SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Kalau Pas Tak Takut Kit Siang, Karpal… Isytihar Pas Ketua Pakatan Pembangkang

JASIN, 28 Feb - Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Senator Ezam Mohd Noor mencabar Pas untuk tampil membuat perisytiharan di Melaka bahawa mereka adalah pemimpin dan ketua kepada pakatan pembangkang atas prinsip parti yang memperjuangkan Islam.
Tegas beliau Pas harus menyahut cabaran ini dengan berani mengangkat pemimpin mereka Datuk Seri Hadi Awang sebagai ketua dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai timbalannya.
“Kita bagi tempoh hingga 6 Mac ini….kalau mereka isytihar kita boleh sokong mereka. Tapi saya yakin Pas takkan berani buat, Pas takkan berani kerana mereka cukup takut dengan Lim Kit Siang, Karpal Singh”, katanya ketika berucap di Dewan Serbaguna Merlimau Timur di sini.
Beliau berkata Pas tidak mampu menegakkan syiar Islam kerana mereka kini hanya menjadi kuda tunggangan PKR dan Dap seperti mana yang berlaku di beberapa negeri di bawah pakatan pembangkang.
“Usah bercakap soal nak tegakkan ekonomi orang Islam, untuk membangunkan umat Islam ke persada antrabangsa… tak payah cakap perkara besar seumpama itu cukup dengan satu tin arak pun Pas tak mampu seperti yang berlaku di Shah Alam.
“Bila pihak berkuasa tempatan rampas arak dari sebuah kedai serbanika maka pemimpin Dap atas kuasa yang ada padanya memerintahkan arak itu dipulangkan semula… apa yang Pas buat”, katanya.
Beliau juga membidas tindakan pembangkang yang mengajak orang muda bangkit seperti mana yang berlaku di Mesir.
“Malaysia dan Mesir tak sama…kalau sama pun satu saja pemimpin Mesir, Hosni Mubarak diktator sama dengan pemimpin di sini diktator tapi bukan pemimpin kitalah…pemimpin yang di sebelah sana baik Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim .
“Macam mana Anwar buat PKR macam harta mak bapak dia…. Mubarak buat macam tulah…siapa lawan tendang keluar, siapa sokong bagi jawatan”, ujarnya.
Malah jelas beliau lagi ketika berada di Mesir baru-baru ini rakyat negara itu yang bangkit menentang Hosni Mubarak merujuk kepada Malaysia.
“Mereka bukan rujuk orang yang buat demonstrasi di negara ini tapi merujuk kepada Tun Dr Mahathir kerana Hosni Mubarak naik hampir sama dengan Tun Dr Mahathir tapi kejayaan pembangunan Malaysia jauh lebih baik dari di Mesir.

Pas Gusar Hilang Punca, Tertekan Dengan Calon BN

TEMERLOH 27 Feb –Pas dilihat cukup gusar dan tertekan dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang merupakan seorang lulusan agama dan tokoh yang cukup berwibawa dan mudah didekati oleh penduduk di kawasan Kerdau.
Timbalan Ketua Bahagian Kuala Krau, Wan Salman Wan Ismail melihat tembok berkenaan menyebabkan Pas dalam keadaan yang cukup genting khususnya sepanjang tempoh berkempen ini untuk meyakinkan pengundi terhadap mereka.
“Rata-rata melihat calon yang diketengahkan oleh BN ini merupakan seorang yang ada ketokohan, keagamaan dan cukup serba serbi untuk melaksanakan tugas serta amanah sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan.
“Namun kita tidak bersikap angkuh, tetapi akan terus menggandakan usaha dan tenaga yang ada untuk memastikan BN menang dengan cemerlang pada hari pembuangan undi nanti sekaligus memberi peluang kepada “syed Ibra” untuk melaksanakan amanah kepada penduduk Kerdau ini,” katanya.
Ketika ditanya mengenai calon Pas yang telah dua kali bertanding dan masih tidak mendapat kepercayaan pengundi, Wan Salman menyatakan itu menggambarkan pengundi cukup bijak menilai siapa yang boleh diharapkan untuk membawa suara mereka.
“Itu adalah petunjuk kepada prestasi kita (BN) dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Mereka melihat BN boleh membawa suara mereka ke peringkat seterusnya tanpa retorik dan bercakap kosong,” katanya.

Pas Boleh Bersama UMNO Perjuangkan Islam, Bukannya Dap – Najib

JENGKA, 27 Feb – Pas perlu mencari rakan yang benar-benar mengetahui mengenai Islam jika benar mereka ingin memperjuangkan Islam di negara ini, bukannya dengan mereka yang jahil mengenai Islam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pas boleh duduk semeja bersama UMNO untuk memperjuangkan Islam kerana perjuangan Islam yang dilakukan oleh UMNO adalah untuk menjadikan Islam itu hebat yang akan turut dicontohi oleh negara lain.
“Membangun bersama Islam, nak perjuangkan Islam, Islam yang macam mana, Islam yang miskin papa kedana, Islam yang orang tak ada tanah, Islam yang rumah robek, itu bukan imej Islam yang diperjuangkan oleh kita,
“Kita nak Islam apa, Islam yang gagah perkasa, Islam yang hebat yang boleh jadi contoh kepada dunia. Kalau nak perjuangkan Islam berunding dengan UMNO, boleh perjuangkan Islam, runding dengan Dap tak boleh perjuangkan Islam yang sebenarnya,” katanya di majlis mesra bersama warga Felda di Felda Jengka 22.
Menurutnya, Pas perlu ikhlas jika benar mereka ingin memperjuangkan Islam bukan hanya sebagai modal politik dalam usaha untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat.
Najib berkata, apa yang peliknya Pas sanggup bekerjasama pihak yang sememangnya secara terang-terangan menentang perjuangan Islam di negara ini iaitu Dap, malah Pengerusinya, Karpal Singh pernah menyatakan langkah mayatnya terlebih dahulu jika Pas ingin menubuhkan negara Islam di negara ini.
Tambahnya, pembangkang sudah sering kali membuat pembohongan dan penipuan kepada rakyat tetapi sehingga sekarang apa yang pernah diucapkan tidak pernah menjadi kenyataan.
“Jangan nak tipu, jangan nak kelentong, banyak sangat tipu ini, tipu 16 September 2008 tipu besar, nak jadi habuk pun tak jadi, apa yang jadi orang dia seberang, orang kita tidak ada,” katanya.
Beliau meminta rakyat membuat penilaian terhadap apa sahaja yang dikatakan oleh pembangkang kerana apa itu semua adalah sekadar untuk mendapat sokongan dan simpati. MediaUMNO.

PAS perlu belajar hormati institusi masjid

TEMERLOH, 27 Feb – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan meminta mana-mana pemimpin Pas agar belajar menghormati institusi masjid dan bukannya secara “semberono” menerjah untuk mengadakan tazkirah dan sebagainya atas kepentingan politik.
Menurut beliau perkara itu tidak sewajarnya berlaku dan pihak institusi yang menguruskan masjid perlulah dihormati dan bukannya berlagak ala samseng demi memenuhi kepentingan mereka.
“Apakah beliau lupa perumpaan Melayu yang menyebut kalau kita masuk rumah orang buat cara masuk rumah orang dan jangan sesuka hati kita sahaja. Mintalah kebenaran dan sebagainya demi kesejahteraan bersama agar tidak menimbulkan sebarang perkara yang menjejaskan perpaduan dan sebagainya.
“Justeru apa yang berlaku di Masjid Rumpun Makmur selepas solat Jumaat yang lalu adalah sesuatu yang cukup mendukacitakan kerana tanpa segan silu mengenepikan jawatankuasa masjid,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas luahan Siak Masjid Rumpun Makmur, Kerdau, Rusli Jati, 54 ekoran peristiwa yang berlaku di masjid berkenaan Jumaat lalu, yang mana Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memberikan tazkirah tanpa mendapat kebenaran daripada pihak jawatankuasa masjid sejurus selesai solat Jumaat semalam.
Justeru Ahmad Maslan berharap perkara yang sama tidak akan terus berlaku lagi selepas ini terutama sepanjang tempoh kempen yang berlangsung sehingga 6 Mac nanti.
“Kita percaya mereka akan terus memperhebatkan kempen dan dalam keghairahan berkempen itu, janganlah cuba memecahbelahkan perpaduan anak-anak qariah di kawasan ini dengan tindakan yang tidak sepatutnya. Berkempenlah secara sihat,” katanya. -MediaUMNO

Pas Bukan Demokrasi Tapi ‘Democrazy’, Dulu Reformasi, Kini Laung Revolusi

TEMERLOH, 26 Feb. – Tingkah laku pakatan pembangkang yang seringkali melemparkan tuduhan, fitnah dan maki hamun selain memanipulasi isu dilihat sebagai bukan sifat demokrasi tetapi lebih cenderung kepada sikap ‘democrazy’, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya, sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam, beliau menyatakan amat kecewa dan berasa malu di atas gelagat yang ditunjukkan oleh sebuah parti yang mengaku parti Islam.
“Jelas Islam bukan perjuangan mereka tetapi mereka gila kuasa dan memperalatkan Islam untuk mencapai matlamat mereka mendapat kuasa sedangkan UMNOlah yang sebenarnya berjuang berlandaskan Al-Quran dan sunnah,”
Beliau berkata demikian selepas proses penamaan calon di pusat penamaan di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, hari ini.
“Saya pelik dengan sikap Pas yang melaung-laungkan revolusi dalam memberikan sokongan kepada calon mereka sedangkan apakah mereka faham dengan maksud revolusi sebenarnya?
“Jika benar mereka mahukan satu revolusi maka yang sepatutnya digulingkan adalah kerajaan Pas di Kelantan yang gagal membangunkan negeri tersebut sedangkan mereka sudah 20 tahun mentadbir, tapi apa yang dilakukan Nik Aziz?” soal beliau.
Tegas beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), kerajaan sentiasa prihatin dengan kehendak rakyat termasuklah negeri yang ditadbir oleh pembangkang sehinggakan masyarakat Kelantan juga turut menerima pelbagai imbuhan hasil pentadbiran BN.
“Kerana itulah, mereka sengaja mencipta isu baru, cuba mensensasikan apa yang berlaku di Timur Tengah dan menyamakan dengan keadaan di sini sedangkan ia amat berbeza iaitu BN tidak pernah bersikap zalim apatah lagi membiarkan rakyatnya menganggur tanpa pembelaan.”
Ujarnya lagi, jika dalam pilihan raya kecil sebelum ini pembangkang melaungkan reformasi tetapi kenapa pula ia ditukar kepada revolusi sedangkan mereka tidak tahu apa maksud yang tersirat.
“Apa yang pasti, mereka cuba menggagalkan hasrat Perdana Menteri dan Kerajaan yang mahukan seluruh rakyat menumpukan kepada kerja dan tanggungjawab di samping sama-sama meneruskan agenda bagi membangunkan negara,” katanya.
Tutur beliau lagi, pembangkang cuba mengalihkan perhatian rakyat yang jelas semakin ketara menolak pakatan campuran apatah lagi sejak ditubuhkan hinggalah sekarang ini, ketiga-tiga parti terbabit tidak pernah mencapai kata sepakat malah sebaliknya tidak sunyi daripada dilanda perpecahan dan pergeseran antara pemimpinnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan pelbagai tohmahan yang dilontarkan oleh pembangkang.
“Kita tidak ada masa untuk melayan mereka kerana kita sayangkan kesejahteraan dan perpaduan yang telah kita kecapi selama bersama BN sejak lebih 50 tahun lalu dan kita mahukan kesinambungan kemajuan ini berterusan. Undilah BN.”

Makin Ramai Tinggalkan PKR


GEORGETOWN 26 Feb. - Seramai 97 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bayan Baru dan Tanjong di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti itu selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.
Mohamed Ibrahim A. Siahoo, yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan mereka keluar daripada PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji untuk membela nasib rakyat khususnya kaum India Muslim.
"Keputusan kami ini waras dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak, sebaliknya mula sedar tentang parti mana yang boleh membantu kami,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang untuk menganggotai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kepada Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader di sini. - Bernama
------------------------------------------------------------------------
IPOH - Sekumpulan 154 anggota sayap Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti khususnya sayap itu.
Diketuai bekas Naib Ketua Wanita PKR Ipoh Barat Siti Aminah Mansor, mereka mengemukakan borang keanggotaan kepada Ketua Wanita Umno Perak Datuk Rosnah Kassim, di sini.
Pada sidang media selepas itu, Rosnah berkata tindakan anggota Wanita PKR Ipoh Barat dan Tambun tersebut mengukuhkan lagi kenyataan yang dibuat bekas anggota PKR sebelum ini bahawa ada yang tidak kena dengan parti pembangkang terbabit.
Justeru kata beliau, PKR tidak wajar menuding jari kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai punca semakin ramai anggota mereka bertindak keluar parti.
Sementara itu, Siti Aminah berkata tindakan beliau dan rakan-rakannya itu berpunca daripada rasa kecewa dengan pucuk kepimpinan PKR.
"Selain itu kami melihat dan terbukti perjuangan PKR dan kepimpinan mereka adalah untuk kepentingan peribadi mereka dan bukan untuk kebaikan kami dan rakyat jelata," katanya.
Ini kerana kata beliau, perebutan kuasa menyebabkan pucuk pimpinan lupa anggota di akar umbi yang selama ini bertungkus lumus menghidupkan PKR sebelum tsunami politik pada 2008.
Turut menyerahkan borang keanggotaan Umno pada Sabtu ialah 34 wanita yang tidak pernah menyertai sebarang parti politik sebelum ini. - BERNAMA

Pembangkang Tiada Hala Tuju – Muhyiddin

TEMERLOH 26 Feb – Pembangkang kini sudah tiada hala tuju dan arah perjuangan mereka menyebakan mereka cuba mencari kaedah baru dalam manrik perhatian rakyat untuk menyokong mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata apa yang berlaku itu boleh dilihat melalui kemelut yang berlaku di dalam pakatan pembangkang terutama PKR sehingga menyebabkan ramai ahlinya meninggalkan parti berkenana.
“Ketua mereka yang ketuai reformasi sudah tidak tahu hala tuju, rakyat sudah dapat menilai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan rakyat, rakyat yang menyokongnya sudah lama semakin luntur, contohnya dalam PKR, ramai sudah meninggalkannya.
“Saya dapat laporan ada banyak negeri, ada cabang-cabang yang baru tumbuh dah nak patah, mereka sudah tidak diterima masyarakat, sebab itu slogan yang tidak tahu apa slogan mereka sekarang, tak ada lagi satu seruan selain yang biasa kita dengar,” katanya selepas majlis penamaan calon pilihan raya kecil Dun Kerdau.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perarakan parti pembangkang ke dewan penamaan calon yang melaung-laungkan perkataan revolusi berbanding perkataan reformasi yang sering didengari sebelum ini.
Muhyiiddin menyifatkan apa yang berlaku itu membuktikan bahawa pembangkang sudah tidak isu untuk untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) sehingga terpaksa mereka cipta sesuatu dalam usaha mendapatkan sokongan.
Menurutnya, senario kepimpinan dan kerajaan BN yang banyak membuat perubahan dan tranformasi berjaya menarik perhatian dan penyertaaan rakyat kerana menyedari nasib mereka terus terbela oleh kerajaan.
“ Ini satu peluang untuk rakyat buat perbandinagn, kerana di sebelah sana parti Pas, saya percaya di Kerdau dan Merlimau, pengundi tahu apa itu parti Pas, apa perjuangan mereka, sejauh mana mereka telah bawa perubahan.
“Apa lagi isu-isu dan masalah yang mereka timbulkan, fatwa-fatwa yang karut, penyelewengan yang menggunakan agama, yang ini saya percaya akan menjadi satu asas yang akan diguna dan dinilai oleh pengundi,” katanya.
Beliau berkeyakinan dengan kemampuan calon yang mempunyai latar belakang yang baik dan hubungan bersama masyarakat, kedua-dua calon BN, Syeb Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau) dan Roslan Ahmad (Merlimau) mampu membawa kemenangan kepada BN.
Muhyiddin berkata sokongan serta gerak kerja yang dilakukan oleh jentera pilihan raya, BN mampu mencapai kejayaan cemerlang berbanding dengan pilihan raya umum 2008. MediaUMNO

Calon Pas Merlimau Penipu

Gerakan Belia 4B Jasin menafikan calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini, pernah menjadi ahli pertubuhan itu.
Penasihatnya, Datuk Hasan Rahman berkata, setelah diteliti keahlian pertubuhan tersebut di daerah itu, calon Pas tersebut didapati tidak pernah menjadi ahli seperti yang didakwanya dalam sebuah akhbar. “Dakwaan beliau (Ruhaizad) pernah menjadi ahli Gerakan Belia 4B di Jasin adalah tidak benar. Kita telah teliti keahlian di peringkat cawangan memang namanya tidak ada.
“Saya tidak pasti bagaimana beliau boleh mendakwa pernah menjadi ahli pertubuhan ini. Mungkin beliau cuba untuk meraih simpati daripada pengundi di Merlimau,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob menaiki Sungai Rambai River Cruise di Dataran 1Malaysia DUN Sungai Rambai.
Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai mengulas mengenai laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa Ruhaizad adalah ahli Gerakan Belia 4B di sini.
Ruhaizad membuat kenyataan tersebut selepas namanya diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon parti itu bertanding di DUN Merlimau.
Mengulas lanjut, Hasan yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jasin berkata, beliau mendapat banyak panggilan telefon daripada ahli di daerah tersebut yang marah kerana calon Pas itu berdusta mendakwa dirinya adalah ahli pertubuhan itu.
“Macam mana beliau nak menjadi wakil rakyat di Merlimau kalau tidak bercakap benar. Kenapa mesti nak tipu dengan mendakwa sebagai ahli Belia 4B di daerah ini.
“Sebagai calon Pas lebih baik beliau bercakap benar dan jangan cuba untuk melakukan provokasi semata-mata untuk meraih simpati pengundi di Merlimau,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau meminta calon Pas itu menggunakan saluran lain jika berhasrat untuk meraih undi simpati daripada penduduk di Merlimau. -Media UMNO

Calon BN Di Merlimau & Kerdau, Pilihan Terbaik Untuk Rakyat

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang adalah calon terbaik yang memenuhi kriteria kepimpinan dan anak tempatan.
Katanya, pemilihan Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Roslan Ahmad adalah satu manifestasi yang dibuat oleh Presiden dan kepimpinan tertinggi sama ada di peringkat pusat, negeri dan bahagian bahawa BN sentiasa memenuhi kehendak rakyat.
“Kebetulannya, kedua-dua calon tersebut mempunyai banyak persamaan yang menunjukkan keistimewaan sama ada dari segi angka umur, nama bapa dan juga kepimpinan masing-masing,” Kata beliau lagi, ketokohan calon BN tersebut jelas dapat dilihat daripada peribadi calon yang mempunyai latar belakang sebagai ketua dan tidak asing kepada masyarakat tempatan.
Syed Ibrahim ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau yang mempunyai latar belakang agama lepasan dari Universiti Al-Azhar, Mesir sementara Roslan adalah ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin yang bertugas sebagai Pengurus Unit Pembangunan Perniagaan dan Sosiol Ekonomi di Perbadanan Melaka Holding Sdn Bhd.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO juga menolak tuduhan yang dilemparkan pembangkang kononnya BN mengamalkan kronisme dalam menentukan calon bagi pilihan raya terbabit.
“Pemilihan calon dikedua-dua tempat terbabit adalah telus dan ia adalah sebagaimana yang dimahukan oleh masyarakat tempatan. Rakyat penentu kepada kepimpinan kawasan masing-masing dan tentunya mereka tahu siapa yang layak bergelar wakil rakyat,” katanya.
Roslan adalah anak kepada Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin iaitu Ahli Parlimen Jasin (1967-1978), ADUN Sungai Rambai (1982-1986) yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Jasin (1974-1978) selain anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.
“Inilah calon terbaik yang bakal menjadi saluran antara masyarakat akar umbi dan kepimpinan tertinggi sama ada dalam kerajaan dan juga kepada parti. Saya yakin kedua-dua calon ini mampu mempertahankan kawasan terbabit selain memperoleh majoriti besar demi kesinambungan pentadbiran BN.” - MediaUMNO

Pengundi Akan Nilai Kekuatan Diri Saya – Roslan

Calon BN bagi DUN Merlimau, Roslan Datuk Ahmad, 44 percaya pengundi akan menilai beliau berdasarkan kekuatan dirinya sendiri terutama rekod pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang politik di samping khidmat dan pergaulannya dengan masyarakat setempat selama ini.
Sambil menyifatkan pemilihannya sebagai ketentuan dan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT, beliau yakin soal keluarganya yang sebelum ini turut menjadi wakil rakyat bukan satu isu besar.
“Saya yakin pengundi akan menilai dari pelbagai sudut. Dengan sokongan padu parti dan jentera parti serta pemimpin pelbagai peringkat, saya percaya pengundi akan member sokongan kepada BN”, katanya.
Beliau yang berkelulusan diploma dalam bidang pengurusan perniagaan dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dan kini bertugas sebagai Pengurus di Unit Pelaburan di Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Melaka.
Allahyarham bapa beliau, Datuk Ahmad Ithnin ialah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Sungai Rambai (1969-1978) yang setelah persempadanan semula kawasan pilihan raya dinamakan DUN Merlimau.
Bapa saudaranya pula ialah bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin juga pernah dipilih sebagai Adun kawasan itu selama tiga penggal (1986-1999).
Roslan, anak ketujuh dari sembilan adik-beradik berkata beliau berazam untuk melonjakkan DUN Merlimau sebagai hub perindustrian di kawasan sebelah selatan Melaka.
“DUN Merlimau juga turut bertuah kerana sebagai hub pendidikan dan kini mempunyai banyak institut pendidikan tinggi yang beroperasi di sini, di Jasin ini.
“Dengan pelbagai perancangan dari kerajaan khususnya kerajaan negeri saya yakin Merlimau mempunyai potensi yang besar yang boleh member banyak manfaat kepada penduduk di sini,” katanya.

Pemilihan Roslan Berdasarkan Merit, Rekod Pengalaman & Dikenali Masyarakat

JASIN, 23 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemilihan Roslan Datuk Ahmad, 44 sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berdasarkan merit beliau sendiri yang mempunyai rekod pengalaman dan pemimpin yang dikenali di kalangan pengundi DUN di sini.
Roslan jelas Muhyiddin lagi sungguhpun bapanya pernah menjadi Adun kawasan itu manakala bapa saudaranya pula, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin juga pernah dipilih sebagai Adun kawasan itu namun setelah dinilai pucuk pimpinan beliau dilihat mempunyai kekuatan tersendiri.
“Walaupun dari segi perhubungan dan pertalian itu tidak boleh kita elakkan tetapi yang penting dan dinilai oleh pucuk pimpinan ialah beliau sendiri, berasaskan latar belakang dan potensi beliau itulah yang paling utama.
“Ini diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN selepas kita menerima cadangan dan proses penyaringan berkali-kali dan kita dapati saudara Roslan adalah calon paling sesuai,” katanya selepas majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden PPP Datuk M.Kayveas, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan barisan pimpinan BN lain.
Selain Ahli Jawatankuasan UMNO Bahagian Jasin, Roslan juga ialah Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Melaka berkelulusan diploma dalam bidang pengurusan perniagaan.
Allahyarham bapa beliau, Datuk Ahmad Ithnin ialah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, yang setelah persempadanan semula kawasan pilihan raya dinamakan DUN Merlimau.
Muhyiddin berharap jentera BN yang telah bersedia hampir sebulan menghadapi pilihan raya kecil itu akan dapat meningkatkan undi majoriti berbanding pilihan raya umum lepas.
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Feb ini. -MediaUMNO

Roslan calon BN untuk PRK Merlimau

JASIN 23 Feb. - Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd., Roslan Ahmad dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau 6 Mac ini.
Pemilihan Roslan, 44, yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 2,000 ahli dan pemimpin UMNO serta parti komponen BN di Bilik Gerakan BN Pekan Merlimau di sini hari ini. - Utusan

Syed Ibrahim Calon Yang Terbaik – Muhyiddin

TEMERLOH 22 Feb – ‘Inilah calon yang terbaik, calon yang diterima semua, calon ini banyak pengalaman dan calon yang disebut `the most winnable candidate’,” katanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau.
Menurutnya, calon yang dipilih bukan sahaja untuk memastikan kemenangan tetapi mampu memberi kejayaan yang cemerlang dan sudah pun melalui proses saringan dalam menentukan beliau sebagai calon yang terbaik.
Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dipilih sebagai calon BN bagi PRK DUN Kerdau yang akan berlangsung 6 Mac depan.
Beliau yakin pengundi BN akan menerima baik calon yang dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan berkeyakinan dapat memperolehi keputusan yang lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008.
“Saya yakin dengan Pengarah BN kali ini, Datuk Seri Adnan Yaakob (Menteri Besar Pahang) dapat melakukan tugas yang baik dan tidak akan timbul sebarang masalah dan dapat menyatukan semua petugas dalam memastikan kejayaan kita.
“Saya mengingatkan kepada semua pertugas supaya tidak merasa `over confident’ dan terlalu yakin walaupun jumlah ahli UMNO yang layak mengundi dianggarkan kira-kira 54 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Kerdau,” katanya. - Media UMNO

Nik Aziz Politikus Agamawan Hipokrit! Terkena Politik Sesumpah Anwar

Pemuda UMNO tidak terkejut dengan mainan politik daripada puak-puak “Tok Guru” berhubung pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kononnya menjadi bahan manipulasi pihak tertentu.
Pengerusi Biro Agamanya, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata apa yang cuba dilakukan oleh puak-puak “totok” tersebut adalah semata-mata untuk menutup keterlanjuran Nik Aziz dalam nakhoda perjuangan Pas yang umpama lalang dan tidak berpendirian.
Menurut beliau perkara itu bukanlah satu perkara baru kerana tiap kali timbul sesuatu perkara yang menjerut leher Nik Aziz, akan timbul “tok dalang” dan “tukang karut” bagi mengalih tumpuan terhadap tali yang menjerut leher “tok guru” mereka itu.
“Namun jika benarlah Nik Aziz tidak berkata demikian berhubung perjuangan Melayu, apa lagi perjuangan mereka. Sekejap Islam, dan sekejap Melayu… ini umpama perjuangan dua alam. Apakah Nik Aziz sudah terkena politik sesumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Atau pun apakah Nik Aziz sudah termakan sumpah kerana beliau begitu berani mempermainkan agama. Apakah perjuangan Pas dua alam?. Perlu diingat kalau binatang dua alam, haram kita memakan binatang tersebut.
“Saya tidak kata perjuangan Pas itu umpama binatang dua alam tetapi ini sekadar renungan bersama sahaja agar Islam tidak dimanipulasi dan dijadikan bahan mainan politik sesuka hati demi kepentingan tertentu,”
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pejabat Menteri Besar Kelantan yang mendakwa bahawa Mingguan Malaysia memanipulasikan sebahagian kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan mendakwa beliau “akhirnya mengubah nada mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan”.
Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan laporan bertajuk ‘Nik Aziz ubah nada’ sebagai satu bentuk fitnah secara sistematik dengan memanipulasikan sebahagian kenyataan mursyidul am Pas itu, “demi mencapai tujuan politik murahan seperti biasa yang dimainkan oleh akhbar lidah Umno itu”.
Terdahulu sebelum itu, Nik Aziz ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran parti itu di Shah Alam, semalam, dipetik sebagai berkata: “Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu.”
Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan seterusnya menasihatkan Nik Aziz dan barisan penyokong “totoknya” agar berpijak di bumi nyata dan jangan sesekali cuba lari daripada perjuangan Islam yang sebenar.
Soal beliau apakah mereka sanggup melihat Nik Aziz yang diangkat sebagai ulama tersohor di dalam kepimpinan Pas hari ini digelar sebagai politikus agamawan hipokrit.
“Apa pun terserah kepada mereka. Bagi saya Nik Aziz tidak lebih daripada insan biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan sebagainya. Ingatlah kita hanya manusia biasa dan jangan sesekali mengangkat diri kita lebih daripada segala-galanya demi kepentingan nafsu serakah politik duniawi,” katanya. -MediaUMNO

Masih Relevankah PAS ? atau sekadar hamPAS.....

PAS memang hebat berceramah, tapi ibarat tin kosong. Macam lambang partinya, bulat, putih, kosong. Bukan main lagi parti ini mempertahan dan memperjuangkan Islam. Kononnya perjuangan mereka berlandaskan Islam, meninggikan martabat Melayu dan bersedia melaksanakan hukum-hukum Allah jika diberi peluang memerintah. Itu hanyalah omongan kosong dan fantasi semata-mata. Tetapi, bila Karpal Pohsing keluar kenyataan, langkah mayat dulu sebelum Negara Islam dapat ditegakkan, PAS mulalah berdolak dalih, hanya kerana untuk mengambil hati rakan pakatan haram mereka.
PAS sebenarnya bukan sebuah parti politik Islam. Pas sekadar gerakan bertopengkan Islam yang mereka sendiri keliru untuk memberikan maknanya. Sesunguhnya PAS telah lama menggadaikan prinsip perjuangan asal hanya untuk memenangi pilihan raya dan inginkan kuasa. Bila kalah dalam pilihan raya PAS akan mengatakan biar kalah pilihan raya asal tidak gadai prisip. Prinsip apa ke jadahnya, tukar dokumen negara Islam kepada negara kebajikan? Bukankah itu menggadai prinsip parti demi untuk memenangi pilihan raya?
Terkini, PAS melalui Nik Aziz mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa peribumi di negara ini. Kenyataan ini hanyalah merupakan gimik politik. Perubahan pendirian dan prinsip itu dipercayai ekoran kebimbangan Pas terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini. Bukankah ini merupakan satu lagi bukti yang PAS amat gila akan kuasa.
Pas juga bukan main lagi membuat pelbagai tohmahan dan tuduhan terhadap UMNO. Tetapi realitinya, adakah Pas benar-benar gagah seperti mana mereka bersuara dan berhujah?. Semua itu hanya untuk mengambil hati pengundi. Kepada pengundi Melayu Islam lain cakapnya, dan apabila berdepan pengundi Cina dan India, lain pula autanya.
PAS melalui ’ulamanya sekadar berhujah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk tujuan tersebut ’ulama’ mereka sanggup melakukan apa sahaja. Hatta sanggup mengkafir dan menjahiliyahkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan demi menjayakan perjuangan mereka, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, dan pelbagai lagi permainan kotor umpama najis. Tegasnya, PAS begitu ghairah menyalahgunakan agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Harapan ’ulama’ PAS ini dengan melakukan perkara tersebut, orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya demi untuk kemenangan dalam pilihan raya. Itu saja matlamat perjuangan.


Pas kini begitu mudah tunduk dan mengikut sahaja apa kata DAP yang biaDAP? Bila ditanya, kena ikut sebab DAP mempunyai suara majoriti!. Pas dah tak boleh buat apa-apa melainkan terpaksa mengikut telunjuk DAP, menjadi pak turut DAP. PAS hanya tahu menjerit, memekik, melolong, mengkritik tetapi akhirnya diam kerana tidak berbisa dan tidak perlu dilayan pun. Lalu dengan mudah DAP memperlembukan PAS. Ini adalah realiti yang perlu ditelan oleh PAS. Jadi eloklah Dap ganti saja PAS kerana PAS sama saja macam DAP.


Pas kini umpama lalang. Tidak ada pendirian, pengecut! Tak payah nak dibandingkan dengan PKR kerana parti Anwar Ibrahim itu sebenarnya tak ada apa-apa pun, dan bakal berkubur akhirnya. Tak ada asas dan matlamat perjuangan. Bangsa, agama dan tanahair tiada perbezaan. Semua sama saja, depan, belakang, atas, bawah. Peranan mereka hanya betul-betul dipacu dan diperkudakan oleh Anwar Ibrahim. Buktinya jelas, semakin ramai telah lari meninggalkan Anwar dan PKR. Percayalah, tiada Anwar Ibrahim maka akan hancur musnahlah PKR ditelan bumi.
Apabila dinilai balik, UMNO dan BN masih lagi parti yang terbaik dan relevan. Ramai yang telah mengakuinya baik di lidah mahupun di hati, baik di Malaysia mahu di seantero dunia Sesungguhnya UMNO dan BN masih menjadi parti yang berpegang kepada janji. Perjuangan UMNO kerana Allah demi Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta.
Pas hanya pandai cakap tapi tak berani nak buat, umpama hamPAS, manakala PKR itu duri dalam daging dan musang berbulu ayam. DAP pula…. tanyalah abang kandungnya PAP. Hanya bertujuan untuk merosakkan keamanan tanah air tercinta. Fikir dan fikirlah sebelum nasi menjadi bubur.

PRK Merlimau dan Kerdau Serentak - BN Bersiap Sedia !!


Klik sini

MUAR, 19 Feb – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan DUN Kerdau serentak.
Sambil menyatakan BN menerima baik keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya kecil itu serentak, beliau berkata jentera pilihan raya BN di kedua-dua DUN akan berkerja keras bagi memastikan kedua-dua kawasan itu kekal di tangan BN.
“Parti kita (BN) telah memberikan perkhidmatan yang lama di kedua-dua kawasan itu. Parti kita kukuh dan wakil-wakil rakyat kita dulu telah memberikan perkhidmatan yang baik, ditambah perkhidmatan Perdana Menteri dan ekonomi negara yang baik.
“Kita berharap sokongan yang sama akan diberikan dan berharap majoriti (undi) akan meningkat,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN selepas menghadiri majlis penerimaan sumbangan untuk mangsa banjir di Parlimen Pagoh.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan mengumumkan nama calon BN untuk DUN Kerdau dan DUN Merlimau, masing-masing pada Selasa dan Rabu ini.
Muhyiddin berkata BN akan meletakkan calon terbaik untuk bertanding di kedua-dua kawasan itu dan rakyat akan menentukkan .
Berhubunga kenyataan pemimpin PAS bahawa parti itu menghadapi kesukaran untuk menang di kedua-dua kerusi itu, Muhyiddin menyifatkan bahawa PAS mengakui kekuatan BN dan kelebihan yang dimiliki oleh parti pemerintah.
“PAS kalah di (pilihan raya kecil DUN) Galas, (DUN) Tenang dan dia memang takut angin kalah terus menimpa PAS, jadi sebelum bertanding sudah mengaku kalah,” katanya.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata BN tidak pernah “takbur dan sombong” serta sentiasa mengingatkan jentera BN supaya tidak terlalu yakin terhadap peluang untuk memenangi kerusi berkenaan dan jangan memandang rendah kemampuan parti lawan dan menasihatkan pengundi supaya tidak tertipu dan terperdaya dengan strategi PAS.

Jangan Bawa Budaya Samseng Di Merlimau

Jentera dan petugas pembangkang daripada luar Melaka khususnya yang bukan daripada Merlimau diingatkan agar menjaga tatasusila dan berkempen secara berhemah sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau nanti.
Ketua Pemuda Melaka, Karim Yaakob berkata ingatan itu bagi mengelakkan pristiwa serta kejadian yang tidak diingini berlaku agar proses demokrasi berjalan lancar selain memastikan pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik.
Menurut beliau pengalaman di dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini menyaksikan beberapa kejadian serta kekecohan yang menyebabkan pengundi takut yang dikhuatiri boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat kepada proses demokrasi.
“Baru-baru ini telah berlaku satu kejadian yang tidak diingini di mana petugas BN telah dipukul dan inilah yang kita tidak mahu. Sebab itu kita ingin ingatkan kepada mana-mana pihak daripada luar agar tidak membawa budaya samseng untuk berkempen di sini. Saya tidak mahu buat tuduhan kepada mana-mana pihak tetapi sekadar peringatan.
“Kalau nak berkempen buatlah secara sihat dan jangan nak tunjuk kekuatan secara melulu kerana penduduk khususnya pengundi di Merlimau menolak budaya sedemikian rupa. Begitu juga dengan kempen ala fitnah dan tohmahan liar. Orang Merlimau tidak mahu budaya seperti ini,” katanya.
Baru-baru ini, belum pun bermula tempoh berkempen di Merlimau, telah berlaku satu insiden kekecohan apabila jentera BN dipukul oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Karim yang juga Ketua Pemuda Bukit Katil turut mengingatkan jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) dengan perkara yang sama dan mereka disaran memberi tumpuan terhadap gerak kerja parti selain meyakinkan pengundi muda .
“Jumlah pengundi muda di Merlimau sekitar seribu lebih dan kita akan pastikan pengundi muda ini keluar mengundi dan yang paling penting mereka keluar dengan mengundi kita. Itu adalah antara sasaran utama kita,” katanya. -MediaUMNO

Shahrizat Lancar Jentera Wanita BN DUN Merlimau

Ketua pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Senator Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan gelombang merah wanita 1 Malaysia harus bekerja dengan penuh displin dan jujur bagi memastikan BN terus bertapak di Merlimau.
“Gelombang Merah Wanita BN melambangkan imej dan personaliti pemimpin wanita parti komponen BN dalam berdepan situasi dan cabaran pembangkang di setiap pilihanraya.
“Dengan gerakan ini kita dapat menangkis segala tohmahan dan dakyah yang dimainkan oleh pembangkang,” beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis pelancaran jentera BN dan gelombang merah wanita 1 Malaysia dan majlis sambutan maulidur rasul di bilik gerakan wanita BN, Taman Merlimau Jaya.
Beliau berharap, jentera wanita mengambil semangat sempena maulidur rasul bagi terus berkhidmat demi negara.
“Kita adalah ibu. Warna merah yang kita bawa juga adalah melambangkan keberanian. Sebagai seorang ibu, kita mestilah memastikan negara tempat kita berlindung ini aman damai dan selamat untuk di duduki terutama untuk pembesaran anak-anak kita.
“Wanita dan jentera wanita parti komponen di Merlimau amat membanggakan saya. Gerak kerja dan inisiatif mereka amat baik sehinggakan dapat kita lihat betapa bersatunya kaum wanita di Merlimau tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya.
Shahrizat turut memuji kepimpinan yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang sentiasa berkorban demi rakyat.
Menurut beliau, sikap yang ditunjukkan oleh Ali Rustam inilah yang membuatkan rakyat Melaka tetap teguh menyokong BN dan UMNO.

PRK Merlimau : Kempen Serangan Peribadi, Jual Agama Tak Laku Di Merlimau

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam percaya taktik serangan peribadi, putar belit agama dan sentimen perkauman yang berulangkali dimainkan pembangkang pada setiap pilihanraya kecil akan sekali lagi ditolak pengundi di Merlimau.
“Saya ingat kalau mereka cuba serang peribadi, main isu agama dan perkauman di sini tak boleh jalan….tak laku.
“Pembangkang buat perkara ini sebab mereka tiada modal..itu saja senjata mereka, kalau mereka guna cara ini saya yakin akan memakan diri”,
Jelas beliau lagi pengundi di negeri ini khususnya di Merlimau lebih mengutamakan kesejahteraan dan pembangunan yang boleh memberikan mereka lebih manfaat.
“Menerusi tinjauan yang telah kita lakukan pengundi di sini tidak berdepan dengan banyak masalah hanya mereka bangkitkan soal prasarana yang boleh kita selesaikan seperti kawasan perumahan, infrastruktur seperti jalan, perparitan dan sebagainya.
“Apa yang mereka minta telah dan sedang kita selesaikan jadi saya rasa tidak ada masalah besar yang tidak boleh kita selesaikan. Kalau pembangkang nak ungkit perkara itu dan jadikan isu… kita takde masalah berdepan dengan mereka”, ujarnya.
Mengenai tindakan pembangkang yang akhirnya meletakkan calon Pas bagi bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Merlimau pada 6 Mac ini, beliau berkata pakatan pembangkang sebenarnya saling bertikaman antara sesama sendiri.
Kata beliau lagi tindakan Pas yang mahu mengekalkan status quo telah menyebabkan perasaan kurang senang DAP yang mahukan pembangkang meletakkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Sebab itu siang-siang lagi DAP, Lim Guan Eng kata pembangkang akan kalah. Ini satu sabotaj secara halus DAP kepada Pas. DAP mahu PKR tapi Pas mahu kekalkan kawasan sedangkan kalau kita lihat pembangkang silih berganti letak calon mereka di sini.
“Kalau ikutkan sepatutnya memang calon PKR…ini yang buat DAP dan PKR kurang senang dan kita tak hairan kalau DAP dan PKR akan sabotaj. Tapi ini cerita rumah tangga pembangkang… biarkan saja mereka sebab bagi kita, kita mahu fokus menangkan calon kita”, katanya.
Mengenai persediaan jentera Barisan Nasional (BN) pula beliau berkata setakat ini beliau cukup berpuas hati dengan persiapan jentera.
“Proses berkempen belum lagi bermula tapi persediaan kita cukup lancar dan sebaik saja selesai proses penamaan calon saya yakin jentera kita sudah cukup bersedia untuk berperang habis-habisan.
“Berdasarkan persedian dan momentum jentera parti kita yakin BN mampu mempertahankan kawasan ini dengan majoriti yang lebih baik berbanding pilihanraya umum lalu”, ujarnya. -MediaUMNO

Takziah : ADUN Kerdau Meninggal Dunia

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia pada 12 Feb 2011, jam 6 petang tadi.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh selepas terjatuh di bilik air rumahnya dipercayai akibat akibat serangan jantung.
Berita lanjut..sini

Rakusnya kepimpinan pakatan pembangkang : Lapan pemimpin kanan PKR, DAP dan Pas menjadi jutawan segera

Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendedahkan terdapat lapan pemimpin kanan PKR, DAP dan Pas menjadi jutawan segera dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.
Berikutan itu Fauzi, 51, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat apa didakwanya berlaku penyelewengan dan salah laku dalam kepimpinan kerajaan negeri ketika itu.
Untuk tujuan itu, beliau menyerahkan nama lapan individu tersebut yang terkandung dalam laporannya kepada SPRM Perak di pejabat suruhanjaya itu di sini pada pukul 11 pagi ini.
Bekas Ketua Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat, V. Subramaniam yang menyertai Gerakan kelmarin turut menemani Fauzi membuat laporan tersebut.
Fauzi ketika ditemui selepas itu memberitahu, sebelum memperoleh kuasa, lapan individu terbabit termasuk seorang wanita hidup susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang serta tidak mempunyai pekerjaan.
"Tiba-tiba dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak, lapan individu ini berjaya mengubah taraf dan gaya hidup.
"Mereka mampu membeli rumah dan kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit, membayar hutang dan mendapat rawatan di hospital swasta yang mahal. Dari mana datangnya sumber kewangan ini?" soalnya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama lapan individu tersebut kerana telah membuat akujanji dengan SPRM agar tidak mengganggu siasatan.
Menurut Fauzi, dakwaannya itu mempunyai asas kukuh dan bukannya berunsur fitnah atau dendam terhadap mereka.
"Perkara ini bukan saya sahaja yang pertikai tetapi ramai ahli dan pimpinan PKR serta pakatan pembangkang di Perak marah dengan apa yang berlaku.
"Saya akan mengemukakan segala bukti dan saksi yang diperlukan oleh SPRM bagi membantu siasatan," tegasnya.
Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat itu berkata, rakyat perlu melihat betapa rakusnya kepimpinan pakatan pembangkang dalam tempoh sesingkat 11 bulan.
Katanya, semasa berkuasa, pemimpin pakatan pembangkang sibuk berebut jawatan dalam syarikat kerajaan negeri, jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan, berebut tanah serta balak dan bukannya membela nasib rakyat.
"Alhamdulillah, 11 bulan sahaja mereka berkuasa di Perak, kalau tidak, saya yakin negeri ini akan hancur kerana tindakan perakus, perompak dan lanun ini," ujarnya. - Utusan

PKR Bakal Berkubur Seperti Semangat 46 – Anuar

Tiada hala tuju dan tidak mempunyai agenda yang khusus terhadap apa diperjuangakan menyebabkan ramai ahli PKR dari pelbagai peringkat meninggalkan parti berkenaan selepas menyedari apa yang dilakukan itu sia-sia sahaja.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri AnwarI brahim, Anuar Shaari berkata, tindakan meninggalkan parti oleh ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan bukanlah suatu yang baru, perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku namun sejak kebelakangan ini makin ramai ahli terutama pemimpin serta pengasas PKR turut angkat kaki.
“Cerita keluar parti bukan cerita baru, ketika PKR baru ditubuhkan dahulu pun ramai yang meninggalkan parti itu, mereka yang menyertai PKR ketika itu disebabkan terpengaruh oleh kawan atau hanya bersimpati dengan Anwar.
“Bagaimanapun, perkara itu tidak seheboh seperti apa yang berlaku sekarang, PKR ketika itu menjadi sanjungan dan bualan di kalangan rakyat yang bersimpati dengan Anwar, sedangkan tujuan sebenarnya penubuhan PKR hanya untuk Anwar,” katanya kepada UMNO-Online.
Menurut beliau, masalah keluar parti oleh ahli PKR akan berlaku berterusan kerana kepercayaan ahlinya terhadap parti itu telah hilang kerana pelbagai masalah yang berlaku dalam kepimpinannya yang tidak pernah surut sejak ditubuhkan.
“Masalah yang paling besar yang ada dalam PKR sejak ditubuhkan adalah hala tuju parti itu, masa baru ditubuhkan dahulu, hanya perasaan simpati yang ada dalam perjuangan PKR, tiada siapa pun yang peduli mengenai perjuangan parti,i.
“Tetapi keadaan sudah bertukar apabila Anwar dibebaskan, perjuangan PKR sudah menjadi perjuangan peribadi bagi merealisasikan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, itulah sebenarnya perjuangan PKR,” katanya.
Beliau berkata, pelbagai masalah serta kemelut yang berterusan berlaku dalam PKR itu akan memberi kesan besar kepada pakatan pembangkang kerana rakyat sudah hilang keyakinan terhadap apa yang diperjuangkan.
“Seperti kita tahu, perjuangan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang berbeza antara satu sama lain, Pas dengan negara Islam, Dap perjuangkan konsep Malaysian Malaysia manakala PKR dengan agendanya yang tidak pernah luput untuk menawan Putrajaya suapaya Anwar boleh Jadi Perdana Menteri.
“Ikatan dalam pakatan pembangkang akan terus longar dan tidak mustahil terburai suatu hari nanti, parti yang berada dalam pakatan itu akan kembali semula berjuang bersendirian seperti sebelum tertubuhnya pakatan pembangkang,” katanya.
Anuar berkata, Dap dan Pas bersetuju untuk bersama dalam pakatan pembangkang kerana berkeyakinan bahawa Anwar mempunyai ramai sokongan, tetapi apa yang berlaku sejak kebelakangan ini menimbulkan keresahan di kalangan kedua-dua parti itu.
“Saya percaya, selepas ini ada lagi beberapa individu penting dalam PKR akanmeninggalkan parti itu, jika ini terus berlaku, ia akan menambahkan keresahan kepada kedua-dua parti yang menjadi rakan sekutu dalam pakatann pembangkang,” katanya.
Menurutnya, tidak mustahil PKR juga akan menerima nasib seperti Semangat 46 berkubur begitu sahaja. -MediaUMNO.

30 Anggota PAS Sertai Umno Di Pasir Puteh

PASIR PUTEH: Seramai 30 anggota PAS termasuk bekas Timbalan Ketua PAS Cawangan Bunut Rendang, Raja Abdullah Raja Mahmod dan bekas Ketua Muslimat PAS Semerak, Noriah Salleh menyertai Umno, Rabu.
Raja Abdullah, 57, menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman pada majlis di Kampung Gong Datuk di sini.
"Kami tidak mahu lagi menjadi pengikut kepada sebuah parti yang hilang arah tuju, sekali boleh dan sekali tak boleh," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu.
Selain itu, katanya pemimpin PAS sentiasa membuat sangkaan buruk terhadap anggota Umno seperti mengkafirkannya sedangkan Islam melarang keras umatnya berbuat demikian dan menggalakkan umatnya supaya sentiasa membuat sangkaan baik terhadap sesama Islam.
Noriah, 30, pula berkata beliau memutuskan keluar dari parti itu disebabkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seringkali mengeluarkan kenyataan menyamakan sifat manusia dengan Allah yang boleh merosakkan akidah.
Zawawi pula berkata sejak Januari lepas sehingga sekarang lebih 500 anggota PAS terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising, DUN Gaal dan DUN Semerak sudah menyertai Umno.
Beliau berkata pihaknya akan menggunakan bekas ulama PAS yang menyertai Umno untuk membongkar salah-laku PAS sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan pada majlis yang akan diadakan di kawasan kubu kuat PAS. - BERNAMA

Pakat Keluar Ramai-ramai : PKR Makin Hancur

IPOH: Sebanyak 200 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat dan Tambun hari ini menyertai Gerakan.
Borang permohonan keahlian itu diserahkan bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V. Subramaniam kepada Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn, pada satu majlis ringkas di Wisma Gerakan di sini.
Chang berkata kemasukan mereka ke dalam parti itu bukan atas inisiatif Gerakan atau mana-mana pemimpinnya sebaliknya dilakukan bekas ahli PKR itu dengan rela hati tanpa paksaan atau desakan.
Sehubungan itu beliau mengingatkan parti pembangkang itu jangan menyalahkan Barisan Nasional (BN) apabila ahlinya keluar parti dan menyokong BN sebaliknya mereka sendiri perlu mengkaji kelemahan sendiri kenapa semakin ramai ahli PKR meninggalkan parti itu.
Subramaniam yang menyertai PKR sejak 2005 dan menjadi Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat selama tiga tahun sebelum keluar parti pada Mac tahun lepas berkata, mereka membuat keputusan menyertai Gerakan kerana kecewa dengan PKR.
Mereka dakwa PKR gagal menjaga kebajikan ahli, menaburkan janji kosong, mengamalkan politik kronisme dan hanya berjuang untuk satu matlamat saja iaitu mahu memastikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi Perdana Menteri.
"Oleh kerana itu, kami membuat keputusan menyertai Gerakan kerana konsepnya berbilang kaum dan pemimpinnya merendah diri, sentiasa berusaha menyelesaikan masalah rakyat selain percaya hanya Barisan Nasional yang mampu menunaikan janji," katanya.
Beliau berkata, semua mereka sebenarnya adalah sebahagian daripada kira-kira 500 ahli PKR Ipoh Barat yang mengumumkan keluar parti pada Mac tahun lalu dengan baki kira-kira 300 bekas ahli membuat keputusan tidak mahu lagi bergelumang dalam politik dan mempercayai ahli politik selepas kekecewaan dan kesengsaraan yang dilalui sepanjang berada dalam PKR.
Subramaniam berkata, beliau bagaimanapun akan cuba memujuk mereka untuk kembali berpolitik dengan menyertai mana-mana parti komponen BN. - BERNAMA

Pas Terus Diperbodohkan Sekutu Pembangkang

Pas terus-terusan menjadi kuda tunggangan dalam pakatan pembangkang apabila dipergunakan dalam setiap Pilihan Raya Kecil (PRK) termasuklah yang terbaru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau untuk menentang Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar Pas kerana sanggup terus diperbodohkan oleh pakatan yang dianggotainya atas alasan bergilir .
“Persoalannya, kenapa PKR tak ambil kerusi di Merlimau sedangkan sejak dari awal mereka sememangnya mahu bertanding dalam PRK tetapi apabila mereka melihat dominasi BN di Tenang, maka Pas dijadikan sebagai kambing hitam,”
Isnin lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pakatan pembangkang sebulat suara bersetuju Pas bertanding pada PRK Merlimau yang akan berlangsung 6 Mac depan.
“PKR dan Dap tahu bahawa mereka akan kalah dalam PRK tersebut lantas mereka meletakkan Pas kerana apabila tewas, maka ia tidak akan memberi impak besar kepada parti mereka berbanding dengan Pas.
“Tambahan pula, PKR sekarang ini berdepan dengan masalah dalaman mereka apabila ramai anggotanya yang meninggalkan parti sehinggakan mereka dilabel sebagai ‘parti keluar ramai-ramai’,” katanya.
Jelas Tengku Adnan lagi, pakatan pembangkang ini berdepan dengan pelbagai masalah yang semakin lama semakin meruncing.
“Kolaberasi pembangkang ini tidak akan berterusan kerana akhirnya ia akan bercakaran sesama sendiri dan saling mengambil kesempatan sebagaimana mereka lakukan pada Pas di PRK Tenang dan Merlimau.
“Mereka dah lama pecah dan sekarang tunggu masa untuk berderai saja dengan Pas terus diperbodohkan oleh kedua-dua kawan mereka iaitu PKR dan DAP.

Igauan Tenang Resahkan Pas Di Merlimau

Pemuda UMNO Johor yakin pengundi di kawasan Merlimau akan menolak budaya kempen pembangkang yang berteraskan kepada fitnah dan memaki hamun tanpa asas yang tepat menjelangnya kempen pilihan raya kecil Dun Merlimau bulan depan.
Ketua Pemudanya, Mohd Fadil Muskon berkata apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menyerlahkan bagaimana kempen Pas yang bercorak sedemikian rupa ditolak dengan hormat oleh pengundi di kawasan tersebut.
Justeru beliau percaya nasib yang sama akan menerima Pas pada kali ini kerana rakyat umumnya sudah pasti dapat menilai bagaimana tindak tanduk pemimpin Pas yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk dakwaan memanipulasi sijil cuti sakit oleh suami calon Pas DUN Tenang, Maarof Abdul Mutalib yang menjadi pertikaian umum sehingga hari ini.
“Tengok bagaimana sikap mereka yang tidak kisah soal halal atau haram. Bab bercakap pandai dan cukup petah berkata-kata…Namun dari segi pelaksanaan dan tatacara serta etika dalam diri tidak mengikut apa yang diungkapkan.
“Sebab itu saya penuh yakin, pengundi termasuk penduduk di Merlimau akan tolak dengan hormat sepertimana pengundi di Tenang kerana mereka dah tengok dengan jelas bagaimana tingkah laku kepimpinan Pas hari ini. Apakah pemimpin seperti ini yang mereka mahu angkat sebagai wakil rakyat,” katanya.
Fadil yang juga Ketua Pemuda Air Hitam seterusnya menimbulkan persoalan berhubung status bentuk tindakan terhadap Maarof Abd. Mutalib, 45, yang didakwa aktif berkempen membantu isterinya sedangkan beliau dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari.
“Kita minta pihak berkenaan agar tidak berdiam diri kerana dakwaan terhadap beliau adalah cukup serius kerana membabitkan etika seorang guru. Kalau benar seperti yang didakwa, satu bentuk tindakan perlu dikenakan agar perkara yang sama tidak akan berulang.
“Pemuda bersikap profesional dalam soal ini dan bukannya semata-mata berbeza ideologi politik menyebabkan kita mengambil desakan sedemikian rupa. Ini adalah tuduhan yang cukup berat. Kita tidak mahu perkara ini terus jadi perbualan dan sebagainya,” katanya.
Ditanya mengenai persiapan untuk membantu jentera Pemuda UMNO Melaka pada pilihan raya kecil DUN Merlimau nanti, Fadil menambah pergerakan itu akan menggunakan kaedah yang sama sepertimana yang digunakan pada pilihan raya kecil DUN Tenang baru-baru ini.
“Kita tengok dulu bagaimana agihan untuk peti undi yang kita kena jaga nanti. Apa pun kita serah bulat-bulat kepada Pemuda UMNO Melaka untuk membuat sebarang keputusan dan kita akan bekerjasama rapat dengan jentera tempatan dalam menzahirkan kekuatan Barisan Nasional (BN) kelak,” katanya. -MediaUMNO

Malangnya Pas, Roket DAP Tapi Tak Sampai Kaherah…

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Parti pembangkang telah kehabisan modal untuk dipolitikkan sehinggakan mereka menjadikan Ops Piramid iaitu usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir ke Jeddah di Arab Saudi dan kemudiannya kembali ke tanah air sebagai agenda memburuk-burukkan kerajaan.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Luar Negara dan Kelab UMNO Luar Negara (KLUN), Datuk Ahmad Shabery Cheek membidas mana-mana pihak yang sengaja menjadikan misi bantuan tersebut sebagai bahan propaganda untuk mengaut kepentingan politik.
“Kerajaan melihat kepada nyawa dan individu khususnya rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan langkah yang diambil dilakukan dengan perancangan rapi iaitu dimulakan dengan menghantar pakar-pakar untuk menganalisa keadaan di sana dan kemudiannya membawa mereka keluar dari kawasan terbabit,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berkaitan manipulasi dan fitnah yang dilontarkan oleh pihak pembangkang berikutan dakwaan kerajaan lembab bertindak sehingga menimbulkan risiko terhadap nyawa rakyat Malaysia di negara bergolak itu.
“Rakyat kita tidak ada yang terlibat dalam mana-mana tragedi berdarah atau kemalangan nyawa tetapi pembangkang melontarkan pelbagai fitnah termasuklah kononnya kita lambat sedangkan kita mengambil langkah dengan mengumpulkan semua pelajar-pelajar kita pada peringkat awal lagi,” ujarnya.
Tegas Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan, pembangkang khususnya Pas sengaja mensensasikan isu terbabit kerana mereka bimbang populariti mereka akan tenggelam.
“Anggapan mereka Mesir adalah sebagai tempat untuk ‘membiak’ atau pengkalan anti kerajaan kepada pembangkang dan apabila kerajaan bertindak menghulurkan bantuan terus kepada golongan ini maka mereka takut kehilangan anak-anak didik yang telah dilatih dari awal. Tentunya ini akan merugikan mereka.”
Jelas beliau lagi, dengan angka warga Malaysia seramai 11,000 orang maka Kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya 30 buah kapal terbang Boeng 747 bagi mengangkut mereka sedangkan dalam masa yang sama MAS tidak mempunyai penerbangan terus ke Mesir.
“Ada juga pihak yang tanya saya, kenapa nak gunakan kapal terbang Boeing 747 sedangkan Pas boleh menggunakan roket dari Dap…, tapi malangnya roket yang Pas ada tak boleh terbang langsung,” jelasnya.
Menjawab tuduhan dan manipulasi dari pembangkang, Ahmad Shabery menjelaskan bahawa semua yang diperkatakan oleh mereka adalah tidak benar sebaliknya kerajaan Malaysia telah terbukti sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab dan memahami permasalahan rakyat.
“Kerajaan memberikan bantuan secara percuma walaupun ada beberapa negara termasuk Kanada yang mengenakan bayaran berjumlah 400 dolar kepada warganya yang ingin keluar dari negara terbabit lantas hal ini telah digunakan oleh pembangkang kononnya Malaysia juga mengenakan bayaran tersebut sedangkan ia tidak benar.
“Ini menunjukkan betapa kecilnya jiwa mereka dalam aspirasi perjuangan dan memahami kehendak rakyat sehinggakan apa yang dilakukan oleh orang lain dimanipulasi jika tidak dapat berbuat perkara yang sama kerana mereka sakit hati,” katanya.
Tambahnya, apa yang paling penting adalah semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat dan bantuan dilakukan pantas dengan memindahkan pelar-pelajar ke pengkalan terdekat di Jeddah sebelum membawa mereka pulang.
“Bantuan ini diberi kepada semua pihak sedangkan Pas difahamkan hanya memberi pertolongan kepada kuantiti kecil iaitu pihak yang menyokong mereka sahaja kerana mereka lebih mementingkan kepartian daripada nilai kemanusiaan itu sendiri.”
Terangnya lagi, Malaysia adalah antara negara yang terawal mengambil tindakan dalam usaha membawa keluar rakyat kita dari Mesir namun ia tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana ia melibatkan jumlah pelajar dan warga Malaysia yang ramai.
“Kita perlu melalui banyak prosedur-prosedur yang rumit dalam keadaan pentadbiran Mesir yang sukar dan semakin terancam tetapi alhamdulillah kerana kerajaan kita mampu melaksanakan semuanya dengan lancar.
Justeru, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama bertungkus-lumus membantu melancarkan misi tersebut dengan jayanya dan percaya bahawa kebenaran akan menjelaskan segala-galanya.
“Kita semua harus bersyukur atas nikmat yang kita kecapi hari ini, dengan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, tidak berlaku huru-hara dan porak peranda malahan rakyat negara ini bebas bergerak dan bekerja dalam suasana yang selamat,” katanya yang mengajak masyarakat menjadikan pergolakan di Mesir sebagai tauladan kepada semua pihak. – MediaUMNO

Tolak pihak yang cuba huru-harakan Malaysia - PM

MIRI, 6 Feb. - Rakyat Malaysia perlu menolak hasutan mana-mana pihak yang cuba mengaitkan pergolakan di negara-negara lain dengan keadaan di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, malam ini.
Beliau berkata, keadaan tidak stabil yang berlaku di beberapa buah negara lain ketika ini tidak boleh disamakan dengan keadaan di Malaysia yang selama ini ditegakkan oleh semangat satu keluarga yang besar.
Katanya, Malaysia dibina dengan berpaksikan dasar yang adil dan saksama bagi membolehkan peluang yang seluas-luasnya dapat diberikan kepada setiap rakyat untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik.
Menurutnya, peluang ini membolehkan kekayaan negara dapat diagih secara saksama di mana golongan yang lebih berada dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.
"Kita tidak perlu buat perkara seperti itu (mengwujudkan pergolakan) sebab semangat satu keluarga ini sudah kita tanam selama ini,” katanya semasa berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina, yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin di Dataran Kipas Bandaraya Miri. - Bernama

PRK Merlimau : Jentera BN Siap Untuk Gempur

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan menggesa masyarakat segenap lapisan agar terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) khususnya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac depan.
Katanya, sokongan dari semua pihak akan mampu memberikan kemenangan besar kepada BN sebagaimana yang telah dilakukan dalam PRK Tenang.
“Saya yakin BN akan tampilkan calon yang terbaik bagi mempertahankan DUN Merlimau yang tentunya akan mendapat kemenangan besar juga,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Jentera Penerangan BN bagi PRK DUN Merlimau di Dewan Masyarakat Ayer Merbau, Merlimau.
Dalam masa yang sama Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu jentera penerangan BN akan digerakkan di setiap peringkat untuk turun padang dan menjelaskan kepada rakyat berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.
“Jentera BN telah bersedia bagi menggempur anggota Pas yang dikhabarkan sudah bergerak dari rumah ke rumah untuk mendapatkan fotostat kad pengenalan pengundi,” katanya.
Beliau turut membidas tindakan Pas yang sering menggunakan tipu helah bagi mendapatkan sokongan daripada masyarakat khususnya semasa PRK termasuklah yang terbaru di DUN Tenang.
“Calon Pas di Tenang iaitu Normala adalah simbol perangai orang Pas termasuklah suaminya yang sanggup menipu sehinggakan cuti sakit pun menggunakan MC tipu.
“Pas dan pakatan pembangkang sudah banyak berbohong dan tentunya mereka akan datang ke sini dengan janji 100 sedangkan janji semasa Pilihan Raya Umum 2008 pun tidak ditunaikan. Itulah bukti mereka pembohong,” katanya.
Selar beliau lagi, Pas juga tidak berpegang pada pendirian kerana selalu berubah-ubah.
“Dulu Pas cakap lain tapi hari ini lain, jadi kita biarkan Nik Aziz dalam dunia fatwa berubah-ubahnya yang sememangnya buat orang pening kepala.” – MediaUMNO.

Krisis Mesir : Permintaan Petugas Di Cairo Kepada Juak Tegar hamPAS

Permintaan Kami Dari Cairo..! Tolonglah....
Kepada juak juak murahan PAS, apa faedahnya demo yang anda semua buat didepan Pejabat Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur..??

Kerajaan Malaysia sedang bertungkus lumus untuk membawa keluar pelajar pelajar kita di Mesir. Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia bersengkang mata tidak tidur dan cukup rehat menjadi penghuni dibawah khemah menunggu dipintu masuk International Departure Cairo International Airport. Ada sekumpulan Sukarelawan lagi, sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk proses menghantar bekalan makanan dan memastikan anak anak kita dibawa ke Cairo International Airport.

Keadaan yang semakin meruncing disini sekaligus membuatkan jalanraya sentiasa sibuk kerana tempoh had waktu sangat singkat masing masing mengejar masa bagi mengelakkan terperangkap dalam Perintah Berkurung [CURFEW].

Begitulah risiko yang diambil oleh sahabat sahabat kami. Oleh itu pihak berkuasa disini seperti memberikan kelonggaran kepada mereka yang melaksanakan tugas tugas "humanitarian services", malah pihak Kedutaan Besar Malaysia disini pun mohon immunity diberikan....

Baghalnya juak juak murahan PAS yang membuat demo seperti mahu masuk campur konflik negara Mesir, berdemo tanpa sebab kukuh mahu Hosni Mubarak letak jawatan..! Apa untungnya pada rakyat Malaysia..??
Tidakkah tindakan bebal ini akan menyusahkan kerja kerja kami disini..?? Sekiranya pihak kerajaan Mesir tersinggung dengan tindakan mereka yang berdemo ini, tidak mustahil kami disini akan menjadi mangsa..????

Foto ini Blogmaster Medan Info Kita rakam pagi tadi dari jendela tempat penginapan kami disini. Pasukan Tentera yang menggunakan kereta perisai mereka standby 24 hours dan akan menutup jalan sebaik sahaja jam 7 malam iaitu waktu Perintah Berkurung - CURFEW.

Apa akan jadi kepada kami sekiranya rakyat Malaysia juga menjadi sasaran pihak berkuasa Mesir..? Sini

PRK DUN Merlimau : Pelancaran Jentera Penerangan BN




Kuasa Allah Melangkaui Perancangan Manusia

:: Surat Pembaca ::
Sesungguhnya Allah maha mengetahui atas segala yang berlaku. Begitu juga musibah yang melanda Mesir sehinggakan berantakan para warga asing termasuklah pelajar-pelajar Malaysia di sana. Dalam kekalutan dan pelbagai kerumitan, kerajaan berusaha untuk menguruskan perjalanan pulang warganegara kita di bumi bergolak itu. Rupanya pembangkang terus membuktikan bahawa mereka sememangnya suka menangguk di air keruh. Itulah parti pembangkang yang bertopengkan Islam sebagai agenda politik mereka….
Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa kerajaan serta Wiswa Putra lembab bertindak sehingga menimbulkan risiko terhadap nyawa rakyat Malaysia di negara bergolak itu. Huh… siapa Shamsul Iskandar? Apa yang dia tahu tentang hubungan antarabangsa apatah lagi berkaitan dengan hal-hal diplomat dan permasalahan yang berlaku sedangkan dengan mudah pula menunding jari untuk kepentingan politik mereka.
Lebih dari itu, ramai yang tahu bahawa para pelajar di kawasan terbabit cenderung didekati oleh juak-juak politik pembangkang khususnya Pas dengan tarbiah palsu dan fitnah-fitnah picisan terhadap kerajaan. Dalam hal ini, kononnya nipotisme dan kronisme dalam kerajaan dijadikan sebagai umpan untuk ‘merekrut’ bakal pemimpin muda mereka apabila kembali ke tanah air kelak. Itu tujuan mereka.
Namun demikian, kuasa Allah melangkaui perancangan manusia, justeru apabila pergolakan terjadi di Mesir sehinggakan melibatkan korban darah selain kecederaan yang semakin meningkat maka siapakah yang benar-benar ikhlas untuk membantu warga Malaysia di bumi asing? Lebih teruk lagi apabila taburan fitnah terus diperguna sehinggakan apa yang dilakukan oleh Kerajaan dipersenda.
Mana pemimpin PKR, apa yang dilakukan oleh pemimpin Pas dan jauh sekali pemimpin Dap untuk menghulur bantuan. Sudahlah langsung tidak mahu membantu (kerajaan pun tak harap pada pembangkang kerana mereka memang tak boleh diharap) tapi lebih keji apabila malapetaka tersebut pula mahu dijadikan sebagai batu loncatan untuk populariti politik.
Inilah pembangkang yang langsung tidak tahu malu apatah lagi untuk menunjukkan kematangan dalam politik. Tidak berhemah, tiada kejujuran dan jauh sekali untuk bersikap simpati ekoran kerumitan dan permasalahan yang dirasai oleh seluruh warga global.
Pada semua, nilailah sendiri kebodohan pembangkang yang hanya tahu mencari kesempatan atas kesulitan sedangkan untuk menyelesaikan masalah tidak semudah berkokok lantang di pentas politik semata-mata.
Dalam hal ini, sebenarnya saya amat bangga, bersyukur dan memberi pujian yang tidak terhingga kepada kerajaan kerana mampu menangani keperitan rakyat Malaysia di Mesir dengan segera. Malahan lebih berbangga lagi kerana tentunya hubungan diplomatik dan jalinan antarabangsa yang akrab dengan negara luar memberikan kemudahan untuk kerajaan kita melalui kesukaran dan birokrasi dari kerajaan Mesir sendiri. Alhamdulillah.
Nur Farhana AM, Alor Setar, Kedah

Krisis di Mesir : Jangan Jadikan Isu Politik

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan usaha menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir khususnya golongan penuntut sebagai isu politik kerana membabitkan nyawa rakyat negara ini.
Tegas beliau, kerajaan menerusi Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sudah menggerakkan usaha memindahkan penuntut serta rakyat Malaysia keluar dari negara itu, namun pelbagai kekangan perlu dihadapi berikutan keadaan yang kucar-kacir.
Katanya, menerusi usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, persetujuan dicapai dengan kerajaan Arab Saudi untuk memberi kelonggaran visa dan menjadi transit bagi warga Malaysia dari Mesir, namun operasi memindahkan lebih 12,000 orang bukan tugas mudah.
“Jangan jadikan ia isu politik, yang penting adalah hendak selamatkan nyawa. Proses ini telah bermula dan belum selesai, saya harap ia dapat selesai dalam tempoh beberapa hari lagi,”
Baru-baru ini, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd. Akin cuba mengambil kesempatan menjadikan isu membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir khususnya golongan penuntut sebagai isu politik.
Beliau menuduh kerajaan serta Wisma Putra lembap bertindak sehingga menimbulkan risiko terhadap nyawa rakyat Malaysia di negara bergolak itu.
Jelas Muhyiddin, rancangan untuk memindahkan rakyat Malaysia menerusi aset-aset udara dan laut telah dimulakan dan dari segi logistik, bekalan makanan juga disalurkan kepada mereka yang terperangkap di negara itu.
“Pergerakan bukan sahaja melibatkan rakyat Malaysia tetapi juga rakyat negara lain. Mungkin pembangkang kata lambat, sebenarnya hari pertama berlaku pun kita sudah nak angkut tetapi tidak dapat kelulusan kerana kerajaan Mesir dalam keadaan kucar-kacir,” katanya lagi.
Beliau memberitahu, kerajaan mengambil serius keadaan yang berlaku dan laporan berkala telah dibuat oleh pasukan yang berada di Kaherah serta Wisma Putra manakala taklimat diberikan oleh Kementerian Luar kepada ibu bapa penuntut mengenai perkembangan terkini di negara itu.-Utusan