SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Negara Islam : Pemuda Pas Lari Lintang Pukang Kena Sergah Karpal?

Kah..kah..kah..kah...........
Gabungan NGO Malaysia melalui Setiausahanya, Ramli Mat Jurit melahirkan rasa  kesal dan hairan dengan sikap Pemuda Pas yang hanya berdiam diri apabila Ketua Pemuda mereka, Nasharuddin Tantawi ditempelak serta dinafikan kebenaran kata-katanya oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh berkenaan hudud ketika debat beliau menghadapi Sekretariat ILMU, Ustaz Fathul Bari baru-baru ini.
Ketua Pemuda Pas, Nasharuddin Tantawi baru-baru ini mengeluarkan  kenyataan bahawa Karpal setelah bergabung dengan Pas dalam Pakatan Pembangkang sudah mula bersikap lembut terhadap pendirian Pas untuk melaksanakan hukum hudud,  ketika debat beliau bersama Pengerusi  Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya baru-baru ini.
Bagaimanapun, selang beberapa hari selepas itu, Karpal secara terbuka membidas Ketua Pemuda Pas  kerana memandai-mandai mengatakan bahawa pendiriannya terhadap perlaksanaan hukum hudud dan Islam sudah berubah dan Karpal tetap menegaskan bahawa pendirian beliau terhadap hudud tidak berubah sejak 20 tahun lalu.
Sehubungan itu, menurut Ramli, tidak hairanlah mengapa Karpal begitu berani dan dengan selamba mahu mengkritik secara terbuka mana-mana pemimpin Pas baik dari peringkat tertinggi sekalipun, kerana Karpal tahu Pas tidak akan berani untuk menyanggah kenyataannya itu.
“Saya tidak pasti  samada ada Pas sedar atau tidak, bahawa Karpal sebenarnya sudah menghidu kelemahan Pas  iaitu matlamat perjuangan  Pas yang  kini lebih kepada kuasa politik, dan bukan lagi perjuangan ikhlas yang mahu menegakkan Islam semata-mata.
“Bagi Pas hari ini, hudud dan negara Islam kini hanya tinggal retorik yang perlu diulang-ulang untuk menyakinkan rakyat bahawa Pas tetap memperjuangkan Islam, sedangkan hakikatnya perjuangan negara Islam sudah lama Pas tinggalkan,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Sebab itu jelas beliau lagi, ramai ahli dan pemimpin Pas di peringkat tertinggi meninggalkan Pas kerana sudah merasa kecewa dengan perjuangan Pas hari ini. Ada di antara ahli-ahli dan pemimpin Pas yang ditemuinya, mengambil keputusan untuk keluar dari Pas dan ada juga yang masih ahli Pas, namun mereka sendiri tidak yakin dengan kesungguhan kepimpinan Pas hari ini untuk menegakkan negara Islam.
“Pas hari ini di dalam Pakatan Pembangkang dilihat sebagai jemaah yang tidak berani bersuara dan lebih kepada sanggup buat apa saja kerana kuasa. Pas dibuli sesuka hati oleh DAP. Semua ini berlaku apabila Pas membuat keputusan untuk bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang menyebabkan Pas menjadi parti  bacul dan penakut untuk bersuara.
“Mereka sanggup korbankan prinsip perjuangan negara Islam yang sejak sekian lama menjadi matlamat mereka sebelum ini, untuk menjaga hati dan mendengar nasihat dua rakan politik berfahaman liberal mereka itu.
“Jadi, bagaimana kita mahu memberikan amanah kepada Pas dan juga Pakatan Pembangkang untuk menjaga dan memelihara maruah Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair ini, apabila mahu bersuara dan mempertahankan parti sendiri daripada dihina dan dicerca pun tidak mampu mereka lakukan,”ujar beliau. -MediaUMNO

Pas Juga Adalah Musuh Allah, Jika Kekurangan Menjadi Sandaran – Dr. Fadlan

Kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz yang mengatakan bahawa Allah mengarahkan Pas untuk menawan Putrajaya daripada musuh-musuh Allah, merupakan satu tuduhan yang amat berat serta tidak berasas sama sekali, kata pensyarah Kanan Jabatan Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Ustaz Dr. Fadlan Othman.
Beliau turut mempersoalkan atas dasar apa Timbalan Ketua Pemuda Pas mengeluarkan kenyatan tersebut bahawa kerajaan hari ini yang ditunjangi oleh UMNO sebagai musuh Allah.
Kenyataan itu menurutnya merupakan satu tuduhan yang amat berat terhadap UMNO sebagai sebuah parti umat Islam yang kini diberi tanggungjawab memerintah negara.
Ujarnya, sepanjang  pemerintahan UMNO, beliau tidak menafikan dasar memelihara dan menegakkan syiar Islam oleh pemerintah hari ini terserlah apabila syiar-syiar Islam terus ditegakkan dari pelbagai sudut seperti pembinaan masjid, mewujudkan institusi keagamaan, menyemarakkan program-program agama, kebebasan berdakwah dan sebagainya.
“Bagaimanapun, sebagai sebuah gerakan atau parti yang diterajui oleh makhluk yang bergelar manusia, sudah pastilah ada cacat cela dan kepincangan di sana sini.
“Jika Nik Abduh mengatakan bahawa pemerintah hari ini adalah musuh Allah atas dasar kekurangan yang ada UMNO, maka saya berani kata bahawa Pas juga adalah musuh Allah, kerana mereka juga ada kelemahan dan kekurangan sama seperti UMNO dan manusia lain. Tapi lainlah kalau mereka dakwa semua ahli dan kepimpinan Pas itu maksum belaka”.
Beliau turut menyifatkan kenyataan yang keluar dari mulut Nik Abduh itu sebagai satu lagi kesinambungan dari kenyataan-kenyataan kepimpinan Pas yang cuba mengelirukan ummah.
Tambahnya,  Pas sememangnya sudah lama menjadi agen mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini dengan pelbagai kenyataan dan fatwa-fatwa yang menyalahi dalil Al Quran dan Sunnah, demi untuk kepentingan dan survival cita-cita politik mereka.
“Sebelum ini, Pas juga pernah mendakwa bahawa solat itu juga adalah sebahagian dari demostrasi, bagi menghalalkan tindakan mereka berdemonstrasi.  Mereka suka menggunakan dalil Quran dan Sunnah, namun pada tempat yang salah. Sekarang ini, dia kata bahawa Allah memerintah Pas untuk menawan Putrajaya dari musuh-musuh Allah.
“Kenyatan seperti ini tidak betul sama sekali. Kata-kata seperti ini tidak patut keluar dari mulut seorang yang dianggap berilmu. Kenyataan sebegini adalah kesinambungan agenda Pas  yang menggunakan agama untuk mengelirukan rakyat awam, khsususnya umat Islam di negara ini,” tegas beliau .
Beliau juga berpendapat bahawa Nik Abduh  dipengaruhi oleh emosi yang berlebihan ketika mengeluarkan kenyataan tersebut di hadapan pengikut-pengikut Pas, ketika perhimpunan yang diadakan di Stadium Darul Aman pada awal Jun baru-baru ini.
“Maklumlah, berceramah di hadapan ribuan orang ramai, pastinya Nik Abduh bersemangat untuk meyakinkan para pengikut bahawa perjuangan Pas ini adalah tepat sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya seperti itu,” ujarnya.
Kata beliau lagi, bahawa selaku pemimpin yang mempunyai jawatan tinggi di dalam Pas, Nik Abduh tidak sepatutnya bercakap mengikut emosi yang berlebihan sehingga mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam. -MediaUMNO

Demi DAP, PKR… Pas Gadai Lebih 60 Peratus Kerusi Parlimen

Sudah hampir dua tahun Pas melaung-laungkan yang mereka akan ganti UMNO dalam PRU akan datang. Apa-apa pun itu hanya retorik. Ini kerana Pas sendiri pun tidak menunjukkan keseriusan mereka untuk mengganti UMNO kerana terlalu takutkan kepada DAP dan PKR.
Sejak dua pilihanraya umum yang lepas jumlah kerusi parlimen yang ditandingi UMNO adalah 117 kerusi. Tahun 2004 UMNO menang 110 kerusi dari jumlah yang mereka masuk bertanding. Manakala tahun 2008 UMNO menang 78 kerusi dari jumlah 114 yang mereka bertanding.
Manakala bagi Pas pula kerusi parlimen yang ditandingi mereka pada tahun 2004 adalah 84 kerusi dan menang hanya 6 kerusi. Untuk tahun 2008 pula Pas hanya bertanding di 66 kerusi dan menang 23.
Untuk PRU akan datang Pas berhasrat untuk bertanding sebanyak 80 kerusi parlimen. Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Presiden Pas di Terengganu pada awal Julai 2012.

Laporan dari klpos.com
MARANG 1 Julai – Pas  hari ini mengumumkan hasrat untuk bertanding 88 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.
Menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ianya sebagai cadangan parti dalam memastikan Pas sebagai tulang belakang pentadbiran Negara jika Pakatan menguasai kerusi Parlimen di Peringkat Parlimen.
Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana sempena Himpunan Hijau Pas ke Putrajaya Ganti UMNO Peringkat Negeri Terengganu di Padang Mengkuang, Bukit Payung di sini malam tadi.
Pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu,  Pas telah mempertaruhkan 66 kerusi Parlimen dan berjaya menguasai 23 daripadanya berbanding DAP dan PKR yang mendapat jumlah lebih besar.

Itu baru hasrat Pas. DAP dan PKR belum lagi menyatakan hasrat mereka. Persoalannya, bagaimana Pas mengatakan mereka akan menggantikan UMNO jika kerusi yang ditandingi Pas pun tidak setara dengan kerusi yang ditandingi UMNO ?
UMNO bertanding di 117 kerusi, manakala Pas BERHASRAT untuk bertanding 80 kerusi.
Jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan sebanyak 222 kerusi. UMNO sebagai tunjang kepada orang-orang melayu sebagai penduduk majoriti di negara ini, bertanding lebih dari 50 % dari kerusi yang dipertandingkan.
Maka Pas boleh lupakan hasrat mereka untuk menggantikan UMNO jika mereka hanya bertanding di 80 kerusi atau 36 %.
Sebagai sebuah parti lama, parti islam dan mempunyai jentera yang kuat sepatutnya Pas menunjukkan kekuasaan mereka dengan mengumumkan akan bertanding paling kurang pun di 111 kerusi atau 50 % dari kerusi yang dipertandingkan.
Bagaimana orang-orang melayu hendak bergantung harap kepada Pas jika Pas menyerahkan lebih dari 60 % kerusi parlimen kepada DAP dan PKR ?
Apabila ada pihak mengatakan DAP yang akan menggantikan Pas, mereka marah. Namun hakikat yang sebenarnya itu yang akan berlaku.
Laporan Utusan Malaysia semalam menyatakan DAP akan bertanding 90 kerusi telah mengundang kemarahan Pas dan DAP.
Pas tidak perlu marah dan DAP tidak perlu melenting. Perkara itu boleh berlaku. Ianya tidak akan berlaku dengan satu cara sahaja, iaitu Pas mesti bertanding lebih dari 111 kerusi.
Tetapi adakah Pas berani dan adakah DAP akan beri ?
Pas tidak akan berani dan DAP tidak akan beri. Sejarah telah membuktikan Pas sering tunduk kepada DAP hinggakan sanggup menggugurkan prinsip perjuangan negara Islam mereka.
Wak Cetuk

Rakyat Perak Perlu Tolak Pas - Ahmad Said


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO  Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta rakyat Perak tidak terpedaya dengan janji manis Pas yang ingin meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan perlu menjadikan Terengganu yang pernah dikuasai parti itu sebagai teladan.
Beliau merujuk keadaan Terengganu pada tahun 1999 ketika di bawah pemerintahan Pas yang tidak menikmati sebarang pembangunan, malah hanya ditabur janji kosong.
“Terengganu telah diperintah Pas pada pilihan raya pertama. Namun tidak ada apa yang dilakukan oleh PAS pada tempoh itu, sebaliknya hanya berbohong, memfitnah dan mengeluarkan fatwa yang sesat sehingga mengelirukan rakyat.
“Pas ini tidak konsisten, dan pemikirannya sentiasa berubah-ubah. Setiap kali pilihan raya, mereka hanya mengeluarkan manifesto yang baru, namun tidak menepatinya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerak Kerja Jentera PRU-13 Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.
Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rungkup Datuk Shaarani Mohamad serta anggota badan perhubungan Umno Bagan Datoh dan Terengganu.
Ahmad berkata segala perancangan Pas  merupakan taktik untuk menggugat kepercayaan rakyat pada pilihan raya supaya parti itu dan pakatan pembangkang boleh keluar daripada masalah dalaman mereka ketika ini.
Beliau turut menyeru rakyat Perak agar tidak menyokong dan memberi peluang kepada parti itu merampas kerusi Parlimen dan Dewan Udangan Negeri (DUN) Perak malah terus memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN untuk memerintah Negara ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh, berkata beliau optimis kerusi DUN Hutan Melintang, yang dikuasai calon Parti Keadilan Rakyat S.Kesavan, mampu dirampas berdasarkan gerak kerja pimpinan BN yang komited.
“Segala kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini akan kita tebus semula.
“Saya harap selepas ini kita semua bertekad untuk terus komited dan dapatmenyelesaikan segala permasalahan di peringkat akar umbi,” katanya.