SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

BN terus bela rakyat, Pembangkang Kaki Temberang

Rakyat akan terus berlapang dada, selesa dengan bantuan kebajikan dari kerajaan. Barisan Nasional (BN) dan UMNO bukan sahaja membuktikkan janji mereka, malahan terus berbakti kepada rakyat, bukan hanya dengan pelbagai subsidi, kemudahan perumahan malahan bantuan persekolahan kepada setiap pelajar berjumlah RM100, yuran sekolah dimansuhkan dan kemudiannya ada lagi bantuan BR1M yang diberikan kepada rakyat di seluruh negara tanpa melihat idealogi politiknya. Tepat sekali dengan matlamat BN membela rakyat “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.
Tetapi tidak pula di negeri pembangkang, rakyat dilihat mengemis simpati dari pemimpin kerana nasib mereka yang tidak terbela. Sudah jelas lagi bersuluh, perjuangan mereka hanya propaganda semata-mata.
Apakan daya, nasi sudah jadi bubur. Tetapi masih ada cara untuk mengubahnya iaitu rakyat mesti membuat pilihan tepat pada pilihan raya akan datang.
UMNO bukan sahaja bekerja keras untuk menangani masalah rakyat, malahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup turun padang sendiri bagi mendekati rakyat. Telah terbukti jelas dan mana-mana yang ada di negeri pakatan pembangkang dapat merasai sendiri bagaimana mereka berkerajaan sedangkan BN/UMNO tidak pernah meminggirkan rakyat termasuklah yang ada di negeri terbabit. Tepuk dada tanyalah selera mana sebagaimana bukti terserlah di depan mata bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali. Rakyat harus buat pilihan tepat kerana visi dan misi kerajaan BN yang di dalamnya ada UMNO amat jelas dan telus untuk rakyat. Pembangkang pula hanya pandai bermain wayang.
Sebagai rakyat, saya menyeru kepada semua rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji manis pembangkang. Pembangkang gagal.

Marina.

Apabila Raja Putar Belit Dakwa Dirinya Kena Belit…

Sudah menjadi amalan Anwar Ibrahim. Sekiranya dia berada di luar negara dan ditemuramah oleh media antarabangsa yang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, maka dia akan membuat kenyataan yang menyebelahi Yahudi dan sangat liberal terhadap Islam.
Namun, sekiranya kenyataan tersebut dapat dihidu media tempatan, maka cepat-cepatlah dia memutar belit lidahnya menyatakan kenyataannya telah di “misquote” dan di”putar belit”kan oleh media pro-kerajaan. Hakikatnya, dialah yang membelit sebenarnya!
Terbaru, menggunakan kaedah modus operandi yang sama, dia mendakwa kenyataannya di Wall Street Journal mengenai sokongannya “melindungi Israel”. Katanya, media tempatan putar belit kenyataannya itu dan memberi amaran untuk tindakan saman darinya.
ersoalannya, bodoh benarkah media tempatan dalam mentafsirkan kenyataannya di Wall Street Journal itu? Dia seorang saja yang tahu dan faham berbahasa Inggeris? Media tempatan tak reti “translate” dan faham kenyataannya itu?
Bodoh sangatlah “putar belit” Anwar kali ini. Nampak sangat kebobrokannya untuk menyelamatkan diri dari dikecam rakyat. Dia fikir rakyat pun bodoh sama, tak tahu dan tak faham bahasa Inggeris, kah?
Kalau dah keluarkan kenyataan begitu, mengaku sajalah. Jawablah dengan isi dan makna yang diucapkan itu. Terlanjur perahu, mungkin boleh diundur, terlajak kereta mungkin boleh di”reverse”, tapi kalau terlajak kata begitu..alamatnya binasalah badan!
Wall Street Journal bukan Utusan atau TV3 yang dikatakan pro-kerajaan. Malah, media antarabangsa itu memang terkenal di persada antarabangsa dan dikenali sangat pro kepada Israel serta Amerika Syarikat. Sekiranya Wall Street Journal menyiarkan berita mengenai spekulasi ekonomi, ia mampu menyebabkan kesan besar terhadap prospek ekonomi sesebuah negara.
Dalam kata lain, Wall Street Journal memang berpengaruh. Baca seterusnya

Apa yang Anwar takutkan?

Anwar Ibrahim bukan sahaja takut untuk menyaman individu-individu yang pernah rapat dengannya, malah beliau tidak pernah menafikan setiap kenyataan yang dikeluarkan mereka mengenainya.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, ia memperlihatkan bahawa kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor terbukti benar.
"Kita hairan apa perlunya Anwar takut untuk bertindak ke atas individu-individu terbabit. Anwar boleh sahaja menyaman mereka atas alasan memfitnah. Itu mudah sahaja untuk dirinya yang sememangnya suka mengkritik.
"Kalau kita fikirkan, semua dakwaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah terhadapnya amat serius dan mengenali ketua pembangkang itu, beliau memang seorang yang suka failkan saman, tetapi apakah muslihatnya kali ini?" 
Beliau diminta mengulas kenyataan Ezam bahawa tindakan Anwar yang enggan menyaman beberapa individu termasuk dirinya merupakan bukti semua dakwaan yang dibuat terhadap ketua pembangkang itu adalah benar.
Choo Keong seterusnya berkata, orang awam sebenarnya boleh menilai tingkah laku Anwar, tetapi oleh kerana tiada bukti maka mereka terutama pengikutnya terus memberi sokongan kepada beliau.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Mohd. Faizal Jaafar berkata, Anwar bukan seorang pemimpin yang perlu dicontohi kerana sifatnya yang lebih banyak buruk daripada baik.
Kata beliau, Anwar cukup berani untuk menyaman Utusan Malaysia yang pada dasarnya hanya medium pelapor dan bukan pendakwa sedangkan individu-individu yang rela disaman dan dengan sengaja membuat kenyataan terhadap dirinya tidak pula disaman.
"Suatu waktu dahulu, Utusan yang menjulang nama Anwar, malah beliau juga gemar ditemu bual oleh akhbar ini. Tetapi hari ini oleh kerana beliau pembangkang, maka Utusan (dijadikan) musuh utamanya.
"Justeru, harapan kami kepada anak-anak muda hari ini sekiranya kita ingin dihormati jangan kita lupa jasa orang lain walaupun perjalanan kita sudah tidak sehaluan," katanya. - Utusan

Mereka Cabar Anwar Saman !!

Beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.
Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.
Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.
Ezam berkata, tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran.
“Kalau benar niat beliau mahu mempertahankan kebenaran, kenapa beliau tidak menyaman sahaja Datuk Shazryl Eskay Abdullah; Datuk S. Nallakaruppan dan Umi Hafilda Ali yang terang-terang mendedahkan isu moral beliau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Anuar pula menegaskan, beliau juga bersedia untuk disaman oleh pemimpin itu kerana telah mendedahkan masalah akhlak pemimpin tersebut.
“Sejak kami mula keluar daripada PKR sehingga sekarang, pendirian kami terhadap pemimpin ini tidak berubah tetapi sehingga sekarang dia tidak berani saman kami,’’ katanya.
Katanya, tindakan Anwar menyaman media massa hanyalah untuk menafikan kebenaran dan menambah tekanan kepada media-media yang prokerajaan.
“Dia sebenarnya cuba mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya kerana keyakinan rakyat mulai goyah disebabkan isu moralnya,’’ katanya.
Mohd. Zahid pula menganggap Anwar sebagai seorang pengecut kerana beliau tidak berani mengheret mereka yang pernah mendedahkan salah lakunya ke mahkamah.
“Anwar (tidak berani) berbuat demikian kerana tidak mahu mereka yang terbabit terus mendedahkan salah lakunya di mahkamah pula.
“Tindakan Anwar itu sebenarnya tersasar jauh jika benar beliau mahu membersihkan namanya,’’ katanya.
SD Johari pula berkata, beliau pernah mendedahkan moral Anwar melalui YouTube bermula 2006, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pemimpin berkenaan.
“Kenapa dia tidak saman sedangkan kenyataan saya mengenai beliau masih boleh ditonton oleh semua rakyat sehingga ke hari ini,’’ katanya.
Jumaat lalu, Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan pada 17 Januari lalu.
SD Johari menambah, jika Anwar mahu menyaman pihak-pihak mengaibkannya, maka dia juga perlu menyaman separuh daripada rakyat di negara ini yang percaya mengenai keruntuhan akhlak dan moral pemimpin itu.
Bekas ahli AMK, Hamizun turut mengakui tindakan Anwar itu hanyalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya.
“Rakyat sudah mulai sangsi dan mempertikaikan hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri kerana rekod moralnya yang sangat rendah, justeru tindakan seterus Anwar ialah menyaman akhbar ini,’’ katanya.
Kata beliau, tindakan Anwar itu hanyalah gertakan daripada individu yang terdesak sedangkan ia tidak akan dapat mengembalikan penghormatan masyarakat terhadapnya. -Utusan

Pas Ganti Kopiah Dengan Topi, Jubah Dengan Jersi

Perkara terakhir yang akan terlintas difikiran penulis ialah Pas tidak dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama Islam di mana-mana tempat Pakatan harami ini berkuasa.
Pas sudah lebih 60 tahun mempromosikan parti itu sebagai parti Islam, hudud, negara Islam dan terbaru negara kebajikan – sebab Pas baru sedar ia negara Islam tidak ada dalam Al-Quran, macam mana entah boleh terlepas pandang selama 60 tahun.
Itu satu hal, satu hal yang lain, sudah jadi kebiasaan Pas akan menggelar ahlinya sendiri dengan pelbagai gelaran baik-baik seperti ustaz dan ustazah, manakala yang agak tinggi akan diberi gelaran tok guru dan sebagainya.
Semua itu untuk mempromosikan dan mendoktrinkan Pas sebagai parti Islam yang ‘tersohor’ dalam ini negara.
Tapi semuanya berubah kini bila Pas di Selangor diberi tugas jaga hal sukan dan adat resam Melayu (fungsi mirip perjuangan UMNO yang seringkali dituduh rasis ini).
Soal adat resam Melayu ini penulis kurang nak mengulas sebab sudah diulas dengan baik oleh rakan penulis yang lain.  Penekanan penulis hari ini ialah pada portfolio sukan yang sebelum itu dipegang Khalid sendiri sebagai Menteri Besar.
Selangor ini negeri penting untuk dijadikan rujukan tentang bentuk kerajaan pakatan harami ini kalau berjaya memerintah Malaysia kelak sebab hanya Selangor sahaja di mana gabungan 3 parti pembangkang ini benar-benar berpakat.  3 negeri yang lain itu dikuasai secara solid oleh Pas dan DAP, kalau ada pun diselitkan Exco PKR, itu hanya wayang untuk rakyat nilai kononnya depa ini berpakat.
Tidak lebih dari itu.
Jadi bila di Selangor Pas diberikan fungsi jaga sukan, apakah jenis penghinaan yang cuba ditonjolkan itu?
Kita tak pernah kenal Pas kerana kemampuan mengumpulkan orang bertandang ke stadium menonton perlawanan bola, yang kita tahu Pas berkemampuan kumpul orang dengar ceramah politik pakatan dan menyertai demo-demo jalanan sambil memakai kopiah putih.
Itu kelebihan dan kemampuan Pas, tapi kenapa pula di Selangor Pas diperuntukkan untuk jaga hal-hal sukan?  Sukan ini kita tahulah, majoritinya terdedah peha, kalau tidak pangkal peha (renang).  Sesuai ke al Ustaz Yunus ini jaga perkara-perkara sedemikian?  Lihat aurat dalam hal pembedahan lain, ini dalam hal sukan.
Penulis dimaklumkan, ini satu lagi bukti pengaruh DAP di Selangor apabila meniru bulat-bulat konsep sama di Pulau Pinang.
Di Pulau Pinang dimana DAP menguasai, seorang Exco PKR dilantik menjaga portfolio tersebut walaupun Pas punya  wakil tunggal dalam DUN Pulau Pinang – Abdul Salleh Man.
Tapi Pulau Pinang berbeza.  Selain satu-satunya negeri majoriti orang Cina, Pulau Pinang juga tidak ada masalah berkaitan gejala murtad yang sikit demi sedikit melanda negara sekarang ini seperti Selangor.
Dibanding dengan Pulau Pinang yang hanya ada wakil tunggal Pas di dalam DUN, Selangor juga punya lebih ramai ADUN dari Pas yang boleh diketengahkan untuk memegang portfolio tersebut.
Dan Pas masih diberi fungsi jaga sukan, tak pelik ke tu?
Sebenarnya inilah nanti fungsi Pas dalam kerajaan Malaysia pimpinan Pakatan Rakyat (mintak jauh) yang akan lebih dikuasai DAP.
Macam mana liberal pun Pas, DAP tahu yang mereka tidak akan bertolak ansur tentang hal ehwal Islam (terutama murtad), kerana selain pegangan, Islam sudah jadi periuk nasik pemimpin Pas untuk kekal relevan dalam politik kepartian negara ini.
DAP pun tahu, walaupun sudah diputuskan dalam muktamar Pas bahawa negara Islam (sebut hudud) digugurkan untuk diganti dengan negara berkebajikan, masih ramai pemimpin Pas yang bercakap mengenainya sehingga kini, seperti Nik Aziz dan Nasrudin Hassan al-Tantawi – petunjuk perubahan dasar hanya retorik politik.
Disebabkan Pas tidak mahu berubah, maka tugas DAP untuk mengubahnya.  Maka itu Dr. Yunus diberi tugas jaga sukan dan Dr. Rani diberi tugas Pengerusi Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (sebut kebajikan).
Pengajaran dalam hal perlantikan Exco baru di Selangor ini ialah, PKR dan Pas sudah dikuasai DAP selain Pas itu sendiri sudah tidak boleh diharap dalam hal menarik undi orang Islam menggunakan modal agama.
Demi itu Pas perlu diubah, DAP tidak mahu Pas terkenal dengan imej Islam, sebaliknya sukan.
Sehinggakan pada satu masa orang akan kata ‘Ingat Pas, ingat Sukan’.
Peace…
Adamyan

Pas Dimalukan Lagi Dalam Rombakan Exco

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Pengganti Dr Hasan Mohamed Ali terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru namun demikian persoalannya mengapa portfolio yang diterajuinya adalah Belia dan Sukan sedangkan portfolio yang digugurkan dari Hasan Ali adalah Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor?
Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Dr. Abdul Halim Sidek tidak hairan dengan senario terbaru tersebut lantaran kerajaan Negeri Selangor seakan sebuah kerajaan boneka yang akan menafikan mana-mana pihak yang bertegas tentang hukum-hakam Islam.
Inilah yang berlaku dalam kepimpinan kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar dari PKR, Khalid Ibrahim sedangkan disebaliknya cuba fikirkan siapakah penasihat kepada PKR itu, maka tentunya individu tersebutlah yang memainkan peranan penting” .
Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Dr Ahmad Yunus sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor disempurnakan  dengan menerajui Belia dan sukan sementara portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diletakkan dibawah kepimpinan Menteri Besar Selangor.
“Ada individu yang nak memenangi kedudukan politik dengan percaturan yang menggunakan boneka agar mudah berkompromi sebagaimana untuk memenuhi hasrat dan tujuannya dengan idea pluralisme ingin diserapkan di kalangan masyarakat tempatan.
“Apabila Anwar sebagai ketua pembangkang dan juga penasihat PKR mengeluarkan ungkapan yang menyokong kumpulan gay dan seksualiti sebagaimana dalam wawancaranya di luar negara sehinggakan dia sebagai warganegara Malaysia tergamak mengatakan undang-undang negara ini lapuk maka ini secara tidak langsung menunjukkan peribadinya dan agamanya sendiri.
“Justeru, rombakan kecil dalam Kerajaan Negeri Selangor ini sebenarnya adalah salah satu daripada cita-cita politik bagi menyokong perbuatannya kerana tidak mahu orang yang tidak boleh di’control’ mengetuai agama sebaliknya portfolio tersebut dipegang oleh orang yang boleh diperkotak-katikkan, boleh diarah itu ini selain tidak bertegas dalam aspek tersebut,” jelasnya.
Ujar beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), undang-undang negara adalah jelas sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dengan Islam sebagai agama rasmi.
“Golongan ulama dan ilmuan telah menegaskan bahawa mana-mana pihak yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad dan Islam sebagai agama Persekutuan amat jelas berkaitan hal ini dan itulah perkara yang dilaksanakan sekarang.
“Malangnya, Pas yang sebelum ini amat bertegas berkaitan Islam sehinggakan partinya juga ada nama Islam turut berkompromi dengan individu terbabit sehinggakan mereka menerima sahaja kerusi Exco yang diberi tanpa mempertahankan portfolio yang sebelum ini disandang oleh Hassan Ali.”
Tambahnya, Pas dilihat amat mudah menerima jawatan yang diberi dan amat mudah juga mengubah pendiriannya daripada sebuah negara Islam kepada sebuah negara berkebajikan atas alasan kebajikan itu lebih besar dari Islam.
“Mengapa Pas condong dan berubah kedudukannya apatah lagi realiti atau amalan sekarang Pas bukan hanya mengenepikan Islam tetapi turut berkompromi tanpa bertegas dengan apa yang boleh dipertahankan.
“Mungkin ada pakatan-pakatan lain atau percaturan politik sehinggakan portfolio berkaitannya boleh diganti yang mana ‘kebijaksanaannya’ hanya mereka yang tahu.” - MediaUMNO

Pembangkang Makin Tandus Isu, Terpaksa Guna Mat Sabu Buat ‘Kerja Lawak’

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Pakatan pembangkang khususnya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu terbukti semakin tandus dengan idea bagi mendapat perhatian rakyat dan meraih sokongan pengundi sehinggakan buat ‘kerja lawak’ kononnya pembangkang turut mendapat sokongan dari Barisan Nasional (BN) sendiri, kata aktivis politik tempatan, Datuk Othman Abdul.
Jelasnya, sekiranya benar sebagaimana dakwaan Mat Sabu bahawa pelbagai pihak dari BN telah memberikan sokongan kepada pakatan pembangkang untuk berkuasa maka mengapa perlu menunggu untuk Pilihan Raya Umum (PRU ke-13 akan datang.
“Kenapa perlunya pembangkang hari ini mengadakan roadshow dan ceramah ke seluruh negara atau membuang masa sehingga menunggu ke PRU-13 akan datang sekiranya benar bahawa pembangkang telah mendapat sokongan termasuk dari BN sendiri?” soalnya ketika dihubungi UMNO-Online.
Sabtu lalu, Mat Sabu ketika berucap pada Konvensyen pakatan pembangkang di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah menyatakan bahawa ada pihak dalam BN, termasuk bekas menteri dan menteri, yang menawarkan sokongan untuk menumbangkan BN sekaligus membantu PR menguasai Putrajaya.
“Menteri atau bekas menteri mana yang sanggup menyokong pakatan pembangkang ini melainkan mereka adalah pihak yang kecewa dan kemudiannya ditokok tambah oleh pembangkang bahawa ia adalah jumlah yang ramai sedangkan ia sebenarnya adalah satu penipuan untuk mewujudkan keraguan d ikalangan rakyat dan seterusnya menimbulkan perpecahan.”
Tegas beliau lagi, Mat Sabu menimbulkan ‘kerja lawak’ ini bagi menutup kegagalan pakatan pembangkang dalam penganjuran konvensyen tersebut.
“Bayangkanlah, nama konvensyen cukup gah tetapi kehadiran amat lemah malahan dikatakan sehingga ke pukul 10.00 pagi yang memenuhi dewan tidak sampai separuh pun. Bukankah itu gagal tetapi ia cuba ditutup dengan ucapan yang penuh penipuan ini,” katanya.
Tambahnya lagi, konvensyen yang diadakan oleh pembangkang ini juga adalah satu ‘lawak’ kerana tidak ada sebarang pembaharuan berbanding sebelum ini.
“Mereka cuba meraih sokongan sedangkan difahamkan dalam masa yang sama ada perwakilan konvensyen terbabit yang mempertikaikan berkaitan kepimpinan dan janji-janji mereka sebagaimana yang termaktub dalam ‘buku jingga’. Bukankah ini juga adalah satu ‘kerja lawak’?” – MediaUMNO

Lebih 100 anggota Pas Kampung Kerdas Gombak sertai UMNO

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Seramai 102 ahli Pas Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas.
Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini semalam.
Jais berkata, selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.
"Kami tak percaya dengan Pas dan kami yakin hanya UMNO dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat,” katanya pada majlis pengisytiharan anggota Pas Kerdas menyertai UMNO dan ikrar menyokong Barisan Nasional.
Jais, yang juga Ketua Zon Pas Taman Kamariah Gombak, berkata, keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.
Menurutnya, walaupun dipujuk oleh Pas supaya terus kekal bersama parti itu, namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai UMNO malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul. – BERNAMA

Pembangkang Kian Tersepit Antara Pikul “Biawak Hidup” dan Kemelut Dalaman Parti

KUALA LUMPUR, 13 Jan  – Pakatan pembangkang terpaksa mencari idea baru untuk dijadikan modal apabila mereka terpaksa terus memikul beban biawak hidup bagi berdepan pilihanraya umum akan datang.
Bekas Setiuasaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata senario politik yang berlaku baru-baru ini sebenarnya telah merencatkan skrip asal pakatan pembangkang bagi menggambarkan kekejaman kononnya yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Pembangkang kini sudah hilang punca, perancangan mereka untuk menjadikan seseorang itu sebagai mangsa politik daripada kes yang dihadapi tidak menjadi.
“Mereka kini pening kepala kerana terpaksa terus memikul beban biawak hidup” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Menurutnya, apa yang berlaku menyebabkan pakatan pembangkang terpaksa mencipta modal baru dan pada masa yang sama terpaksa berhempas pulas bagi memastikan biawak hidup yang terpaksa mereka pikul itu tidak memberikan mereka banyak masalah lagi.
“Saya yakin pakatan pembangkang dalam keadaan paling tidak selesa sekarang salain terpaksa memikul biawak hidup mereka juga berdepan masalah dalaman seperti kes pemecatan Dr Hassan Ali, pertelingkahan antara Karpal dan Prof Ramasamy, isu sampah di Selangor, kebangkitan rakyat menuntut janji-janji pilihanraya umum lalu dan pelbagai masalah lain.
“Mereka kini sebenarnya hanya mampu untuk mencari modal untuk tagih simpati rakyat.  Ini kerana mereka juga sedar tindakan mereka menyerang peribadi pemimpin BN juga sudah tidak mendatangkan hasil.  Dan pada masa yang sama pakatan pembangkang juga masih belum lagi selesai-selesai masalah pembahagian kerusi pilihanraya”, ujarnya. -MediaUMNO

Rakyat Malaysia Mesti Pegang Pengakuan Peguambela Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Jan – “Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga”, demikian pandangan bekas pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lokman Noor Adam berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Walaupun baginya keputusan mahkamah itu mengecewakan jutaan rakyat Malaysia, namun beliau tetap berpegang kepada kata-kata dua peguambela Anwar Ibrahim iaitu Karpal Singh dan Sankara Nair.
“Karpal kata ‘hubungan Anwar-Saiful berlaku suka sama suka dan bukan secara paksaan. Ini bermakna Ketua Peguam Anwar sendiri mengaku bahawa hubungan seks sejenis berlaku.
“Kedua, peguam Anwar, Sangkaran Nair dalam prosiding mahkamah mengatakan bahawa DNA Anwar dimasukkan kedalam rektum Saiful menggunakan objek plastik. Ini bererti, dia mengakui bahawa sperma dalam rektum Saiful milik Anwar.
“Persoalannya, bagaimana pihak yang hendak menganiaya Anwar boleh mencuri sperma Anwar tanpa kerjasama Anwar“, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Tegas beliau sperma itu hanya boleh berada dalam rektum Saiful sekiranya hubungan luar tabiie itu berlaku dalam keadaan Anwar tidak memakai jaket keselamatan (kondom).
“Jika benar kata Sangkaran Nair ianya dimasukkan dengan menggunakan objek plastik, bila pula Anwar menjalani proses penghasilan bayi tabung uji yang memerlukan beliau menyerahkan spermanya sehingga terdedah pada risiko spermanya dicuri.
”Bukankah Anwar mempunyai enam orang anak dan Wan Azizah tidak mempunyai masalah kesuburan”, ujarnya.
Jelasnya lagi mungkin hari ini Anwar dilepaskan oleh mahkamah kerana mahkamah tidak mahu membuat keputusan semata-mata menggunakan bukti DNA tetapi beliau percaya perkara sedemikian tidak akan ada titik noktah dan lambat laun kebenaran akan terbongkar jua. -MediaUMNO

Di Mahsyar Pasti !


"Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak, yang saya ketahui atau  yang tidak saya ketahui yang menyokong dan mendoakan saya selama ini.

Saya akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali saya akan mengalah.

Jika tidak dunia, di Masyar PASTI.

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), 
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, 
dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

Kepada Allah saya berserah.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi


Tiada Masalah Buat BN.. Ini Kes Anwar Dan Saiful, Anwar Bebas Atas Isu Teknikal

PASIR GUDANG, 9 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) sedikit pun tidak gelisah dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“UMNO dan  BN tidak terlibat mengheret Anwar ke Mahkamah.. Saiful yang telah bersumpah laknat dalam Masjid Wilayah tahun 2008 yang membawa kes itu.
“Oleh yang demikian UMNO dan  BN tidak perlu gelisah dengan keputusan yang kita tidak terlibat dan kita tidak mencampuri.. Anwar dibebaskan pula hanya atas isu teknikal. Terpulang kepada pendakwaan samada hendak merayu atau tidak”, katanya apabila ditanya media selepas Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Pelabuhan Tanjong Langsat di sini, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata keputusan ini juga membuktikan yang tuduhan pembangkang bahawa mahkamah negara ini tidak bebas sangat meleset.
“Ia melambangkan satu kemuncak kepada kebebasan seorang hakim dalam memutuskan sesuatu kes perundangan.
“Kadang-kadang orang kita dan orang mereka dihukum dan kadang-kadang orang kita dan orang mereka dibebaskan”, ujarnya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
Ketika membebas dan melepaskan Anwar, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan Mohd Saiful.
Beliau berkata mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh (Anwar) semata-mata berasaskan keterangan Mohd Saiful.
Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Ini merupakan kes liwat kedua melibatkan beliau selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.
Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, Anwar dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman penjara terhadapnya. -MediaUMNO

Makin Parah!! 300 Lagi Ahli Parti Pembangkang Keluar Parti Di Pulau Pinang

NIBONG TEBAL, 7 Jan – Seramai 300 anggota dan penyokong kuat pakatan pembangkang di Sungai Acheh di sini hari ini menyertai Barisan Nasional (BN) berikutan kecewa dengan pembangkang yang gagal menunaikan janji mereka.
Wakil kumpulan itu Musa Ali, 52, berkata mereka yang terdiri daripada anggota Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di kawasan berkenaan keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.
“Semasa berkempen untuk pilihan raya umum pada 2008 lepas, macam-macam mereka janji, tapi bila sudah menang janji hanya tinggal janji.
“Kami dah bagi mandat untuk memerintah Pulau Pinang tetapi pembangkang tidak dapat melaksanakannya, jadi untuk apa kita nak sokong mereka lagi,” katanya selepas majlis Silaturrahim 1Malaysia di sini hari ini.
Pada majlis itu, kumpulan 300 orang berkenaan hadir menyatakan sokongan untuk menyertai BN dan mereka turut berikrar menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.
Turut hadir pada majlis yang diadakan di perkarangan rumah bekas Ketua Ranting RKR Sungai Acheh Ahmad Ibrahim itu ialah Naib Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria serta pemimpin tempatan.
Sementara itu, anak Ahmad, Cik Fazilah, 46, yang juga anggota PKR berkata bapanya yang tidak dapat hadir pada majlis itu kerana masih dirawat di hospital kerana penyakit buah pinggang, mahu rakyat Pulau Pinang membuka mata dan melihat kepincangan pakatan pembangkang.
“Dia yang beria-ia mahu majlis ini diadakan di pekarangan rumah kerana kecewa dengan pembangkang yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya.
Cik Fazilah berkata hanya BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang boleh mentadbir negara dengan adil dan saksama.
Sementara itu, Zainal Abidin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata BN Pulau Pinang menyambut baik langkah kumpulan berkenaan menyertai parti itu.
Beliau berkata pakatan pembangkang juga nampak semakin tenggelam punca kerana gagal menyelesaikan masalah dalaman sehingga ramai penyokong di peringkat akar umbi mula bosan dengan kerenah pemimpin mereka.
“Tindakan mereka menyertai BN merupakan mesej jelas kepada pembangkang yang menunjukkan pakatan pembangkang gagal mentadbir dengan baik sehingga ramai anggotanya bertindak keluar parti,” katanya.
Beliau yakin lebih ramai anggota parti pembangkang di Pulau Pinang akan meninggalkan parti itu dan menyertai BN kerana mereka percaya hanya BN mampu mengubah hidup mereka.
“Ramai yang telah maklumkan kepada saya untuk menyertai BN dan kita akan menganjurkan majlis seperti ini pada masa akan datang dan saya percaya sokongan mereka akan mampu menguatkan lagi BN di Pulau Pinang,” katanya.

BN Sudah Lama Aplikasi Negara Kebajikan…Alahai Pas!


Apabila Pas bersekongkol dan menjadi Pak Turut DAP dan PKR, perkara pertama yang diminta, Pas perlu korban dan gugurkan perjuangan negara Islam dan ganti dengan negara kebajikan.

Pas yang selama ini berdegar-degar dengan konsep negara Islam tunduk menyembah bumi, melutut pada Godfather mereka DAP dan PKR.

Maka berpencak silatlah penceramah-penceramah Pas mencari dalil, helah dan memperdaya rakyat bagi menjustifikasikan perubahan 360 darjah arah perjuangan Pas!

Kini bulan gerhana Pas yang menumpang api bakaran roket DAP menghala laju ke arah bulan pecah. Dasar sosialisme sekular ala DAP dan keadilan sosial semuanya sama rata sama rasa, anutan PKR dikongsi bersama oleh Pas.

Rupa-rupanya dalam pada Pas berdegar-degar berceramah, ekor bergelumang penuh dengan tahi!

Istilah taghut, sekular, tolak negara Islam dan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada pemimpin UMNO kini terpalit ke batang hidung mereka.

Perjuangan Islam Pas kian kabur. Caca marba dan haru biru jadinya bila bersekongkol dengan DAP dan PKR yang idelogi masing-masing macam langit denganbumi.

BN sudah lama memperjuangkan negara berkebajikan. Membela Rakyat. BN mempamerkan cara pemerintahan yang adil selaras dengan tuntutan Islam.

Inilah konsep kebajikan BN di dalam Islam. Tidak terhad kepada bidang politik dan ekonomi sahaja tetapi mencakupi skop lebih luas dalam pelbagai bidang termasuk ibadah, perundangan, pendidikan, kesihatan, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain.

Dasar ekonomi BN, iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat itu sendiri adalah konsep negara kebajikan yang efektif.

Masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan BN member keselesaan masyarakat Islam beribadah, begitu juga dengann Tabung Haji, Pusat-pusat pungutan zakat, Sekolah-sekolah Agama, Perbankan & Takaful Islam, dan lain lain.

Ini semua petunjuk sangat jelas bahawa pemerintahan BN yang sedia ada sekarang ini menyelaraskan pemerintahanya mengikut tuntutan Islam. Bukan janji kosong dan retorik seperti Pas.

Memang banyak lagi perancangan negara kebajikan kerajaan BN, slogan yang diciplak Pas yang sebenarnya sudah lama menjadi amalan kerajaan BN.

Pas sudah jauh menyimpang. Berundur berpuluh-puluh tapak untuk berkompromi dengan DAP dan PKR. Benarlah kata Nik Aziz, di dada Karpal Singh sudah ada bulan. Jarum Karpal telah berjaya menembusi bulan kosong Pas.

Ingat ungkapan evergreen karpal pada Pas OVER MY DEAD BODY. Nampaknya Pas yang sudah mati perjuangannya.

Inilah politik sekular Pas yang sentiasa berubah-rubah mengikut selera pemimpin masing-masing.

DAP suruh lompat Pas lompat, DAP suruh terbang Pas terbang, DAP suruh terjun Pas terjun.
Yang parahnya apabila DAP suruh PAS terjun, payung terjun tak disediakan.

Maka akhirnya “inna lilla hiwainna ilai hi ra jiuun !

HAJI Z
KUALA LUMPUR