SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Pas Makin Jadi Lebai Malang…

Setelah rakan sekutu Pas dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan PKR dilihat seolah-olah cukup konsisten dan tegas menolak pelaksanaan Hudud, timbul persoalan hari ini apakah yang akan dijaja oleh Pas dalam usaha mendapatkan pengaruh dan simpati di kalangan umat Islam.
Bertitik tolak daripada gugurnya istilah Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, ramai tertanya-tanya dan ada juga yang ragu-ragu akan prinsip sebenar Pas dalam membawa hala tuju politik mereka.
Bagi Pendakwah Bebas, Ustaz Toharudin Yaakub perkara itu tidak dapat lari daripada menjadi bualan dan perhatian umum kerana masing-masing melibatkan prinsip dan perjuangan parti.
Cumanya ujar beliau yang menjadi persoalan hari ini sejauh mana Pas akan membawa apa yang didendangkan sejak sekian lama menerusi gabungan ketiga-tiga parti pembangkang terbabit.
“Nak bawa Negara Islam tidak ada pula dalam buku jingga… Dan polemik mengenai perkara itu masih berterusan di dalam gabungan mereka. DAP dengan pendirian mereka dan PKR pula dengan pendirian mereka.
“Jadi betullah kalau ada yang menimbulkan persoalan apa lagi yang Pas akan bawa khususnya menjelangnya pilihan raya umum kali ini. Tidak pelik banyak lagi retorik yang akan timbul kelak”.
Ustaz Toharudin seterusnya menambah Pas akan terus bermain wayang dalam usaha memujuk serta memmpegaruhi rakyat untuk bersama dengan mereka.
“Saya masih simpan buku yang bertajuk Negara Islam….Tetapi hari ini yang didendangkan adalah Negara Berkebajikan. Kenapa sekarang baru timbul.. Jadi kepada umat Islam, renung-renungkanlah apa yang sebenarnya.
“Saya tidaklah mahu membuat sebarang andaian yang lebih, cumanya persoalan yang dibangkitkan cukup menarik untuk dikupas dan dijadikan penilaian sebenar terhadap prinsip dan perjuangan parti berkenaan,” katanya. -MediaUMNO

Lebih Baik Pas Tutup Kedai, Jadi Hamba Setia DAP, PKR

Perang mulut antara Pas, DAP dan PKR berhubung isu hukum hudud masih belum reda malah terus membara.
Keadaan semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut yang sudah tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Walaupun isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas bukanlah sesuatu yang baru namun ia kembali menjadi panas dan bahan polemik sejak kebelakangan ini akibat sikap 'parti Islam' itu yang kini dilihat berdolak dalik dan tidak teguh dalam pendiriannya.
Pada satu pihak, DAP dilihat konsisten dengan penentangan tegasnya terhadap sebarang usaha oleh Pas untuk melaksanakan undang-undang syariah jika Pakatan Rakyat berkuasa.
Ini berlainan pula dengan pihak Pas yang terpaksa menukar warna politik dan mengorbankan prinsip perjuangannya daripada ‘Negara Islam’ kepada ‘Negara Kebajikan’ semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda politik DAP, sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secara terangan menonjolkan sikap anti-Melayu.
Pas sanggup mengorbankan pemimpinnya seperti Hasan Ali yang menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap sikap angkuh dan pro-Kristian DAP dalam kerajaan negeri Selangor namun untuk menyanggah parti rasis itu jauh panggang dari api.
Kini nasib yang sama menimpa Hasan akan bakal diterima oleh Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang mengkritik sikap Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang katanya bukan setakat menolak hukum hudud malah secara langsung menentang Islam sekali gus.
Dua kali malang bagi Nasharudin kerana bukan sahaja Karpal menyatakan akan menyaman beliau, malah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menjadi sekutu kuat dan pelindungnya satu ketika dahulu pun sudah memisahkan diri daripadanya dan memihak kepada DAP.
Abdul Hadi membayangkan Nasharudin sebagai individu yang sudah tidak penting dalam parti dan boleh dinyahkan dari parti bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Begitulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh tokoh-tokoh Pas yang hanya bercakap selari dengan prinsip perjuangan parti tetapi tidak secocok dengan selera DAP.
Pas yang pernah mendabik dada sebagai parti terkuat dalam Pakatan Rakyat dan mahu bertanding kerusi terbanyak dalam PRU kelak, juga semakin tertekan kerana PKR mengambil pendirian menyokong DAP dalam isu hukum hudud.
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud masih belum sesuai dan ia bukanlah merupakan dasar yang telah dipersetujui bersama oleh ketiga-ketiga pemimpin pembangkang tersebut pada tahun 2009.
Pas kini benar-benar tersepit dan tidak dapat membersihkan imejnya yang kian kotor dan merosot di mata rakyat akibat dilabel sebagai keldai tunggangan DAP dan tukang angguk PKR.
Tidak cukup kemelut yang membelit Pas dan DAP, kini tercetus pula pertelingkahan antara PKR dan DAP di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman menganggap Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai angkuh, bongkak dan sombong.
Tindakan nafi menafi dari pihak PKR sudah tentu menjadi perkara biasa dalam blok pembangkang tetapi kata-kata Mansor sebenarnya telah membuka satu lagi jurang antara kedua-dua parti yang pasti akan menjadi semakin lebar dalam hari-hari mendatang.
Masalah sebenar dalam Pakatan Rakyat bukanlah Barisan Nasional sebagai musuh utamanya tetapi Pas, DAP dan PKR yang menjadi musuh paling besar mereka sendiri.
Setiap parti bersikap angkuh kerana memikirkan merekalah yang paling berpengaruh dan menyumbang paling banyak dalam PRU pada 2008.
Dengan kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat pasca PRU ke-12 yang hampir sama, ketiga-tiga parti berfikir merekalah yang paling hebat serta kuat dan justeru tidak mahu mengalah.
Pas setakat ini kekal dengan 31 kerusi, diikuti 28 dalam genggaman DAP sementara PKR menjadi paling corot daripada 31 kepada 26 apabila lima wakilnya melompat menjadi ahli bebas.
Anwar pula terpaksa menyokong DAP kerana peranan licik parti perkauman Cina itu yang terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun PKR yang menjadi parti minoriti tidak layak lagi mengetuai barisan pembangkang dalam Parlimen.
Apatah lagi DAP seringkali menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kelak, sesuatu yang sehingga kini tidak pernah disuarakan oleh PAS.
Persekongkolan PKR-DAP dalam isu-isu penting seperti calon Perdana Menteri serta hukum hudud sepatutnya sudah cukup memberi kesedaran kepada pemimpin Pas bahawa mereka sudah ditipu hidup-hidup.
Jika Pas sudah hilang naluri kejantanannya mempertahankan Islam, elok sangatlah parti itu tutup kedai, gugurkan nama suci Islam dan serahkan semua kerusinya kepada PKR dan DAP
Barulah itu dilihat sebagai tanda hamba yang taat dan setia. TAKBIR !!!!
---Beruang Biru