SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Kerjasama PAS-DAP Hanya Untungkan DAP

KUALA TERENGGANU, 30 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.
Perdana Menteri berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.
“Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti UMNO”, realitinya “DAP ganti PAS”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP.
“PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN (Barisan Nasional) pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Perdana Menteri berkata pakatan pembangkang yang disertai PAS selama ini dilihat tidak pernah menguntungkan mereka dalam politik.
“PAS tak dapat apa-apa keuntungan, sebab itu tak ada makna (mereka) kekal dalam pakatan pembangkang, sama ada dia nak bergabung dengan kita (Barisan Nasional), itu soal lain.
“Tapi yang saya nak tekankan, dia (PAS) tidak ada mendapat apa-apa manfaat malah secara tidak langsung menguntungkan parti DAP,” katanya.
Najib berkata DAP selama ini dilihat mendominasi pakatan pembangkang.
“Kita tengok dalam banyak isu DAP akan tentang kalau itu (sesuatu perkara atau isu) dianggap sebagai yang tidak boleh diterima berdasarkan ideologi DAP…mereka (PAS dan DAP) mungkin tidak dapat kata sepakat dalam isu-isu utama.”
Perdana Menteri berkata sekiranya PAS mahu memperjuangkan Islam, DAP bukanlah rakan sebenar dalam perjuangan berkenaan.
Ditanya usaha perpaduan yang pernah dibincangkan sebelum ini antara Umno dan PAS, Perdana Menteri berkata: “Perkara itu boleh, (tapi) kita tak boleh nak menjangkakan sesuatu, tapi saya nak sebutkan (dalam) pakatan rakyat sekarang ni cuma menguntungkan DAP sahaja. UMNO Online

Pas Membuta Tuli Ikut Telunjuk DAP, PKR, Terus Hanyut

KUALA LUMPUR, 20 April – Pas sepatutnya sedar dan tahu bahawa perjuangan mereka yang kini “berkiblatkan” DAP dan PKR bakal memusnahkan parti berkenaan dan laungan perjuangan Islam parti itu juga hanya sekadar laungan kosong semata-mata.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris ketika melontarkan perkara itu berkata amat jelas hari ini Pas yang sekadar membuta tuli mengikut telunjuk PKR dan DAP akan terus hanyut dibuai mimpi indah menuju Putrajaya.
Menurut beliau kekalahan parti berkenaan pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini adalah satu bukti jelas dan nyata perjuangan mereka yang bertopengkan Islam dan bernaung di bawah gabungan “Ahzab” tidak memberi apa-apa faedah.
“Kelima-lima kawasan yang ditandingi Pas semuanya kecundang kepada Barisan Nasional (BN) dan bukankah itu satu petunjuk kepada apa yang saya ungkapkan tadi. Mereka menentang calon BN yang diwakili parti PBB.
“Apakah mereka sedar dan tahu semua itu…saya harap mereka meneliti perkara ini dan mencari jalan keluar yang terbaik demi kepentingan parti berkenaan. Saya tidak sampai hati melihat mereka terus menerus menjadi kuda tunggangan kepada sekutu mereka.
“Bukankah jelas, Pas hanya menjadi pemecah undi kepada umat Islam pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini bagi merealisasikan hasrat pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) sekaligus menabalkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian sebagai Ketua Menteri yang baru,” katanya kepada UMNO-Online.
Ustaz Mohd Noor seterusnya menambah, sudah tiba masanya kepimpinan Pas melakukan muhasabah selain solat hajat untuk memohon petunjuk di dalam perjuangan mereka agar tidak terus menjadi mangsa kepada kerakusan sekutunya untuk menumbangkan BN.
Katanya mungkin ada segelintir kepimpinan Pas yang sudah mula sangsi dan khuatir terhadap perkara berkenaan, namun mengambil sikap berdiam diri untuk mengenengahkan hal yang sebenar.


“Lagi pun kita selalu dengar Pas selalu mengadakan solat hajat dan dalam situasi ini, apa salahnya mereka turut mengambil pendekatan yang sama bagi melihat kebenaran dan menolak kebatilan untuk kepentingan bersama,” katanya.
Tambah beliau lagi apa yang Pas laksankan hari ini sebenarnya adalah arahan “syaitan” dan bukannya berpandukan kepada al-quran.
“Ini kerana tidak ada satu ayat pun di dalam al-Quran dan tidak wujud satu hadis pun yang membenarkan umat Islam memusuhi semasa sendiri. Renung-renungkanlah….,” katanya. -MediaUMNO

DAULAT TUANKU : Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan Perak


Daulat Tuanku

MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH
SULTAN, YANG DI-PERTUAN DAN RAJA PEMERINTAH
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA KE-83
PADA 19 APRIL 2011
Sembah Takzim Daripada
KUMPULAN YEOP PARIT
-------------------------------------

Abdul Taib angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak

KUCHING: Tan Sri Abdul Taib Mahmud malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, di sini selepas Barisan Nasional memenangi majoriti dua pertiga pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 hari ini. - BERNAMA

Keputusan Rasmi : BN-55, DAP-12, PKR-3, BEBAS-1, PAS-000000000000




BN: 55
DAP: 12
PKR: 3
 BEBAS: 1
PAS: 0

SNAP: 0
PCM: 0
JUMLAH: 71


SARAWAK KEKAL MILIK BN - MAJORITI 2/3 SUDAH PASTI !!

BN MENGEKALKAN MAJORITI 2/3

Keputusan Tidak Rasmi :

BARISAN NASIONAL
54 kerusi

PAKATAN PEMBANGKANG
17 kerusi

Hanya SPR keluar keputusan rasmi - Pengerusi SPR

KUCHING 16 April -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan keputusan pengundian untuk sesetengah kawasan yang diedarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak tengah hari ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hanya keputusan yang dikeluarkan oleh SPR sahaja sah iaitu berdasarkan kepada maklumat yang telah diberi oleh setiap 71 pegawai pengurus pilihan raya yang telah dilantik.
"Saya telah dimaklumkan banyak sebaran dalam SMS, internet mengatakan parti tertentu telah menang pilihan raya di kawasan masing-masing. Ini maklumat tidak boleh dipercayai, hanya sumber daripada SPR sahaja yang sah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, hampir dua pertiga atau 1,038 pusat pengundi telah pun ditutup setakat jam 1 tengah hari ini dan kebanyakannya adalah di kawasan pedalaman dan luar bandar.
Menurutnya walaupun kawasan terbabit telah ditutup awal iaitu seawal jam 9 pagi namun proses pengiraan undi hanya boleh dilakukan bermula jam 12.30 tengah hari ini. - Bernama

Kebiadaban Pembangkang di Sarawak Semakin Menjadi-jadi

Apa kitak rasa mun kamek madah bapak kita cam "asuk"?


Nampaknya sifat pembangkang di Sarawak sudah semakin teruk. Banner di atas telah ditemui oleh penyokong-penyokong BN yang kebetulan lalu di kawasan Satok dan Tupong. Sebuah poster yang biadap, kurang ajar dan melampaui batas.
Apa pandangan pembaca terhadap "moral" poster berkenaan? Elokkah "moral"nya? Sesuaikah digunakan poster sebegini di Sarawak? Setahu penulis, budaya politik Sarawak tidak pernah biadap sebegini rupa.
Difahamkan, poster ini diilhamkan oleh balaci-balaci pembangkang yang datang dari luar Sarawak. Budaya ini datangnya dari Semenanjung. Poster-poster sebegini biasanya tidak pernah terdapat di Sarawak, namun sering dilihat dipamerkan oleh pembangkang di Semenanjung untuk mencetus provokasi BN di Semenanjung.
Amat biadap sekali. Itu pandangan dari perspektif budaya politik Sarawak. BN Semenanjung sudah biasa menghadapi serangan tidak bermoral begini.
Mahukah rakyat Sarawak menerima budaya politik pembangkang sebegini? Menyamakan Pehin Seri sebagai "pusak" adalah sangat tidak bermaruah. Apatah lagi Taib Mahmud banyak menabur jasa di Sarawak. Apa pula jasa pembangkang selain mengutuk BN?
Sepatutnya, rakyat menolak agenda politik sebegini. Belum pun memerintah, pembangkang sudah memperlihatkan moral yang sangat rendah. Ini adalah contoh tidak baik kepada anak-anak yang melihat poster berkenaan.
Pembangkang seolah-olah mempromosikan politik kebencian yang melampau. Di Semenanjung, isu itu sudah lama diketahui. Pembangkang memang biadap dan kurang ajar di sana. Namun di Sarawak, budaya politiknya berlainan dan jangan samakan dengan Semenanjung pula.
Sumber: sarawaksun.blogspot.com

BN Terus Mara, Gegaran Gelombang Biru Dirasai Di Seluruh Sarawak






Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gelombang biru kini dirasai di seluruh Sarawak termasuk di kawasan yang dikuasai pembangkang yang menunjukkan petanda positif Barisan Nasional  mendapat sokongan mantap daripada rakyat.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau bersyukur kerana sejak awal BN berkempen hingga sekarang, dari sehari ke sehari ada petanda yang positif terutama di kawasan pedalaman, pinggiran bandar dan juga bandar yang menjadi kubu parti lawan.
“Ini termasuklah di kawasan majoritinya kaum Cina, saya sendiri turun ke beberapa tempat di Sibu, Miri dan Kuching, trendnya lebih memberangsangkan.
“Atas dasar itu kita mempunyai keyakinan bahawa kita mendapat sokongan cukup mantap dan nampaknya gelombang biru sudah meningkat serta sudah dirasa d imana-mana kawasan di negeri ini,” katanya selepas majlis ramah mesra bersama Timbalan Perdana Menteri di Sekolah Kebangsaan Sungai Apong dekat sini.
Muhyiddin berkata kempen di sebahagian besar kawasan yang dikenal pasti sebagai kelabu sebelum ini telah diperhebatkan dengan pendekatan pemimpin turun padang.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agak luar biasa mengambil peranan utama (turun padang) ke kawasan yang penting dan saya juga memilih kawasan yang perlu diberi tumpuan”.
Muhyiddin berkata dalam tempoh sebelum kempen tamat, BN memberi tumpuan di kawasan kelabu yang cenderung berubah menjadi putih.
Semua jentera (BN) di peringkat kawasan seperti di Pending ini menjadi kawasan tumpuan yang dianggap belum mendapat sokongan kukuh dan penjelasan kepada rakyat dibuat secara lebih agresif,” katanya.
Ditanya mengenai tindakan DAP melabel Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai Orang Utan dalam ceramah kempen parti itu, Muhyiddin berkata sepatutnya ada tata etika yang harus digunakan ketika berkempen.
Katanya negara ini mengamalkan sistem demokrasi dan tidak seharusnya ada menghina satu sama lain.
“Mungkin mereka melihat SUPP sudah mula bangkit dan sokongan rakyat sudahmula meningkat, jadi mereka menggunakan ayat Orang Utan,” katanya.

Anwar Cabut Lari

KAPIT 14 April – Anwar Ibrahim mengejutkan penduduk di sebuah rumah panjang apabila mengambil keputusan meninggalkan sesi kempen beliau secara mengejut malam tadi.
Beliau berbuat demikian apabila ditanya mengenai isu kes liwat beliau dan jam juga Omega yang menjadi kontroversi sejak beberapa minggu lalu.
Anwar yang menghadiri program kempen di rumah panjang Edarodision Bungap Ng Melekun di Kapit berucap mengenai isu-isu politik semasa selama 20 minit.
Beliau kemudiannya mengadakan sesi dialog bersama penduduk rumah panjang tersebut. Apabila Tuai rumah panjang tersebut bertanyakan isu perbicaraan kes liwat beliau dan mengenai jam Omega yang menjadi kontroversi, Anwar kelihatan agak marah dan tidak menjawab soalan tersebut.
Sebaliknya beliau mengambil keputusan meninggalkan terus majlis tersebut tanpa bersalaman dengan penduduk di situ.
Tindakan Anwar mengejutkan jentera pembangkang di Kapit yang turut hadir bersama beliau.
Mereka berpendapat Anwar sepatutnya bersikap lebih “gentleman” dengan menjawab isu-isu tersebut secara politik memandangkan beliau merupakan ahli politik berpengalaman.

Pembangkang Umpama Kaca Mahu Jadi Permata


MIRI, 10 April – Tindakan pembangkang yang berjanji untuk menjadi kerajaan yang baik sekiranya mereka memenangi pilihan raya Sarawak 16 April ini umpama kaca murahan yang berpura-pura menjadi permata tulen, kata Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata percubaan pembangkang untuk mewujudkan sebuah barisan yang bersatu bukanlah untuk membentuk sebuah kerajaan dalam apa jua cara, sebaliknya semata-mata untuk memenangi pilihan raya.
“Mereka ini lebih teruk daripada orang yang mereka kritik,” kata beliau ketika berucap pada satu majlis di Kampung Bakam, kira-kira 25 kilometer dari sini hari ini.
Taib berkata ungkapan “ubah” yang dilaungkan oleh pembangkang hanya bertujuan memujuk pengundi supaya menyokong agenda mereka untuk menggulingkan BN tanpa mempunyai sebarang pelan komprehensif untuk mengubah kehidupan rakyat.
Satu undi yang diberi kepada mereka adalah undi ke arah ketidakstabilan dan masa depan tidak menentu. Perubahan yang mereka laungkan adalah perubahan ke arah ketidaktentuan, katanya.
Taib berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengecewakan masyarakat Sarawak memandangkan beliaulah (Anwar) punca kelewatan penubuhan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), kerana menarik balik peruntukan bagi projek itu semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Ini adalah perkara paling teruk yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin, kata Taib, sambil menambah Anwar sendiri tidak berupaya melakukan banyak perubahan di kawasan Parlimen Permatang Pauh sungguhpun beliau menjadi Anggota Parlimen di kawasan itu dan menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan selama 16 tahun.
“Saya hanya Ketua Menteri, sekurang-kurangnya saya berjaya mengubah kawasan luar bandar seperti Samarahan dan Mukah menjadi kawasan yang maju,” katanya.
Beliau turut membidas DAP, iaitu sebuah lagi parti pembangkang, kerana mengamalkan sikap kolonial dengan mempolitikkan isu agama dan perkauman pada pilihan raya ini, yang akan hanya mewujudkan syak wasangka serta memecah-belahkan masyarakat Sarawak.
Tindakan seperti itu akan mengakibatkan kerugian besar kepada negara dan Taib berkata hanya menunggu masa sahaja bagi taktik pembangkang ini “memakan diri mereka sendiri.”-Umno Online

Usah Cemar Parlimen Tayang Video Seks, Tubuh Suruhanjaya Siasatan

KUALA LUMPUR, 5 April – Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria (gambar) berkata desakan Pengerusi Dap, Karpal Singh agar rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang ditayangkan di Parlimen sebenarnya adalah satu perangkap.
Katanya, sekiranya rakaman itu ditayangkan di Parlimen, imej dan kemuliaan dewan Parlimen akan dipertikaikan sekaligus tercemar hanya semata-mata kerana Anwar Ibrahim.
“Tak perlu penayangan di Parlimen. Banyak lagi perkara yang perlu dan penting untuk diperbincangkan di Parlimen. Bukannya isu video ini. Video inipun dah ditayangkan dalam internet. Kalau nak tengok sangat, tengok kat internet dan nilai sendiri. Kita harus jaga kreadibiliti Parlimen.
“Apa yang penting sekarang ni, tubuhkan suruhanjaya siasatan dan siasat mengenai isu ini. Siapa yang telah melihat video yang telah tersebar meluas itu, perhatikan betul-betul siapakah yang menyalahi hukum agama, berdua-duaan di dalam satu bilik dan berlaku sumbang mahram”, katanya di sini.
Beliau juga menyeru supaya pihak-pihak tertentu yang begitu fanatik menyokong Anwar berfikir secara rasional sikap Anwar yang gemar baling batu sembunyi tangan ini.
“Anwar masih mahu berdolak dalik. Kenapa tidak bersikap seperti Chua Soi Lek yang berani mengaku kesalahan diri apabila video mengenai dirinya tersebar meluas.
“Ketika itu pembangkang teruk menghentam Barisan Nasional. Tetapi apabila terjadi kepada diri mereka kenapa hendak berdolak dalik. Di sini, saya ingin mendesak agar kerajaan segera menubuhkan suruhanjaya siasatan agar yang salah dapat dikenakan tindakan dengan segera dan rakyat dapat mengetahui adakah benar Anwar Ibrahim atau tidak,” ujarnya.
Nizar berharap rakyat akan lebih berfikiran terbuka dan jangan lagi tertipu dengan permainan pembangkang dengan menyalahkan kerajaan di atas isu video seks ini.
“Kerajaan dan UMNO tidak ada kaitan langsung di atas isu ini. Tidak ada konspirasi melibatkan kerajaan. Ini semua adalah masalah peribadi Anwar dan nafsu tidak terkawalnya.
“Jadi saya menasihatkan agar Anwar bersikap rasional dan jangan asyik menuding jari kepada orang lain di atas kesalahan dan kesilapan diri sendiri. Dia harus bertanggungjawab di atas apa yang telah dilakukannya. Berani kerana benar, takut kerana salah. Walau berselindung macamana sekalipun, bangkai gajah takkan boleh ditutup selamanya”, ujarnya.
Beliau juga berharap agar Anwar berhenti menipu rakyat dan memporak perandakan negara malah agama Islam itu sendiri.
“Kepada rakyat, saya harap jangan tertipu dan ditipu lagi. Kepada penyokong Anwar, buka mata dan tanganilah isu ini dengan sikap rasional,” katanya kepada UMNO-Online. -MediaUMNO

Keputusan Pilihanraya Sarawak Penentu Tarikh Pilihanraya Umum – Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan melihat dahulu keputusan pilihan raya negeri Sarawak sebelum membuat keputusan tentang waktu terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum.
“Kami lihat Sarawak (pilihan raya negeri) dulu dan selepas tu barulah kami putuskan bilakah waktu terbaik untuknya (mengadakan pilihan raya umum ke-13). Kami ikut sistem British dan kami boleh putuskan bila hendak mengadakannya, asalkan tidak melebihi tempoh lima tahun,” kata beliau.
Dalam wawancara dengan Bloomberg mengenai pencapaian beliau setelah dua tahun menerajui negara . Najib ditanya sama ada beliau akan mengadakan pilihan raya awal sekiranya BN mencapai keputusan cemerlang pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.
Apabila diminta memberi bayangan bilakah pilihan raya umum akan diadakan, beliau berkata, “Ramai yang ingin tahu tentang perkara itu, jadi biarlah saya tidak beri jawapannya sekarang.”
Najib, yang juga pengerusi BN, berkata parti gabungan itu telah mencatat keputusan cemerlang pada beberapa pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008.
“Sebenarnya, kami mencapai kejayaan yang sungguh cemerlang daripada segi pilihan raya kecil. Beberapa pilihan raya kecil yang diadakan baru-baru ini mempamerkan keputusan yang amat positif bagi kerajaan BN,” katanya.
BN menang lapan daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008, termasuk lima yang dimenanginya dengan majoriti lebih besar pada 2010.
Ditanya sama ada beliau merasakan perlu mendapatkan mandat baru untuk melaksanakan program transformasinya dengan lebih selesa memandangkan beliau mengambil alih jawatan perdana menteri pada pertengahan penggal, Najib berkata jika diambil kira tentang perubahan yang dilaksanakannya, ia memang mendapat sokongan rakyat.
“Kami sudah buat banyak tinjauan dan setelah melalui beberapa pilihan raya kecil, ternyata rakyat menyukai apa yang dilakukan oleh kerajaan, kalau tidak, tak kan kami mendapat keputusan demikian.

“Mandat yang kami terima pada 2008 adalah untuk lima tahun. Oleh itu, saya tidak berasa perlu mendapatkan mandat untuk diri saya sebagai perdana menteri. Apabila tepat masanya, saya akan serahkan kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru untuk parti,” katanya.
Ditanya sejauh mana BN yakin akan memenangi pilihan raya negeri Sarawak, Najib berkata rakyat di negeri itu mahukan kerajaan yang mampu berkhidmat untuk mereka dan dalam konteks ini, mereka dapati hanya kerajaan BN yang mampu berbuat demikian.
“Setiap rakyat tentu mahukan kerajaan yang mampu berkhidmat untuk mereka. Saya rasa perkara ini paling penting bagi Sarawak kerana negeri itu memerlukan lebih banyak pembangunan prasarana dan kemudahan asas. Saya rasa rakyat Sarawak akan melihat Barisan Nasional sebagai satu-satunya kerajaan yang mampu berkhidmat untuk negeri itu,” katanya.
Najib berkata beliau tidak fikir BN menghadapi risiko kehilangan kuasa (di peringkat persekutuan) memandangkan dalam tempoh beberapa tahun lepas, semakin ramai rakyat yang memberi sokongan kepada BN.
“Mereka yang meninggalkan kami pada pilihan raya lepas kini kembali menunjukkan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional. Ini tidak bererti kami boleh mengambil mudah. Pada setiap pilihan raya, pasti ada cabarannya,” kata beliau.
Najib berkata beliau berpendapat pilihan raya umum akan datang pasti sengit dan BN perlu bersiap sedia untuk menghadapinya.
Ditanya sejauh mana beliau yakin BN akan mendapat majoriti dua pertiga untuk membolehkan parti itu meluluskan sesuatu undang-undang dengan mudah, perdana menteri berkata perkara paling penting ialah mendapat kemenangan besar untuk memudahkan kerajaan bekerja dan berkhidmat untuk rakyat.
“Di negara demokrasi yang sudah matang, memang sukar untuk memperoleh majoriti besar. Lihat saja Australia dan kebanyakan negara lain. Oleh itu, persoalannya ialah sama ada majoriti dua pertiga merupakan objektif yang realistik memandangkan Malaysia juga sebuah negara demokrasi yang sudah matang. Kami akan melakukan yang terbaik dan sudah tentulah kami juga mengharapkan akan mendapat majoriti dua pertiga,” katanya.
Ditanya apakah ukuran beliau tentang keputusan pilihan raya yang baik, Najib berkata di Malaysia, secara tradisi, tanda arasnya ialah kemenangan dengan majoriti dua pertiga.
“Jika mahu membuat perubahan struktur dan dilihat pada negara demokrasi di seluruh dunia, sesetengah orang menyifatkan kemenangan dengan majorti selesa sebagai keputusan pilihan raya yang baik,” kata beliau.
Najib berkata BN, yang kembali berkuasa tetapi kehilangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 2008, yakin akan menawan semula negeri yang telah dirampas pakatan pembangkang daripadanya dan perkara ini sememangnya menjadi matlamat parti gabungan itu.
“Kami telah tetapkan sasaran, tapi tidak mahu mengumumkannya sekarang. Kami yakin akan dapat menawan kembali negeri-negeri itu dan ada beberapa perkara yang perlu kami lakukan terlebih dulu kerana apabila berdepan dengan rakyat nanti, kami perlu pastikan semuanya berada dalam keadaan tersusun,” katanya.