SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Kemenangan BN Bukti Rakyat Tolak Ideologi Pembangkang

Pengalisis politik tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah penolakan yang nyata terhadap pakatan pembangkang.
Katanya, gelagat Pas yang bersekongkol dengan Dap dilihat sebagai tidak selaras dalam pelbagai hal selain PKR terus-terusan dibelenggu masalah dalaman adalah antara faktor kenapa mereka ditolak.
“Rakyat hari ini bijak membuat penilaian berdasarkan kepada pelbagai hal-hal semasa, khususnya pelbagai isu membabitkan negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang,”
Terangnya, biarpun kemenangan BN di DUN Tenang sudah dijangka berdasarkan Johor yang telah dominan sebagai ‘kubu kuat’ UMNO tetapi pertambahan majoriti ke atas calon BN memperkukuhkan lagi kedudukan parti ini dan menjauhkan lagi jurang penolakan rakyat kepada pakatan pembangkang.
“Pakatan pembangkang tidak mampu untuk meyakinkan rakyat apa lagi untuk menarik undi terhadap mereka biarpun mereka melakonkan kononnya DAP dan Pas dapat duduk bersama dan melakukan perbincangan.”
“DAP dan Pas tidak mungkin akan dapat sepakat kerana mereka bertentangan idealogi terutamanya berkaitan dengan pendekatan Islam; mereka tidak sependapat, selalu bergaduh yang secara tidak langsung melemahkan pakatan mereka sendiri,” jelasnya.
Khoo yang juga tokoh akademik turut memaklumkan bahawa apa yang berlaku kepada negeri-negeri pakatan pembangkang termasuklah wakil rakyat mereka menjadi penilaian untuk rakyat menentukan siapa pilihan dalam setiap pilihan raya.
“Negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan asyik kecoh bukan kerana mahu laksanakan tanggungjawab tetapi begaduh dalam hal-hal remeh-temeh sehinggakan permasalahan rakyat gagal diselesaikan dan rakyat pula yang terpaksa menyelesaikan masalah sendiri,” katanya.
Ujarnya, biarpun kemenangan BN ini menepati ramalan awal tetapi ia mampu memberi semangat untuk terus bekerja setelah BN sebelum itu dapat mengekalkan Parlimen Batu Sapi dan merampas Dun Galas, November lalu.
PRK DUN Tenang adalah siri PRK ke-14 selepas Pilihan Raya Umum 2008, dan kemudian di Merlimau, Melaka pada 6 Mac depan. – MediaUMNO

Rasmi : BN Kekal di Tenang, PAS Terus Kecundang


KEPUTUSAN RASMI PRK N05 TENANG

BARISAN NASIONAL
6699

PAS
2992

Undi Ditolak
142

Majoriti
3707


TAHNIAH BARISAN NASIONAL !!
.............................................................

NORMALA YANG KECUNDANG


“Sekiranya kalah, saya anggap ia sebagai kemenangan yang tertunda” Alahai Mala !!

PRK Tenang : Pengundi Tenang Undi BN, Calon PAS Banyak Skandal


SELAMAT MENGUNDI KEPADA PENGUNDI DUN TENANG....JANGAN LUPA, UNDI CALON DI BAWAH

PRK Tenang : Pengundi Boleh Nilai Pemimpin Cakap Benar Atau Sebaliknya


Sudah sampai masa bagi pengundi di kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, menilai antara pemimpin yang bercakap benar dan pemimpin yang banyak membuat tomahan serta andaian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sejak kempen pilihan raya kecil itu bermula Sabtu lepas, pengundi DUN Tenang kini boleh menilai pemimpin yang bercakap semata-mata untuk memancing sokongan politik.
"Apabila mai (tiba) saat-saat untuk memangkah (mengundi) dia menjahiliahkan orang," katanya kepada pemberita selepas beliau mengadakan perjumpaan dan beramah mesra dengan guru kelas agama dan fardu ain (Kafa), imam dan guru takmir zon selatan di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang Jahiliah.
Jamil Khir berkata Nik Abdul Aziz tidak konsisten dalam setiap kenyataan yang dibuatnya.
Beliau berkata, begitu juga dengan Maarof Abd Mutalib, suami kepada calon PAS pada pilihan raya kecil itu, Normala Sudirman yang mendapat cuti sakit (MC) selama 21 hari sedangkan beliau dilihat sering berkempen untuk isterinya.
"Dia (seorang guru) dapat surat cuti (MC) hingga 21 hari, apa nasib anak bangsa kita yang memerlukan pendidikan tetapi dia ambil cuti kerana tekanan perasaan tetapi boleh berjalan dengan isteri ke sana sini," katanya.- BERNAMA

Penyakit Sakit Jiwa Suami Mala Bahayakan Orang Awam

“Orang yang mengalami kemurungan atau tekanan, kebiasannya wajah mereka tidak ceria, tetapi berbeza dengan Maarof (Abdul Mutalib), dia kelihatan begitu ceria membantu isterinya berkempen dan mampu tersenyum lebar ketika bertemu orang ramai.
“Biasanya mereka yang mengalami penyakit seperti itu tidak mahu bertemu orang ramai, penyakit ini biasanya berpunca daripada masalah tekanan perasaan atau jiwa dan suka memencilkan diri kerana tidak mahu bertemu dengan orang ramai,” kata Datuk Hamidah Osman, Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia.
Hamidah berkata, dari apa yang dilihat pada gambar yang disiarkan, raut wajah Maarof tidak seperti mereka yang mengalami masalah atau tekanan jiwa, malah dia nampak begitu ceria dan bersemangat membantu isterinya, Normala Sudirman, calon Pas pilihan raya kecil DUN Tenang, 30 Januari nanti.
“Kemurungan ini sebahagian daripada keluarga penyakit sakit jiwa, mereka yang ada penyakit ini sepatutnya duduk di rumah bukannya bertemu orang ramai, pesakit seperti ini boleh melakukan tindakan tanpa diduga kerana hilang kawalan, dia boleh melakukan tindakan di luar dugaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Hatta Ramli yang menyatakan Maarof mengambil cuti sakit yang panjang kerana mengalami masalah sakit jiwa.
Perbuatan Maarof yang mengambil cuti sakit yang panjang tetapi kelihatan sering bersama isterinya berkempen di DUN Tenang sejak dari tarikh pencalonan PRK DUN Tenang menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak bagaimana dia mendapat cuti akit yang panjang dan berkempen em.
Tindakan menggunakan cuti Maarof untuk berkempen di Tenang telah menimbulkan pelbagai pertanyaan di kalangan orang ramai kerana penyalahan guna cuti sakit yang diberi kepadanya.
“Jika benar dia mengalami masalah itu, sepatutnya sudah di rujuk kepada pihak hospital kerana Maarof dilaporkan sakit sehingga dia diberi cuti sakit sehingga 21 hari, sedangkan dia kelihatan berkempen bersama isterinya.
“Kalau sakit kata sakit, jangan gunakan alasan sakit untuk dapat cuti kemudian pergi bantu isteri berkempen, ini suatu penipuan, pihak terbabit perlu menjalankan siasatan bukan sahaja kepada Maarof tetapi kepada mereka yang mengeluarkan cuti sakit itu”, ujarnya.
Sementara itu, Normala kelihatan cuba melindungi suaminya, dengan meminta jawapan mengenai kewajaran cuti sakit suaminya itu daripada pihak yang terbabit dalam pengeluaran sijil cuti sakit.
Hamidah menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan penipuan yang dibuat oleh Pas bukan sahaja membabitkan isu malah turut membuat penipuan mengenai kesihatan diri demi kepentingan politik.
“Benarlah Pas adalah parti penipu, kesihatan diri pun turut dijadikan modal untuk menipu sehingga sanggup mengaku adala masalah kemurungan, kemurungan itu adalah sakit jiwa,” katanya. -MediaUMNO

PRK Tenang : Pengundi Muak Ceramah Bohong, Fitnah Pembangkang

Sambutan yang muram serta kurang memberansangkan terhadap ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh parti pembangkang sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Tenang menunjukkan rakyat khususnya pengundi sudah muak dengan fitnah yang ditaburkan olah parti terbabit.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata tindakan mereka “mengimport” penceramah “heawyweight” termasuk pemimpin yang dinobatkan sebagai pemimpin ulung mereka, Anwar Ibrahim menunjukkan mereka benar-benar terdesak untuk menagih simpati pengundi.
Menurut beliau serangan demi serangan khususnya di kawasan Felda menunjukkan mereka benar-benar cuba memecahkan sokongan masyarakat Felda yang menghargai sumbangan Barisan Nasional (BN) terutama UMNO kepada mereka.
“Mereka cuba masuk Felda namun tidak isu Felda. Mereka bercakap macam angin lalu. Malah difahamkan Mazlan Aliman sendiri turun ke Felda Chempelak Barat dua tiga hari lalu tidak dapat sambutan. Begitu juga dengan ceramah-ceramah mereka yang lain. Mereka tidak tahu apa dan sekadar temberang.
“Saya tidak risau sebab kita pun ada ceramah. Banyak ceramah kita buat. Sambutan yang diterima cukup baik dan kita tertumpu kepada kumpulan pengundi. Tidak perlu ramai-ramai atas padang.
“Kehadiran penduduk yang tidak memberangsangkan, padang kosong dan hanya dua tiga kerat sahaja yang hadir. Ini suatu perkara yang menggembirakan kita. Tetapi kepada seluruh jentera BN jangan “over confident” sebaliknya perlu bekerja lebih kuat,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau mengharapkan jentera BN meneruskan gerak kerja hingga ke saat akhir.
“Jangan jadi murung dengan faktor cuaca. Hari pengundian makin dekat dan semakin hampir. Saya merayu kepada mereka agar dapat bertahan dan perbaiki segala jentera dan juga perbaiki segala poster, teruskan gerak kerja dari rumah ke rumah, terus berkempen dan jangan berhenti kerana hujan dan sebagainya.
“Kita dah kerja sejak sekian lama, teruskan usaha hingga ke saat terakhir hingga pukul 5 hari Ahad nanti,” katanya. -MediaUMNO

PRK Tenang : KAMI MAHU UNDI BN

PRK Tenang : Kenyataan Nik Aziz Menyinggung Seluruh Umat Islam

LABIS: Tindakan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi Pas sebagai orang jahiliah telah menyinggung seluruh orang Islam di negara ini termasuk di Johor dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Nik Aziz telah menyalahgunakan Islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan agama mengikut keadaan dan masa.
"Kenyataan Nik Aziz ini membodoh-bodohkan kita hanya kerana kita tidak menyokong Pas. Adakah seluruh pengundi yang ada di Labis ini dilabel sebagai jahil oleh Nik Aziz," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di sini, Jumaat.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi Pas itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan Mursyidul Am dan dipanggil ustaz.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. - BERNAMA

PRK Tenang : Orang Kampung Terkejut Mala Tidak Mesra Rakyat Terpilih Calon Pas

LABIS, 28 JAN – Penduduk di Felda Sekijang hari ini mengakui calon Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman bukanlah seseorang yang suka bercampur gaul dengan masyarakat setempat.
Malah mereka turut terkejut melihat Pas memilih Cikgu Mala di Tenang kerana sepanjang pengetahuan mereka, calon Pas yang dijaja di seluruh DUN Tenang itu bukanlah seseorang yang mesra rakyat.
“Saya terkejut apabila Cikgu Mala diumumkan sebagai calon Pas di sini. Bagaimanakah Pas boleh memilih dan meletakkan beliau sebagai calon mereka untuk bertanding di sini. Apakah Pas tidak selidik terlebih dahulu latar belakang beliau.
“Sikapnya yang tidak bergaul dengan masyarakat setempat dan hanya lebih tertumpu kepada “klik-klik” nya yang tersendiri membayangkan peribadi beliau yang tidak suka bergaul dengan penduduk setempat,” kata Kamsani Kesut, 45.
Beliau yang telah mengenali dan duduk sekampung dengan Cikgu Mala seterusnya memberitahu kemesraan cikgu Mala sepanjang tempoh berkempen sehingga ke hari ini adalah lakonan semata-mata.
“Kemesraan beliau bersama pengundi di sini hanyalah hipokrit dan sekadar lakonan semata-mata. Saya katakan begitu kerana kalau ada kenduri pun di Felcra Sekijang dia tidak akan hadir.
“Kita ni kalau duduk sekampung sekurang-kurangnya kalau ada kenduri dan majlis tertentu, masa itulah kita boleh bergaul dengan jiran tetangga dan sebagainya,” katanya.
Pada masa yang sama beliau turut mengakui dakwaan yang mengatakan ibunya, Murmini Yahya merupakan seorang penggiat UMNO.
“Pada mesyuarat UMNO Cawangan Felcra Sekijang 2010, ibu beliau hadir pada mesyuarat berkenaan. Ini lagi menimbulkan persoalan kepada saya,” katanya.
Berdasarkan semakan laman web ini, ibu Cikgu Mala memegang nombor keahlian UMNO 0117148.
Sementara itu seorang lagi penduduk yang tinggal sekampung dengan Cikgu Mala, Mohd Rafi Ngadenyn turut mengakui perkara yang sama dan menggesa pengundi di DUN Tenang menolak calon yang hipokrit.
“Macammana nak jadi pemimpin kalau tidak mesra dengan rakyat. Bukti sudah ada depan mata. Saya dah kenal dan tahu selok belok pergaulan keluarga beliau di sana. Jangan gadaikan masa depan penduduk di Tenang ini kepada seseorang yang tidak berpijak di bumi nyata.
“Kalau di sana pun bersikap sedemikian rupa, apatah lagi di sini. Sikap mesra beliau hari ini itu hanyalah lakonan. Takkan pengundi di sini mahu pilih beliau. Fikirkankah dengan mendalam sebelum buat pilihan nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Suhaimi Ngadenyn, 37 dari kampung Felcra Sekijang meminta pengundi muda khususnya memilih calon anak tempatan, Tok Ai sebagai calon pilihan.
“Kalau saya yang duduk dan sekampung dengan Cikgu Mala serta kenal dengan lebih dekat kehidupan beliau mahu memilih Tok Ai, takkan pengundi di DUN Tenang ini mahu pilih Cikgu Mala lagi.
“Saya tidak mahu burukkan Cikgu Mala tetapi secara peribadi, saya akan pilih Tok Ai untuk dijadikan mata dan telinga demi memastikan kebajikan dan kepentingan penduduk Tenang terbela,” katanya. -MediaUMNO

PRK Tenang : Ibu Bapa Berang, Cikgu Maarof Tipu Cuti Sakit 21 Hari

LABIS 27 Jan - Tindakan suami calon Pas, Maarof Abd Mutalib yang dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari menimbulkan pelbagai persoalan dan keraguan serta kemarahan ibu bapa pelajar sekolah terbabit.
Yang menjadi persoalan serta kemarahan ibu bapa berkenaan adalah jika benar beliau sakit bagaimana beliau dilihat sentiasa bersama isterinya, Normala Sudirman berkempen di setiap pelusok di Tenang.
Seorang bapa yang menetap di Kg Tenang Station, Taib Abdullah, 51 berpendapat Cikgu Maarof bukan sahaja tidak amanah kepada Allah s.w.t, dirinya, malah kepada seluruh pelajar dan kerajaan.
“Bayangkan…..kata ada sijil cuti sakit tetapi boleh pula bergerak ke hulu ke hilir pusing seluruh Tenang berjumpa dengan pengundi bersama isterinya. Kalau dah sakit, duduklah di rumah. Kalau buat-buat sakit jawablah di akhirat kelak. Sanggup beliau menipu semata-mata nak ikut kempen isterinya.
“Tidak terfikirkan beliau duit gaji yang diambil itu adalah duit yang diragui. Tindakan beliau mengambil cuti sakit bukan saja menyusahkan pihak sekolah, guru malah turut menjejaskan pelajaran murid. Saya yakin ramai ibu bapa kecewa dan marah dengan tindakan suami calon Pas ini,” katanya.
Beliau seterusnya mempersoalkan jika beliau tidak sakit tetapi mengambil cuti sakit bermakna beliau telah melakukan penipuan.
“Bukan sehari dua dia ambil cuti sakit tetapi tiga minggu…. Dia sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada pelajar…. Jangan jadi cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.
“Lagi satu, beliau secara terang-terangan menyokong parti pembangkang. Ini sewajarnya diambil tindakan yang sepatutnya oleh kerajaan. Menipu satu hal. Sokong pembangkang secara terbuka satu hal lagi. Kementerian Pelajaran wajib menilai tindak-tanduk beliau yang saya khuatiri boleh menjejaskan masa depan anak-anak sekolah di sini,” katanya.
Sementara itu, Rokiah Ali, 53 dari kampong yang sama mengingatkan balasan Allah terhadap mereka yang tidak jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
“Tugas guru merupakan tugas yang mulia.Jangan jadi penipu. Beliau tidak sepatutnya buat begitu. Gaji yang diambil itu untuk kegunaan keluarga dan menjadi darah daging. Ingatlah balasan Allah.
“Kalau betullah beliau berbuat demikian, saya khuatir tindakan itu akan menjadi ikutan dan contoh kepada anak murid di sekolah terbabit.,” katanya.
Sementara itu, Robiah Majid, 47 yang turut mempunyai anak di sekolah berkenaan turut melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Cikgu Maarof yang sanggup mengabaikan tanggugjawab semata-mata berkempen untuk isterinya.
“Kalau betul apa yang orang kampong hebohkan hari ini itu betul tak eloklah…Makan gaji tidak berkat. Jadi darah daging.Kita orang Islam takkan beliau tidak tahu hal halal dan haram.
“Tak eloklah beliau buat begitu. Kalau dah begitu, apa lagi yang saya nak katakan. Kecewa tu memang kecewalah sebab dengar kata beliau ambil cuti sakit tetapi ikut isterinya berkempen. Tak eloklah cikgu buat begitu., Sebagai ibu saya tidak mahu anak-anak kita tiru perangai begitu,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station, Pn Norani Saring mengesahkan Cikgu Maarof mengambil sijil cuti sakit.
Namun beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak Pelajaran Daerah untuk membuat sebarang ulasan.

PRK Tenang : Awasi Taktik Kotor hamPas

LABIS, 27 Jan – Biarpun BN terus berada selesa di depan sepanjang lima hari berkempen di DUN Tenang namun jentera BN dan pengundi diingatkan agar tidak leka sebaliknya berhati-hati dengan taktik akhir Pas.
Ini jelas dapat dilihat di mana jentera Pas sudah mempergiatkan serangan mereka terutama menabur fitnah terhadap calon BN dan mengelirukan pengundi dengan pelbagai risalah serta kempen dari rumah ke rumah.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata pakatan pembangkang terutama Pas akan menggunakan pelbagai cara pada saat-saat akhir demi memastikan kemenangan berpihak kepadanya.
“Terdapat banyak kemungkinan apa yang akan mereka lakukan kerana terdesak seperti menabur risalah-risalah bagi mengelirukan pengundi.
“Oleh yang demikian kita mahu para petugas agar bekerja sehingga ke saat akhir agar kubu masing-masing tidak ditembusi oleh anasir-anasir sedemikian,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Skuad Sayang anjuran Wanita UMNO di Felda Chemplak Barat di sini hari ini.
Ahmad Maslan turut mengingatkan generasi muda Felda agar tidak terpesong dengan dakyah Pas kononnya BN tidak pernah berjasa kepada masyarakat Felda.
“Kerajaan yang dibentuk Barisan Nasional yang menubuhkan Felda telah mengadakan sekolah, universiti dan peluang-peluang pekerjaan kepada generasi muda.
“Jangan anggap itu bukan jasa Barisan Nasional dan kejayaan yang dikecapi generasi muda tidak datang atas usaha mereka sendiri tetapi dengan secara langsung atau tidak langsung dengan bantuan kerajaan Barisan Nasional,” katanya.
Sebelum itu, Ahmad Maslan menyampaikan barangan keperluan dapur kepada 41 ibu tunggal Felda tersebut disamping beramah mesra memasak bubur lambuk bersama mereka.
Program itu dianjurkan Wanita UMNO bagi merapatkan lagi hubungan UMNO dengan penduduk Felda Chemplak Barat itu.

PRK Tenang : ‘Tok Ai’ Tak Takut Pas Nak Serang Peribadi

LABIS, 25 Jan – Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim berkata beliau tidak akan terperangkap dengan permainan politik kotor parti pembangkang yang mengancam melakukan serangan peribadinya pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Mohd Azahar, yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Ai’ berkata , “Saya tidak takut (ancaman serangan peribadi). Saya tidak ada perkara yang mahu disembunyikan.”
Bercakap kepada pemberita semasa bertemu masyarakat tempatan di Pasar Tani Labis di sini, hari ini, Mohd Azahar berkata pembangkang bermain politik kotor dengan menyebarkan maklumat palsu mengenai dirinya.
Calon BN itu berkata beliau akan menjelaskan kepada para pengundi tentang usaha-usaha yang bakal dilaksanakanya untuk membangunkan Tenang.
Semalam, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pada sidang akhbar di bilik gerakan Pas di sini didakwa akan membangkitkan “isu-isu peribadi calon BN” jika MCA, parti komponen BN terus menjadikan pendekatan calon Pas bagi pilihan raya kecil itu, Normala Sudirman, tidak bersalam dengan pengundi lelaki sebagai satu isu.
Pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Jan ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Azahar, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat dan calon Pas, seorang bekas guru.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon Pas, Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.
Mengenai sambutan pengundi-pengundi kaum Cina di DUN Tenang terhadap beliau dan kempen BN, Mohd Azahar berkata penerimaan pengundi Cina setakat ini amat baik.
“Saya amat gembira dengan sambutan dan sokongan yang diterima daripada pengundi-pengundi Cina di DUN Tenang setakat ini,” kata beliau. -MediaUMNO.

PRK Tenang : Warga Felda Minta Pas Cukup-cukuplah Jadi Tukang Fitnah

Warga Felda Tenang meminta pihak-pihak luar yang cuba mengadu domba dan memecahbelahkan perpaduan masyarakat di kawasan berkenaan agar berhenti daripada melaksanakan kerja yang tidak berfaedah itu.
Mereka yang ditemui menyatakan kekesalan dan kecewa dengan tindak-tanduk sesetengah pihak yang seolah-olah tidak ada batasan politik semata-mata untuk meracuni pemikiran warga peneroka.
Seorang penduduk Ahmad Deraman, 74 berkata mereka sejak daripada dulu lagi hidup dengan aman dan makmur serta dapat meneruskan kehidupan dengan tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
Menurut beliau kerajaan menerusi agensi Felda telah banyak membantu warga peneroka dan mereka sama sekali tidak akan bersikap kacang lupakan kulit kerana tahu dan sedar pengorbanan yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf hidup warga peneroka.
“Saya dah menetap di sini selama 46 tahun dan anak-anak juga sudah berjaya hasil daripada keringat yang telah diusahakan selama ini. Apa lagi yang tidak dibantu oleh kerajaan.
“Justeru kepada mana-mana pihak yang cuba meracuni dan menimbulkan suasana yang tidak sihat sepanjang pilihan raya ini, saya saran agar mereka hentikan kerja yang tidak berfaedah itu kerana kami warga Felda sama sekali tidak akan terpengaruh dengan dakyah berkenaan,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peneroka Hj Ramli Rosdi,64 yang tinggal di Felda Tenang peringkat 23 mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Allahyarham Tun Abdul Razak yang telah memperkenalkan program tersebut.
Menurut beliau keprihatinan Tun Abdul Razak sebelum ini telah diteruskan legasinya oleh anak beliau sendiri hari ini yang merupakan pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Usah pertikai dan burukkan usaha kerajaan menerusi fitnah dan adu domba mereka terhadap usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Pilihan raya bukanlah medan untuk burukkan sesama kita tetapi ianya merupakan satu proses demokrasi di negara kita.
“Kenapakah adanya pihak-pihak yang bertindak di luar batasan sehingga sanggup mempolitikkan apa sahaja demi kepentingan pihak tertentu. Masyarakat Felda telah sekian lama bersatu padu dan saling menhormati antara satu sama lain. Jangan jadi api dalam sekam,” katanya.
Dalam pada itu, generasi kedua Felda, Shamsudin Yahya pula berkata taraf ekonomi warga peneroka hari ini sedang meningkat dan itu merupakan bukti bahawa Felda tidak menzalimi dan menganiayai penduduk setempat.
Beliau yang kini meneruskan kerja menorah getah bapanya di Felda berkenaan melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang begitu mengambil berat dan peka akan masalah peneroka.
“Saya hari ini yang bekerja sebagai penoreh memperoleh RM5,000 lebih sebulan. Itu pun saya menoreh untuk kawasan seluas empat ekar. Bayangkan setiap peneroka di kawasan ini yang mempunyai lapan ekar seorang, berpakah jumlah pendapatan mereka.
“Apakah ini disifatkan zalim sepertimana tuduhan pembangkang. Mereka yang cuba membuat fitnah terhadap Felda adalah mereka yang sebenarnya keliru dan tidak tahu apa yang berlaku di kawasan Felda hari ini,” katanya.

PRK Tenang : Fitnah, Pembohongan Sudah Sebati Dengan Pas

Taktik kotor Pas mula terbongkar satu per satu termasuk yang terbaru mengenai penipuan dan putar belit parti itu yang mendakwa petugas Pas Pahang menguruskan jenazah seorang pimpinan UMNO cawangan yang meninggal dunia pada hari Perdana Menteri melakukan lawatan kerja sehari ke Felda Tenang, 18 Januari lalu.
Ia suatu fitnah nyata yang dilakukan oleh Pas melalui edisi kedua akhbar Buletin Tenang, lidah rasmi parti itu yang diedarkan kepada orang ramai sepanjang tempoh berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini.
Sebaliknya, apa yang berlaku, seperti ditegaskan Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat,jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, diuruskan oleh para poenduduk kampung.
“Janganlah dihina kami. Seolah-olah tidak ada penduduk kampung ini yang pandai menguruskan jenazah sehingga Pas Pahang pula mengambilalih urusan itu . Ini satu fitnah. Soal mati pun hendak dijadikan bahan kempen. Tak ikhlas puak-puak Pas nii.”
“Janganlah dihina kami. Seolah-olah tidak ada penduduk kampung ini yang pandai menguruskan jenazah sehingga Pas Pahang pula mengambilalih utrusan itu . Ini satu fitnah.
Soal mati pun hendak dijadikan bahan kempen. Tak ikhlas puak-puak Pas nii.”
“Sebenarnya semua urusan mengenai jenazah, kita yang lakukan. Ahli Pas ini cuma secara tiba-tiba meluru ke depan mengimamkan solat jenazah semasa jenazah tersebut disembahyangkan.
“Kalau betul Pas uruskan semuanya, kenapa tidak ada seorang pun orang Pas yang membantu urusan sehingga ke tanah perkuburan?” katanya.
Katanya, apa yang berlaku, beberapa wakil dan jentera Pas hanya muncul secara tiba-tiba di masjid berkenaan termasuk calon parti itu, Normala Sudirman untuk memberi penghormatan kepada jenazah Allahyarham.
Kemudian, di dewan solat Masjid An-Nur Felda Tenang itu, salah seorang daripadanya yang memakai jaket Pas secara tidak semena-mena bangun dan mengimamkan solat jenazah ketika pengurusan masjid meminta waris Allahyarham menjadi imam kerana lebih afdal diimamkan oleh keluarga terdekat, atau menunggu kira-kira 15 minit untuk imam tiba.
Hamzah yang ditemui menegaskan, hati seluruh penduduk di Felda Tenang sangat terluka dengan tindakan Pas itu.
Beliau juga berkata, Pas sekali lagi menabur fitnah apabila mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak melawat jenazah ketika melintasi masjid itu pada pukul 10 pagi.
“Jenazah tiba dari Hospital Segamat untuk disembahyangkan di masjid berkenaan pada pukul 12 tengah hari. Mana datangnya pukul 10 pagi,” katanya.
“Ini suatu pembohongan, bohong, bohong, bohong,” katanya .
Beliau sedih dan marah dengan pas apabila wrtawan menunjukkan naskhah Buletin Tenang terbitan Badan Perhubungan Pas Johor itu kepada beliau hari ini.
Abdul Latif Subhi meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 pagi di Hospital Segamat setelah mengadu sakit dada.
Selain itu, tambah Hamzah, para penduduk Felda Tenang berasa sangat kecewa lebih-lebih lagi apabila Pas mendakwa imam masjid Masjid An-Nur Felda Tenang, Mohd. Shariff Hassan, tidak mempeduli dan menguruskan jenazah berkenaan kerana sibuk meraikan kedatangan Perdana Menteri.
Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Ayahanda’ oleh penduduk Felda sangat terkilan dan kesal dengan tindakan parti pembangkang itu yang sengaja menabur fitnah semata-mata hendak memburukkan Perdana Menteri dan penduduk kampung semasa Pilihan Raya Kecil DUN Tenang tanpa mempedulikan hukum hakam agama Islam yang menegah keras umatnya melakukan fitnah sesama Islam.
Sambil berharap supaya pengundi di DUN Tenang yang mendengar atau membaca mengenai fitnah tersebut supaya jangan mempercayainya, Hamzah berkata:
“Siapa kata orang Pas yang kendalikan semua urusan jenazah dari masjid hingga ke tanah perkuburan? Semua urusan itu kami yang lakukan kecuali imamkan solat jenazah dan itu pun, dia (orang Pas) tidak diminta berbuat demikian.
“Seperti kebiasaan, kita minta jika ada waris terdekat untuk mengimamkan jenazah, tapi disebabkan anak Allahyarham tidak bersedia menjadi imam solat jenazah, kita tanya sama ada mahu tunggu imam (Mohd. Shariff). Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai jaket Pas terus ke hadapan dan mengimamkan solat tersebut.
“Saya nak ucap ‘tahniah’ kepada Pas kerana memfitnah dan memburukkan orang kampung dia sendiri,” katanya dengan nada sinis menyindir pemimpin Pas yang sengaja menabur fitnah untuk meraih sokongan.
Hamzah berkata, pihaknya sebenarnya memang tidak menghalang tindakan lelaki itu yang bukan pun penduduk Felda berkenaan mengimamkan solat jenazah tersebut tetapi tindakan memutarbelitkan fakta kejadian itu untuk dijadikan modal politik sangat dikesali.
Menurutnya, jika lelaki itu tidak mengimamkan solat jenazah itu pun, ia tetap dilangsungkan awal kerana Mohd. Shariff tiba beberapa minit kemudian iaitu ketika sembahyang baru bermula.
“Sebelum itu, saya telefon imam supaya datang segera untuk mengimamkan jenazah. Saya juga sudah beritahu supaya menunggu kira-kira 15 minit untuk menanti ketibaan imam.
“Sebenarnya semua urusan mengenai jenazah, kita yang lakukan. Ahli Pas ini cuma mengimamkan solat jenazah semasa jenazah tersebut disembahyangkan.
“Kalau betul Pas uruskan semuanya, kenapa tidak ada seorang pun orang Pas yang membantu urusan sehingga ke tanah perkuburan?” katanya.
 - UMNO Online

PRK Tenang : PAS Makin Terdesak, Sebar Risalah Fitnah

LABIS 23 Jan – Pembangkang di pilihan raya kecil DUN Tenang dilihat semakin terdesak sehingga sanggup memperdaya pengundi dengan membuat penyamaran sebagai petugas jentera Barisan Nasional serta menyebarkan risalah berupa fitnah.
Ketua Wanita UMNO Labis, Haslinda Salleh menyifatkan tindakan tidak bermaruah pembangkang itu boleh mengelirukan pengundi serta boleh menyebabkan salah faham di kalangan petugas BN terutaama Wanita UMNO.
“Kami terpaksa membuat laporan polis kerana apa yang berlaku itu adalah suatu pembohongan dan fitnah untuk memecahbelahkan, Wanita UMNO, Barisan Nasional meminta polis menjalankan siasatan.
“Saya ingin menjelaskan bahawa Kelab Veteran Wanita BN Labis itu tidak wujud, dan bagiamana pula mereka boleh mengedarkan risalah yang kononnya dikeluarkan oleh kelab ini ” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Labis.
Menurutnya, Wanita UMNO menyedari perkara itu apabila diberitahu oleh jentera BN di Kampung Bukit Mambai, bahawa ada pihak yang menyamar sebagai petugas wanita BN menyebarkan risalah berunsur fitnah.
Risalah dihantar dari rumah ke rumah dengan menyatakan Wanita UMNO tidak menyokong calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan menuduh pucuk pimpinan menolak Wanita UMNO kerana tidak mencalonkan wakilnya pada pilihan raya kecil DUN Tenang.
Haslinda antara yang disebut-sebut sebagi calon menafikan perkara itu dan menyatakan Wanita UMNO menyokong sepenuh keputusan pucuk pimpinan memilih Azahar sebagai calon BN.
“Kumpulan ini datang secara berkumpulan dari rumah ke rumah memakai pakaian yang selalu dipakai Wanita UMNO iaitu bertudung merah dan mengedarkan risalah kepada penduduk di situ.
“Apa yang saya pasti mereka itu bukannya petugas Wanita UMNO, saya kenal dengan jentera yang bekerja, dan apa yang saya ketahui mereka itu bukannya penduduk di sini, mereka itu orang luar,” katanya.
Menurutnya, siasatan segera perlu dilakukan bagi membendung perbuatan seperti itu dari berleluasa dan tiada pihak yanag terus menjadi mangsa penipuan dan pembohongan pembangkang di Labis.
Laporan polis yang dibuat Wanita UMNO itu turut disertai bekas Ketua Wanita UMNO Labis, Hajah Asmah Harun, 71 yang mengetuai pergerakan sayap berkenaan dari tahun 1985 hingga 1998.
Beliau turut mendakwa tidak wujud ‘Kelab Wanita Veteran BN’ seperti mana yang terkandung dalam risalah tersebut.
“Mana ada kelab itu. Ini satu pembohongan. Wanita UMNO sentiasa menyokong siapa saja yang menjadi calon tanpa belah bahagi sejak dari dulu lagi”, ujarnya. -MediaUMNO

PRK Tenang : Lagi Taktik Kotor Dikesan…Minta Kad Pengenalan, Tipu Bantuan

LABIS 23 Jan – Bantuan kebajikan menjadi modal kepada petugas pembangkang untuk memperdayakan pengundi warga emas dan suri rumah supaya menyerahkan kad pengenalan mereka.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbuatan pembangkang itu adalah untuk menghalang mangsa terbabit daripada keluar mengundi pada hari pengundian nanti.
“Mereka ini akan pergi dari rumah ke rumah, mangsa mereka warga emas dan suri rumah, lepas itu minta kad pengenalan untuk beri bantuan, bantuan akan dihantar lepas hari mengundi.
“Saya nak ingatkan, jangan percaya dengan janji-janji mereka, mereka ni tidak ada kapasiti pun dan yang membantu ialah pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan kita serah kepada JKM buat ‘survey’ tanpa ambil kad pengenalan mereka,” katanya selepas mengadakan ceramah di Kampung Tenang, malam tadi.
Menurutnya, apa yang dilakukan oleh petugas pembangkang itu adalah suatu perkara berunsur jenayah kerana memiliki kad pengenalan orang lain dengan tujuan yang tidak diketahui.
Beliau berkata, perkara itu diketahui hasil laporan petugas Barisan Nasional (BN) dan dikatakan mulai disedari sejak lepas pencalonan dan berlaku di kampung tradisional dan Felda.
“Perbuatan itu boleh dianggap sebagai unsur jenayah dan boleh merosakkan kempen yang berjalan ketika ini, dan satu kesalahan dalan pilihan raya, mana orang bila simpan kad pengenalan orang lain.
“Yang peliknya, bantuan itu diberi lepas pilihan raya, lepas hari mengundi (30 Jan) nanti, mengapa lepas mengundi, ini yang peliknya, takut nanti lepas mengundi mereka pun hilang, kad pengenalan pun terus hilang,” katanya.
Zahid menasihatkan pengundi bahawa ketika musim pilihan raya, pelbagai helah dan muslihat dilakukan oleh pembangkang untuk memperdayakan pengundi perlu berhati-hati dengan taktik berkenaan.
Beliau menyifatkan pembangkang sudah ketandusan modal dan isu untuk digunakan ketika berkempen dan cuba menggunakan cara lain dengan menipu rakyat kononnya mereka bakal menerima bantuan. -MediaUMNO

PRK Tenang : PAS sudah mula main kotor

Hari pertama kempen bermula PRK Tenang sudah menunjukkan suasana yang kian Panas. Petang tadi sudah bermula provokasi melampau apabila 2 buah kereta milik Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri Pulai yang diletakkan di Rumah Awam Labis telah dicalar balar dengan ditulis perkataan-perkataan kesat dan lucah. Antara perkataan tersebut adalah 'babi', 'butuh', 'bodoh' dan 'cibai'.
Sehubungan itu dua laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Labis petang tadi. Mungkin ini petanda keganasan PRK seperti di Bagan Pinang akan dimulakan pembangkang apabila sedar mustahil untuk menembusi kubu UMNO yang semakin kukuh di Dun Tenang. Baca seterusnya sini...

PRK Tenang : PAS sudah hilang keyakinan

LABIS 22 Jan – Pas kini merasa hilang keyakinan terhadap sokongan rakyat kepada parti itu menyebabkan mereka kini cuba menggunakan kaedah baru dalam usaha mendapatkan undi daripada pengundi.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal berkata Pas kini sudah terdesak dan terpaksa meraih simpati daripada pengundi dengan mengatakan mereka bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang hanya untuk mengekalkan majoriti yang diperoelhi pada pilihan raya 2008.
“Berhubung strategi Pas bahawa mereka hanya ingin mengekal majoriti, buktinya Pas sudah hilang keyakinan kerana jumlah sokongan mereka semakin berkurangan, ini dapat dilihat pada pilihan raya kecil sebelum ini.
“Di Galas (Kelantan) buktinya Pas hilang sokongan, dalam pilihan raya bukan untuk mengekal kerusi, tetapi yang penting untuk perkhidmatan kepada rakyat, jangan harap mereka yang sokong Pas nak kekal, mereka perlukan pembelaaan, nak kata Barisan Nasional (BN) gagal membela rakyat, di Kelantan lagi teruk,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin Pas bahawa mereka bertanding di DUN Tenang hanya untuk mengekalkan undi diperolehi serta mengurangkan majoriti BN.
Menurutnya, dari apa yang dinyatakan itu terbukti Pas hilang keyakinan dan mereka kini cuba mendapatkan undi melalui simpati serta mengeluarkan isu-isu lapuk serta membuat fatwa sendiri termasuk membabitkan hukum agama.
“Biasalah Pas, mereka ini memang mudah buat fatwa, tetapi apa yang berlaku, mereka buat pelbagai fatwa tetapi mereka juga yang langgar fatwa itu, dulu kata wanita haram bertanding, tapi sekarang mereka letak calon wanita.
“Masalah ini bukan sahaja berlaku di sini, di lain tempat juga mereka buat fatwa juga, bila dah tak ada modal guna isu sokong UMNO haram, bila calon BN (parti komponen) bertanding mereka kata orang Melayu bagi undi haram,” katanya.
Shafie berkata, walaupun Pas nampaknya bagaikan sudah mengakui bahawa mereka akan kalah pada pilihan raya ini, namun BN akan tetap bekerja keras dan mengerakkan jenteranya untuk memastikan pengundi memberi sokongan dan menang pilihan raya ini dengan majoriti besar.
Beliau berkata, jentera BN akan tetap menjalankan tugas seperti biasa dengan strategi yang berlainan di Tenang dan tidak sama dengan apa yang dilakukan pada pilihan raya di tempat lain suasana antara suatu tempat dengan tempat lain adalah berbeza. -MediaUMNO

Keturunan Azahar (Tok Tenang) tokoh buka penempatan


LABIS: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim, adalah keturunan Tok Tenang iaitu orang yang bertanggungjawab membuka penempatan Kampung Tenang pada 1806.
Perkara itu disahkan sendiri oleh bapa saudara Mohd Azahar, Hashim Daud, 64, yang mengakui keturunan mereka berasal dari kerabat Pagar Ruyong di Indonesia. Hashim yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Labis, berkata asal usul keturunan keluarga mereka diceritakan secara turun-temurun oleh nenek moyang mereka sejak dulu lagi. Malah, beliau sendiri masih menyimpan salasilah dan susur galur keturunan keluarga mereka serta sejarah Tok Tenang dalam diarinya. “Saya mempunyai asal usul susur galur Tok Tenang sejak awal lagi dari Pagar Ruyung yang diceritakan oleh datuk secara lisan dan ini mengesahkan bahawa kami adalah keturunan Tok Tenang.
“Waris dan Mohd Azahar adalah daripada keturunan Tok Tenang secara langsung dan ia memang diketahui oleh penduduk asal sekitar Labis,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.
Katanya, Allahyarham bapa saudaranya, Mohamad Layut pernah menunjukkannya salasilah keluarga mereka sebelum beliau turut menyalin semula sejarah berkenaan.
Beliau berkata, keturunan keluarga mereka juga turut wujud di daerah Muar dan Negeri Sembilan, selain kira-kira 90 peratus daripada penduduk Kampung Tenang, 12 kilometer dari Pekan Labis, saudara mara daripada keturunan yang sama.
Selain itu, katanya, kira-kira 60 peratus daripada saudara mara Mohd Azahar adalah pengundi berdaftar di Kampung Tenang, Kampung Sawah Baru dan Pekan Air Panas.
Hashim berkata, mengikut sejarah, kampung itu dibuka oleh Allahyarham Mohamad Kamarul Ariffin Alaudin yang bergelar Tok Tenang pada 3 Disember 1806 dengan tujuan utama sebagai pusat penyebaran ilmu agama.
Katanya, mengikut sejarah keluarganya, Tok Tenang tiba di Labis bersama empat beradiknya sebelum berpecah dan membuka penempatan berasingan termasuk di Muar dan Negeri Sembilan.
Beliau berkata, keturunan mereka juga ramai yang dilantik sebagai penghulu dan ketua kampung termasuk bapa Mohd Azahar, Ibrahim Daud yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang pada 1999-2004. Berita Harian

Nizar yang masih meroyan dibidas

Nizar Jamaluddin tidak mempunyai hak di sisi agama untuk mengatakan bahawa mengundi calon Umno pada pilihan raya kecil DUNTenang adalah haram, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi mengundi mana-mana parti pada pilihan raya kecil DUN Tenang.
"Dia sudah banyak keluarkan fatwa, dulu kata haram wanita bertanding tetapi sekarang telan balik. Tak tahu fatwa atau asas agama apa yang dia gunakan. Ini adalah hak untuk rakyat membuat keputusan.
"Ini bukan hak Nizar untuk mengatakan haram. Siapakah dia hendak jatuhkan hukum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah pembinaan bangunan tambahan Sekolah Agama Labis di sini, Jumaat.
Mohd Nizar dalam kempen ceramahnya di Kampung Ayer Panas, Labis baru-baru ini mengatakan, mengundi untuk calon Umno adalah haram di sisi agama tetapi sebaliknya wajib menyokong calon PAS, Normala Sudirman.
Beliau berkata, pengundi Islam adalah wajib di sisi agama untuk menyokong calon PAS.

Anwar Dicabar Dedah Sumber Kewangan

Anwar Ibrahim dicabar untuk mendedahkan sumber-sumber kewangan yang diperolehinya sehingga membolehkan beliau menikmati hidup serba mewah sama ada di dalam dan di luar negara.
Cabaran ini dilontarkan oleh bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip yang merasa simpati kepada rakyat khususnya ahli-ahli PKR yang begitu taksub memberikan sokongan sedangkan mereka dibohongi.
“Anwar Ibrahim berlakon di hadapan masyarakat kononnya hidup susah, sengsara, dan macam-macam lagi bagi mendapatkan perhatian sedangkan kehidupannya adalah sebaliknya,”
Beliau berkata demikian ketika mengulas berkaitan cara hidup Anwar yang melambangkan kemewahan sehinggakan mampu ke luar negara tiga atau empat kali dalam sebulan dengan penerbangan kelas pertama selain penginapan dan kemudahan bertaraf lima bintang.
“Saya cabar Anwar kalau benar dia mempunyai maruah, ada harga diri dan memiliki prinsip maka dedahkan kepada semua daripada mana sumber kewangan yang diperolehinya sehingga beliau mampu menikmati kesenangan, rumah mewah, kenderaan pelbagai jenis dan macam-macam lagi.
“Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab tentunya saya mahu tahu dari mana dia dapat duit sebanyak itu untuk dibelanjakan?” soalnya lagi.
Tambahnya, jika benar Anwar mahu membuktikan kepada rakyat berkaitan ketelusan, keterbukaan dan integriti sebenar maka Anwar perlu berdepan dengan realiti bahawa rakyat mahukan jawapan.
“Dengan kemewahan yang dia nikmati hari ini membuatkan kita tertanya-tanya apakah dia ada melakukan rasuah sewaktu memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan atau mempunyai sumber-sumber kewangan lain yang sememangnya bertentangan dengan apa yang selalu beliau perkatakan?”
Tegas Zahid lagi, sekiranya Anwar gagal untuk memberitahu atau sekurang-kurangnya mengisytihar hartanya maka beliau tidak seharusnya berasa tersinggung jika ada tuduhan dibuat ke atasnya.
“Kalau Anwar tak sambut cabaran ini maka beliau jangan marah kalau ada yang mengata dia sebagai bapa rasuah sehinggakan mampu membiayai kehidupan mewahnya,” ujarnya. – MediaUMNO

Calon BN janji beri khidmat terbaik kepada semua

LABIS, 19 Jan – Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim meminta pengundi kawasan tersebut memberinya peluang untuk berkhidmat kepada mereka.
Beliau yang diumumkan sebagai calon BN hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada pengundi DUN Tenang tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mereka.
“Berilah peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada penduduk. Saya akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan,” katanya pada majlis pengumuman calon BN di pejabat Umno Bahagian Labis di sini, hari ini.
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau akan berusaha untuk memenangi pilihan raya kecil itu dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum di DUN Tenang.
Azhar yang dilahirkan di Labis itu berkahwin dengan Tuty Roshizana Tumin, seorang surirumah merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1993.
Beliau juga merupakan pemegang ijazah Sarjana Politik (Kepujian) daripada Porthmouth.
Mohd Azahar berkata jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN Tenang beliau akan turun padang meninjau keperluan rakyat bagi memastikan pembangunan yang pesat bagi kawasan itu.
Pengalamannya bertugas dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Johor memberikan pengetahuan meluas di dalam selok-belok tentang soal pembangunan masyarakat di sesuatu tempat.
Sejak 2006, beliau bertugas sebagai penolong pentadbir tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat dan sebelum itu sebagai penolong pentadbir tanah Segamat dan penolong pentadbir tanah Kluang.
Beliau telah meletakkan jawatan sebagai anggota kakitangan Perkhidmatan Awam Johor.
“Pengalaman bertugas sebagai pegawai penolong pentadbir tanah di beberapa daerah memberikan saya pengetahuan luas tentang keperluan rakyat di dalam soal pembangunan,” katanya.
Pada 2004 hingga 2008, Azahar merupakan bendahari Pemuda Umno bahagian Labis dan bagi tempoh yang sama juga menjawat jawatan ketua Umno Cawangan Kampung Paya Merah, Labis.
Selain itu, beliau turut bergerak aktif di dalam pertubuhan kebajikan di DUN Tenang dan Rengit.
Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan berikutan kematian penyandang kerusinya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Proses penamaan calon akan diadakan pada 22 Jan.
Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.
Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain. - Bernama

Jangan Cabar Debat, Nanti ‘Demam’

LABIS, 18 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya jangan terlalu mendesak untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu “demam” kelak jika dibongkarkan ketika berdebat.
Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.
“Dah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.
“Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak, di sini hari ini.
Najib berkata Anwar seharusnya membereskan janji seperti menubuhkan kerajaan baru 16 Sept dan masalah “peribadinya” ekoran kes liwat yang dihadapinya daripada asyik mencabar beliau berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pembangkang.
“Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas.
“Tak payahlah debat, banyak hal lagi (Anwar) tak selesai. Bukan kerajaan yang bawa dia ke mahkamah, yang buat laporan polis ni Saiful (bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan),”
“Tak payahlah debat, banyak hal lagi (Anwar) tak selesai. Bukan kerajaan yang bawa dia ke mahkamah, yang buat laporan polis ni Saiful (bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan),” katanya.
Najib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana Barisan Nasional akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara.
Dalam perkembangan lain, Najib yang juga Presiden UMNO melahirkan rasa terharunya atas sambutan warga Felda dan orang ramai khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
“Saya tak tahulah, tapi pengalaman saya ni, bila jumpa dengan orang ramai, bila dia bersalaman dengan kita, cara dia pegang tangan kita pun kita dapat rasa. Kita rasa macam genggaman tu ada ‘current’. Ini bukan current lain, ini current sokongan rakyat pada BN.
“Inilah gambaran perjuangan kita, inilah rahmat kita, kita sokong BN, saya sebagai PM, Datuk Ghani Othman sebagai Menteri Besar Johor, kita akan terus bersama sebagai satu gandingan yang baik untuk perjuangkan nasib rakyat di Johor dan DUN Tenang secara khususnya,” katanya.
Sehubungan itu, Najib berkata adalah menjadi tanggungjawab pengundi di Tenang untuk memastikan mereka memilih calon yang terbaik untuk kerusi itu pada pilihan raya kecil nanti bagi memastikan kesejahteraan dan keutuhan ekonomi dapat dikekalkan. -UMNO Online

"Tak tahulah manusia jenis apa Nizar ni"- Dr. Zamry

Fitnah yang ditabur oleh Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin, ADUN Pasir Panjang terhadap kerajaan negeri dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bukan kerana dengki, tapi hendak mengaburi mata dan mengalih pandangan rakyat daripada kerja-kerja yang dibuat oleh kerajaan BN.
Tindakan busuk hati oleh Ir. Nizar itu bukan setakat mengata Dr. Zambry dan kerajaan negeri BN zalim; merampas tanah-tanah orang kampung untuk dibahagi-bahagikan kepada kroni-kroni; dan tak berhati perut, malah ibu Menteri Besar pun dikatakan mendapat manfaat daripada tindakan anaknya itu.
Menurut Dr. Zambry, Ir. Nizar berceramah merata tempat, memburukkan dirinya dan kerajaan negeri sebab tak mahu rakyat nampak perkara sebenar yang kerajaan negeri BN telah lakukan untuk rakyat.
Tak tahulah manusia jenis apa Nizar ni…. Dia memanuipulasi kerja-kerja kita yang mahu membela nasib rakyat yang termiskin di negeri ini dengan mengatakan kita zalim; ambil tanah orang nak bahagi-bahagikan kepada kroni sahaja.
“Bukan setakat itu sahaja, emak saya pun dikaitkan. Nizar kata saya nak halau semua orang Kampung Masjid di Pulau Pangkor; tempat tinggal emak saya; supaya tanah itu boleh diberikan kepada emak saya.
“Apa yang susah sangat kalau saya nak senangkan emak saya; lebih mudah kalau saya belikan dia tapak rumah di Lumut atau Seri Manjung ke, buatkan dia rumah. Tak payah susah payah nak halau orang,” kata Dr. Zambry semasa majlis penyerahan kunci rumah Program Bantuan Rumah (PBR) 2010 daerah Manjung di Batu 9, Lekir, Sitiawan, hari ini.
Dr. Zambry menambah, Ir. Nizar mula memfitnah emak beliau ketika Sidang DUN November lepas, dan secara berdepan ketika itu Menteri Besar menyoal tindakan YB Pasir Panjang itu.
“Terus terang saya tanyakan kepada Nizar manusia jenis apakah dia, senang-senang memutar belitkan cerita dan melibatkan ibu individu yang lain. Ini bukan tindakan seorang pemimpin yang kononnya berhemah tinggi,” kata Dr. Zambry, dan tambahnya lagi, Ir. Nizar masih tidak berhenti lagi melakukan fitnah yang sama diceramah-ceramah yang dibuatnya di merata tempat.
Menurut Menteri Besar, fitnah Ir. Nizar itu untuk menutup kerja-kerja yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan negeri BN untuk golongan miskin, termasuklah pembinaan rumah baru dan penempatan semula setinggan seperti Kampung Masjid, Pulau Pangkor, tempat asal Dr. Zambry.
“Saya kasihan kepada rakyat di kawasan pembangkang kerana ADUN mereka lebih banyak berpolitik memburukkan orang daripada bekerja untuk rakyat yang sepatutnya mereka bela,” kata Dr. Zambry- Perak Today

Kes Liwat Anwar : Kenapa Karpal Terus Menikus?

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sekali lagi mendesak Jabatan Peguam Negara memanggil Karpal Singh sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, langkah itu perlu ekoran perkembangan terkini yang berlaku berhubung isu tersebut agak meragukan seolah-olah wujud percubaan untuk mengalihkan perhatian daripada desakan tersebut.
Jelasnya, selepas gesaan terhadap jabatan itu dilakukan untuk memanggil peguam veteran terbabit memberi keterangan sebagai saksi pendakwa, Karpal tidak membuat apa-apa pendirian setakat ini.
”Saya pasti, sebagai seorang peguam bela yang tersohor, Karpal memang sentiasa bersedia untuk tampil memberi kenyataan. Kamar mahkamah adalah tempat mainan Karpal.
”Bagaimanapun, tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memfailkan semakan kehakiman ke atas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi ketika beliau sendiri dikehendaki hadir sebagai saksi pendakwa, menimbulkan pelbagai persoalan.
”Jangan ada cubaan untuk mencemar institusi badan kehakiman negara bagi digunakan sebagai alasan untuk melepaskan diri,” katanya dalam blognya, SINI.
Beliau mengulas tindakan Pengerusi DAP itu memohon mendapatkan perintah mandamus bagi memaksa Zaki menjelaskan tuduhan tersebut.

Dalam tindakannya Rabu lalu, Karpal juga mahu mengheret Zaki ke Tribunal Kod Etika Hakim dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Zaki daripada menentukan merit aduan ke atas kes berkenaan.
Tindakan itu merupakan percubaan Karpal bagi menekan Zaki yang didakwanya pernah mengakui memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah ketika menjadi peguam, semasa berucap dalam satu konvensyen di Kuching pada November 2008.
Bagaimanapun, Zaki kemudiannya menafikan mengeluarkan kenyataan itu dan mendakwa ia telah disalah tafsir sesetengah media.
Mengulas lanjut, Zahrain berkata, sikap berdiam diri pihak Peguam Negara juga secara langsung mempermudahkan usaha Karpal untuk lari daripada tanggungjawab sebagai saksi pendakwa dalam kes liwat Anwar.
”Jangan ditimbulkan soal konspirasi dan pelbagai silap mata lain kerana Karpal sendiri telah membuat pengakuan terbuka berhubung kaitan dan pengetahuan berkenaan perlakuan Anwar.
”Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong telah mendedahkan segala butiran dalam blog beliau dan baru-baru ini saksi-saksi utama dan pengadu telah membuat kenyataan terbuka tentang peranan Karpal sebelum Anwar didakwa atas kesalahan liwat pada 1998.
”Justeru, saya sekali lagi mendesak Peguam Negara memastikan Karpal berkongsi maklumat beliau berhubung kes itu. Bagi pihak yang cuba mengalihkan perhatian, saya rasa janganlah membuang masa kerana rakyat kini sudah celik,” tambahnya. - UMNO Online

Skandal Anwar-Shamsidar : NGO Cabar Jika Fitnah Saman Ummi


KUALA LUMPUR, 14 Jan – Berpegang kepada prinsip berani kerana benar Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tampil untuk menegakkan kebenaran. Yang pasti, pengakuan dan pendedahan Ummi Hafilda semalam di Subang Jaya, pastinya membuatkan Azmin Ali selain Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak senang duduk.
Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Annuar Basiran berkata pendedahan dan keyakinan Ummi tentang kebenaran dan kesahihan hubungan intim Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin sesungguhnya sesuatu yang cukup serius.
“Kita agak terkejut kerana kali ini Ummi tampil membuat pendedahan yang cukup memberikan tamparan selain akan membuat tindakan menyaman semua individu yang terlibat dalam kes 1997 yang lalu. Dengan menyebut beberapa nama seperti Karpal Singh dan Mat Sabu, saya beranggapan kebenaran pasti akan bersama Ummi Hafilda kali ini.
“Bukan niat untuk menyebelahi mana-mana pihak, tetapi sekiranya Ummi Hafilda bersalah, saya kira inilah masa untuk pakar-pakar saman ini untuk membuat tindakan dengan melakukan saman terhadap Ummi Hafilda,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas pendedahan skandal seks Anwar-Shamsidar semalam.
Tambahnya, bukan setakat saman berjumlah RM700juta, malahan Ummi juga bersedia dan mencabar Anwar serta abangnya, Azmin untuk berdebat secara terbuka mengenai isu tersebut.
“Isu hubungan intim Anwar dan Shamsidar, satu isu yang cukup memberikan impak besar kepada senario politik negara, oleh itu Anwar dan Azmin wajar menyahut cabaran Ummi bagi memperjuangankan kebenaran yang sebenar”, katanya.
Sehingga kini, jalan cerita ini hampir sama dengan kes tahun 1997. Cuma kelainannya apabila Ummi mendedahkan bagaimana Karpal Singh orang yang menerima ceritanya dulu, kini telah memihak kepada Anwar Ibrahim.
Begitu juga dengan Mat Sabu, orang yang bertanggungjawab mengelar Anwar Al-Juburi adalah orang yang bertanggungjawab dihantar oleh Pas untuk mengetahui aktiviti sonsang Anwar ini satu ketika dulu, kini beliaulah orang yang beria-ia mempertahankan Anwar Ibrahim.
“Kita amat berharap dengan pendedahan berani dan penuh bertanggungjawab ini, kebenaran akan dapat ditegakkan dan mana-mana individu yang boleh disabitkan untuk didakwa akan diadili di mahkamah.
“Kita juga mendesak agar peguam, Karpal Singh digugurkan sebagai peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya bersama Saiful Bukhari. Karpal juga hendaknya dijadikan saksi bagi pendakwaan tersebut kerana beliau sendiri telah mengakui bahawa beliau ada bercakap dalam Parlimen, mendakwa Anwar Ibrahim sebagai peliwat pada tahun 1997,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, beliau amat berharap agar pendedahan ini juga, rakyat akan dapat menilai sejauhmana ketelusan, keikhlasan dan kejujuran serta akhlak pemimpin pakatan pembangkang seterusnya menolak kumpulan perosak rakyat ini dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
”Kumpulan perosak rakyat ini diibaratkan ‘kata dulang, paku serpih mengata orang pakatan rakyat inilah yang lebih’. Jika dulu Anwar kata ‘Lawan Tetap Lawan’, saya kira laungan itu akan tinggal kenangan kerana perjuangan Anwar atau slogan mereka kini ‘Tanguh Tetap Tangguh’ ” ujarnya. -MediaUMNO

“Double-Standard” Pas Dan Kehebatan Wayang Wan Azizah

Kenapa nama Wan Azizah disebut dalam artikel mengenai Datuk Seri Rais? Sudah tentu itu perkara yang bermain-main di dalam fikiran pembaca. Sabar, ia akan ada kena mengena sekejap nanti, tapi tiadalah adab kita berbicara tanpa terlebih dahulu tahu akan latar belakang cerita.
Rais Yatim difitnah merogol amah sendiri pada 2007 oleh Pas – parti yang mengaku sebagai parti Islam, PERNAH memperjuangkan hukum hudud, PERNAH nak melaksanakan pemerintahan penuh negara Islam di negara ini (pada satu ketika dulula, sekarang tidak lagi).
Pas bekerjasama dengan sebuah NGO yang ditubuhkan untuk membela pekerja Indonesia di negara ini bernama Migrant Care dalam menyebarkan fitnah ini. Kenapa Pas menimbulkan isu rogol ini sekarang walaupun dikatakan Pas telah pun tahu tentang kisah ini sejak 2007 lagi?
Sebab kebetulan Pas sendiri sedang berhadapan dengan kes zina ADUN Selinsing yang disembunyikan Nik Aziz.
Macam peel biasa orang bersalah, bila kita kata dia, dia kata kita balik.
Congak Pas mudah. Kalau hal yang membabitkan orang-orang dia, semua sunnah, hadis akan dibongkarnya untuk menutup mulut kepada yang bertanya. Macam hal ADUN Selinsing tu, semua akan ditanya balik, mana empat saksinya, empat saksi ni beriman ke tidak, koc keretapi mana, kaler apa, berapa tayar masa kejadian bla bla bla bla…
Pendek kata, semua mesti nak sempurna sebelum bercerita pasal keburukkan orang dia.
Berbeza kalau orang UMNO yang kena tuduh, walaupun tak masuk akal mesti percaya. Macam kisah fitnah ke atas DS Rais ini, yang buat cerita NGO, di mana Pas sebagai agen mensensasikannya.
Lupakan soal empat saksi, lupakan soal agama sebab agama Pas ajar kalau yang berkaitan UMNO, mesti anggap itu betul, walaupun tak betul.
Walaupun fakta sebenarnya, yang konon kena rogol pun taknak bercerita apa-apa. Report polis pun tak mau malah wakil Migran Care dan pemimpin Pas yang datang jumpa pun dia tak mau cerita. Kononnya cerita kemudian melalui telefon sebab malu suami dan anak ada.
Kalaulah ada hakim paling bodoh dalam dunia, hakim itu pun akan buang kes ini sebaik perbicaraan bermula.
Benda-benda yang jelas macam DNA Anwar jumpa dalam dubor Saiful, Pas mati-matian pertikai. Walhal perkara itu sebut dalam mahkamah oleh doktor pakar yang berkelayakan. Kenapa Pas ada dua standard berbeza? Islam mana yang Pas anut? Tuhan mana yang Pas sembah?
Oh ya, lupa pulak pasal Wan Azizah, sibuk pasal Pas saja ya.
Nama Wan Azizah disebut di sini sebab dalam fitnah oleh Migran Care yang disebarkan penganut agama Pas, kononnya isteri DS Rais, Datin Seri Masnah melihat sendiri perlakuan rogol tersebut.
Wahai penganut Pas, yakinlah dalam dunia ini tiada isteri yang mempunyai tahap kesabaran sedemikian tinggi setelah melihat perlakuan yang disebut dalam fitnah Migran Care melainkan Wan Azizah saja.
Hal-hal menyembunyikan perlakuan sumbang suami sendiri ini, Wan Azizah memang tiada tandingan, takde orang boleh lawan dia tau.
Kenapa Wan Aziz ‘hebat’ dalam hal sembunyi ni sebab yang sumbang itu bukan dengan perempuan tapi dengan jantan!!!!!!
Having said that, bukan kita menyokong perbuatan rogol ini tapi kok benarlah apa yang berlaku, hukumlah mengikut undang-undang yang sepatutnya.
Orang UMNO diketahui tak takut berhadapan dengan undang-undang seperti dilihat dalam kes Datuk Seri Khir Toyo, malah dalam kes inipun DS Rais bukan setakat berani buat penafian terbuka malah meminta dirinya disiasat. Lain macam Anwar, pengecut nak mampus.
Tak payahlah kita cerita panjang tang mana yang longarnya kes DS Rais ini, pegang satulah, kalau mangsa sendiri pun taknak buat laporan, apa maksudnya tu?- Adamyan-UMNO Online

Baca juga "Rubingah Sudah Mengaku Tidak Diperkosa oleh Datuk Rais Yatim" sini

Omongan Kosong si Nizar

Nizar Jamaluddin masih berkhayal dan bermimpi untuk menjadi Menteri Besar Perak. Nizar dengan penuh yakin mengatakan bahawa UMNO bakal terkubur di bumi Perak pada PRU akan datang dan Pakatan Rakyat akan kembali berkuasa. Menurut Nizar “Kajian terkini menunjukkan populariti Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak menjunam, dihangatkan dengan upacara ancak oleh Zambry serta isu kelulusan tanah ibu beliau di Pangkor menyebabkan orang UMNO sendiri ragu-ragu dengan UMNO". Baca sini.
Baca ulasan oleh YB Khusairi Talib

KOKOK SI NIZAR ...BIARKAN ...BIARKAN...
Sumbang benar bunyi kokok Nizar Jamaluddin di akhbar Sinar Harian hari ini. Bersandarkan enam kerusi yang dimenangi PAS di Negeri Perak dalam PRU12 lalu, bekas Menteri Besar Perak itu berkokok sekeliling kampung menjaja konon partinya mampu meruntuhkan Kerajaan Negeri yang ditarajui BN ketika ini.
Entah apalah pula alasan Nizar mengatakan populariti Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak menjunam, sedangkan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh peneraju negara ini begitu disenangi rakyat sehingga amat menggerunkan Khalid Ibrahim di Selangor yang terpaksa bertindak mengharamkan penggunaan logo gagasan itu di premis-premis dalam negerinya.
Dengan penuh kebebalannya, Nizar sekali lagi mengaitkan isu ancak kononnya dilakukan oleh Dr. Zambry serta kelulusan tanah ibu beliau di Pangkor sebagai alasan menyebabkan orang UMNO sendiri ragu-ragu dengan UMNO. Sudah berbuih mulut Dr. Zambry menjelaskan kepadanya mengenai kedua-dua isu tersebut di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini, namun Nizar terus bebal. Videonya DI SINI.
Semuapun tahu dari mana datangnya bunyi kokok Nizar ini. Derai sumbangnya dikawal dari seberang Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sebuah bangunan berlambangkan roket yang di dalamnya dua orang sepupu Ngeh dan Nga sedang bergelut menyelesaikan masalah rumahtangga mereka sendiri. Nizar rela menjadi tukang sabung DAP, dengan harapan gandingan 3N dapat diteruskan selepas PRU13 nanti, dan dirinya kembali menduduki kerusi MB.
Mungkin Nizar terlupa kenyataan Ngeh Ko Ham mahu meletakkan “calon Melayu berstatus ustaz” bertanding atas tiket DAP dalam PRU13 nanti. Apakah Nizar masih memikirkan bahawa dirinya bakal dinobatkan selaku MB jika pakatan DAP-PAS-PKR menang di Perak? Dungu sangatkah beliau mahu membaca strategi DAP mencalonkan orang Melayu bertanding atas lambang parti itu?
Buat Nizar saya mahu mengajar sedikit kiraan matematik kepada beliau. 6 kecil sangat jika nak dibandingkan dengan 28. 18 pula kini dah jadi 16, itupun masih jauh besar dari 6 tapi tak juga mengatasi 28. Tambahan lagi 28 ini disokong 4 yang lain menjadikannya 32.
Urutan parti yang mencapai kemenangan dalam PRU12 di Perak pula begini (yang menang besar didahulukan) : UMNO – 27; DAP – 18 (kini 16), PKR - 7 (kini 5), PAS - 6 dan MCA - 1. Ikut logiknya, parti mana yang menang dalam PRU12 lalu? Parti mana pula yang menang tak seberapa tapi kokoknya bak ayam betina – bertelur sebiji riuh sekampung?.
Harap Nizar tak bebal mengira matematik di atas. - Khusairi Talib

Inilah Politik Dunia… Pas Sanggup Mati Kerana Karpal!

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang sanggup mati mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana ia boleh menggugat akidah seorang Islam.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, wakil rakyat Pas itu tidak sepatutnya mempertaruhkan nyawa kepada orang bukan Islam semata-mata atas kepentingan politik.
“Sebagai orang Islam tidak sepatutnya membuat sesuatu pendirian sanggup mati kepada bukan Islam kerana soal politik dunia tidak boleh dicampur aduk dengan hal akhirat.
“Beliau harus berfikir dan kembali ke pangkal jalan serta kewarasan agama kerana Islam mempunyai batasan tertentu dengan bukan Islam khususnya berkaitan akidah dan kenyataan itu jelas sudah terkeluar daripada ajaran Islam,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan ucapan Wan Abd. Rahim di Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini yang memberi amaran ‘langkah mayat saya dahulu’ jika ada pihak yang ingin ‘mengusik’ Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu sebelum ini pernah memberi amaran ‘langkah mayatnya dahulu’ jika Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia.
Pengorbanan itu dibuat atas dasar kesetiaan dan semangat setiakawan Pas terhadap pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ia dipercayai bertujuan mempertahankan Karpal yang ‘diserang’ pelbagai pihak, berhubung pendiriannya membela Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan, beliau yang mendedahkan kegiatan salah laku seks ketua pembangkang tersebut pada tahun 1997 di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Bekas Felo Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, Pas dan Ahli Parlimen Kota Bharu itu diminta bertaubat apabila sanggup mempertahankan seseorang yang tegar menentang hukum Allah dan pembentukan negara Islam semata-mata terlampau kemaruk kuasa.
Katanya, kenyataan itu adalah sesuatu yang tidak relevan dan disifatkan sudah hilang pedoman dan jati diri muslim.
“Cikgu Rahim (Wan Abd. Rahim) sepatutnya banyak beristighfar dan bertaubat serta sedar implikasi kepada akidah seorang Muslim sekiranya mati dalam keadaan mempertahankan seseorang yang umum sedia maklum amat tegar dan lantang menentang hukum Allah dan pembentukan sebuah negara Islam.
“Pendirian melampau beliau seolah-olah lagak Pak Kadok yang bersorak sedangkan kampung (maruah Islam) bakal tergadai.
“Apakah dia (Wan Abd. Rahim) tidak sedar kenyataannya itu seolah- olah mengisytihar ‘jihad’ mempertahankan kemungkaran dan penghinaan yang selama ini dilakukan oleh Karpal Singh dan DAP dalam kancah politik tanah air,” katanya. -Utusan / UMNO Online

Pas Liberal vs Pas “Totok” : DAP & PKR Kaut Untung

Bekas Ahli Dewan Ulama Pas, Datuk Ghazali Hj Ahmad percaya pemberontakan secara halus beberapa pimpinan Pas terhadap usaha meliberilisasikan parti itu akan kelihatan dalam tempoh terdekat dalam usaha memastikan parti itu yang kini kian tersepit bernafas kembali.
Justeru beliau melihat penolakan Dewan Ulama Pas Kedah terhadap buku bertajuk “Menuju Pas Baru” tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Dr Mujahid Yusuf Rawa, adalah satu titik permulaan kepada parti pembangkang berkenaan untuk membersihkan diri mereka.
“Kita percaya ini mungkin permulaan kerana beberapa kalangan pimpinan Pas sudah mula menyedari terdapat usaha daripada pihak tertentu untuk meliberalkan perjuangan Pas yang kononnya untuk berjuang menubuh negara Islam yang sebenar.
“Namun apakah mereka berjaya mengekang asakan daripada kiri dan kanan iaitu DAP dan PKR yang sentiasa “monitor” pergerakan Pas daripada semasa ke semasa. Mereka juga perlu ingat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pastinya akan memainkan peranan untuk melicinkan gerakan liberalkan Pas,” katanya.
Dewan Ulama Pas Kedah menolak buku bertajuk “Menuju Pas Baru” tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang antara lainnya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa Pas perlu berpijak di bumi nyata dan harus “dinasionalkan”.
Naib Ketua dewan itu, Yusuf Mahmud berkata pandangan seperti itu sama sekali tidak perlu lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh seorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli Pas.
Datuk Ghazali seterusnya memuji sikap dan pendirian yang diambil oleh Dewan Ulama Pas Kedah yang berani menyatakan pendirian dalam usaha memastikan prinsip asal mereka tidak sekadar menjadi bahan untuk ceramah sahaja.
Beliau seterusnya percaya akan berlaku pertembungan yang hebat di dalam parti itu selepas ini kerana mereka yang berkiblatkan Anwar sudah pasti akan berusaha untuk meliberalkan perjuangan Pas.
“Manakala yang “totok” pula akan memberontak dan akan tercetuslah perang saudara sesama mereka dan apa yang pasti DAP dan PKR yang akan mengaut habuan keuntungan politik kelak. Percayalah dan tunggu episod yang menarik selepas ini,” katanya. -UMNO Online

2011 Mantapkan Parti Menang PRU13 – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tahun baru 2011 dijadikan tahun untuk memperkemaskan lagi struktur dan kepimpinan parti di semua peringkat agar UMNO dan Barisan Nasional dapat bergerak lebih teratur, tersusun dan berkesan seterusnya mencapai kemenangan besar di pilihan raya akan datang.
Beliau melahirkan harapan tersebut ketika menyampaikan perutusan sempena tahun baru di Putrajaya.
“Kita perlu melakukan sebarang usaha untuk menjadikan setiap kawasan parlimen dan Dun sebagai kawasan yang boleh dimenangi oleh BN. Lakukan apa sahaja yang dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN,” ujar beliau.
Najib mahu semua pemimpin melakukan perkara-perkara yang disenangi rakyat agar rakyat mudah menerima perjuangan dan menyokong UMNO dan BN seterusnya membantu parti untuk terus mengusai PRU 13.