18.1.12

Pembangkang Makin Tandus Isu, Terpaksa Guna Mat Sabu Buat ‘Kerja Lawak’

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Pakatan pembangkang khususnya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu terbukti semakin tandus dengan idea bagi mendapat perhatian rakyat dan meraih sokongan pengundi sehinggakan buat ‘kerja lawak’ kononnya pembangkang turut mendapat sokongan dari Barisan Nasional (BN) sendiri, kata aktivis politik tempatan, Datuk Othman Abdul.
Jelasnya, sekiranya benar sebagaimana dakwaan Mat Sabu bahawa pelbagai pihak dari BN telah memberikan sokongan kepada pakatan pembangkang untuk berkuasa maka mengapa perlu menunggu untuk Pilihan Raya Umum (PRU ke-13 akan datang.
“Kenapa perlunya pembangkang hari ini mengadakan roadshow dan ceramah ke seluruh negara atau membuang masa sehingga menunggu ke PRU-13 akan datang sekiranya benar bahawa pembangkang telah mendapat sokongan termasuk dari BN sendiri?” soalnya ketika dihubungi UMNO-Online.
Sabtu lalu, Mat Sabu ketika berucap pada Konvensyen pakatan pembangkang di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah menyatakan bahawa ada pihak dalam BN, termasuk bekas menteri dan menteri, yang menawarkan sokongan untuk menumbangkan BN sekaligus membantu PR menguasai Putrajaya.
“Menteri atau bekas menteri mana yang sanggup menyokong pakatan pembangkang ini melainkan mereka adalah pihak yang kecewa dan kemudiannya ditokok tambah oleh pembangkang bahawa ia adalah jumlah yang ramai sedangkan ia sebenarnya adalah satu penipuan untuk mewujudkan keraguan d ikalangan rakyat dan seterusnya menimbulkan perpecahan.”
Tegas beliau lagi, Mat Sabu menimbulkan ‘kerja lawak’ ini bagi menutup kegagalan pakatan pembangkang dalam penganjuran konvensyen tersebut.
“Bayangkanlah, nama konvensyen cukup gah tetapi kehadiran amat lemah malahan dikatakan sehingga ke pukul 10.00 pagi yang memenuhi dewan tidak sampai separuh pun. Bukankah itu gagal tetapi ia cuba ditutup dengan ucapan yang penuh penipuan ini,” katanya.
Tambahnya lagi, konvensyen yang diadakan oleh pembangkang ini juga adalah satu ‘lawak’ kerana tidak ada sebarang pembaharuan berbanding sebelum ini.
“Mereka cuba meraih sokongan sedangkan difahamkan dalam masa yang sama ada perwakilan konvensyen terbabit yang mempertikaikan berkaitan kepimpinan dan janji-janji mereka sebagaimana yang termaktub dalam ‘buku jingga’. Bukankah ini juga adalah satu ‘kerja lawak’?” – MediaUMNO

1 ulasan:

  1. yg lawak umno, pas tak lawak depa pulun betul2..tak caya tanya mat sabun....tapi aku respect le puak2 ni...kalau pemimpin depa buat maksiat...mati2 depa coverup....dah kena tangkap halwat dgn bukti sekali pun boleh cover lagi....memang patut pun pas tukar dari perjuangan islam ke negara berkebajikan yg makna nya amat luas...kalau di terjemahkan....dah tu sokong anuar peliwat dan penzinah, lepas tu join DAP...memang sesuai sangat le tu...eluk le...teruskan.......pas banyak kelebihan dari umno..

    1.nik aziz nabi pasang siap di tauliahkan uztaz budak kecil...
    2. Anuar ibrahim di war2kan imam mahadi oleh uztaz badrul amin uztaz PKR...
    3.menyamakan LGE sebagai khalifah Umar...masyaallah...

    fakta dia atas bukan fitnah tetapi benar...diperolihi dari sumber PR.... ya allah ya tuhan ku tunjukkan lah jln yg benar lagi lurus......

    ReplyDelete