Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Datuk Dr Yusof Hussein percaya bukan setakat sehari, seminggu atau sebulan, malah Majlis Syura Ulama Pas akan terus berdiam diri berhubung sokongan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
Menurut beliau hakikatnya secara tidak langsung isu berkenaan menunjukkan bagaimana betapa kuatnya pengaruh Ketua Pembangkang berkenaan di dalam Pas sepertimana yang diperkatakan oleh beberapa pihak.
“Justeru saya tidak nampak Majlis Syura Ulama Pas akan membuka mulut selepas keputusan sebulat suara memberi kata dua kepada Anwar baru-baru ini supaya menarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel dan menyaman WSJ bagi membuktikan bahawa beliau tidak menyokong negara berkenaan.
“Ini sekaligus menunjukkan kata dua sebelum ini hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga. Yerlah…paling kurang pun kenalah bersuara takut nanti dipandang tidak manis oleh penyokongnya.
“Mungkin dengan cara itu, mereka ingin tunjukkan kepada penyokong dan ahli serta rakyat negara ini bahawa Pas tidak akan berkompromi dalam isu Israel ini. Sepatutnya kena ada kenyataan lanjut dan bukannya sekadar itu sahaja,“ katanya kepada UMNO-Online.
Sehingga ke hari ini, Majlis Syura Ulama Pas masih menyepi berhubung tindakan Anwar yang tidak akan menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.
Anwar mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam baru-baru ini.
Malah Anwar berkata WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.
Sambil melahirkan rasa sedihnya terhadap sikap Majlis Syura Ulama Pas itu, Dr Yusof seterusnya menegaskan badan berkenaan perlu tegas dalam usaha mengikis sebagai sebuah parti “pak turut“ di dalam pakatan pembangkang.
Katanya sampai bilakah mereka akan digelar sedemikian dan itu adalah peluang terbaik Pas untuk membuktikan kepada umum bahawa Anwar tidak ada pengaruh tersendiri di dalam parti berkenaan selain menangkis gelaran “pak turut“.
“Jika inilah tindak-tanduk kepimpinan tertinggi Pas, percayalah Anwar akan rasa lebih segala-galanya dan beliau akan merasakan lebih kuat daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,“ katanya. -MediaUMNO



0 ulasan:
Post a Comment