30.8.12
17.8.12
5.8.12
Hasil Kejayaan Dakwah Pas, DAP Makin Berani Tolak Negara Islam
Pas hari ini menjadikan isu hudud, negara Islam sebagai satu senjata
politik utama mereka untuk menarik pengaruh undi orang-orang Melayu
sedangkan pada hakikatnya, perjuangan menegakkan negara Islam dan Hudud
sudah lama ditinggalkan dalam agenda utama perjuangan parti tersebut. (Hakikat yg. perlu diterima)
Menurut Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS), Ustaz
Rosdi Long, Pas akan memainkan isu hudud sebagai gendang perang mereka
setiap kali menjelang saja pilihanraya di negara ini.
“Setiap kali nak pilihanraya, Pas akan jadikan hudud sebagai ‘magnet’
untuk menarik undi-undi orang-orang Islam, khususnya orang Melayu di
negara ini. Sedangkan, pada 2009 ketika bersetuju bergabung dalam
Pakatan Pembangkang, Pas telah menggugurkan perjuangan negara Islam dan
Hudud dan perjuangan menegakkan negara dan undang-undang Islam bukan
lagi menjadi teras utama perjuangan Pas lagi.
Pengguguran perjuangan negara dan undang-undang Islam Pas ini telah
pun diterjemahkan melalui buku jingga yang menjadi dasar bersama
ketiga-tiga parti dalam Pakatan Pembangkang baru-baru ini,”.
Sebab itu katanya, lagu yang mendendangkan irama hudud ini hanya
keluar daripada mulut pemimpin-pemimpin senior Pas sahaja, sedangkan ia
tidak lagi dilagukan oleh pucuk kepimpinan tertinggi seperti Presiden
dan Timbalannya di dalam Pas.
“Mereka sebenarnya tahu, bahawa amat sukar untuk mereka melaksanakan
hudud itu jika dilihat daripada pelbagai sudut permasalahan yang
dihadapi. Apatah lagi, Pas tidak lagi menjadikan isu perjuangan negara
Islam sebagai agenda utama perjuangan mereka. Hudud hanya dijadikan
gula-gula untuk memancing undi rakyat, khususnya umat Islam. Perkara ini
bagi saya cukup jelas,” ujarnya lagi.
Selain itu, beliau turut menyentuh tentang isu Ketua Pemuda Pas,
Nasaruddin Tantawi yang ditempelak secara terbuka oleh Pengerusi DAP,
Karpal Singh, apabila beliau mengatakan bahawa DAP sudah mula menerima
Islam dalam siri debatnya bersama Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Fathuk
Bari.
“Ini juga sebagai bukti, bahawa dakwah Pas terhadap DAP ternyata
gagal. DAP sebenarnya sehingga ke hari ini masih tidak faham apa itu
Islam. Samada DAP yang keras kepala, atau Pas yang tidak menjalankan
dakwahnya, namun apa yang nampak di sini adalah kegagalan Pas berdakwah
kepada DAP.
“Jadi di mana konon-kononnya dakwaan Pas yang mengatakan sejak DAP
berkawan dengan Pas, DAP lebih faham tentang Islam. Faham kut mana? Baru
sebut aja pasal Hudud, puak-puak inilah yang paling kuat melenting.
Tengok saja nasib Ketua Pemuda Pas, baru sahaja Nasaruddin nak yakinkan
rakyat kata DAP sudah mula terima Hudud, serta merta dia dibidas dan
dimarahi oleh Karpal,” ujarnya.
Justeru itu, beliau turut mempersoalkan, bahawa apakah ini yang
dikatakan dakwah Pas terhadap DAP sudah berjaya? Sedangkan jelas hari
ini, sekiranya kepimpinan Pas mahu bercakap tentang hudud, mereka lebih
berani untuk bercakap di dalam kelambu mereka saja kerana kalau membuat
kenyataan secara terbuka diluar, bimbang dibantai dan dihentam oleh
DAP. -MediaUMNO
Subscribe to:
Posts (Atom)




