SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Hukum Hudud Hanya Akan Menambah Bilangan Kes - Karpal

GEORGE TOWN, 31 Okt 2011 - Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata hukum hudud hanya akan menambah bilangan kes jenayah dan bukan mengurangkannya kerana mustahil bagi pendakwa dapat membuktikan kes pendakwaan yang sewajarnya.
Beliau berkata syarat-syarat yang begitu ketat mahukan empat saksi dibawah perlaksanaan hudud bermakna kes jenayah perlu dibuktikan secukupnya tanpa sebarang kesalahan.
Karpal turut menyentuh perlaksanaan hudud adalah bertentangan dengan norma sistem undang-undang jenayah semasa yang hanya memerlukan pendakwa membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Beliau menambah dibawah undang-undang perlaksanaan hukum hudud, keempat-empat saksi perlu bersih dari sebarang dosa dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Karpal turut berkata pihak pendakwaan cukup sukar dalam menyediakan empat saksi bagi membuktikan berlakunya kes zina, sumbang mahram, rogol dan liwat.  
“Penjenayah pasti akan memilih hukum hudud kerana mustahil bagi pihak pendakwa mahu membuktikan kes.
“Hudud akan menyebabkan penjenayah bebas dan kes jenayah pasti meningkat," kata Karpal kepada wartwan semasa membuat lawatan di kawasan parlimennya.
Karpal menolak cadangan bahawa undang-undang hudud ciptaan Tuhan bertujuan untuk mencegah jenayah dan menanamkan rasa takut dalam rakyat, dan menyifatkannya sebagai "kesalahfahaman konsep".
Beliau turut merujuk kepada deklarasi Amnesty International, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang mengatakan hukuman mati adalah kejam dan zalim malah mempersoalkan betapa teruknya memotong kaki dan tangan di bawah undang-undang hudud. KLpos.

Pakatan Pembangkang Makin Bercelaru


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melihat kecelaruan pakatan pembangkang hari ini umpama ‘main sorong papan tarik papan’ sesama mereka apatah lagi dalam melakukan persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Katanya, jika benar pembangkang itu sepakat tetapi kenapa sampai ke hari ini bermula daripada tarikh mereka bersama atas dasar pakatan ketika mahu berdepan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-12 lalu dan sehingga sekarang masih belum membuat pendaftaran pertubuhan.”
“Inilah bukti bahawa mereka hanya bergabung atas kepentingan masing-masing tanpa ada sebarang matlamat sebagaimana BN yang di dalamnya mengandungi kepelbagaian dalam satu kesatuan.
Jelasnya yang juga Setiausaha Agung BN, lihatlah bagaimana parti-parti pembangkang yang berbeza pandangan atau pendapat sehinggakan apabila menghadapi pilihan raya mereka menggunakan simbol masing-masing sedangkan dalam BN kita tak pernah berbuat demikian.
“Jika benar mereka mahu bersatu atas satu pakatan maka tentunya mereka sudah membuat pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan sebagaimana BN apatah lagi memang sejak dari awal pakatan pembangkang ini seringkali mahu meniru apa yang dilakukan oleh BN.”
Beliau mengulas kemelut antara DAP dan PKR di Kedah berhubung pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi perebutan antara kedua-dua parti menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Jika dilihat, segala keputusan yang diambil dalam BN adalah keputusan yang konsensus dan bukan dibuat bersendirian sebagaimana pembangkang sehinggakan ada di kalangan pemimpinnya yang mengeluarkan kenyataan mengatakan ini adalah pandangan peribadi sedangkan mereka ini adalah pemimpin parti tapi bagaimana boleh kata peribadi atau tidak kerana ia adalah suara bersama,” ujarnya.
Justeru beliau berkeyakinan bahawa mereka akan menghadapi keadaan yang lebih getir daripada BN untuk meletakkan calon mereka dalam kawasan yang tertentu menjelang PRU akan datang.
“Saya berkeyakinan bahawa tiap-tiap parti akan meletakkan calon masing-masing dalam satu kawasan yang sama barangkali mereka akan bertanding sesama sendiri antara Pas, DAP atau PKR untuk menentang BN,” katanya.
Berdasarkan perkembangan semasa, beliau berkeyakinan bahawa rakyat sudah mulai sedar dan memahami bahawa pembangkang ini adalah satu entiti yang tidak boleh digunapakai.
“Mereka ini akan mementingkan diri masing-masing dan apa yang mereka lakukan bukannya untuk rakyat keseluruhan sebaliknya atas agenda sendiri sebagaimana penubuhan parti mereka iaitu atas dasar kekecewaan, jadi bagaimana ia boleh dilaksanakan dengan adil sekiranya dilakukan atas landasan kecewa dan kuasa.” - MediaUMNO

Setelah Lebih 20 Tahun Pas Baru Terfikir Tubuh Jawatankuasa Pelaksanaan Hudud

Cukup menghairankan…. setelah lebih 20 tahun memerintah Kelantan dan melaung-laungkan negeri itu sebagai Serambi Mekah dan sebagainya, baru sekarang mereka mengumumkan satu jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hudud di negeri tersebut.  
Justeru persoalan yang timbul hari ini apakah tujuan Pas melaung-laungkan dalam ceramah dan sebagainya bahawa pelaksanaan hudud di negara ini termasuk melontarkan pelbagai tohmanan terhadap UMNO dan BN.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Mudir Pondok di Kelantan, Ustaz Zainal Abdin Awang berkata itu adalah salah satu strategi mereka seperti tahun-tahun sebelum ini yang akan mewar-warkan isu berkenaan menjelangnya pilihan raya.

“Jadi bagi saya tidak pelik menjelangnya pilihan raya umum ke-13 mereka mewar-warkan sekali lagi, namun kali ini dengan nada berlainan dengan mewujudkan jawatankuasa tersebut.

“Kita mengalu-alukan jika mereka ikhlas untuk melaksanakannya selain menepati undang-undang Islam yang sebenar dan bukannya sekadar untuk memancing undi dalam usaha mengukuhkan parti itu yang kononnya berjuang untuk Islam sedangkan pada hakikat perkara itu samar-samar.

“Daripada negara Islam kepada Negara Berkebajikan.. apalagi yang mereka mahu tipu rakyat khususnya umat Islam hari ini. Saya akan membongkar satu persatu pembohongan Pas demi kepentingan ummah,”.

Kelantan sebelum ini  meluluskan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll bagi membuat kajian tentang pelaksanaan hukum hudud di negeri itu.

Jawatankuasa itu yang akan dianggotai 19 ahli akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Zainal seterusnya berharap jawatankuasa berkenaan akan memainkan peranan yang betul-betul dan bukannya sekadar alat politik murahan kerajaan Pas Kelantan untuk mengelirukan rakyat.

Ini kerana katanya mereka bertanggungjawab untuk memastikan perkara itu dapat direalisasikan sepertimana yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan Pas khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Selepas ini mungkin ada pula satu jawatankuasa lain terutama selepas PRU ke-13 nanti……Tak percaya tengoklah nanti. Akan ada pula alasan yang diberikan dalam usaha menutup pembohongan yang makin terdedah.

“Apa pun saya harap sangat-sangat jawatankuasa ini bukan sekadar “Pak turut” tetapi akan bertindak lebih daripada itu. Ingat…….Mereka boleh tipu rakyat tetapi tidak boleh tipu Allah s.w.t, “ katanya. -MediaUMNO

Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam

Berdosa rasanya apabila mengundi parti pembangkang pada pilihanraya tahun 2008 yang lalu. Pelbagai aib berkaitan pemimpin Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin ketara kebelakangan ini.
Lim Guan Eng bukan sahaja menindas peniaga di Komtar, malahan janji beri rumah rakyat dan perlakuan mementingkan kroni dan konco-konco semakin ketara di mata rakyat. Malah Guan Eng juga sentiasa gagal menjawab pelbagai isu dengan telus dan ikhlas.
Banyak kenyataan yang cuba mempertahankan isu yang melanda dirinya akhirnya memakan diri sendiri.  Lebih memalukan sudah banyak kali Guan Eng dilihat bertutur seperti lidah biawak yang bercabang.  Pendek kata Guan Eng seperti pemimpin putar alam.
Terbaru ialah tindakan tidak senonoh anaknya meraba pelajar perempuan di sekolah Cina dan membayar RM200 ribu sebagai tanda untuk tutup mulut pelajar terbabit.
Gara-gara bengang dengan kenyataan beberapa  pemimpin  yang mahu beliau perjelas keadaan sebenar, beliau tampil dengan kenyataan yang berbeza-beza.
Akhbar Guan Ming Daily bertarikh 19 November 2011, pada halaman A10 melontarkan kenyataan Lim Guan Eng ekoran dakwaan anaknya meraba pelajar perempuan Sekolah Cina Heng Ee. Menurut laporan akhbar terbabit, Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan tersebut adalah fitnah dari pemimpin UMNO yang tidak senang dengan kepimpinannya.
Lim Guan Eng menjelaskan bahawa anaknya dipindahkan ke Sekolah St Xavier’s Institution kerana bimbang terjebak dengan gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar. Alasan itu tidak munasabah kerana bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkannya kepada bloggers dan media sebelum ini bahawa anaknya dipindahkan kerana masalah displin.
Manakala kenyataan media lain menyebut beliau pindahkan anaknya kerana kerana mahu berambut panjang. Apakah motif sebenar pertukaran sekolah anaknya? Alasan demi alasan dikeluarkan untuk menutup pekung di dada. Akhirnya sedikit sebanyak ianya akan merungkai kebenaran yang sebenar.
Agak mencurigakan lagi, Lim Guan Eng menyifatkan kegiatan tidak bermoral ( meraba buah dada pelajar perempuan ) itu tidak bersangkut paut dengan anaknya kerana anaknya seorang yang baik dan pelajar harapan di Sekolah. Rentetan tragedi anaknya meraba pelajar perempuan, anaknya mengalami masalah kesihatan darah rendah dan terpaksa cuti sakit selama 2 hari.
Jika benar anaknya tidak terlibat, Lim Guan Eng perlu yakin dan rasional perjelas situasi tersebut dengan alasan munasabah. Selain tidak masuk akal langsung dengan alasan yang diberikan, beliau tergamak tuduh UMNO dalang untuk menjatuhkan mentalitinya sebagai seorang pemimpin.
Lim Guan Eng tidak perlu tuding jari kepada UMNO, tuduh UMNO sengaja mencari masalah untuk mencemar maruahnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Sebaliknya olah jawapan yang baik kepada rakyat untuk tutup sifat kepura-puraan yang semakin menyerlah selama ini.
Tidak soal isu cemburu di kalangan parti UMNO dan DAP, sebaliknya rakyat mahu Lim Guan Eng perjelas tujuan sebenar anaknya dipindahkan sekolah. Hairan juga beliau bertindak melulu ke atas anaknya sedangkan pelajar akan menghadapi peperiksaan dan cuti semester tidak lama lagi. Tiada keperluan yang penting dilihat melainkan ada agenda tersembunyi.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak bermakna. Sebagai pengundi, saya terpaksa redha dengan kemelut politik dan pentadbiran di Pulau Pinang sehingga menjelang Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi.
 Anak Mami Tanjong

Happy Deepavali to all Malaysian Hindus

Hudud Pas Benarkan Suami Liwat Isteri : Pas Gagal Berikan Penjelasan

KUALA LUMPUR  24 Okt – Pas hari ini dilihat berada dalam dilema apabila terus menyepi dan mengambil sikap berdiam diri berhubung undang-undang Hudud yang dibangkitkan ahli Parlimen Bebas, Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin di Parlimen minggu lalu.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Datuk Dr Muhammad Yusoff  Hussein berkata tindak-tanduk kepimpinan Pas itu khsusnya bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu berkenaan menimbulkan pelbagai tafsiran.
Menurut beliau pertamanya apakah Hadi termasuklah Mursydiul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasakan mereka tidak perlu lagi memberikan penjelasan kerana “motto” mereka hari ini telah bertukar kepada Negara Berkebajikan.


“Keduanya tafsiran yang kita boleh buat ialah apakah mereka khuatir dan gusar jika mereka memberikan penjelasan, ianya akan menimbulkan kemarahan kepada sekutu utamanya di dalam pakatan pembangkang iaitu DAP setelah kedua-duanya dikatakan bersetuju untuk tidak bersetuju menjadikan Hudud sebagai agenda utama pada pilihan raya umum ke-13 pada mesyuarat sulit mereka baru-baru ini.
“Ketiganya apakah DAP belum lagi memberikan lampu hijau untuk Pas memberikan penjelasan atau apakah Pas masih tercari-cari penjelasan kepada apa yang dibangkitkan oleh Zulkifli Nordin itu. Itulah yang menjadi persoalan kepada kita sekarang,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz HJ Mohd Afandi Yusof meminta Presiden Pas,  Datuk Seri Abdul  Hadi Awang  memberikan penjelasan berhubung undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu, khususnya Seksyen 14 Enakmen Hudud, Qisas dan Takzir, 2002.
Menurut beliau perkara tersebut yang dibangkitkan ahli Parlimen Bebas, Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin memerlukan penjelasan lebih lanjut sama ada perkara itu benar atau sebaliknya
Tegas beliau Hadi yang pada waktu itu sebagai Menteri Besar Terengganu perlu bersuara kerana sebarang kekeliruan mengenai perkara itu akan menimbulkan pelbagai tafsiran di kalangan umat Islam.
Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami untuk meliwat isteri.
Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang ‘panas telinga’ dan menimbulkan kekecohan.
Dr Muhammad seterusnya menegaskan Pas perlu mengakui dan bukannya bersifat sedemikian rupa jika mereka benar-benar ikhlas dan telus dalam memperjuangkan Hudud.
Ini kerana ujar beliau penjelasan lebih lanjut diperlukan kerana mereka yang menggubal dan bukannya pihak lain.
“Nampaknya mereka seolah-olah tidak mengakui kesilapan sendiri…Saya tidak kata yang mana satu betul dan pihak mana yang salah dalam soal ini tetapi apa yang dibangkitkan oleh Zulkifli Nordin itu memerlukan penjelasan selanjutnya.
“Jangan mengambil sikap berdiam diri….Jika berterusan dengan sikap sedemikian akan timbul pelbagai persoalan sepertimana yang saya tegaskan tadi. Itu yang kita tidak mahu kerana akhirnya Islam yang akan dilihat tidak elok. Jadi baik Hadi atau Nik Aziz tampillah ke depan nyatakan kekeliruan berkenaan,” ujarnya.  -MediaUMNO

20 Penyokong Setia Pas Cawangan Padang Limau Sertai UMNO

Sungai Petani, 23 Okt – Seramai 20 penyokong PAS dari Cawangan Kampung Padang Limau di Kota Kuala Muda dekat sini keluar parti itu dan menyertai UMNO hari ini.
Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Othman Aziz dan turut disaksikan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Mohammad Firdaus Zakaria.
Pada majlis itu di sini, 50 lagi anggota baru dari kampung itu dan Kampung Bukit Lalang menyerahkan borang keahlian UMNO.
Bekas Pengerusi Tetap PAS Cawangan Kampung Padang Limau, Mohd Akhir Hassan, 48, berkata dia yang menyertai PAS sejak 10 tahun lalu berasa tidak puas hati dengan kepimpinan PAS sekarang yang banyak menabur janji kosong tanpa menjalankan kerja dengan sempurna untuk masyarakat setempat.
“Yang saya paling geram apabila pada satu ketika ada individu dalam PAS ini kata kepada saya kalau hendak senang pergi masuk UMNO.
“Situasi ini menjadikan saya betul-betul kecewa dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke dalam UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian.
Bekas Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Padang Limau Mohamad Rizal Ramli, 33, berkata sistem pentadbiran PAS tidak sistematik dan gagal merealisasikan keperluan golongan muda pada masa ini.

Antara Himpunan Sejuta Umat Dan Himpunan Bersih, Pas Menipu Diri Sendiri

Pas yang mendabik dada kononnya sebagai parti yang memperjuangkan Islam di negara ini, hanyalah sekadar slogan sahaja tetapi tidak mampu untuk merealitikan apa yang diperjuangkan.
Ketua Wanita UMNO Subang, Halimathon Saadiah Bohan menyifatkan tindakan Pas menarik diri daripada Himpunan Sejuta Umat pada Sabtu ini membuktikan belang sebenar parti itu.
“Penarikan diri daripada himpunan itu membuktikan siapakah Pas yang sebenarnya,, alasan bahawa himpunan itu tidak membabitkan parti politik kerana ia dianjurkan oleh badan bukan kerajaan.
“Ini berbeza dengan pendirian Pas ketika perhimpunan haram Bersih 2 di ibu negara tidak lama dahulu, apa bezanya Bersih dengan Himpunan Sejuta Umat. Bersih 2 juga dianjurkan oleh badan bukan kerajaan,” katanya kepada UMNO-online.
Kelmarin Pas membuat keputusan bahawa mereka untuk tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat dengan alasan ia tidak melibatkan parti-parti politik dan menghormati keputusan pihak penganjur.
Himpunan Sejuta Umat adalah perhimpunan untuk menggerakkan kebangkitan umat Islam di negara ini supaya  peka terhadap tanggungjawab untuk mempertahankan aqidah dan memperjuangkan kesuciannya.agama Islam.
“Keputusan Pas itu sudah dijangka, Pas sebenarnya terpaksa menarik bukan disebabkan alasan yang diberi tetapi tekanan daripada rakan mereka dalam pakatan pembangkang. Itu semua adalah helah belaka.
“Sedangkan sebelum ini, Pas Selangor dan Pemuda Pas beriya-iya mengatakan mereka akan menyertai himpunan itu, apa yang berlaku jelas lah Pas bukan parti yang memperjuangkan Islam seperti yang diperkatakannya.
“Islam yang disering dilaung-laungkan itu hanyalah sekadar slogan untuk mendapatkan sokongan daripada orang Melayu, contoh paling jelas apabila perjuangan negara Islam sebelum ini terpaksa diubah kepada negara berkebajikan, ini semua hasil mereka berkawan dengan DAP dan PKR,” katanya.
Menurutnya adalah suatu yang menyedihkan apabila perhimpunan yang dianjurkan badan bukan kerajaan berteraskan Islam ditolak Pas dengan alasan remeh demi menjaga kepentingan politik mereka.
“Perhimpunan haram Bersih2, yang dianjurkan oleh Ambiga, seorang yang bukan Islam dan badan bukan kerajaan yang tidak berdaftar, Pas antara yang lantang membidas kerajaan, ini menunjukkan adanya `double standard’ pendirian Pas,” katanya.
Apa yang berlaku itu jelaslah menunjukkan Pas adalah sebuah parti yang tidak mempunyai pendirian dan hanya mengikut telunjuk dalam menentukan perjuangan mereka kerana khuatir akan ditinggalkan oleh rakan sekutunya dalam pilihan raya umum nanti. -MediaUMNO

Muammar Gaddafi killed as Sirte falls


Muammar Gaddafi has been killed after National Transitional Council fighters overran loyalist defences in the toppled Libyan leader's hometown and final stronghold of Sirte.

But questions remained on Thursday over the circumstances of Gaddafi's death as footage appeared to show he had been captured alive, following an apparent attempt to flee the besieged coastal city in a convoy which came under fire from French warplanes and a US drone aircraft.

Other footage showed Gaddafi's lifeless and bloodied body being dragged along a road.
"We have been waiting for this moment for a long time. Muammar Gaddafi has been killed," Mahmoud Jibril, the de facto Libyan prime minister, told reporters on Thursday in Tripoli, the capital.

Asked what would be done with Gaddafi's body, he said: "It doesn't make any difference, as long as he disappears".

After his death, Gaddafi's body was reportedly transferred to a mosque in Misrata.
Crowds took to the streets of Sirte, Tripoli, Misrata and Benghazi, the eastern city that spearheaded the uprising against Gaddafi's 42-year rule in February, to celebrate the news, with some firing guns and waving Libya's new flag. 

"I'm so proud now," a Tripoli resident told Al Jazeera."It's a new era. Look to our eyes and you'll see happiness, finally".

Son killed
One of Gaddafi's sons, Mutassim, was also killed on Thursday, having been hiding with his father, Mahmoud ShammamLibya's information minister said. Earlier reports had suggested that he had been captured alive but injured.

News of Gaddafi's death, weeks after NTC fighters effectively ended his four-decades rule by capturing Tripoli, came shortly after the NTC captured Sirte after weeks of fierce fighting.
Fighters flashing V for victory took to the streets in pick-ups blaring out patriotic music.
"Thank God they have caught this person. In one hour, Sirte was liberated," a fighter said.
Al Jazeera's Tony Birtley, reporting from Sirte, said Libyans there were celebrating the beginning of a "new Libya".
"This is bringing a form of closure," he said. "Gaddafi stayed true to his words, that he would stay in Libya till the end.
"It was surprising to many that he did actually stay here in Sirte - it's taken such a bombardment in the last 13 days. Nothing could survive in here for very long. I think they were starved of food, starved of ammunition, and finally there was nothing to do but to run".

French 'warning shot'
Gerard Longuet, France's defence minister, said French warplanes had fired a warning shot to stop a convoy of vehicles carrying Gaddafi before he was killed.
The convoy of several dozen vehicles "was stopped from progressing as it sought to flee Sirte but was not destroyed by the French intervention," Longuet told reporters.

Libyan fighters then intervened, destroying the vehicles, from which "they took out Colonel Gaddafi," he said.
A US defence official told AFP news agency that a US drone along with a French fighter jet had attacked a convoy of vehicles in Libya that the French believed was carrying Gaddafi.

In Tripoli, Jibril said he had received unconfirmed reports that Gaddafi's most prominent son, Saif al-Islam, was trying to flee from Sirte but had been tracked down by NTC fighters who were attacking his convoy. Later reports suggested that Saif had been injured and arrested.

Footage had emerged earlier in the day of the body of Abu Bakr Younus, Gaddafi's defence minister, who also died in what would become the last stand of the regime he served.
Abdul Hakim Al Jalil, commander of the NTC's 11th brigade, said that Moussa Ibrahim, the former spokesman for Gaddafi's fallen government, had been captured near Sirte. Ahmed Ibrahim, a cousin of Gaddafi, was also reportedly captured. Al Jazeera

Rakyat makin bijak menilai Anwar

KUALA KANGSAR 15 Okt. - Rakyat semakin bijak menilai Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui perwatakannya yang hanya licik memainkan sentimen rakyat melalui ucapan berkobar-kobar di pentas ceramah tetapi gagal membuktikan kredibiliti sebagai seorang pemimpin.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan, rakyat negara ini tidak akan selama-lamanya tertipu dengan budaya politik Anwar yang sering mahu dilihat sebagai pemimpin yang unggul tetapi realiti jelas menunjukkan sebaliknya.
''Sebab itu kita selalu kata, jangan menilai manusia ini (Anwar) melalui kata-kata atau ucapannya yang memang begitu sedap didengar, tetapi kita perlu menilai segala perbuatan dan amalannya.
''Memang mudah berjanji apa sahaja untuk mendapat kuasa tetapi rakyat boleh menilai antara kebenaran dan pembohongan," katanya ketika berucap menutup Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta para pemimpin komponen BN negeri.

Mohd. Shafie menegaskan, Anwar serta pemimpin pakatan pembangkang gagal menghalang momentum sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya mengotakan janji-janji melalui pelaksanaan dasar yang mengutamakan kepentingan rakyat.
''Perdana Menteri menterjemahkan segala janji dengan mendukung kepentingan rakyat dan formula kejayaan inilah yang semakin menggusarkan pembangkang," katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pakatan pembangkang juga tidak dapat menafikan kemampuan kerajaan BN dalam mewujudkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini sehingga mendapat pengiktirafan dunia luar.
Tidak hairanlah, kata beliau, keharmonian tersebut cuba dirosakkan oleh pakatan pembangkang dengan memainkan isu serta sentimen negatif untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.
''Sekejap setuju, sekejap tidak setuju dan mereka berbalah sesama sendiri. Cukup jelas mereka tiada kesepakatan sehingga menjadikan perjuangan masing-masing sebagai bahan eksperimen untuk menarik sokongan.
''Kita perlu bertanya, bagaimana mereka ini mahu membina sebuah kerajaan yang kononnya memperjuangkan suara rakyat sekiranya suara pemimpin-pemimpin mereka sendiri tiada kesepakatan?," tegasnya.
Sementara itu, Majlis Penerangan Perdana itu mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri lebih 12,000 orang iaitu jumlah tertinggi yang dicatatkan setakat ini sejak program itu dilancarkan September lalu.
Bertemakan penjelasan isu-isu semasa termasuk Bajet 2012, majlis itu dihadiri rakyat pelbagai lapisan termasuk ahli 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), 800 pertubuhan belia sekitar Perak, wakil agensi kerajaan serta komponen Barisan Nasional (BN) negeri. - Utusan

Pas Sepakat Tolak Hudud

Dalam bahasa mudah dan bahasa yang tidak berlapik-lapik, Pas akhirnya akur dan sepakat bersama DAP dan Pas untuk menolak hudud serta taat kepada kitab Buku Jingga.
Dalam usaha mmastikan perkara berkenaan tidak terdedah kepada umum serta malu dengan para penyokong tegas mereka Pas khususnya cuba berselindung dengan permainan kata-kata “bersetuju untuk tidak bersetuju” dengan pelaksanaan hukum hudud.
Mudir pengajian agama Pondok di Kelantan, Ustaz Hj Zainal Abidin Awang yang sebelum ini  pernah menyebut bahawa Hudud hanya mainan politik Pas sedikit pun tidak terkejut dengan apa yang berlaku itu kerana sejak dari awal lagi beliau telah melihat kecenderungan Pas ke arah itu.
Justeru beliau tidak hairan Pas sanggup tunduk kepada DAP dalam soal berkenaan kerana mereka hanya menjadikan Hudud sebagai isu politik dan bukannya seperti apa yang diwar-warkan di dalam ceramah mereka di seluruh negara.
“Sebab itulah saya berani katakan seperti yang saya pernah ulas sebelum ini. Cumanya kali ini sudah jelas Pas menolak hukum tersebut…cumanya dalam nada lembut dan cukup berlapik.  Apa pun tidak kira sebenarnya samaada lembut atau keras, Pas kita boleh anggap telah menolak hukum tersebut.
“Jika sebelum ini ayam sabung Pas begitu lantang mengutuk dan mencerca UMNO kononnya parti itu menolak Hukum Allah, apa pula status mereka hari ini. Ingatlah… bangkai gajah sembunyi kat mana pun lama-lama bau juga akhirnya,”
Dilaporkan DAP dan Pas terus menghadapi kebuntuan berhubung kontroversi undang-undang hudud selepas mengadakan satu lagi “mesyuarat sulit” di ibu pejabat DAP.
Kedua-dua parti sekutu Pakatan Pembangkang itu mengadakan pertemuan dengan PKR sebagai usaha mencari penyelesaian dalam isu rumit mengenai cadangan Pas untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan.
Ini merupakan pertemuan kedua diadakan dalam tempoh dua minggu yang turut disertai para pemimpin tertinggi Pakatan.
Mereka termasuk ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali, Penasihat DAP,  Lim Kit Siang, pengerusi kebangsaan Karpal Singh dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Pas,  Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali.
Ustaz Zainal seterusnya mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  segera tampil bagi menjelaskan perkara berkenaan supaya perkara yang benar dapat diketahui umum.
“Itu pun kalau Hadi benar-benar ikhlas dan tidak ada niat tersembunyi…..Kalau beliau jujur kepada umat Islam,  beliau akan keluar dari kepompong persembunyian dan jika sebaliknya Hadi akan terus berdiam diri kerana khuatir dan bimbang sokongan mereka akan terus merundum,” katanya. -MediaUMNO

Biarkanlah Pembangkang Terus Bermimpi

Penganalisis politik tempatan, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussein berkata benarkanlah pakatan pembangkang menganyam mimpi untuk mentadbir negara dan menduduki jawatan perdana menteri dengan jelmaan kabinet bayangan atas kertas termasuklah membentangkan bajetnya sendiri.
“Pakatan pembangkang boleh bercakap macam-macam atau menjanjikan apa saja yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan BN kerana mereka belum berkuasa. Mereka tak tahu bagaimana realiti menjadi pemimpin dan berkerajaan jadi mereka akan cakap ikut apa yang mereka suka,” katanya.
Beliau yang juga pensyarah di Pusat Pengajian Sains KemasyarakatanUSM berkata demikian dalam mengulas berkaitan perancangan pembangkang bahawa Ketua DAP  di Parlimen, Lim Kit Siang; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah ‘perdana menteri bayangan’ sebelum mereka mendapat mandat berkerajaan pada pilihan raya umum nanti.
“Kita biarkanlah mereka terus bermimpi kerana hanya itu yang mereka boleh lakukan apatah lagi semuanya sengaja diada-adakan bagi tujuan untuk menarik sokongan rakyat sedangkan nanti kita tengok sendiri macam mana mereka akan bertelagah apabila menjelang pilihan raya.
“Lihatlah sekarang ini pun macam-macam perkara yang mereka tak sepakat tetapi mereka berlakon kononnya jawatan perdana menteri boleh diagihkan antara tiga orang pemimpin tertinggi dalam tiga parti terbabit,” katanya.
Dalam hal tersebut, beliau merujuk kepada pakatan pembangkang yang masih gagal memutuskan pembahagian kerusi antara ketiga-tiga.
Ujarnya, perkiraan mereka adalah untuk menetapkan jawatan perdana menteri kepada salah seorang daripada tiga pemimpin yang mendapat undi tertinggi dan sekiranya dilihat kepada keputusan pada PRU-12 lalu, PKR yang mendapat kerusi terbanyak, diikuti oleh DAP dan Pas.
“Jika dilihat kepada keputusan lalu tentulah Anwar Ibrahim yang akan menjadi Perdana Menteri jadi terserahlah kepada mereka apabila berkerajaan sama ada mahu melantik dua orang timbalan atau melaksanakan jawatan perdana menteri secara bergilir atau apa sistem sekalipun tapi persolannya itu semua jika mereka menang,” tegasnya.
Katanya lagi, pakatan pembangkang boleh menjanjikan macam-macam sebagaimana ‘kabinet bayangan’ mereka kerana ia hanya ‘bayang-bayang’ dan jika benar menjadi realiti mereka berkerajaan maka belum tentu juga ‘bayang-bayang’ tersebut akan wujud.
“Benda tak nampak jadi mereka boleh main cakap sebagaimana bajet yang mereka bentangkan sedangkan mereka sendiri tidak tahu keadaan mikro dan makro ekonomi negara, tentunya ada pakar-pakar yang membuat penilaian atas kemampuan negara tetapi pembangkang boleh cakap apa saja sebab mahu menarik perhatian rakyat,” katanya.MediaUMNO

Bajet 2012 Bukan Bajet Pilihanraya



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan pembangkang bahawa Bajet 2012 sebagai ‘bajet pilihan raya’ menjelang pilihan raya umum akan datang.
Sebaliknya menurut beliau, pertimbangan utama kerajaan menerusi Bajet 2012 adalah bagi memastikan rakyat di semua peringkat menikmati faedah terutama untuk meningkatkan taraf hidup selari dengan perkembangan ekonomi semasa.
“Saya tak fikir perkara itu (pilihan raya) menjadi pertimbangan utama, kerana situasi dan keadaan hari ini memerlukan kerajaan prihatin tentang keperluan rakyat.
“Jadi bila diberikan pelbagai kemudahan dan tawaran dalam Bajet 2012 ini…itu adalah tujuan utamanya.
“Kalau ada pihak kata ini belanjawan pilihan raya, itu terserah kepada mereka. Bila pilihan raya nak diadakan?” katanya pada sidang media di lobi Parlimen selepas sesi perbentangan Rang Undang-undang Perbekalan (2012) di sini, Jumaat.
Beliau mengulas dakwaan pembangkang bahawa kerajaan menjadikan Bajet 2012 sebagai ‘gula-gula’ politik untuk memenangi hati rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Selain itu Muhyiddin berkata, Bajet 2012 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai belanjawan yang seimbang kerana mencakupi semua bidang secara menyeluruh di semua peringkat.
Menurutnya, menerusi Bajet 2012 ia diyakini dapat menyentuh hati rakyat sama ada yang terlibat di bidang pertanian, perladangan, sektor swasta, golongan pesara mahupun penjawat awam.
“Ini adalah belanjawan terbaik yang mungkin belum pernah dibentangkan sebelum ini.
“Ia juga menunjukkan kesungguhan berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) membela nasib rakyat,” katanya.