatakan bahawa tujuannya mengemukakan permohonan tersebut adalah untuk mencari keadilan yang gagal diperoleh menerusi perbincangan dalam parti berkenaan.
Menurut Jenapala, beliau sebelum ini telah berkali-kali meminta pihak PKR membuktikan bahawa beliau bukan lagi ahli parti itu, namun mereka gagal berbuat demikian.
"Ada dakwaan menyatakan saya dipecat pada 2 Februari 2009 dan ada juga yang mendakwa pada 30 Ogos tahun lalu.
"Apa pun, saya pasti Wan Azizah ada agenda tersendiri untuk halang saya bertanding bagi jawatan timbalan presiden,'' katanya.
Jenapala juga memaklumkan, beliau tahu dan sedar bahawa sekiranya ahli parti membawa sebarang isu ke mahkamah, keahlian mereka akan terlucut serta-merta.
Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu telah pun berlangsung pada 29 Oktober lalu dan akan berakhir pada 21 Disember ini.
Dalam saman pemula tersebut, Jenapala yang berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Agung PKR pada awal 2008 sebelum meletak jawatan secara lisan pada Disember 2008 mendakwa, telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada 17 September lalu.
Bagaimanapun, Saifuddin telah mengeluarkan satu kenyataan media bahawa plaintif bukan lagi anggota PKR setelah dipecat pada Februari 2009 kerana mengkritik pimpinan parti sehingga tidak melayakkannya bertanding.
Plaintif juga menyatakan bahawa kenyataan Saifuddin itu tidak berasaskan kepada keputusan parti atau MPP, selain tidak pernah dimaklumkan pada bila-bila masa bahawa keahliannya telah digugurkan daripada PKR atau sebarang tindakan disiplin dikenakan terhadapnya.
Jenapala berkata, beliau juga tidak pernah diarahkan menghadiri sebarang prosiding disiplin atau diberikan peluang bagi mempertahankan dirinya dalam mana-mana prosiding dalam apa jua keadaan sekalipun.
Beliau yang telah mengesahkan keanggotaannya sebagai ahli PKR pada 17 September lalu di ibu pejabat parti itu turut menyatakan, perlucutan keanggotaannya adalah tidak berasas, tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan PKR mahupun Perlembagaan Persekutuan.
Turut dinyatakan adalah pemilihan berkaitan jawatan timbalan presiden PKR telah dijalankan secara tidak wajar dan ultra vires (melampaui batasan undang-undang) memandangkan anggota parti itu secara salah dinafikan hak untuk bertanding dalam pemilihan jawatan itu. -Utusan

Anwar Terus Bersuara Sumbang Perlekeh Malaysia – Najib

Tindakan  Anwar Ibrahim mempertikaikan Malaysia sebuah negara Islam moden merupakan suara sumbang yang tidak mencerminkan pendapat arus perdana dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata-kata kejian daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanyalah suara minoriti yang bercanggah sama sekali dengan pengiktirafan para pemimpin dunia terhadap kejayaan Malaysia.
”Ia satu suara sumbang sebenarnya dan tidak mencerminkan pendapat arus perdana dunia dan pandangan terhadap Malaysia, itu yang saya dapat simpulkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan sesi perbualan video dengan perwakilan pelajar Malaysia di luar negara di kediaman Seri Perdana.
Perdana Menteri mengulas dakwaan Ketua Pembangkang itu bahawa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.
Kata-kata keji itu dikeluarkan Anwar semata-mata untuk menjayakan usaha terbarunya memujuk Perdana Menteri Australia, Julia Gillard supaya memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional atas alasan mengamal rasuah dan menipu pada pilihan raya.
Anwar berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia kelmarin dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.
“Mereka (kerajaan Gillard) tidak boleh hanya pergi ke Malaysia dan berkata, ‘ini adalah negara Islam moden yang bagus’. Saya menganggap ia sebagai penghinaan,” katanya seperti dipetik daripada laman berita The Australian.
Penghinaan yang disifatkan oleh Anwar itu dipercayai merujuk kepada pengiktirafan Gillard terhadap kemajuan negara semasa melakukan sesi lawatan rasmi ke Kuala Lumpur baru-baru ini dalam usahanya untuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia.
Najib juga gembira dengan momentum positif ekonomi negara sehari dua ini yang akan membolehkan Malaysia mencapai kadar pertumbuhan sekurang-kurangnya tujuh peratus tahun ini.
Perdana Menteri berkata, petunjuk-petunjuk positif terbaru dalam Bursa Malaysia, kedudukan mata wang Ringgit serta kadar pertumbuhan menggambarkan keyakinan semua pihak terhadap hala tuju kerajaan.
”Perkembangan di Malaysia pada sehari dua ini adalah sangat positif berdasarkan segala petunjuk ekonomi negara, kita dijangka mencapai sekurang-kurangnya tujuh peratus tahun ini.
”Bursa Malaysia telah mencapai tahap pencapaian tertinggi dalam sejarah manakala nilai mata wang kita semakin kukuh dan merupakan antara mata wang dengan prestasi terbaik.
”Begitu juga kemampuan kita dari segi indeks persaingan dan beberapa indeks lain yang diukur oleh badan-badan antarabangsa, negara kita memperlihatkan perkembangan yang semakin nyata,” katanya.
Najib berkata, perkembangan ekonomi yang positif menunjukkan keyakinan masyarakat domestik dan antarabangsa terhadap segala perancangan kerajaan.
”Petunjuk-petunjuk ekonomi yang positif tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa bersandarkan kepada keyakinan, keyakinan pula tidak berlaku dengan sendirinya.
”Pasaran adalah sangat kritikal dan jika mereka tidak percaya kepada hala tuju, agenda, dasar dan perancangan kerajaan, maka tidak mungkin mereka berasa yakin terhadap Malaysia,” katanya. -- UMNO Online.

DAP Sentiasa Menyusahkan, Buat Rakyat Marah – Khoo Kay Kim

Tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap,DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat.
Katanya, sejak dari sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia, DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.
“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,” katanya kepada umno-online.
Khoo yang juga penganalisis politik berkata demikian ketika mengulas cadangan wakil rakyat DAP, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di Pulau Pinang.
“Sebenarnya mereka tahu, apa yang mereka cadangkan tidak boleh dilaksanakan tetapi mereka sengaja mahu menyuarakan sesuatu yang memang bertentangan dengan Perlembagaan dan dasar-dasar negara.
“Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya.
Terangnya lagi, cadangan DAP yang kononnya mahu melaksanakan bahasa Inggeris kerana mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar antarabangsa pada masa depan hanya satu alasan sahaja.
“DAP tidak pernah menyuarakan sesuatu yang boleh membantu kerana mereka tidak mahu rakyat berada dalam keadaan tenteram sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan.”
Katanya lagi, hal-hal berkaitan bahasa tidak boleh diubah atau dibuat sebarang pindaan sewenang-wenangnya.
“Perlembagaan negara jelas mengiktiraf bahasa rami adalah bahasa Malaysia dan apa-apa pindaan yang hendak dilakukan perlu mendapat kelulusan dua pertiga dari anggota Dewan. Adakah DAP mampu melakukannya?”
Justeru tegasnya, motif sebenar hal berkaitan bahasa ini ditimbulkan adalah untuk memporak-perandakan negara dengan menggunakan kemarahan rakyat sebagai senjatanya.
“Rakyat sekarang tahu menilai, jadi mereka perlu sedar bahawa ada pihak yang sentiasa cuba untuk mencari ruang bagi menghancurkan keamanan negara.” – MediaUMNO

Sikap pemimpin PAS yang busuk hati - Pengakuan mangsa banjir

video

Zaid Desak Anwar, Azmin Berundur

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Datuk Zaid Ibrahim hari ini mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, supaya berundur kerana mereka adalah punca masalah kepada parti.
Zaid berkata, perubahan kepimpinan parti perlu dilakukan jika PKR mahu kekal relevan dalam politik negara.
PKR, tegas Zaid, tidak boleh mempunyai kepimpinan yang lemah dan menyalahkan pihak lain. Perlu ada kejujuran di atas kepercayaan rakyat.
“Berdasarkan hakikat ini, PKR memerlukan kepimpinan baru dengan fokus dan kekuatan baru, sanggup menerima kelemahan ini dan mengatasinya,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.
Zaid juga mendakwa Azmin yang juga calon Timbalan Presiden tidak layak bertanding merebut jawatan itu kerana terlibat dengan penipuan dan penyelewengan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang sedang berlangsung ketika ini.
Ketika ditanya, oleh kerana beliau menyifatkan Anwar dan Azmin tidak lagi sesuai untuk menerajui PKR, oleh itu siapakah pada pandangannya yang sesuai untuk menerajui PKR, Zaid menjawab: “Saya boleh menjadi pemimpin PKR yang baik…”
Zaid juga mengulangi keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan melepaskan semua jawatan yang diumumkan dalam blognya pada Isnin.
“Saya kecewa, kepimpinan PKR tidak berupaya mengendalikan pemilihan parti dengan adil dan telus. Para pemimpin terlalu banyak masalah dalaman yang tiada fokus untuk arah tuju parti. PKR sepatutnya menjadi satu pergerakan politik yang telus tanpa menggunakannya sebagai platform untuk agenda politik peribadi,” ujar beliau.
“Saya kata hentikanlah, jangan mencabuli sistem pemilihan dan buatlah betul-betul. Anwar meminta saya tunjukkan bukti penipuan. Kita sudah ada buktinya,” katanya.
PKR, tegas beliau, tidak dapat mengendalikan pemilihan parti yang baik sehingga menunjukkan kelemahan itu. Parti berhak untuk yang lebih baik.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub akan menyerahkan memorandum bagi mendesak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) agar menghentikan pemilihan parti dalam tempoh 48 Jam.
Beliau yang juga calon Timbalan Presiden PKR itu berkata, memorandum akan diserahkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi JPP, Dr Molly Cheah.
“Pemilihan kepimpinan pusat PKR sedang berlangsung pada 28 Oktober lalu sehingga kini terdapat 162 aduan terhadap kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.
“Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan semua pemilihan dan perjalanan semula kepimpinan parti 2010,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Mustaffa berkata, antara kandungan dalam memorandum adalah persoalan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan perlembangan parti dalam kongres khas pada Jun tahun lalu.
Katanya, kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil.
“Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan antaranya berkenaan dengan tindakan ahli JPP dan pengawas pemilihan yang bertindak berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi.
“Kami juga mendesak agar JPP memberhentikan pemilihan parti dalam tempoh 48 jam selepas menerima memorandum ini. Jika tidak, kami akan mengambil tindakan lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan,” katanya lagi.
Antara ketirisan dan salah laku dalam proses pemilihan PKR adalah kelewatan membuka pusat mengundi dan segelintir anggota JPP tidak bersikap berkecuali termasuk penipuan semasa proses undi.
Perkara itu hanya sebahagian daripadanya dan banyak lagi aduan dan kejadian yang telah dilaporkan oleh beberapa pihak kepada JPP.-Umno Online

Rakyat Sudah Sedar, Mahu Perubahan – Ku Li

Kemenangan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah dan DUN Galas, Kelantan menunjukkan kesedaran rakyat yang ingin perubahan.
Pengarah Pilihan Raya Dun Razaleigh Hamzah menyifatkan kemenangan itu membuktikankan kembalinya sokongan rakyat kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk meneraju negara ini.
“Ini terbukti rakyat ingin kepada perubahan dan kita akan bekerja dengan keras untuk membawa perubahan, saya lihat pada pilihan raya ini ramai di kalangan muda-mudi telah menunjukkan sokongan dan menampakkan mereka hendakkan perubahan.
“Saya percaya ada kesedaran di kalangan mereka (pengundi bukan Melayu) sehingga sanggup memberi sokongan kepada parti kita, itu sebab kita menang,” katanya kepada media di kediamannya di Bukit Cekati, di sini.
Menurutnya, pilihan raya kecil ini boleh dijadikan ukuran kepada BN untuk menilai sokongan rakyat tetapi untuk di Galas beliau yakin pengundi di situ telah menunjukkan sokongannya.
“Untuk kawasan DUN Galas jelas, bukan sahaja sudah diberi sokongan yang hebat tetapi telah menampakkan kepada kita, mahukan perubahan tak mahu cara lama yang dirasai oleh mereka bukan sahaja di Galas tetapi mungkin di Kelantan juga,” katanya.
Beliau berkeyakinan dengan kemampuan Abdul Aziz Yusoff yang dipilih sebagai wakil rakyat yang baru untuk membawa perubahan dan pembangunan yang amat dinanti-nantikan oleh penduduk Galas.
“Saya percaya Abdul Aziz yang baru dipilih sebagai wakil rakyat DUN Galas akan membawa suara ini ke Dewan Negeri bila bermesyuarat nanti, saya percaya diberi peluang untuk berunding dengan Menteri Besar Kelantan supaya mengemukakan harapan rakyat.
“Saya juga akan memberitahu beliau untuk mengemukakan pandangan lain yng diminta penduduk di kawasan Galas terutama Orang Asli yang ketinggalan walaupun sudah merdeka, mereka antara paling miskin di negara ini dan perlu beri perhatian yang serius,” katanya.
Tengku Razaleigh berkata antara yang dipohon oleh orang asli ialah mengekal tanah rizab serta untuk mereka bercucuk tanam kerana itulah sumber mereka untuk menyara keluarga masing-masing.
“Mereka hendak kekalkan rizab Orang Asli dan tanah untuk mereka bercucuk tanam dan menyara keluarga mereka. Mereka juga hendak pendidikan yang lebih baik, saya lihat ramai di antara mereka yang berjaya ke peringkat tinggi,” katanya.
Beliau meminta apa yang dijanjikan ketika pilihan raya kecil ini hendaklah ditunaikan kerana kegagalan melaksanakan janji yang dibuat boleh menyebakan hilangnya kepercayaan rakyat kepada BN. -MediaUMNO.

BATU SAPI Kekal Milik BN -- PAS Kecundang di GALAS



BATU SAPI KEKAL MENJADI MILIK BN
 BN RAMPAS KEMBALI GALAS DARI PAS

BATU SAPI
Keputusan rasmi bagi PRK Parlimen Batu Sapi menunjukkan calon BN yang diwakili oleh Datin Linda Tsen Thau Lin meang dengan memperoleh, 9,773 undi.
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah mendapat 3,414 undi sementara Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee pula memperoleh 2,031 undi.
BARISAN NASIONAL - 9,773
SAPP - 2,031
PKR - 3,414
Majoriti - 6,359
---------------------------------------------------------------------------------------
GALAS
Barisan Nasional berjaya merampas kembali kerusi DUN Galas dengan majoriti 1,190 undi.
BN yang diwakili Ab Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi sakaligus mengecewakan lawannya daripada PAS, Dr Zulkefli Mohamed yang memperolehi sebanyak 4,134 undi.
BARISAN NASIONAL - 5,324
PAS - 4,134
Majoriti - 1,190

Penyokong Pas Tersipu Malu Laungan “Rasuah” Dibalas Gambar Nik Aziz

GUA MUSANG, 4 Nov - Jentera dan penyokong Pas yang berada di pusat pembuangan undi di sekitar Galas tersipu-sipu malu apabila tindakan mereka mengejek dan melaungkan “rasuah” dibalas penyokong Barisan Nasional (BN) dengan menunjukkan gambar Datuk Nik Aziz Nik Mat sedang menghulur wang kepada pengundi orang asli.
Malah penyokong BN juga sempat memerli penyokong pembangkang bahawa mereka tak perlu takut itu bukan rasuah tapi sedekah.
Penyokong Pas yang pada mulanya lantang bersorak tersipu malu serta mengubah sorakan sokong UMNO masuk neraka.
Jentera dan penyokong Pas yang diimport dari luar ternyata bertindak melampau dengan melakukan pelbagai provokasi hingga menimbulkan kekecohan.
Kekecohan yang berlaku bukanlah dicetuskan orang tempatan tetapi penyokong pembangkang dari luar yang tidak memahami budaya tempatan.
Malah ketika Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya BN, Datuk Mustapha Mohamed yang turun memantau keadaan turut diejek dan dilemparkan kata-kata kesat di Peti Undi Sungai Terah.
Lebih menyedihkan penyokong Pas bukan sahaja mengejek Tok Pa malah ketika Tok Pa menghulur tangan untuk bersalam penyokong terbabit memalingkan diri enggan bersalam. Inilah hakikatnya, wajah sebenar parti hamPAS!!!!!

Sebab Musabab Pas Menggelabah Di Galas…

Pilihanraya kecil di Galas (4 Nov 2010.-Hari Mengundi) ini memang menarik, tidak pernah sebelumnya berlaku peristiwa menabur wang ringgit secara terbuka oleh pihak Pas dalam usaha memastikan kemenangan Pas di Galas.
Terbaru pemberian RM 300 kepada saudara baru yang memeluk Islam oleh Mursyidul Am yang ditayangkan dalam Buletin Utama dan dipaparkan dalam beberapa blog.
Sedangkan jika dikira logik, tiada apa yang akan berubah dengan pentadbiran kerajaan Kelantan yang buat masa ini didominasi oleh Pas daripada keputusan pilihanraya ini.
Tapi kenapa beria benar Pas berusaha memastikan kemenangan termasuk menggunakan cara yang dulu dianggapnya rasuah dan membeli undi, memang menarik untuk kita kupas kali ini.
Walau cuba dinafikan banyak kali oleh para pimpinan Pas, khalayak memang mengetahui bahawa Pas sudah terkeluar dari landasan perjuangannya yang sebenar, iaitu menegakkan sebuah negara Islam yang perlembagaannya berteraskan Al-Quran dan Sunnah dengan sesuatu yang lebih liberal dan sekular bentuknya.
Perubahan ini sedang rancak berlaku di luar Kelantan dengan para “trojan horse” Anwar di dalam Pas sedang menggerakkan kempen meliberalkan Pas.
Perubahan ini bagaimanapun telah menarik keluar sokongan kepada Pas oleh masyarakat Melayu dan menyaksikan undi Melayu yang diberi kepada Pas berkurang dengan banyak sekali seperti yang ditunjukkan dalam kempen pilihanraya Bukit Gantang dan Manek Urai di mana Pas bertanding.
Manek Urai merupakan contoh terbaik bila Pas hanya menang dengan majoriti tipis 65 undi dibanding 1,325 sebelumnya.
Sebaliknya pula berlaku di kalangan pengundi Cina yang melihat Pas mudah diperkotak-katikkan oleh DAP/Anwar dan oleh itu tidak takut memberi undi kepadanya tanpa ada kerungsingan langsung bahawa Pas akan menggunakan kemenangan itu untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud.
Tidak hairan jika ada di kalangan orang Pas sendiri yang melihat kejatuhan Pas di Galas menggambarkan kejatuhan kerajaan Pas Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang.
Pimpinan Pas yang menyedari hakikat ini, menjadikan Galas sebagai eksperimen untuk menilai tahap sokongan pengundi Melayu kepada mereka.
Oleh itu Pas mengharapkan pengundi luar Galas yang sesekali merasa keperitan hidup di Kelantan amnya dan Galas khasnya yang serba serbi kekurangan (waktu balik kampung saja) untuk memberikan undi kepada mereka, maka itu RM200 – RM250 seorang yang dikeluarkan dikira berbaloi.
Pas sanggup melabur besar dalam pilihanraya kali ini bagi mengelakkan persepsi bahawa sokongan kepada mereka semakin merosot oleh kerana kerjasama dengan DAP dan PKR yang menyaksikan Pas meninggalkan terus asas perjuangannya selama ini.
Logiknya, jika di negeri yang diperintah selama 20 tahun pun sokongan semakin merosot, apa lagi yang di luar? Inilah yang pemimpin Pas takut sangat.
-Adamyan -

Rasuah dari PAS Secara Terang-terangan

GUA MUSANG, 2 Nov – Pas makin terdesak dan tertekan hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menang pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas termasuk memberi rasuah secara terang-terangan kepada pengundi.
Selepas Pas secara terbuka mengumkan akan ‘merasuah’ wang tunai sehingga RM250 kepada pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas, 4 November ini, semalam bertempat di perkampungan orang Asli Sandrop, jentera Pas diketuai Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah melakukan rasuah kepada masyarakat orang asli.
Ternyata sejak mula berkempen di sini, jentera Pas kehilangan arah baik dari isu yang dimainkan mahupun latar belakang calon yang cukup diragui berhubung kes khalwat.
Pada ketika membuat fitnah dan tuduhan kepada BN kononnya menyogok pengundi, ternyata Pas sebenarnya yang melakukan perkara tersebut.
Malah difahamkan Pas juga telah mengerahkan tauke-tauke balak untuk mula masuk ke perkampungan orang asli dan pengundi Cina untuk melakukan ancaman dan menyogok wang rasuah.
Gambar yang dirakamkan di perkampungan orang Asli di Sandrop adalah bukti betapa hodoh, menjijik dan memualkan politik Pas. -MediaUMNO

Baca juga isu khalwat di sini

Orang Asli Sifatkan Pas Kelantan Zalim!

GUA MUSANG, 1 Nov – Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap lebih zalim daripada “Yahudi” atas tindak tanduk mereka berhubung masalah tanah yang membabitkan Orang Asli.
Ketua Kampung Pos Brooke, Abdul Rashid Akoh berkata pembangunan Ladang Rakyat di kawasan berkenaan yang kononnya untuk membantu Orang Asli hanyalah sekadar gimik politik dan janji palsu semata-mata.
Menurut beliau, janji yang ditabur kepada kepada masyarakat oOang Asli hanyalah sekadar janji dan seolah dipermain-mainkan oleh kerajaan negeri yang kononnya melaksanakan pentadbiran berteraskan Islam.
“Mereka yang menerima daripada hasil Ladang Rakyat hanya beberapa kerat sahaja dan kami bingung mereka yang tidak menetap di sini pun dapat dividen berkenaan.
“Sudahlah tanah kami dibangunkan tanpa kerelaan yang menjejaskan punca ekonomi kami, dividen pun tidak diagihkan sama rata. Tanah-tanah adat kami begitu rakus dibangunkan untuk Ladang Rakyat. Tanah kubur datuk nenek moyang kami langsung tidak diambil kira. Pendek kata mereka hanya pandang kami sebelah mata sahaja. Apakah ini yang Nik Aziz kata sebagai membangun bersama Islam,” katanya.
Beliau seterusnya menegaskan kezaliman kerajaan negeri seolah-olah tidak ada penghujungnya apabila satu demi satu tanah orang asli diambil oleh syarikat-syarikat yang didakwa telah mendapat lampu hijau daripada kerajaan negeri.
“Hutan-hutan telah ditoreh dengan rakus, air sungai menjadi kuning, sumber kehidupan kami cukup terganggu. Nak cari makan pun susah. Rotan-rotan dan manong amat sukar untuk dijumpai lagi. Kehidupan kami cukup terhimpit,” katanya.
Menyentuh masalah geran tanah terhadap kawasan orang asli, beliau menegaskan perkara itu merupakan satu lagi sandiwara kerajaan negeri.
“Saya sudah dua kali berjumpa sendiri dengan Nik Aziz untuk menyelesaikan masalah geran tanah di Pos Brooke ini. Pada tahun 1998 kalau tidak silap saya, selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz beliau turun meninjau kawasan kami.
“Cuma sekadar tinjau di kawasan pembalakan sahaja dan bukannya untuk selesaikan geran tanah. Selepas itu beliau cakap kerajaan negeri akan tengok. Sampai ke hari ini asyik tengok ajerlah. Kalau Nik Aziz nak bersemuka, saya sedia bersemuka dengan beliau,” katanya.
Justeru beliau menempelak kedatangan Nik Aziz ke salah satu kawasan orang asli di kawsan berkenaan hari ini yang kononnya untuk memberikan geran tanah.
“Itu hanya sekadar gimik sahaja. Bayangkan sudah 20 tahun memerintah Kelantan, masalah ini tidak berjaya diselesaikan. Apa yang lebih menyedihkan geran yang kononnya diwar-warkan untuk diagihkan itu ukurannya daripada tiang ke tiang.
“Maksud geran yang dijanjikan hanya sekadar geran tanah seluas rumah yang kami diami. Itu pun kalau benar ada. Namun berdasarkan kepada pengalaman lalu, perkara itu akan berkumandang setiap kali pilihan raya umum. Kami dihina sedemikian rupa,” katanya. UMNO Online