SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Pas Semakin Letih Jadi Rakan Tukang Cuci Pakatan Pembangkang

Sampai bilakah Pas akan terus menjadi tukang jawab serta ‘tukang sapu’ kepada isu-isu serta dakwaan yang melibatkan pemimpin pakatan terutama Anwar Ibrahim.
Saban waktu ada sahaja isu dan dakwaan yang melibatkan tokoh pembangkang dan seperti biasa pimpinan Pas akan terus bertungkus lumus untuk menjawab atau memainkan peranan sebagai tukang cuci kepada setiap kekotoran yang dilakukan rakan pakatan mereka.
Mengulas perkara tersebut Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof  percaya Pas sebenarnya sudah semakin bosan dan letih untuk terus menjadi rakan pakatan yang peranannya hanya sebagai tukang cuci dari isu wakil rakyat bogel, sokong Israel, skandal jamban, liwat, akaun RM3 bilion dan macam-macam lagi.
“Sebab itu kita lihat sejak akhir-akhir ini Pas seperti seperti habis gas untuk bersungguh mempertahankan rakan pakatan mereka… ini kerana Pas juga semakin terhimpit dengan pelbagai isu dalaman mereka.
“Saya percaya rata-rata penyokong Pas sendiri pun sedar perkara ini di mana Pas seolah-olah dipergunakan semata-mata kepentingan politik rakan pakatan mereka saja di mana peranan utama hanya sebagai tukang cuci,”
Ustaz Afandi seterusnya percaya selagi Pas terus bersama pakatan pembangkang maka selagi itulah Pas akan menjadi tukang cuci kepada najis yang ditinggalkan pemimpin rakan pakatannya terutama PKR.
“Seperti yang sebutkan di atas, dari isu wakil rakyat bergambar bogel, isu liwat, video seks termasuklah yang dikatakan derhaka kepada ibu kandung dan isu RM3 bilion yang dikatkan dengan Anwar, Pas nampaknya dilihat memainkan peranan untuk menyucikan mana-mana pemimpin pakatan pembangkang yang terlibat.
“Jadi kepada rakan-rakan saya yang masih setia bersama Pas, eloklah bermuhasabah sementara masih berkesempatan,” katanya. -MediaUMNO

Demi Kuasa, Perjuangan PAS Makin Songsang

Perjuangan Pas makin hari dilihat makin ‘songsang’ setelah mereka seolah-olah berani memperlekehkan ulama terutama cendekiawan agama yang tidak sehaluan dengan parti berkenaan selain kiasan yang hanya menjurus ke arah kepentingan mereka.
Bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad berkata perkara berkenaan dapat dilihat apabila pandangan tokoh agama daripada timur tengah pada seminar Fiqh Mentaati Pemimpin baru-baru ini seolah-olah dipandang sinis.
Begitu juga tambah beliau lagi perbandingan yang diutarakan oleh Naib Presiden Pas, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub berhubung demonstrasi jalanan dengan perarakan sambutan Maulidur Rasul.
“Sikap prejudis terhadap ulama sesuatu yang amat menyedihkan. Ini kerana saya percaya apa yang diutarakan oleh ulama pada seminar berkenaan berdasarkan realiti semasa dan bukannya mempunyai apa-apa motif tertentu.
“Janganlah berprasangka yang tidak baik terhadap cendekiawan agama seumpama itu..Saya amat tidak bersetuju dalam hal ini. Begitu juga dalam soal kiasan itu. Perbandingan antara demonstrasi jalanan dengan perarakan Maulidur Rasul amat tidak kena dan saya nampak apa yang mereka utarakan itu tidak tepat.
“Sebagai contoh jalan yang berlubang tetapi hanya boleh dilalui oleh lori besar sahaja. Tetapi apabila ditanya oleh pemandu kereta kancil yang hendak melalui jalan berkenaan kepada mereka yang berada di tepi jalan tersebut, individu itu menyatakan sebentar tadi sebuah lori telah melalui jalan tersebut.
“Apa yang saya nak tunjukkan di sini walapaun kedua-dua kenderaan berkenaan mempunyai enjin dan masing-masing diperbuat daripada besi, tetapi jalan berkenaan tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil dan hanya boleh dilalui oleh lori yang besar sahaja. Inilah contoh perbandingan yang kadangkala digunakan oleh Pas,” katanya.
Kata beliau lagi umat Islam seharusnya melihat dengan mendalam bagaimana perjuangan Pas yang makin hari makin tidak konsisten gara-gara mengejar kuasa menuju ke Putrajaya bersama sekutunya di dalam pembangkang.
“Seperti yang saya sebutkan beberapa kali sebelum ini, matlamat dan nawaitau Pas hari ini tidak lagi sama dengan dulu….Mereka tidak lagi konsisten dan terikut-ikut dengan rentak serta gaya sekutu mereka itu,” katanya. -MediaUMNO

DAP Tak Perlu Pakai Kuntau Lagi Serang Musuh Mereka

Sejak berkongsi katil dan bantal dengan DAP nampaknya pemimpin Pas begitu galak menyerang siapa saja yang sebelum ini adalah musuh utama DAP. Tidak perlu lagi DAP bersusah payah pakai kuntau untuk menyerang musuh mereka cukup dengan menggunakan pemimpin Pas untuk membuat serangan kepada musuh mereka.
Siapa musuh utama DAP?… seperti yang kita sudah lama tahu DAP cukup tidak senang dengan orang Melayu, Islam kerana keistimewaan yang diberikan, malah DAP juga sejak dulu lagi sememangya mengeluarkan kata-kata biadap terhadap Raja-Raja Melayu hingga pernah seorang pemimpin utama mereka ditampar seorang kiyai kerana kata-kata “kurang ajar” yang dikeluarkan.
Kini DAP bukan saja dapat perlindungan Pas malah pemimpin DAP juga telah diangkat setaraf dengan ulama-ulama Pas kerana kononnya bertaraf Saidina Umar Aziz.  Upah untuk pemimpin Pas hanyalah janji ke Putrajaya.  Demi Putrajaya Pas sanggup lakukan apa saja untuk DAP termasuk bertakbir bila pemimpin-pemimpin DAP melafazkan ayat-ayat Al Quran.
Semua tindakan pemimpin DAP untuk menghina pemimpin Melayu lain dihalalkan Pas.  Semua tindakan DAP untuk menyerang, biadap terhadap pihak berkuasa yang kebanyakannya orang Melayu direstui Pas.  Semua tindakan DAP untuk kurang ajar terhadap penjawat awam yang kebanyakannya orang Melayu dibenarkan Pas.  Semua tindakan DAP untuk menghimpit orang Melayu terutama di Pulau Pinang hanya dipandang sebelah mata oleh Pas.  Buatlah apa saja, DAP tidak perlu risau lagi kerana telah diberikan perlindungan 100 peratus oleh Pas.
Dengan memutarbelitkan ayat Al Quran dan hadis, semua perbuatan dan tindakan DAP itu diberikan cop halal oleh Pas.
Tapi rakyat sebenarnya terutama orang Melayu tidak lagi hairan dan pelik dengan tindak tanduk Pas ini kerana kalau prinsip perjuangan Islam mereka sendiri pun mereka boleh gadai kepada DAP, inikan pula hal-hal orang Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu yang bagi Pas tidak mendatangkan kudis pun.
Elfira Hj Muin

Majlis Syura Pas Jangan Buat-buat Lupa Pendirian Anwar Sokong Israel

Majlis Syura Ulama Pas diminta menyingkap kembali ‘fail-fail lama’ khususnya ‘fail’ isu sokongan Anwar Ibrahim terhadap Israel seperti yang pernah disiarkan di dalam WSJ.

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau Kapt (B) Datuk Najmuddin Elias Al-hafiz berkata alang-alang mereka membuat pendirian terhadap penganjuran Bersih 3.0. apakah salahnya Majlis Syura berkenaan turut melihat dan membuat pendirian terhadap isu Anwar itu.

Menurut beliau persoalan tersebut telah lama menjadi bahan bualan kerana pada satu ketika Anwar diberikan kata dua sama ada menarik balik kenyataan sokongan terhadap Isarel atau mengambil tindakan saman terhadap WSJ itu.

“Dalam bab himpunan Bersih 3.0 bukan main lagi bersemangat pemimpin mereka… Dan menariknya kenyataan itu sekali gus menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

“Bayangkan… pandangan Majlis Fatwa pun tidak menjadi pertimbangan. Secara logiknya bukankah Majlis Fatwa terdiri daripada ramai kalangan tokoh agama dan ilmuwan Islam lain.. Tentunya keputusan secara perbincangan dan ada asas-asas tertentu.

“Yang pelik keputusan Majlis Fatwa dipandang sinis tetapi bila berdepan dengan Anwar tidak berani pula untuk menyatakan pendirian yang konkrit. Inilah yang saya fikirkan. Apakah mereka ‘takut’ atau gentar kepada Anwar hanya Pas yang tahu.
Majlis Syura Ulama Pas akhirnya mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap penganjuran Bersih 3.0 serta memutuskan bahawa demonstrasi berkenaan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Kenyataan itu sekali gus menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Namun sehingga ke hari ini,difahamkan Majlis Syura Ulama Pas masih menyepi berhubung tindakan Anwar yang tidak akan menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Anwar mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam baru-baru ini.

Malah Anwar berkata WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.

Sambil menyifatkan kuman di seberang laut nampak jelas, dan gajah depan mata tidak kelihatan, Ustaz Najmuddin seterusnya menambah keputusan berkenaan jelas bersandarkan kepada politik semata-mata.

“Bagi saya mereka cukup celaru sekarang dan pendirian yang diambil tidak berpaksikan kepada perkara yang sebenarnya… Sepatutnya mereka perlu berkata benar walau pun pahit dan bukannya bersikap sedemikian rupa. Mungkin pada dan ketika ini, kuasa..kuasa..kuasa dalam otak pemikiran mereka, “ jelas beliau.