Pas dibidas apabila hanya berani mengutuk serta mencerca UMNO berhubung isu Israel tetapi menikus apabila berdepan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang secara terang-terang terpampang di dalam Wall Street Journal (WSJ) kenyataannya yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Keadilan, Lokman Noor Adam berkata tindak-tanduk kepimpinan Pas itu menimbulkan seribu satu persoalan kerana sekadar memberi kata dua kepada Anwar sebelum ini, dan kemudiannya terus sunyi sepi setelah Ketua Umum PKR itu menemui Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.
Menurut beliau yang peliknya pula adalah UMNO serta Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pula yang menjadi mangsa kecaman puak-puak Pas yang seolah-olah kenyataan Anwar tidak membawa apa-apa makna.
“Itulah lumrah pembangkang yang seolah-olah sudah sebati dengan mereka. Tabiat mereka adalah menuding jari kepada orang lain tanpa perlu mereka melakukan muhasabah diri.
“Yang mereka nampak adalah orang lain dan bagi pemimpin mereka adalah betul belaka. Apa pun saya penuh yakin rakyat melihat perkara ini walaupun pimpinan Pas dilihat tawar hati dalam soal berkenaan".
Lokman seterusnya menambah kenyatan Anwar sebelum ini bahawa Nik Aziz dilaporkan faham dengan hasil pertemuan dengan Ketua Pembangkang berkenaan mungkin boleh dilihat sebagai salah satu faktor yang mendorong kepada tindak tanduk Pas hari ini.
“Saya bukannya mahu membuat tuduhan melulu namun apakah maksud sebenar faham itu. Apakah Nik Aziz faham secara menyeluruh atau sebaliknya terdapat satu penjelasan lain daripada Anwar.
“Mungkin hanya Nik Aziz dan Anwar yang tahu dan mungkin atas maksud berkenaan, Pas terpaksa mengambil sikap seperti yang kita nampak hari ini. Apa pun terserah kepada “keberanian“ Pas,” katanya.
Lokman pada masa yang sama turut menempelak sikap pembangkang yang tidak habis-habis mengaitkan atau menuduh UMNO dan BN.
“Setiap kali tuduhan dilemparkan kepada pembangkang, maka jawapan yang selalu diterima sudah pasti angkara UMNO atau konspirasi BN. Tetapi bila terkena batang hidung mereka lain pula jawapannya.
“Saya ingin bagi contoh bagaimana jawapan Tian Chua berhubung isu Ustaz Badrolamin Bahrum baru-baru ini di dalam rancangan Debat Rakyat apabila menyatakan perkara berkenaan masih belum diputuskan Mahkamah.
“Sebaliknya apabila melibatkan isu kepimpinan BN, tidak pula keluar jawapan sedemikian rupa sebaliknya diputar habis-habisan. Ini mencerminkan sikap pembangkang yang double standard,“ katanya. -MediaUMNO



memang takde akal punya..cakap la apa apa pun tidak akan memberi kesan...ketayap, jubah, tudung hanya lah pakaian sahaja...hati dah hitam beku..takde apa yang boleh diterima lagi...
ReplyDelete