SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

50 ahli PKR Cabang Parit (Perak) menyertai UMNO

Seramai 50 ahli PKR Cabang Parit menyertai UMNO kerana telah muak dengan kepimpinan tertinggi parti itu kelmarin.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Faizal Effendi Hashim berkata, ahli akar umbi itu mengambil keputusan untuk keluar parti kerana tidak tahan dengan kepimpinan PKR yang semakin bercelaru.
Menurutnya, PKR dilihat sudah terumbang-ambing dan berada di ambang kehancuran serta tidak lagi mempunyai masa depan.
“Ahli akar umbi dilihat menolak perjuangan PKR dan ini dapat dilihat ketika pemilihan parti itu baru-baru ini apabila tidak sampai 10,000 orang memberikan komitmen sedangkan mereka mempunyai lebih 500,000 ahli,” katanya ketika ditemui semasa penyerahan borang keahlian UMNO.
Faizal berkata, dengan kemasukan ahli itu dua ranting PKR iaitu Kampung Durian Kudung dan Selat Bota dibubarkan.
“Empat lagi ranting PKR iaitu Titi Gantong, Kampung Tua, Lambor Kanan dan Padang Changkat akan mengikut jejak langkah ini apabila lebih 150 lagi akan melakukan perkara yang sama.
“Kami sudah tidak tahan dengan tingkah laku serta tindakan pihak kepimpinan tertinggi yang hanya bertindak mengikut kepentingan peribadi dan bukan berasaskan kehendak asal parti.
“Bukan itu sahaja, mereka juga turut mendiamkan diri apabila sesuatu isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan negara dipersoalkan rakan pakatan,” katanya.
Katanya, penasihat parti itu juga disarankan agar membubarkan parti berkenaan sebagai langkah dalam usaha membendung masalah dalaman yang dihadapinya.-Sinar Harian

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010


Syabas.....Syabas...Syabas... kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010,  menumpaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

----------------------------------------------------------------------


Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun seri 1-1 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.
Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu. Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno. Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti. -Berita Harian

BN Kerah Segala Sumber Hadapi PRK Dun Tenang

LABIS 27 Dis – Barisan Nasional (BN) Johor akan menggembleng segala sumber yang ada serta Umno negeri dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Jan depan.
Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Menteri Besar Johor berkata, segala kekuatan yang dimiliki BN dan Umno Johor akan dikerah untuk membantu kempennya di DUN Tenang.
“Kita berkeyakinan untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang,” katanya yang yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Tenang kepada pemberita selepas melawat keluarga bekas anggota DUN Tenang Allahyarham Datuk Sulaiman Taha di Labis Park di sini, hari ini.
Abdul Ghani yang juga Pengerusi Umno Johor berkata, BN Johor akan mengerah lebih daripada 70 wakil rakyatnya yang mewakili pelbagai kawasan DUN serta Parlimen di negeri ini untuk membantu kempen di kawasan terbabit.
Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya selama dua penggal daripada BN, Sulaiman, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur pada 17 Dis lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Jan tahun depan sebagai hari penamaan calon manakala 30 Jan ialah hari pengundian.
DUN Tenang mempunyai lebih 14,700 pengundi. Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siram dengan kelebihan undi sebanyak 2,491.
Abdul Ghani berkata, BN akan memberikan perhatian kepada semua 12 daerah mengundi yang terdapat di DUN Tenang, bagi memastikan ia mampu memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum 2008.
“Kita akan melipat gandakan usaha di kesemua daerah mengundi dalam usaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik,” katanya ketika ditanya sama ada BN akan menumpukan kempennya di beberapa daerah mengundi yang ia tewas pada pilihan raya umum lepas.
Beliau berkata BN akan bekerja keras di setiap daerah mengundi di DUN Tenang, tidak kira walaupun parti itu menang besar atau kalah di daerah mengundi tersebut pada pilih raya umum lepas.
Mengenai calon BN di DUN Tenang, beliau berkata, Umno Bahagian Labis telah mengemukakan beberapa nama kepada Umno Johor untuk diajukan kepada Perdana Menteri yang juga Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Soal pemilihan calon BN adalah adalah hak presiden parti. Kita akan menerima apa sahaja yang diputuskan oleh presiden parti,” katanya sambil menambah, pengumuman mengenai calon BN itu akan dibuat beberapa hari sebelum hari penamaan calon.
Beliau berharap anggota Umno dan BN akan menyokong sesiapa sahaja yang diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang.
Abdul Ghani berkata, BN akan memberi tumpuan kepada beberapa isu tempatan bagi memastikan ia tidak dieksploitasi oleh pembangkang. - UMNO Online

Piala Suzuki AFF: Malaysia Benamkan Indonesia 3 - 0

Sebahagian penyokong pasukan Malaysia

Mohd Safee Mohd Sali meraikan gol jaringannya

Syabas pasukan bola sepak Malaysia yang telah menewaskan Indonesia pada final pertama Piala Suzuki AFF  di Stadium Nasional Bukit Jalil. Safee Sali menyumbang dua gol, manakala satu lagi hasil jaringan Anshari Shamsuddin

PR janji mata kail

IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan sikap Pakatan Rakyat (PR) ibarat mata kail kerana tidak pernah jemu untuk memancing undi rakyat menggunakan janji-janji manis yang tidak mungkin dapat dilaksanakan.
Beliau berkata, pembangkang sanggup menjanjikan pelbagai perkara sepertimana yang digambarkan dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.
“Saya tidak tahulah apa yang akan dijanjikan mereka selepas ini. Mungkin mereka hendak janji syurga pula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Membeli-belah Back To School Anak Angkat Menteri Besar di pusat membeli belah Jusco Aeon, Kinta City. semalam.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung isu PR yang mahu melaksanakan Program 100 hari jika berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara jika menang dalam PRU ke-13 ini.
Zambry berkata, pelbagai taktik akan digunakan pembangkang dari semasa ke semasa bagi memperoleh sokongan rakyat yang semakin berkurangan di pihak mereka.
“Dulu mereka (pembangkang) guna mata kail saiz lapan, sekarang pakai mata kail saiz 16 pula. Namun apabila semua tidak mengena mereka akan menggunakan mata kail saiz 32 pula.
“Dalam bahasa politiknya, kalau mereka sudah pernah memerintah namun gagal melaksanakan janji-janji apa lagi yang hendak diharapkan. Usahlah rakyat digula-gulakan,” katanya.
Beliau yakin rakyat pada masa kini amat rasional dan bijak dalam menilai siapa yang hanya bermain dengan politik dan siapa yang benar-benar memerintah demi kepentingan rakyat.
“Walaupun kita (Barisan Nasional) tidak menjanjikan syurga, bulan mahupun bintang tetapi rakyat tahu parti mana yang benar-benar praktikal dalam mentadbir negara ini,” katanya. -Sinar Harian

Nizar menghidapi ‘penyakit jiwa kronik’

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan  Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai individu yang menghidapi “penyakit jiwa kronik”.
Katanya penyakit jiwa yang menyerang Nizar adalah berpunca daripada kebencian yang amat sangat terhadap kerajaan Barisan Nasional yang dipimpinnya dan juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana tidak memenuhi ‘selera hukum’ yang diingini beliau.
Katanya akibat perasaan benci yang melampau itu, Nizar sanggup memutarbelit setiap fakta termasuk menuduh Mufti tidak adil berikutan penjelasan beliau bahawa majlis menaikkan tiang seri rumah OKU di Kuala Kangsar yang dilakukannya tidak bercanggah dengan hukum syarak.
“Dia (Nizar) macam warak, bertakwa..jadi imam, baca kutbah tapi tak rasa berdosa menfitnah dan menghina Mufti sedemikian rupa. Beliau langsung tiada rasa hormat kepada seorang mufti yang disegani hanya kerana tidak memenuhi ‘selera hukum’ yang diingininya.
“Dia juga adalah seorang tokoh penipu besar kerana tidak putus-putus melempar fitnah termasuklah fitnahnya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada penggal lalu apabila mengatakan mufti dihantar oleh UMNO ke Australia untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana.
“Tindakan beliau yang menfitnah bahawa saya membenarkan bomoh dibawa masuk ke dalam Dewan juga keterlaluan,” katanya.
Zambry mengulas tindakan ADUN Pasir Panjang dan bekas Menteri Besar itu yang meragui penjelasan Harussani mengenai isu menaikkan tiag seri kerana ia dikatakan tidak lebih daripada menjaga kepentingan pihak tertentu sahaja.
Majlis menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober lalu yang didakwa Nizar sebagai suatu perbuatan berunsur syirik oleh Zambry, terus diputar-belit meskipun Harussani telah mengeluarkan satu kenyataan mengenainya.
Zambry berkata tindakan Nizar itu yang berterusan melempar fitnah adalah strategi beliau dalam menagih undi dan simpati orang Melayu.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh umat Islam agar tidak terpengaruh dengan Nizar yang sanggup menggunakan agama bagi menghalalkan sesuatu cara mahupun tindakan.
“Individu bernama Nizar ini adalah orang paling bahaya untuk dijadikan pemimpin apatah lagi untuk memimpin,” katanya.
Zambry mengingatkan Nizar supaya berhenti daripada menabur fitnah kerana beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya jika perkara itu berterusan.-Perak Today The Portal

Skandal ADUN Selinsing Dalam Keretapi, Pemimpin Pas Dicabar Beri Penjelasan

KOTA BHARU, 21 Dis – Apa respon Pas? Pemuda UMNO Kelantan hari ini mencabar Pas segera tampil membuat kenyataan berhubung pendedahan yang dibuat beberapa buah blog berhubung satu isu yang cukup mengemparkan, penangkapan ADUN Selising bersama seorang wanita di dalam sebuah koc VIP keretapi dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan baru-baru ini.
Sambil melahirkan rasa terkejut berhubung pendedahan itu, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian meminta ADUN tersebut atau mana-mana pemimpin Pas segera membuat penjelasan.
Menurutnya pendedahan oleh Ustaz Saidi Hussin yang merupakan Ketua Keselamatan Pas Semerak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-pondok negeri Kelantan (Jawatan ketika di dalam Pas), saksi utama dalam kes tersebut, kini menjadi berita hangat di blog, facebook dan youtube.
“Sehubungan itu, Pemuda UMNO Kelantan mencabar ADUN tersebut atau mana-mana pemimpin PAS membuat penafian berhubung isu ini serta menyaman pihak-pihak terbabit dalam isu ini khususnya Ustaz Saidi Hussin, bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bersih dan tidak terlibat dalam mana-mana skandal dengan isteri orang di dalam koc tersebut.
“Kita hanya mahu mencari kebenaran, jangan menipu rakyat dengan slogan ‘Membangun Bersama Islam’ tetapi dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin Pas terlibat dalam skandal yang amat memalukan ini,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Pada masa yang sama tegas beliau lagi pihaknya turut berharap agar ADUN Selising tidak hanya berdiam diri sebaliknya tampil untuk menjernihkan keadaan.
“Jika benar beliau tidak bersalah, sila buktikan tetapi jika benar berita skandal tersebut, tidak salah beliau meminta maaf dan berundur dari jawatan wakil rakyat kawasan Selising yang disandangnya sekarang.
“Kita harus menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, berani, jujur dan tidak menipu rakyat. Jika beliau benar-benar terlibat, mohon maaf dan letak jawatan sebagai ADUN bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin yang benar-benar berpegang pada janji dan tidak mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya,” tambahnya. – MediaUMNO

>>Baca juga sini

Mengenali Manusia Hebat Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim hebat kerana apa agaknya? Adakah dia sememangnya mempunyai kelebihan luar biasa berbanding lain-lain pemimpin? Apa agaknya kelebihan-kelebihan luar biasa yang ada pada beliau dan tidak ada pada orang lain yang menyebabkan beliau hebat?
Kalau dilihat dari sudut kelulusan akademik, lebih hebat lagi kebanyakan pemimpin lain. Dia hanya lulusan ‘general degree’ Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Dari segi kebijaksanaan berpolitik, tidaklah dia lebih hebat dari Abdullah Badawi kerana Abdullah Badawi pun dapat jadi PM. Dia hanya sampai tahap TPM. Pendek kata, alah jugalah dalam sepak terajang politik.
Hendak dikatakan dia hebat dari segi ‘panjang akal’ pun tidak juga, sebab sudah banyak kali dia terperangkap atau ‘kedapatan’ melakukan hubungan tidak normal. Kalau dia seorang yang ‘panjang akal’, mungkin ‘kerja hodoh’ yang dilakukan ‘tidak berbekas’.
Hendak dikatakan dia ada ‘track record’ luar biasa sewaktu mengetuai kementerian-kementerian tertentu yang pernah dipegangnya pun tidak juga.
Dia pernah pegang Kementerian Pertanian, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan. Semasa menjadi TPM pun tidak ada idea luar biasa yang melebihkan dia dari lain-lain penjawat.
Dari segi prestasi atau KPI sebagai menteri atau TPM hanyalah tahap ‘average’, sama seperti kebanyakan menteri-menteri lain. Malahan semasa memegang jawatan Menteri Kewangan, negara hampir muflis gara-gara keberaniannya memperjudikan wang Bank Negara di pasaran tukaran asing.
Dalam masa yang sama, dia jadalah pemegang rekod sebagai Menteri Kewangan yang pernah menaikkan kadar faedah sehingga 13%, iaitu kadar faedah yang tertinggi dalam sejarah kewangan negara.
Dia berpendapat, masalah ekonomi dan kewangan negara boleh dipulihkan dengan cara menaikkan kadar faedah dan menyerap kos kenaikan hingga kepada pengguna akhir. Negara bernasib baik dapat diselamatkan dengan formula ‘luar biasa’yang dilakukan oleh DS Dr Mahathir selaku PM ketika itu.
Pada zaman dia menjadi Menteri Kewangan jugalah, lahirnya kroni-kroni yang kaya-raya hanya dalam tempoh ‘semalam lalu’. Pada zaman dia, saham khas peruntukan bumiputera syarikat-syarikat GLC yang sepatutnya dikendalikan oleh MITI telah dibawa ke MOF.
Ini semua bertujuan untuk membolehkan saham-saham ini dibolot oleh kroni-kroni ciptaan Anwar Ibrahim. TNB, Telekom, Hicom, anak-anak syarikat Petronas yang bernilai puluhan billion telah melahirkan kroni-kroni Anwar yang ‘tak terbilang dek jari’. Kesemua mereka menjadi jutawan ‘semalam lalu’.
Hasil dari kekuatan kewangan para kroni inilah yang telah menyebabkan Anwar begitu berkuasa dan dengan mudah menduduki jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO. Hanya menjentik dengan menggunakan jari manis, sudah cukup untuk menyebabkan Ghafar Baba terpelanting dari jawatan TPM.
Sebagai Menteri Pertanian pula, kita langsung tidak tahu apa yang dia buat malahan sebahagian besar rakyat pun mungkin terlupa bahawa dia pernah memegang jawatan Menteri Pertanian. Sebagai Menteri Belia dan Sukan pula, seingat saya hanya satu yang boleh kita ingat sehingga kini iaitu Sukan Malaysia (SUKMA Dermawan Sasmitatmadja).
Sebagai Menteri Pendidikan pula, dialah menteri yang bertanggungjawab memperkasakan sekolah Vernakular sehingga pejuang sekolah cina seperti ‘cacing naik ke mata’ sekarang ini. Lain-lain idea luar biasa langsung kita tidak nampak.
Jadi di mana lebihnya Anwar berbanding dengan lain-lain pemimpin dan politikus, walhal Anwar tidak menunjukkan apa-apa kelebihan luar biasa pun yang membolehkan dia mendapat sokongan hebat dari rakyat. Anwar ibarat seperti pokok cacat, ‘batang kecil tapi berdahan besar’.
Dengan prestasi tahap ‘average”, dan dilihat pula sokongan besar yang dinikmati oleh Anwar dari para penyokongnya dan rakyat, kelihatan seolah-olah ada yang tidak kena dari segi persepsi rakyat terhadap Anwar.
Rakyat dan penyokong taksub memberi kredit secara berlebihan kepada Anwar. Sokongan yang diberi tidak sepadan langsung dengan kemampuan dan keistimewaan yang ada pada batang tubuh Anwar.
Kesalahan dan masalah peribadi yang dihadapi oleh Anwar jauh lebih hodoh dari pertuduhan yang dikenakan kepada Rahim Tamby Chik, tetapi Rahim Tambi Chik sehingga kini tidak boleh bangun lagi dalam politik.
Begitu juga dengan Khir Toyo. Tiada siapa yang bangun dijalan-jalanraya untuk mempertahankan Khir Toyo. Khir Toyo pula tidak pernah menempelak dan mempertahankan diri dengan menyatakan semua ini fitnah dari orang-orang yang benci dan ingin melihat dia jatuh tersungkur.
Begitu ramai adun BN yang telah dikenakan tindakan gantung oleh speaker di dewan undangan negeri di Kelantan, Selangor, Penang dan Kedah, tapi tidak pula berlaku kekecohan seperti kekecohan yang mereka lakukan di Dewan Rakyat apabila Speaker menggantung MP dari puak mereka.
Anwar dan puaknya tidak tahu untuk menghormati peraturan dan undang-undang, jika peraturan dan undang-undang itu diguna pakai terhadap mereka. Bagi Anwar undang-undang dan peraturan hanya perlu dipatuhi oleh pihak lawan mereka.
Bagi Anwar Kroni adalah istilah yang dicipta untuk pemimpin UMNO dan kerajaan saja. Pengikut taksub Anwar juga berfikiran begitu. Jika Anwar yang lakukan amalan kronisma dan nepotisma pengikut akan butakan mata dan hati mereka.
Jika Anwar dituduh melakukan sebarang perkara yang bertentangan dengan nilai moral, pengikut akan berkata itu suatu fitnah jahat, walau pun laporan itu datang dari mangsa Anwar sendiri.
Jika Anwar ditempeleng kerana provokasi beliau terhadap lawan, pengikut tidak akan fikir apa sebab Anwar kena tempeleng, tapi mereka akan pertikai mengapa tempeleng Anwar.
Kalau Anwar kena penjara, pengikut tidak akan fikir apa punca yang menyebabkan Anwar kena penjara, sebaliknya pengikut akan pertikai kenapa penjara Anwar.
Kalau Anwar melakukan liwat, pengikut tidak akan fikir ‘kenapalah Anwar ni tak boleh berhentikan kerja terkutuk ni’ , sebaliknya pengikut akan pertikai kenapa mangsa sanggup menjual maruah sehingga sanggup mencipta rancangan jahat untuk mengenakan Anwar.
Itulah sebenarnya kelebihan yang Allah taala anugerahkan kepada Anwar Ibrahim. Buatlah kerja jahat macam mana pun, setakat hari ini, Allah taala izinkan dia mendapat anugerah dan keistimewaan yang tidak mampu diperolehi oleh orang lain.
Dalam pada dia berjaya menutup keaiban demi keaiban yang dilakukan dengan cara menafikan mentah-mentah setiap tuduhan, hakikatnya Allah taala sudah aibkan hambanya ini seantero dunia. Keaiban ini bukan orang lain yang sebarkan, sebaliknya dia sendiri secara tidak sedar menyebarkan segala keaibannya melalui ‘roadshow’ penafian yang dilakukannya ke seluruh alam.
Hukuman dan pembalasan Allah taala secara halus sedang berlaku kepada Anwar tapi mungkin dia tidak pernah terfikir sampai ke sini.
Apa yang dia terfikir hanyalah, bagaimana mahu melepaskan diri dari pertuduhan dan bagaimana mahu memanipulasi setiap pertuduhan ini ke arah suatu bentuk penganiayaan terhadap dirinya agar pemikiran rakyat senantiasa dapat dikawal mengikut skrip yang dia canangkan.
Memang Anwar hebat. Tiada siapa yang dapat menandingi kelebihan anugerah tuhan yang diberikan kepadanya sebagai pinjaman di dunia ini.
Paling hebat ialah nikmat tuhan pun dia manipulasi, musibah tuhan yang mengenai diri sendiri pun dimanipulasi, semata-mata untuk urusan kuasa…UMNO Online

Putarbelit Isu APCO

Isu APCO telah diputarbelitkan dengan memberi gambaran seolah-olah Malaysia telah dipengaruhi oleh Israel melalui APCO. Disebut antara lain kononnya pasukan Polis DiRaja Malaysia juga sudah diresapi oleh Israel melalui APCO di Bukit Aman!

Sebenarnya APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai "American P rotocal Communication Outfit" - singkatannya APCO (gambar atas adalah logo badan tersebut). Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubungan walkie-talkie. Contohnya produk terbaru yang dikeluarkan oleh APCO ini ialah APCO-25, satu jenis walkie-talkie digital (gambar sebelah adalah contoh walkie-talkie keluaran APCO). Sedangkan walkie-talkie lama (keluaran Sweden tak silap teman) menggunakan sistem monolog.

Maknanya perkataan APCO yang muncul didalam Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia ialah nama APCO membabitkan satu sistem komunikasi. Ianya langsung tiada kena mengena dengan nama APCO Worlwide yang kononnya dikuasai oleh Israel. Walaupun singkatannya sama, tetapi ianya dua entiti APCO yang berbeza dan tiada kena antara satu sama lain, hanya kebetulan singkatannya sama - APCO!!

Dan berkaitan syarikat APCO Worlwide yang diputarbelitkan sebagai firma penasihat Kerajaan Malaysia, adalah sangat jelas ianya langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi. APCO Worldwide adalah sebuah syarikat perunding dipunyai oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company, sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington. Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua klien yang memerlukan khidmat-rundingcara.

Maka tertubuhlah APCO (menggunapakai singkatan nama firma tersebut), dengan rakankongsi utama firma tersebut, Margery Krause menjadi Presiden & Ketua Pegawai Ek sekutif APCO. Ianya adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita. Dan bagi tujuan khidmat-rundingcara, APCO melantik beberapa konsultan dari pelbagai latarbelakang samada bekas Presiden, bekas Hakim, bekas Menteri, dengan latarbelakang kepakaran ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama, dan banyak lagi.

Oleh itu, dakwaan kononnya APCO dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar. Ianya pembohongan semata-mata. Dan menyatakan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman dikuasai oleh APCO ternyata adalah putarbelit dan pembohongan semata-mata. Hanya kerana nama serupa semata-mata, maka nama APCO Worlwide & APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan!!

Adakah hanya kerana slogan "1-Malaysia" dan "One-Israel" kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama, dan Malaysia sudah dipengaruhi dan diresapi Yahudi? Bagaimana dengan slogan "PAS 4 All" dengan slogan "Israel 4 All"? Adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu? Tidak sepatutnya bukan. Bagaimana pula dengan lambang "Satu-Mata" Illuminati Yahudi dengan lambang "Satu-Mata" Parti Keadilan. Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi hanya kerana persamaan logo? Walaupun sekarang su dah terdedah satu dunia bagaimana pemimpin yang ditabal oleh bini dia sendiri sebagai anugerah tuhan terpaksa berlutut memohon maaf kepada Yahudi di Amerika kerana menyinggung perasaan yahudi apabila pemimpin anugerah tuhan ini mempolitikkan dan memutarbelitkan isu APCO! Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putarbelitkan orang lain!! Pendekkata, janganlah berbohong dan kelentong! Siakap senohong ikan duri, kuat berbohong berangan nak jadi perdana menteri!

Apa yang penting, kita sebagai umat Islam khususnya wajib mendasarkan rujukan kita kepada Al Quran & Sunnah. Surah Al Hujurat: 6, "sekiranya datang kepada kamu berita daripada fasik, janganlah kamu pecaya, tetapi periksalah dahulu, janganlah kamu mengambil tindakan terhadap sesuatu kaum atas berita itu kelak nanti kamu yang menyesal".

Adalah jelas mereka adalah pembohong dan pemutar belit dalam isu APCO. Mereka berbohong tentang 16 Sept! Satu dunia tahu tentang pembohongan dan penipuan 16 Sept, tetapi yang pelik mengapa masih ada golongan yang menjadi "summum bukmum umyum faahum - pekak, bisu dan buta" kepada pembohongan dan penipuan yang begitu jelas depan mata kita.

Bila melihat gelagat golongan ini, barulah teman faham mengapa Fir'aun ada pengikutnya, Haman ada pengikutnya, Namrud ada pengikutnya, Kamal Attarturk ada pengikutnya. Kerana sudah disuratkan oleh ALLAH akan ada manusia yang akan terus didalam kesesatan, bak kelkatu yang terpukau dengan cahaya yang akan membunuhnya! Maka menjadi tanggungjawab para pejuang dan pendakwah Islam yang sebenar untuk membawa dan membimbing mereka yang sesat ini kepangkal jalan.

Karpal Patut Bertaubat, Tahu Kegiatan Anwar

Selain Anwar Ibrahim sepatutnya Karpal Singh yang perlu bertaubat kerana menyembunyikan perkara sebenar.
Inilah gambaran yang diberikan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menerusi entri di dalam blognya zahrainmp.blogspot.com.
Menurutnya aktiviti kegemaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diketahui oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.
Ini kerana katanya berdasarkan kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 2 September 2004 berhubung kes liwat Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan.
”Tidak perlu WikiLeaks atau Lee Kuan Yew memberitahu kita mengenai aktiviti kegemaran Yang Berhormat (YB) Permatang Pauh kerana Mahkamah Persekutuan Malaysia telah pun memperjelaskan isu ini dengan begitu terperinci,” katanya.
Entri di dalam blognya itu merupakan draf ucapannya di Dewan Rakyat  bagi membahaskan usul syor dan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung pembohongan YB Permatang Pauh ketika perbahasan Usul Titah Ucapan Yang Di-Pertuan Agong pada 17 Mac lalu.
Bagaimanapun draf tersebut tidak dapat dizahirkan ekoran tindakan Ketua Pembangkang dan seluruh Ahli Parlimen pembangkang yang membelakangkan aturan dan perjalanan Dewan.
Mengulas lanjut, Zahrain berkata, meskipun kenyataan Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad yang ketika itu merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan adalah jelas mengenai perilaku tertuduh namun kedua-duanya tetap dibebaskan berdasarkan percanggahan teknikal berhubung tarikh dan masa kejadian.
Di dalam blognya, beliau turut menyentuh bagaimana Karpal yang ketika itu Ahli Parlimen Jelutong memaklumkan Dewan Rakyat mengenai salah laku seks Anwar.
”Apa yang lebih menarik dan harus diketahui umum iaitu tujuh tahun sebelum penghakiman mahkamah tertinggi negara pada 2 September 2004, Karpal sendiri telah memaklumkan dalam Dewan Yang Mulia ini berhubung salah laku seks Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
”Ada rekod hansard Parlimen bertarikh 6 dan 22 Oktober serta 18 Disember 1997 di mana YB Bukit Gelugor yang ketika itu YB Lion of Jelutong, mendesak kerajaan menyiasat Akuan Bersumpah Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda.
”Azizan dan Ummi Hafilda telah mengadakan pertemuan sulit dengan YB Bukit Gelugor sebelum itu dan pada tahun sama dalam satu ceramah DAP di Federal Hotel di Kuala Lumpur, YB Bukit Gelugor sendiri menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti berhubung salah laku seks Timbalan Perdana Menteri ketika itu,” katanya.
Namun, beliau berkata, lain pula ceritanya sekarang ini.
”YB Bukit Gelugor. Pusing 360 darjah! Beliau sanggup menghina Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan semata-mata untuk menegakkan benang basah demi YB Permatang Pauh,” tambahnya.-UMNO Online

Jeffrey Kitingan keluar PKR Khamis ini

KOTA KINABALU: Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, dijangka keluar dari parti itu pada Khamis ini, menurut beberapa sumber hari ini.
Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Dr Jeffrey membuat pengumuman "amat penting". Mereka berkata, Dr Jeffrey yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan. "Dr Jeffrey tidak undur dari politik...sebaliknya dia sedang meningkatkan perjuangan politiknya," kata sumber.
Bagaimanapun, sumber itu enggan menyatakan sama ada pergerakan itu mempunyai kaitan dengan penubuhan blok politik ketiga dalam negara yang dikatakan diketuai oleh bekas tokoh PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
Pemerhati politik melihat pengunduran Dr Jefrrey sebagai tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan kedudukan di Sabah, yang dianggap sebagai "simpanan tetap" untuk Barisan Nasional (BN). - BERNAMA

WikiLeaks cable shed light on Singaporeans' view of Anwar

KUALA LUMPUR, Sunday 12 December 2010 (Bernama) -- Singapore's intelligence services as well as its senior minister Lee Kuan Yew believe that opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim "did indeed commit the acts for which he is currently indicted."
This was revealed by WikiLeaks through a release of a US State Department cable issued in November 2008.
The cable was exclusively released to the Australian tabloid, The Sun-Herald, and was widely reported by other Australian newspapers today.
WikiLeaks is a website that publishes anonymous submissions and leaks of sensitive governmental, corporate, organisational, or religious documents, while attempting to preserve the anonymity and untraceability of its contributors.
The US State Department cable that dealt with Anwar's sodomy case, dated November 2008, and was released exclusively to The Sun-Herald by WikiLeaks, had stated:''The Australians said that Singapore's intelligence services and [Singaporean elder statesman] Lee Kuan Yew have told ONA in their exchanges that Opposition leader Anwar 'did indeed commit the acts for which he is currently indicted'.''
In the newspaper report, it said the document stated that the Singaporeans told ONA that they made this assessment on the basis of ''technical intelligence'', which was likely to relate to intercepted communications.

Nallakaruppan cabar Shamsidar dedah perlakuan sebenar Anwar

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsidar Taharin (gambar) dicabar menjelaskan perlakuan sebenar suaminya serta ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu.
Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau membuat cabaran itu kerana bosan terhadap kuasa 3A (Anwar, Azmin Ali dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) yang sehingga kini belum menjawab setiap cabaran dilakukannya kepada mereka agar menceritakan perkara sebenar.
Beliau amat yakin Shamsidar mempunyai pengetahuan luas mengenai Anwar kerana kedua-duanya mempunyai hubungan amat rapat suatu ketika dahulu.
"Shamsidar bukan saja arif mengenai suaminya, malah turut mengenali siapa Anwar sebenar.
"Dia tidak sepatutnya hanya memikirkan tentang suami tetapi perlu juga memikirkan kepentingan rakyat dan negara agar tidak terus ditipu dengan membongkarkan segalanya," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak semalam yang mendakwa parti itu tidak akan berubah menjadi lebih baik kerana ia adalah hak mutlak Anwar.
Menurut Saidatul Badru, bukti kepada dakwaannya itu adalah pemilihan yang berlangsung baru-baru ini didominasi oleh calon pilihan Anwar termasuk Azmin, Tian Chua dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Nallakaruppan berkata, beliau dalam masa sama mahu Anwar jujur dan menjadi 'lelaki sejati' dengan mengakui kesilapan dan menceritakan kebenaran kepada umum.
"Usahlah terus menulis skrip filem untuk dilakonkan Azizah dan diarahkan Azmin. Rakyat bukan bodoh dan sentiasa menilai pergerakan anda sejak 1998 lagi," katanya.
Sementara itu, beliau turut menempelak sikap Ahli Parlimen pembangkang yang beria-ia mempertahankan Anwar daripada dikenakan tindakan ekoran mengaitkan Israel dengan gagasan 1Malaysia kelmarin.
"Kenyataan dikeluarkannya itu secara jelas hanya untuk mengaburi kes moral yang sedang dihadapi. Beliau cuba menutup segalanya dengan melakukan apa saja seolah-olah tidak melakukan kesalahan.
"Itulah yang dilakukannya pada 1998 dahulu hingga ramai orang terpedaya. Anwar melakukan bermacam-macam perkara demi menutup kesilapannya ketika itu, takkan mereka (pemimpin pembangkang) tidak tahu," katanya. - Utusan

Kerajaan Pas cuai disaman RM1b

KUALA TERENGGANU 9 Dis. – Akibat kecuaian dan mungkir janji kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003, kerajaan negeri perlu membayar tuntutan saman RM1 bilion kepada sebuah syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu).
Keputusan yang memihak kepada syarikat berkenaan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda dalam penghakiman 27 Oktober lalu.
Pengarah Riyapadu, Ally Azwin Datuk Abdul Hamid berkata, keputusan penghakiman berkenaan telah membuktikan ‘kezaliman’ yang dilakukan kerajaan Terengganu pimpinan Pas pada tahun 2003.
“Alhamdulillah Allah telah berikan keadilan pada hari ini, kami bersyukur,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Menurut Ally Azwin, berdasarkan penghakiman itu, pihaknya yakin berjaya memperoleh bayaran RM1 bilion seperti mana yang dituntut berhubung kecuaian dan mungkir janji kerajaan negeri ketika itu berkaitan konsesi pembalakan di Empangan Kedua Hulu Terengganu.
Ally Azwain berkata, mahkamah dalam keputusannya memerintahkan defendan (kerajaan Terengganu) mengembalikan wang RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif (Riyapadu) pada 2003 bagi bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,587 hektar.
Katanya, mahkamah juga memerintahkan bayaran faedah RM7.55 juta pada kadar faedah empat peratus setahun manakala baki deposit bagi bayaran lesen dan cukai balak pula sebanyak RM166,432.86 yang dibayar kepada plaintif.
“Hakim juga putuskan plaintif berhak dapat bayaran keuntungan hasil kawasan balak seluas 1,200 ekar (486 hektar) yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan konsesi yang diserahkan kepada Riyapadu,” katanya.
Pada Disember 2007 lalu, Riyapadu memfailkan saman RM1 bilion terhadap kerajaan negeri berikutan tindakan menamatkan perjanjian konsesi balak dengan syarikat itu.
Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini selepas syarikat tersebut mendakwa perjanjian konsesi mengambil hasil hutan pada 2003 itu ditamatkan secara tidak sah.
Ia membabitkan perjanjian antara syarikat tersebut dengan kerajaan negeri untuk mengambil hasil hutan di kawasan kira-kira seluas 16,587 hektar di Mukim Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu.
Mengulas lanjut, Ally Azwin berkata, keputusan mahkamah tersebut juga mendedahkan kecuaian kerajaan Pas Terengganu ketika itu yang bertindak menamatkan kontrak selain menarik balik lesen sesudah perjanjian dibuat.
“Kerajaan Pas ketika itu bukan saja mungkir janji malah telah melakukan pembohongan dan penyelewengan fakta terhadap sebuah syarikat bumiputera,’’ katanya.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semasa diminta mengulas keputusan mahkamah itu berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan rayuan memandangkan mereka perlu bertanggungjawab melunaskan tuntutan tersebut. - Utusan

Ketuanan Rakyat Mirip Penderhakaan

Penganalisis Sosiobudaya Melayu, Profesor Madya Datuk Dr. Zainal Abidin Borhan mengingatkan masyarakat agar tidak terperangkap dengan agenda sempit sesetengah pihak yang sanggup mengetepikan ketuanan Melayu dan digantikan dengan ketuanan rakyat untuk memenuhi agenda politik mereka sendiri.
Katanya, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggelar golongan pembangkang sebagai antinasional ia juga sebenarnya bermaksud antikerajaan dan boleh juga dilihat sebagai salah satu aktiviti membawa kepada penderhakaan.
“Walaupun perkara ini telah dinafikan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tetapi ia dilakukan dalam kerangka mereka melakukan serangan kepada kerajaan dan memburuk-burukkan apa yang dibuat oleh kerajaan dan sistem yang diamalkan,” katanya kepada umno-online.com.
Beliau yang juga pensyarah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya melihat bahawa agenda PKR dan pakatan pembangkang melakukan serangan kepada kerajaan dalam kerja-kerja ‘kepembangkangan’ mereka bersifat lebih kepada antikerajaan.
“Ketuanan Melayu dan ketuanan rakyat adalah dua aspek berbeza kerana ketuanan Melayu berasaskan kepada demokrasi berparlimen yang terkandung di dalam Perlembagaan.
“Secara tidak langsung ia melindungi hak keistimewaan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama rasmi yang telah diguna pakai sejak sekian lama dengan keharmonian dan kesejahteraan bersama,” katanya.
Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa ketuanan rakyat yang dilaung-laungkan oleh pembangkang memberikan tafsiran yang bukan sahaja mengelirukan masyarakat malahan ia adalah bertentangan dengan konsep Perlembagaan negara.
“Apakah ketuanan rakyat yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya sama dengan amalan sosialis seperti mana yang berlaku di Eropah iaitu telah meruntuhkan istana apabila kuasa rakyat menolak sistem beraja dalam kerajaan mereka?
“Atau mungkin juga peranan ketuanan rakyat ini adalah sama dengan apa yang diperjuangkan oleh DAP yang mahukan kesaksamaan dalam segala aspek termasuklah menolak Islam sebagai agama rasmi; tapi bagaimana pula dengan Pas yang mahukan sebuah negara Islam?”
Soal Zainal Abidin lagi, apakah ‘ketuanan Melayu’ yang dinafikan dan mahu ditinggalkan oleh Anwar Ibrahim tidak memberi kesenangan atau pulangan kepada masyarakat termasuk dirinya sendiri?
“Tidakkah mereka fikir bahawa dengan konsep demokrasi berparlimen berteraskan Perlembagaan yang di dalamnya terkandung hak-hak keistimewaan Melayu ini telah memberikan seluruh rakyat keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira bangsa; sehinggakan kaum Cina menguasai ekonomi termasuk lebih 60 peratus pasaran saham,” katanya lagi.
Justeru katanya rakyat perlu memberikan penilaian yang matang bagi berdepan dengan pembangkang.
“Anwar Ibrahim sengaja ingin menimbulkan keresahan dan mengelirukan masyarakat dengan pandangan sempit sedemikian sedangkan kewajaran yang penting adalah kematangan dalam menilai apa yang diperkatakan oleh mereka.
“Semua pihak perlu sedar dan bersikap matang dalam melakukan penilaian terhadap isu-isu dalam negara dan jangan pula dengan mudah membanding-bandingkan dengan apa yang berlaku dalam luar negara sebaliknya turut berperanan bersama-sama membina untuk keamanan berterusan.” Katanya lagi. – MediaUMNO

Sultan Perak tegur Melayu pertikai status keistimewaan

KUALA KANGSAR 7 Dis. - Sultan Perak Sultan Azlan Shah bertitah bahawa sebarang suara yang mempertikaikan status Islam dan keistimewaan orang Melayu di negara ini adalah perbuatan yang tidak berasaskan sejarah serta bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
Baginda menegaskan jika perkara itu dilakukan di kalangan orang Melayu sendiri maka mereka itu sebenarnya telah melakukan penghinaan dan derhaka kepada bangsanya sendiri.
"Wasiat Raja-Raja Melayu adalah sebahagian daripada perjanjian yang menjadi landasan kepada penggubalan Perlembagaan Merdeka. Raja-Raja Melayu yang bersemayam di takhta pemerintahan pada hari ini bukan sekadar mewarisi takhta pemerintahan tetapi turut mewarisi tanggung jawab kepada agama dan bangsa, memastikan wasiat tersebut terus dijunjung.
Umat Islam dan orang Melayu hendaklah jangan melakukan perbuatan mencurahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit, takut-takut nanti umat Islam dan orang Melayu berakhir dengan keadaan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran lalu berdagang di tanah sendiri, laksana ayam kelaparan di kepuk dan itik kehausan di air," titah baginda semasa merasmikan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah peringkat negeri Perak di Dewan Kolej Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.
Titahnya, amat malang kepada agama dan bangsa apabila sejarah sebenar negara mahu dipadamkan dan fakta mahu diubah.- Bernama

Khir Toyo Lepaskan Jawatan Ketua Pembangkang Selangor

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang negeri itu berkuat kuasa serta-merta.
Mengenai kedudukannya dalam UMNO pula beliau menyerahkan  kepada pucuk pimpinan dan  sedia berundur jika perkara tersebut menjadi masalah besar kepada parti. Baca selajutnya melalui blog beliau... sini

:::: SALAM MA'AL HIJRAH 1432 H ::::

Matlamat Pembangkang Menipu dan Menyeleweng Rakyat

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak di negara ini sedar bahawa kerjasama pakatan pembangkang tidak akan berpanjangan kerana matlamat mereka hanyalah untuk menipu dan menyeleweng rakyat.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, sejarah membuktikan sepanjang mereka bergabung sama ada di dalam Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif atau terbaru Pakatan Rakyat, tidak pernah satu pun berjaya kerana masing-masing bersikap talam dua muka.
Beliau berkata, apa yang mereka cuba lakukan hanya sia-sia kerana kerjasama itu bukan didasarkan dengan ramuan keikhlasan, wawasan serta nilai yang dikongsi bersama.
''Mereka cuba meniru kita dari segi kerjasama namun, pada hemat saya, usaha ini sia-sia sahaja. Atas nama apa pun yang dicipta ia hanyalah percubaan-percubaan pembangkang untuk bersatu tetapi tidak mungkin berkekalan.
''Simpulan bahasa ada menyebut, telunjuk sahaja lurus tetapi kelengkeng berkait. Antara DAP dengan Pas misalnya hanya boleh tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya sempena Konvensyen Barisan Nasional yang bertajuk Mengukuh Barisan, Mendahulu Rakyat di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini hari ini.
Najib berkata, keadaan itu berlaku disebabkan kerjasama antara kedua-dua parti hanya disandarkan dengan adanya peranan pihak ketiga iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sementara itu, beliau menyelar pihak pembangkang yang mengaku lebih demokratik dengan menyatakan kepimpinan mereka mewakili semua kaum.
Bagaimanapun beliau berkata, hakikatnya ia jauh berbeza.
''Lihat sahaja PKR daripada tujuh orang kepimpinan tertinggi mereka, hanya seorang sahaja yang mewakili kaum Cina. Manakala kaum India yang membentuk keahlian kedua terbesar dengan lebih satu perlima ahli, tidak mempunyai seorang pun perwakilan di peringkat tertinggi parti," katanya.
Di dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyentuh betapa gerunnya PKR terhadap langkah UMNO memperkenalkan corak pemilihan kepimpinan yang baru.
''Tampak jelas apabila kita buat perubahan dan pembaharuan politik yang bersifat dalaman, ia telah menggerunkan mereka sehingga kelam-kabut dan melilau ingin menciplak. Pengajarannya di sini, kalau ada orang mahu meniru sudah tentu apa yang sedang kita lakukan ini, ada kebenarannya," katanya.
Mengenai pemilihan di dalam PKR, beliau menarik perhatian perwakilan apabila daripada 400,000 ahli yang didakwa menganggotai parti itu hanya 30,000 yang keluar mengundi untuk memilih pucuk pimpinan.
''Jika hanya tujuh peratus yakni lebih kurang 30,000 orang daripada kononnya 400,000 ahli parti yang merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk keluar memilih barisan kepimpinan mereka maka ia membawa dua konotasi.
''Konotasi pertama, parti itu tidak mendapat sokongan massa dan kedua integriti dan kewibawaan parti berkenaan sebenarnya disangsikan oleh ahli-ahli mereka sendiri," katanya - Utusan

Mohd Saiful mengaku kejadian liwat di Mekah...

Masih ingat Muhabalah atau sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilakukan pembantu Ketua Pembangkang itu di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008?.
Ekoran itu pelbagai tohmahan serta tuduhan dilemparkan sesetengah pihak malah juak-juak penyokong Anwar menuduh Mohd Saiful berbuat demikian kerana agenda politik yang bertujuan menjatuhkan bekas timbalan perdana menteri itu.
Tambahan pula angkat sumpah itu berlangsung sehari sebelum Anwar umum diri bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.
Malah pemimpin PAS yang sudah bersekongkol dengan dalam pakatan rakyat turut mempertikai kaedah sumpah laknat yang dilakukan Mohd Saiful.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi macam-macam alasan termasuk kaedah sumpah Mohd Saiful memegang al-Quran juga tidak tepat, bahkan Mohd Saiful dianggap bodoh berbuat demikian.
Hadi yang membuat dakwaan itu turut menghina pegawai agama yang terbabit dalam sumpah laknat itu.
“Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 sebelum ini.
Ada menganggap kes itu menyamai zina dan perlu diadili di Mahkamah Syariah.
Kerana kes itu juga, pegawai Masjid Wilayah Ramlang Porigi diusung PKR berkempen ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan kenyataan beliau hanya diarah hadir ke majlis itu bagi menyempurnakan angkat sumpah Mohd Saiful di hadapannya.
Justeru itu semakin ramai terutama mereka yang taksub kepada Anwar tidak mempercayai kebenaran sumpah laknat Mohd Saiful.
Peliknya, sehingga ke hari ini Anwar masih tidak berani melakukan tindakan serupa sebaliknya membawa kes itu ke Mahkamah Syariah supaya Mohd Saiful dikenakan Hukum Qazaf kerana membuat dakwaan di liwat tanpa bukti dan saksi menurut Islam.
Cerita ini sengaja Agendadaily timbulkan semula selepas mendengar Mohd Saiful ada mengaku kejadian tersebut memang menimpannya.
Lebih menarik pengakuan itu dibuat di Mekah, ketika beliau menunaikan haji ke tanah suci baru-baru ini.
Mohd Saiful dijangka pulang ke negara dalam masa beberapa hari ini.
Menurut maklumat diperolehi, Mohd Saiful kebetulan bergerak bersama-sama rombongan jemaah dari Johor.
Sudah tentu ada antara mereka mengenali beliau selepas pengakuan itu tambahan pula kes dakwaan liwat terhadap Anwar di mahkamah belum berakhir.
Barangkali kerana ragu dengan pelbagai cerita pasal sumpah laknat dan dakwaan liwat itu, ada antara mereka memberanikan diri bertanya kebenaran perkara itu.
Mohd Saiful dalam menjawab persoalan itu, mengakui semua yang menimpa dirinya itu memang benar.
Cerita jemaah Johor ini diberitahu kepada Agendadaily oleh timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Fuad Zakarsi yang turut mengerjakan haji baru-baru ini.
Bagi sesetengah pihak pengakuan Mohd Saiful ini bukanlah benda pelik atau sesuatu yang baru tetapi ambil kira pengakuannya di Tanah Suci Mekah dan tambahan pula beliau sedang mengerjakan rukun Islam ke lima itu, maka mustahil segala yang menimpa dirinya adalah rekaan atau dibayar pihak tertentu dalam apa dikatakan agenda untuk menjatuhkan Anwar.
Ramai umat Islam percaya, mereka yang menunaikan haji atau berada di Tanah Suci tidak boleh berkata sembarangan apatah lagi bercakap bohong. -Agendadaily

Nizar akui perbuatannya berdosa

Nizar (gambar) akhirnya telah mengakui sendiri bahawa perbuatannya berpakaian warna hitam dan memegang lilin adalah berdosa. Perbuatan tersebut dilakukan oleh Nizar semasa upacara memperingati kematian Teoh Beng Hock, tahun lepas.
Pengakuan tersebut keluar dari mulut Nizar sendiri (“Saya mengaku saya berdosa”) semasa pertikaman lidah dengan YAB DS Dr. Zambry Abdul Kadir di DUN Perak. Sebelum itu, si Nizar telah membuat tunduhan terhadap DS Zamry yang terlibat dengan upacara ancak yang dikatakan bertentangan dengan amalan Islam ketika majlis menaikkan tiang seri rumah penduduk di Kg. Guar, Manong pada bulan Oktober yang lepas.
Namun demikian, DS Zamry dapat membuktikan bahawa upacara tersebut bukanlah ancak tetapi sekadar menaikkan tiang seri.Menurut DS Zamry lagi, perbuatan tersebut tidak sesekali mencemari kesucian agama Islam (Baca sini).

Setelah itu, DS Zamri telah mencabar Nizar tentang hukum perbuatannya yang menghadiri upacara menyalakan lilin dengan berpakaian hitam semasa upacara memperingati kematian Teoh Beng Hock. Sebelum ini, umum mengetahui bahawa Nizar mengatakan perbuatannya itu tidak salah.

Akhirnya, sejata makan tuan. Syabas kepada DS Zamry kerana telah berjaya menundukkan si Nizar yang sombong dan bongkak.

Kedaulatan Rakyat Gimik Penuhi Nafsu “Raja Anwar“

Konsep kedaulatan rakyat yang dicanang oleh pakatan pembangkang adalah usaha untuk memperkenalkan konsep sosialis dan komunis di dalam masyarakat negara ini.
Pemerhati Politik, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berkata fahaman berkenaan amat berbahaya kerana dikhuatiri akan melaga-lagakan masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini sekaligus merealisasikan matlamat parti pembangkang untuk meruntuhkan kepimpinan sedia ada.
Secara tidak langsung tegas beliau, maka naiklah pemimpin utama pembangkang yang bercita-cita untuk menjadi peneraju utama negara yang dipanggil “raja Anwar” dalam struktur pemerintahan negara pada waktu tersebut.
“Konsep ketuanan rakyat sebenarnya mempunyai tafsiran yang tersirat dan berbahaya kerana mempunyai makna percanggahan di kalangan rakyat negara ini.
“Dan bukankah umum mengetahui bahawa DAP adalah berteraskan sosialis dan secara langsung ianya berhubung kait dengan komunis. Begitu juga dengan PKR.
“Sesungguhnya konsep berkenaan bertentangan dengan ketuanan Melayu atau pun kita boleh panggil sebagai kedaulatan Melayu yang memberikan keadilan kepada semua pihak selain tidak bercanggah dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Tegas beliau lagi, ketuanan atau kedaulatan Melayu sebenarnya tidak menindas atau meminggirkan mana-mana pihak yang cuba dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang berorientasikan politik.
Katanya gagasan kedaulatan Melayu sebenarnya dipegang oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukannya diperalatkan oleh segelintir pemimpin elit sepertimana dakwaan pembangkang.
“Tukang kebun, petani, guru, peniaga dan sebagainya semuanya berpegang kepada konsep ini kerana mereka sedar dan yakin apa yang telah diusahakan dan dilaksanakan oleh kerajaan hari ini langsung tidak menindas mereka sebaliknya memberikan peluang yang terbuka luas.
“Sebab itulah saya tegaskan tadi bahawa kedaulatan Melayu dan gagasan 1Malaysia ini saling berkaitan kerana 1Malaysia adalah berdasarkan kepada gagasan dan tafsiran kepada Perlembagaan.
“Bermakna secara langsung berlandaskan keadilan kepada semua pihak. Jadi di mana silap dan kurangnya kedaulatan atau ketuanan Melayu itu,” katanya – UMNO Online