SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Tolak Pembangkang, Selamatkan Malaysia !!

Babak-babak akhir yang berlaku kini beransur-ansur menenggelamkan ayat-ayat retorik, pembohongan, fitnah dan janji-janji kosong. Tidak banyak lagi ruang untuk pembangkang bebas beretorika, berbohong, melakukan fitnah dan membuat janji kosong sewenang-wenang.

Rakyat beransur-ansur telah mula kembali rasional dan tidak bertindak atau berfikir secara melulu dan emosional. Rakyat akhirnya bertarung dengan keadaan dan realiti sebenar yang berlaku di sekelilingnya.

Rakyat atau manusia akhirnya akan berpijak dibumi nyata, iaitu mereka akan memberi keutamaan kepada siapa yang boleh dan berupaya memenuhi keperluan hidup diri, keluarga, keperluan pendidikan, perniagaan atau pun pekerjaan yang sedang dinikmatinya.

Majoriti rakyat juga akan mengutamakan lain-lain survival seperti soal keselamatan, kemudahan dan keupayaan untuk mereka terus berkembang maju dalam hidup dan terus menikmati faedah tanpa adanya kemudaratan yang boleh menjejaskan semua yang telah dan sedang mereka nikmati.

Golongan yang cenderung menghadkan ruang-lingkup kehidupan mereka hanya dari sudut kacamata politik dan kuasa amatlah minoriti bilangannya. Golongan ini berpendapat seolah-olah "hari takkan siang jika ayam tak berkokok ataupun hari takkan malam kalau unggas tak berbunyi".

Golongan minoriti inilah yang sedang panik dan terdesak. Mereka sedang melakukan apa saja untuk survive apabila semakin dekat dengan PRU.

Mereka sedang hebat berusaha menukar pemikiran rakyat dari realistik kepada retorik, dari rasional kepada emosional dan dari janji-janji nyata kepada buaian janji-janji kosong menggapai bulan dan bintang.

Ada ke patut orang yang bermata satu mahu menawarkan khidmat ujian optometris? Itu sebab ramai hari ini yang menyangka peluru berpandu itu roket. Berbondong-bondong mahu naik peluru berpandu yang disangka roket untuk naik ke bulan, akhirnya agama, bangsa dan tanah air sendiri terancam disebabkan kelabu mata dan fikiran.

Puak pembangkang hanya boleh hidup dengan retorik, mainan emosi dan janji-janji yang tidak berpijak di bumi nyata.

Kalau mahu belajar bagaimana mahu menjadi penjual obat yang berkesan, datanglah selalu ke ceramah pembangkang.

Di sana akan kita pelajari kemahiran silat lidah, cara berkesan untuk menawan pendengar, bagaimana untuk berbohong tapi kelihatan benar, bagaimana untuk kelihatan seperti dianiaya dan dizalimi walau pun diri sendiri lebih zalim, dan macam-macam lagi kemahiran boleh dipelajari jika kita rajin mendengar ceramah PAS, PKR dan DAP.

Kaedah terakhir pembangkang hari ini dalam usaha meyakinkan rakyat supaya menyokong mereka ialah melalui kaedah "cina buta".

"Beri peluang pakatan memerintah sepenggal. Untuk percubaan! Jika pakatan pun sama macam UMNO, rasuah dan kaki bolot harta, ambillah balik kuasa dan beri pada UMNO semula. Ini saja caranya untuk ajar pemimpin UMNO."

Hanya golongan "gila talak" yang telah melafazkan talak 3 pada si isteri saja yang sanggup untuk menggunakan kaedah "cina buta" semata-mata untuk memperisterikan kembali jandanya.

Masalahnya, siapa yang mahu menjadi pak sanggup? Kalau pakatan dah dapat kuasa sampai mati pun mereka takkan ceraikan kuasa yang telah diberi oleh rakyat. Dah sedap-sedap beradu, pagi-pagi terus cerai dan pulangkan balik isteri. Hamid Gurkha pun tau apa itu keseronokan beristeri.

Cukupkah sekadar membuat janji "cina buta" dan bersedia menjadi "pak sanggup" dijadikan manifesto pembangkang untuk berhadapan dengan BN?

Hakikatnya, pakatan sudah hilang maruah, magnimity dan lain-lain syarat sah untuk diterima sebagai akternatif kepada Barisan Nasional.-- kkamdias.blogspot

Bekas Naib Ketua Pemuda PKR Ucap Syabas Dan Tahniah Kepada ‘Barua Dan Pencacai’ Anwar

Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip mengucapkan ‘syabas dan tahniah’ kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akhirnya menonjolkan wajahnya yang sebenar sebagai ‘barua dan pencacai’ kepada Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau kenyataan terbaru Hadi berhubung isu Yahudi mungkin boleh dianggap sebagai percubaan untuk menutup apa yang telah terpalit kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bagi saya itu tidak mengejutkan dan bukan satu perkara yang pelik kerana mereka yang merupakan sekutu dalam pakatan pembangkang sudah pasti akan memainkan peranan masing-masing untuk mempertahankan Anwar.
“Tambahan pula semenjak beberapa minggu yang lalu, Anwar seolah-olah kelemasan dalam menangani keceluparaannya berhubung isu Israel sepertimana yang disiarkan di dalam Wall Street Journal.
“Apa pun saya secara peribadi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicanang sebagai ulama dan tokoh agama oleh penyokong mereka membuka pekungnya sendiri sebagai pengikut tegar Anwar,” katanya.
Pas sebelum ini menyatakan pendirian bahawa parti itu menyokong mana-mana pihak termasuk umat Islam mengadakan kerjasama serta hubungan dengan Yahudi.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian itu dibuat selaras dengan prinsip yang dipegang parti itu mengenai kerjasama dengan orang bukan Islam dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan.
Bagaimanapun katanya, kerjasama dan hubungan dengan Yahudi itu hanya terbatas kepada bangsa itu yang tidak berpegang kepada ideologi Zionis.
Mengulas lebih lanjut, Zahid seterusnya menambah apa pun alasan dan apa pun kenyataan berlapik oleh Presiden Pas itu, ianya tidak dapat lari daripada tanggapan umum bahawa kenyataan sedemikian hanyalah sekadar untuk membantu Anwar yang kini terpalit dengan isu Israel.
“Dan kenyataan Hadi itu juga boleh dilihat sebagai melepaskan tekanan yang terpikul dibahu beliau sebagai Presiden Parti yang melaung-laungkan perjuangan Islam…Maklumlah Ketua Pembangkang terpalit dengan isu Isarel..Takkan Pas berdiam diri.. Akhirnya bersuara juga rupa-rupanya,” katanya..UMNO On-line

Strategi ‘Luar Tabiee Si Raja Putar ‘ !

Si Raja Putar kerap terbang ke luar negara, bersekongkol dengan beberapa tokoh yahudi kafir harbi laknatullah untuk dapatkan dana dan sokongan politik peribadi .
Di luar negara, Si Raja Putar yang dalam roh dan semangat perjuangannya tidak ada sekelumit pun semangat patriotik, ghairah memfitnah, menghina dan mencela kepimpinan negara, institusi kehakiman, institusi keselamatan, institusi kewangan , pendidikan dan apa sahaja yang boleh diperlekehkannnya.
Tujuan Si Raja Putar ini untuk memberi persepsi tidak benar terhadap kepimpinan negara dan keluhuran undang-undang serta perlembagaan. Niatnya hanya untuk mencemarkan imej baik negara yang telah terbina selama ini. Apa sahaja kaedah digunakan, termasuk di luar tabiee dan di luar fitrah manusia, asalkan nafsu serakah dan dendam kesumatnya tercapai.
Ingat, sedar dan insaflah Si Raja Putar, politik di bumi tercinta ini mestilah bertapak dan berpaksi di tanahair ini, tempat tumpahnya darah. Bukan dikawal oleh ‘Jawatankuasa Pemandu’ negara asing.
Budaya politik penuh berhemah yang amat relevan dengan fitrah hidup seluruh rakyat bumi bertuah dan dirahmati Allah ini mestilah dikekal dan dipertahankan. Pengaruh kuasa asing “Jawatankuasa Pemandu” si kafir harbi laknatullah dan budaya politik luar yang ganas, ektrim serta ala samseng jalanan harus ditentang habis-habisan.
Beberapa negara yang membenarkan pengaruh dan budaya politik luar masuk, natijahnya sudah terbukti. Berakhir dengan kehancuran. Rakyat sengsara, proses pembangunan terencat, ekonomi merudum dan suasana kucar kacir jadinya.
Wahai Si Raja Putar, ketahuilah ahli politik sewajarnya membina kekuatan di negara sendiri bukan ‘melacurkan diri’ kepada kuasa asing. Undi dan sokongan rakyat dalam negara sendiri menjadikan seseorang pemimpin politik itu benar-benar pemimpin berjiwa rakyat, melambangkan jati diri pemimpin itu.
Seseorang pemimpin politik yang mengharapkan sokongan dan pengaruh luar, hanya membuka ruang kepada pelbagai masalah, impaknya kepada rakyat jelata. Pemimpin yang bersikap sedemikian hanya mementingkan diri sendiri. Pihak luar yang menyokong ada udang sebalik batu, ada sesuatu yang mereka ingin dapatkan.
Si Raja Putar terus memutar, membelit dan bersandiwara. Sokongan kepada kepentingan keselamatan Israel melalui wawancara dengan media bukan rahsia lagi. Islam tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel di bumi Palestin .
Tapi rakan yang bersekongkol dengan Si Raja Putar bagaikan dicucuk hidung. Mereka yang sebelum ini garang bertempik, terpekik terlolong dengan rasa penuh riak dan angkuh melabel parti mereka sebagai menentang kezaliman Israel, diam menikus selepas Tok Guru ‘ ditarbiah’ oleh Si Raja Putar.
Jelas sekali Si Raja Putar menyokong kepentingan keselamatan Israel di negara Palestin, tapi alahai apakan daya, ‘lebai-lebai ‘ susuan Si Raja Putar ini sudah hilang arah. Sebelum ini pukul canang setiap pelosok kampung dan bandar, kata siapa sokong Israel musuh Islam, tapi bila Si Raja Putar sokong Israel, diam membisu. Terlalu takutkan Si Raja Putar.
Siapa musuh Islam sebenarnya ni? Pikirlah sendiri. Sudah tidak ada kejujuran dan keikhlasan sebab yang paling utama mahu membelai hati dan mendapat dana serta laba dari Si Raja Putar.
Si Raja Putar kini meneruskan metodologi berpolitik secara emosi. Mewujudkan perasaan benci membenci, fitnah memfitnah, konspirasi antara kaum. Cuba menggocak dan menjadikan keharmonian perpaduan antara kaum yang sebelum di digarap dengan begitu baik bertukar menjadi rapuh dan berkecai.
Demi perpaduan dan kelangsungan kehidupan yang harmonis menjadi jihad, peranan dan tanggungjawab menolak Si Raja Putar Pilih parti yang menjadi kerajaan yang benar-benar terbukti dan berjaya membangunkan rakyat dan negara. Jangan biarkan diri terus ‘dikencingkan’ “ Si Raja Putar. Tolak strategi ‘ luar tabiee Si Raja Putar ‘.
HAJI Z, KL.

Isu Sokong Israel : Pas Makin Bersujud Depan Anwar

Pas dibidas apabila hanya berani mengutuk serta mencerca UMNO berhubung isu Israel tetapi menikus apabila berdepan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang secara terang-terang terpampang di dalam Wall Street Journal (WSJ) kenyataannya yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Keadilan, Lokman Noor Adam berkata tindak-tanduk kepimpinan Pas itu menimbulkan seribu satu persoalan kerana sekadar memberi kata dua kepada Anwar sebelum ini, dan kemudiannya terus sunyi sepi setelah Ketua Umum PKR itu menemui Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.
Menurut beliau yang peliknya pula adalah UMNO serta Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pula yang menjadi mangsa kecaman puak-puak Pas yang seolah-olah kenyataan Anwar tidak membawa apa-apa makna.
“Itulah lumrah pembangkang yang seolah-olah sudah sebati dengan mereka. Tabiat mereka adalah menuding jari kepada orang lain tanpa perlu mereka melakukan muhasabah diri.
“Yang mereka nampak adalah orang lain dan bagi pemimpin mereka adalah betul belaka. Apa pun saya penuh yakin rakyat melihat perkara ini walaupun pimpinan Pas dilihat tawar hati dalam soal berkenaan".
Lokman seterusnya menambah kenyatan Anwar sebelum ini bahawa Nik Aziz dilaporkan faham dengan hasil pertemuan dengan Ketua Pembangkang berkenaan mungkin boleh dilihat sebagai salah satu faktor yang mendorong kepada tindak tanduk Pas hari ini.
“Saya bukannya mahu membuat tuduhan melulu namun apakah maksud sebenar faham itu. Apakah Nik Aziz faham secara menyeluruh atau sebaliknya terdapat satu penjelasan lain daripada Anwar.
“Mungkin hanya Nik Aziz dan Anwar yang tahu dan mungkin atas maksud berkenaan, Pas terpaksa mengambil sikap seperti yang kita nampak hari ini. Apa pun terserah kepada “keberanian“ Pas,” katanya.
Lokman pada masa yang sama turut menempelak sikap pembangkang yang tidak habis-habis mengaitkan atau menuduh UMNO dan BN.
“Setiap kali tuduhan dilemparkan kepada pembangkang, maka jawapan yang selalu diterima sudah pasti angkara UMNO atau konspirasi BN.  Tetapi bila terkena batang hidung mereka lain pula jawapannya.
“Saya ingin bagi contoh bagaimana jawapan Tian Chua berhubung isu Ustaz Badrolamin Bahrum baru-baru ini di dalam rancangan Debat Rakyat apabila menyatakan perkara berkenaan masih belum diputuskan Mahkamah.
“Sebaliknya apabila melibatkan isu kepimpinan BN, tidak pula keluar jawapan sedemikian rupa sebaliknya diputar habis-habisan. Ini mencerminkan sikap pembangkang yang double standard,“ katanya. -MediaUMNO

Kalau Negara Islam Pun Boleh Dilelong, Apa Sangat Jawatan Timbalan Presiden

Bukan sesuatu yang pelik dan bukan perkara yang menghairankan kerana selama ini pun Pas hanya berdiam diri membiarkan sekutunya daripada DAP membacakan ayat-ayat Allah di pentas ceramah.
Justeru kesediaan yang dilontarkan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dalam responsnya bahawa parti itu bersedia menerima seorang Timbalan Presiden Pas daripada kalangan bukan Islam tidak mengejutkan, kata bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris.
Menurut beliau lagi tindak-tanduk Pas hari ini yang nampak ke arah yang lebih liberal memungkinkan apa yang dilontarkan oleh Dr Dzulkifly Ahmad itu bakal menjadi kenyataan satu hari nanti.
“Yerlah…kalau dah ‘nawaitunya’ hanya mahu ke Putrajaya bersama PKR dan DAP, sudah tentunya mereka akan sanggup melakukan apa sahaja walaupun pada logik akal manusia yang waras, sukar untuk diterima.
“Lagipun Negara Islam sudah tidak dipalu lagi oleh para pemimpin Pas…Yang kita dengar paluan kompang mereka adalah tumbangkan BN dan menuju ke Putrajaya. Itu sahaja yang kita didendangkan dalam mana-mana ceramah. Maklumlah PRU pun dah makin hampir,”
Dzulkefly membuat kenyataan itu ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk ‘Mengapa Undi Melayu Pecah?’ sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Prof  Mohd Noor seterusnya menegaskan Pas hari ini benar-benar telah berubah dan tidak lagi seperti dulu kerana sikap dan tamaknya mereka kepada kuasa dan kepentingan politik semata-mata.
Tambahnya pemimpin Pas yang ada hari ini seolah-olah tidak lagi berpegang kepada yang benar kerana terikut-ikut dengan rentak nafsu sekutunya DAP dan PKR yang dilihat begitu ghairah menawan Putrajaya.
“Orang kalau dah ‘nawaitunya’ tidak betul, kenapa perlu kita bersama dengan mereka dan rakyat khususnya umat Islam perlu melihat dan menilai dengan jelas permainan politik Pas yang umpama lalang.
“Bukankah Pas laungannya untuk Islam…sebab itu saya sebutkan tadi kalau berpaksikan kepada akal orang yang waras, tidak akan timbul perkara sedemikian rupa kerana ianya dilihat bertentangan dengan apa yang Pas bawa,” katanya. -MediaUMNO