SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Slogan, Logo “BN Pilihan Orang Muda” Dilancarkan

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan slogan BN Pilihan Orang Muda dalam usaha mengiktiraf sokongan generasi itu terhadap parti berkenaan.
Slogan itu yang dilancarkan selepas program tertutup amanat Presiden UMNO bersama kedua-dua sayap parti, Pemuda dan Puteri hari ini mencatat sejarah tersendiri kepada BN.
Peningkatan sokongan golongan muda selepas beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini terutama pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan beberapa pilihan raya kecil lain selepas itu telah mencetuskan idea kepada sayap UMNO untuk memperkenalkan slogan tersebut.
Itu adalah antara pengiktirafan BN kepada golongan muda di negara ini yang telah memperlihatkan komitmen mereka untuk bersama-sama dengan parti yang telah sekian lama berkhidmat dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara ini. – UMNO Online

DAP Hanya Mahu Perguna Orang Melayu Untuk Kuasa – Pak Ngah Lengkong


PARIT, 11 Nov – Pertemuan eksklusif UMNO-Online bersama Ngah Bin Mat Baki atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah Lengkong di Bota, Parit Perak baru-baru ini memberikan peluang untuk mendalami pengalamannya yang pernah bersama dalam perjuangan DAP di Perak, sehingga beliau dipilih sebagai orang Melayu yang bertanding di Pilihan Raya Umum di DUN Bota Perak.

Pertemuan tersebut diaturkan Ahli Parlimen Parit, YB Nizar Zakaria di kediaman Pak Ngah di sebuah hutan di pinggir daerah Bota, Perak.

Ngah Bin Mat Baki  atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah Lengkong, mengakui pilihannya pada tahun 1978 untuk memasuki parti politik berhaluan kiri, DAP yang akhirnya membuka ruang kepadanya untuk menjadi calon DAP di DUN Bota, Perak.

“Ketika itu, memang DAP mula mahu mengembangkan sayap mereka, termasuk mahu mendapatkan pengaruh dari orang-orang Melayu. Ketika itu, DAP sedang menubuhkan Biro DAP di Luar Bandar dan kami sebagai calon ini secara automatik menjadi ahli jawatankuasa biro tersebut.

“Pada pilihan raya tersebut, saya telah kalah. Selepas itu, saya sedar perjuangan saya tidak betul dan saya perhatikan Perikatan (Barisan Nasional) di sini ketika itu sudah longgar kerana ada pengacau seperti saya di sini,” ujarnya dalam pertemuan eksklusif yang diaturkan Ahli Parlimen Parit, YB Nizar Zakaria di kediamannya di dalam sebuah hutan di daerah Bota.

Dalam pertemuan selama sejam itu, Pak Ngah Lengkong turut mengagumi ketokohan dan keperibadian Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan melihat Tun Mahathir sebagai patriotik kerana sepanjang masanya memikirkan hal dan masa depan anak bangsa.

Pak Ngah turut menasihatkan anak-anak muda agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang boleh membawa ke jalan yang sesat. Walaupun Malaysia (Tanah Melayu) sudah aman damai dan merdeka, namun terdapat anasir-anasir jahat yang sentiasa mengintai ruang untuk merobohkan keharmonian negara ini.

“Perjuangan anasir-anasir jahat ini tidak pernah terkubur. Sebagai contoh, buku yang saya sedang baca sekarang ini, “Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia”, jelas membuktikan bahawa komunis sentiasa berusaha untuk memastikan Tanah Melayu ini menjadi sebuah Negara Republik.

“Dia memberikan kita gambaran, tipu helah dan muslihat komunis untuk menjahanamkan Tanah Melayu ini,” tambahnya.-MediaUMNO.

Hudud : Apa Pendirian Rasmi Pas Setelah PKR, DAP Tolak Mentah-mentah?

Pas didesak mengeluarkan pendirian secara rasmi mereka berhubung pelaksanaan hudud di negara ini bagi membuktikan kesungguhan serta komitmen mereka ke arah itu dan bukannya sekadar menjadikan bahan politik.

ADUN Permatang Berangan, Datuk Shabudin Yahya berkata pendirian itu penting memandangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan secara jelas sebelum ini bahawa hudud tidak ada tempat di dalam dasar pakatan pembangkang.

Tambahan pula ujar beliau lagi, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menyatakan secara jelas pada persidangan DUN Pulau Pinang baru-baru ini bahawa kerajaan negeri itu juga tidak bercadang untuk melaksanakan undang-undang berkenaan.

“Saya boleh buktikan apa yang diungkap oleh Guan Eng mengenai perkara ini kerana beliau menjawab soalan lisan saya pada hari penggulungan 3 November lalu. Guan Eng sebagai pimpinan tertinggi kerajaan negeri dan parti telah menyatakan secara jelas soal ini.

“Begitu juga dengan Ketua Pembangkang yang menjadi “Pengetua” di kalangan parti pembangkag juga telah menyebutkan soal ini ketika berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada kira-kira 65 persatuan dan Dewan Perniagaan Cina di Subang Jaya.

“Sunyi sepi pimpinan Pas dalam soal ini. Mana suara lantang mereka…….Tampillah ke depan pertahankan prinsip perjuangan. Bukankah jelas hari ini perkara mengenai hudud mungkin boleh dianggap sebagai bahan politik oleh pimpinan Pas,“katanya.

Beliau seterusnya menambah, pimpinan Pas hanya melalak dalam ceramah mereka sahaja sedangkan dari segi kesungguhan dan sebagainya mereka bermain silap mata untuk mengaburi pandangan umat Islam.

Tegas beliau lagi, jika benar dan betul Pas mempunyai prinsip, kenapakah wakil Pas pada persidangan DUN Pulau Pinang baru-baru ini tidak membuka mulut sejurus jawapan keluar daripada mulut Guan Eng mengenai hudud.

“ADUN Pas daripada Permatang Pasir yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Salleh Man ada pada waktu itu….tetapi beliau diam seribu bahasa.

“Mungkin beliau mengambil langkah selamat atau tindakan lain yang tidak masuk akal fikiran kita. Tetapi apa pun perjuangan hudud Pas terbongkar dan Pas tidak lebih sekadar melukut di tepi gantang,“ katanya. -MediaUMNO

Cukup Terdesak Hingga Pas Terpaksa Putar Belit Hubungan Baik Malaysia – China


Hubungan Malaysia – China menjurus kepada hubungan perdagangan, pendidikan dan perniagaan antara kedua negara yang banyak memberi manafaat kepada rakyat negara ini.
Penganalisa politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata Pas cuba memanupulasikan hubungan baik antara kedua negara adalah untuk kepentingan politik mereka.
“Pas nampaknya cuba membangkit satu suatu suasana tidak sihat berhubung perkara itu, sama ada Pas tidak tahu atau sengaja memainkan isu berkenaan adalah untuk kepentingan politik mereka.
“Seperti yang kita ketahui, hubungan antara kedua negara adalah hubungan lebih menjurus kepada perhubungan yang membawa banyak manfaat kepada kita seperti perdagangan, pendidikan dan perniagaan,
“Hubungan kita bukanlah apa yang dilihat oleh Pas, mereka nampaknya cuba memanipulasikan perkara itu, sedangkan jika hubungan kedua negara itu diputuskan, kita yang rugi, China sebuah negara besar,”
Menurutnya, banyak negara termasuk negera-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Britain yang menjalin hubungan dengan China adalah untuk tujuan ekonomi dan perdagangan begitu juga dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin negara ini.
“Parti Komunis China (CCP) adalah pemerintah China dan UMNO adalah tunjang kepada Barisan Nasional, parti memerintah di negara kita dan Perdana Menteri di kalangan pemimpin UMNO.
“Sudah pastilah, bila kita hendak mengadakan hubungan dengan mana-mana negara, kita jumpa dengan pemimpinnya, begitu juga dengan apa yang berlaku antara negara kita dengan China, tetapi perkara itu ditafsirkan lain oleh pemimpin Pas,” katanya.
Dr Samsul berkata, Pas cuba menggunakan kerjasama serta hubungan yang terjalin itu sebagai modal politik mereka dengan menyifatkan CCP sama dengan perjuangan komunis di negara ini.
China adalah antara negara kuasa besar, bukan sahaja membabitkan kententeraaan malah kuasa besar dalam bidang ekonomi dan mempunyai rakyat yang ramai.
Berikutan itu banyak negara yang menjalinkan hubungan dengan China adalah untuk mengembangkan ekonomi dan perdagangan mereka kerana permintaannya adalah tinggi berbanding dengan negara lain.
Kemajuan teknologi China adalah setanding dengan negara maju yang lain di samping kosnya yang lebih murah.
Beliau berkata, dalam suasana pilihan raya umum yang semakin dekat, pembangkang akan mencuba sedaya upaya untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional dengan pelbagai isu dalam usaha menangani hati pengundi pada pilihan raya akan datang. -MediaUMNO