SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Penyokong Pas Ditipu Tegakkan Negara Islam...Kah...Kah..Kah !!!

Rakyat terutama penyokong Pas sepatutnya sedar dan tidak lagi membiarkan diri mereka terus ditipu parti itu yang kononnya berjuang untuk menegakkan Negara Islam.
Hakikatnya tegas Ustaz Syahrin Jamaluddin, perjuangan Pas menegakkan Negara Islam bukan saja ditolak rakan pakatan mereka PKR dan DAP malah jika Pas bersendirian sekalipun mereka tidak mampu untuk melakukannya.
Fakta ini tegas beliau lagi didedahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin di mana sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang Pas tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen.
Ini dibuktikan Tan Sri Muhyiddin seperti dalam pilihanraya tahun 1969, Pas bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen.
“Memang jelas jika Pas menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, Pas tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik Pas ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999.
“Lebih malang lagi sekarang bila Pas mengadakan pakatan dengan DAP dan PKR pun, kedua-dua rakan pakatan itu siang-siang sudah tolak hasrat Pas malah untuk lantik Presiden Pas jadi Perdana Menteri pun DAP dan PKR tak mahu.  Inilah perkara atau fakta yang mesti disedar rakyat terutama penyokong Pas”, kata Ustaz Syahrin kepada UMNO-Online.
Ustaz Syahrin yang juga Ketua Pemuda UMNO Tebrau seterusnya menambah jika penyokong Pas berlapang dada sudah pasti mereka tidak menolak hakikat tersebut.
“Cukuplah selama 12 kali pilihanraya mereka diperdaya. Lebih dahsyat lagi kali ini Pas cuba berpakat dengan DAP dan PKR yang jelas menolak sebarang perjuangan untuk Negara Islam”, katanya. -MediaUMNO

Tiada ‘Restu’ DAP dan PKR, Buat Pas Seakan Fobia Terhadap Perjuangan Hudud

PARIT, 26 Nov – Apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh langsung perjuangan parti itu dalam melaksanakan hukum hudud dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas kali ke 58 baru-baru ini, ianya seakan menunjukkan Pas seperti sudah fobia dengan isu hudud yang mereka perjuangkan selama ini.
Kenyataan Hadi Awang yang nyata jauh berbeza dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib ini membuktikan  Pas ketika ini seperti tidak berani untuk memperjuangkan hudud kerana masih belum mendapat ‘restu’ dari rakan sekutu politik mereka.
Harun sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa secara umumnya pakatan pembangkang bersetuju hukum hudud dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Menurut Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria, (gambar) Pas sebenarnya telah hilang hala tuju dan matlamat sebenar mereka dalam memperjuangkan hudud hanya kerana takutkan rakan sekutu mereka. Sebab itulah mereka menukar perjuangan mereka kepada negara kebajikan.
“Jika kita lihat di dalam muktamar Pas baru-baru ini, mereka langsung tidak bercerita tentang perlaksanaan hudud sehinggakan ahli mereka sendiri menjadi keliru. Mereka sebenarnya hanya menggunakan isu hudud untuk menakut dan mengelirukan rakyat dan agar rakyat beranggapan buruk terhadap kerajaan sedangkan selama ini kerajaanlah yang telah banyak menjaga dan memelihara perjuangan agama Islam malah negara kita ini dikenali sebagai negara Islam contoh di mata dunia.
“Jika kita kaji semula, di dalam dokumen buku jingga dan manifesto mereka juga tidak disebut langsung untuk melaksanakan hudud. Ini jelas membawa makna Pas takut dan fobia untuk terus bermain dengan isu hudud. Mereka risau sekiranya terus bercakap pasal perjuangan hudud, mereka akan hilang aras sokongan daripada DAP dan PKR,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Nizar, selama ini Pas bermain dengan isu hudud hanyalah satu dogengan semata demi mendapatkan sokongan rakyat khususnya orang Melayu supaya rakyat terpengaruh dan memberikan sokongan kepada mereka.
“Kita lihat selama ini mereka terus mendesak kerajaan pusat melaksanakan hukum hudud tetapi sekiranya kerajaan pusat bersetuju melaksanakan hudud, adakah mereka sendiri bersedia melaksanakan hudud kerana mereka sendiri belum mendapat ‘restu’ daripada DAP dan PKR.
“Saya percaya mereka tidak akan berani melaksanakan hudud walaupun mendapat persetujuan daripada kerajaan pusat selagi DAP dan PKR tidak memberi persetujuan,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Semakin Dekat PRU, Semakin Kelam Kabut Pakatan Rakyat

Sepertimana yang dijangka oleh para pemerhati politik, semakin dekat dengan PRU, semakin kelam kabut Pakatan Rakyat jadinya.
Sebelum ini semua pihak di dalam PR menerima baik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri serta mengiakan saja apabila Buku Jingga mengambil-alih hudud atau Negara Kebajikan menggantikan Negara Islam. Berbagai-bagai kenyataan dibuat oleh pemimpin-pemimpin PR untuk menjustifikasikan keputusan yang diambil secara ‘sepakat’ ini.
Malangnya, PR bukan sebuah parti yang wujud atas satu pendirian yang sama.  Setiap dari parti sekutu PR berdiri atas pentasnya sendiri, dengan setiap pemimpin tertingginya mengimpikan singgahsana masing-masing.  Penyokong masing-masing pula berpegang kepada keyakinan bahawa parti merekalah yang lebih kuat, yakni mendominasi Pakatan Rakyat.
Pengundi Cina percaya bahawa DAP menguasai PAS dan hanya kerana itu mereka berani memberi sokongan kepada DAP.
Penyokong PAS pula berusaha memaksa diri untuk percaya yang DAP tidak akan menguasai PAS dan PAS juga tidak mudah dikuasai kerana itu mereka terus menyokong PAS.  Lagipun, mereka gusar tidak dapat masuk syurga jika tidak menyokong PAS.
Manakala, penyokong PKR pula percaya yang kedua-dua DAP dan PAS pasti tunduk kepada Manusia Hebat Luarbiasa Anugerah Tuhan, iaitu Anwar Ibrahim dan kerana itu mereka terus mengabdikan diri kepadanya dengan harapan agar mendapat satu dua projek atau sebijik dua Ferrari bila beliau menjadi PM nanti.
Justeru, untuk sementara, PR berada dalam tenang dan stabil bersandarkan senario di atas.  Namun, segala-galanya kini berubah selepas Muktamar ke-58 PAS.
Muktamar tersebut mendedahkan bahawa penyokong-penyokong  PAS telah tersedar yang DAP menguasai pemimpin mereka dari luar dan PKR pula telah menguasai mereka dengan cara menyelinap terus ke atas.  Lalu, pemberontakan dalaman dan tekanan untuk melihat PAS menguasai diri dan juga PR, mula terserlah.  Ini diterjemahkan dengan melonjakkan nama Hadi Awang sebagai PM sekali gus menolak Anwar Ibrahim.
Kesemua pemimpin PR cuba meremehkan tindakan akar umbi PAS sebagai sebuah impian atau harapan semata-mata dan tidak semestinya diambil-kira. Maka, berguraulah Mat Sabu konon sekiranya kedua-dua Hadi dan Anwar kalah maka beliau juga boleh jadi PM.
Tidak mustahil Mahfudz Omar juga ada memasang angan-angan untuk menjadi PM berdasarkan senyum simpulnya ketika kelu ditanya pemberita mengenai siapa yang disokongnya sebagai PM.
Malah, saranan Tun Mahathir bahawa Karpal Singh yang paling layak juga tidak wajar diketepikan begitu saja.
Karpal sudah lama berjuang dan cukup konsisten dalam menyatakan pandangan terutama dalam menolak hudud dan Negara Islam.   Cuma satu saja yang Karpal tidak konsisten iaitu dahulunya beliau menghentam Anwar tetapi kini beliau pula yang membela dan menjulang Anwar.

Namun, jangan lupa, jika Karpal dianggap layak, maka apa kurangnya Lim Kit Siang?   Bukankah beliau lebih layak sebagai PM di Negara bermasyarakat majmuk ini kerana beliau telah berpengalaman secara langsung dalam ‘menangani’ masalah perkauman ketika tragedi 13 Mei.
Dan jangan kita lupa juga pada Nik Aziz yang dianggap wali keramat serta berhak menghukum manusia lain dengan hukum Allah SWT. Lagipun, bukankah hanya Ulama saja yang layak memerintah, bak kata orang PAS? .. err..suatu ketika dahululah..
Rata-rata pemimpin PR nampaknya mengelak untuk mengecam saranan akar umbi PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM.  Malah, Anwar sendiri mengelak untuk memperbesarkannya.
Mungkin Anwar yakin yang tidak mungkin PAS mampu mengenepikannya bagi jawatan tersebut.  Mungkin juga DAP yakin yang siapapun menjadi PM, mereka tetap akan menjadi dalang di belakangnya.  Justeru, masing-masing hanya memberi komen umum tanpa kepastian yang tuntas tentang siapakah bakal PM jika PR menang PRU.
Dengan mengambil sikap mengelak dan membisu atau memberi respon umum, maka PR meletakkan penyokong-penyokong mereka dalam keadaan berharap sementara pengundi atas pagar pula dibiarkan dalam keadaan keliru dan kabur.  Seolah-olah jawatan PM bukan sesuatu yang penting dan boleh dibincangkan semula selepas menang nanti.
Sedangkan, jawatan PM adalah tonggak utama bagi meletakkan keyakinan rakyat kepada PR.  Dari jawatan itu, barulah dapat dibayangkan ‘rupa paras’ kabinet PR dengan lebih jelas, serta hala tuju negara di bawah pemerintahan mereka.
Ini kerana, jika PMnya Anwar, maka Malaysia akan dibawa ke arah liberalisme, jika Kit Siang atau Karpal maka Malaysian Malaysialah jadinya dan jika Hadi Awang maka Malaysia akan menjadi negara Islam konservatif.
Kita perlu ingat bahawa PR bukan seperti BN yang mana parti-parti komponennya berpegang kepada aspirasi yang sama, menjunjung perlembagaan dan kedaulatan Raja-raja.  Pun begitu, jawatan PM bagi BN tetap penting, apatah lagi bagi PR yang caca-marba aspirasinya.
Dengan meremehkan isu jawatan PM, semakin terserlahlah sikap PR yang melihat politik sebagai perkara main-main iaitu sekadar satu perlumbaan merebut kuasa.
Siapa yang paling bijak mengatur langkah, maka dialah yang berjaya.  Hala tuju negara atau nasib rakyat adalah tiada kena mengena sama sekali dengan permainan mereka.
Mr Beruang Biru

Hadi Nak Jadi PM? Langkah Mayat Anwar Dulu…

Ramai pemerhati politik tersenyum sinis apabila Dewan Ulamak PAS serta para perwakilan di Muktamar PAS Ke 58 tempohari bersungguh-sungguh menyarankan  Abdul Hadi Awang dilantik sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13.
Maka kembanglah hati seketika sebahagian ahli dan penyokong PAS yang hadir, tanpa menyedari saranan tersebut akhirnya hanya akan dibakul sampahkan oleh PR sama seperti nasib yang dialami oleh manifesto negara Islam dan hudud PAS.
Bagi yang celik akal pastinya tahu saranan sedemikian hanyalah sekadar propaganda untuk menyedapkan hati ahli dan penyokong PAS yang kian merasakan mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk memenuhi cita-cita politik Anwar Ibrahim.
Namun bagi ahli dan penyokong PAS yang totok balaci setaraf keldai, mainan propaganda itu cukup untuk membuatkan mereka lebih teruja dan bersemangat dalam menempuh liku-liku PRU 13 kelak.
Selama ini umum mengetahui PR sejak lama dulu sudah muktamad mempotretkan Ketua Umum PKR adalah calon PM yang paling layak, kini bila tiba-tiba sahaja PAS tampil dengan saranan calon PM dari puaknya, tentulah menggelikan hati ramai.
Tambah menggelikan hati lagi bila mana ketika di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Stadium Sultan muhammad ke IV Kota Bharu pada malamnya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula secara terbuka mengumumkan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon muktamad PR sebagai PM.
“Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam,” demikian kata Lim Kit Siang tanpa sedikitpun rasa segan dengan para pemimpin PAS yang menjadi tuan rumah bagi majlis himpunan itu beberapa malam lepas.
Tak perlu pemimpin BN bersuara mempersoalkan atau mempertikaikan kesungguhan PAS untuk menobatkan Presidennya sebagai calon PM, sebaliknya Pengerusi DAP sendiri yang dengan selambanya menolak hadi jatuh terduduk dan malu sendiri.
Hanya berselang beberapa puluh jam sahaja, tembelang propaganda PAS pecah. Lagi mengharukan pengumuman oleh Lim Kit Siang itu dibuat dihadapan ribuan penyokong PAS dan di kubu kuat PAS sendiri. Mana Hadi nak letak muka?
Betullah kata beberapa orang pemerhati politik yang menghadiri Muktamar PAS di PUTIK Pengkalan Chepa tempohari, katanya, saranan PAS untuk meletakkan Hadi sebagai calon PM seumpama menyuruh Hadi melangkah mayat Anwar.
Sebagaimana PAS tak berani untuk melangkah mayat Karpal Singh ketika kecoh isu negera Islam suatu ketika dulu, sama saja kini PAS mahupun Hadi tidak mungkin berani menonjolkan kejantanannya bila timbul isu calon PM yang sudah lama menjadi buruan peribadi Anwar Ibrahim.
Akhirnya, PAS sekali lagi membuktikan pada khalayak hakikatnya mereka hanyalah setakat layak menjadi pencacai dan balaci. Tidak lebih dan tidak kurang. Itulah nasib sang keldai dan lembu tunggangan, wajib taat pada tuannya. 
Abang Lebai Kassim

Pas Diminta Berhenti Bohongi Ahli & Rakyat

Pas dilihat sanggup mengorbankan prinsip perjuangan mereka untuk menegakkan negara Islam dan secara berterusan membohongi ahli dan rakyat tentang usaha mereka untuk menegakkan negara dan undang-undang Islam di negara ini semata-mata demi kepentingan kuasa dan politik mereka.
Justeru itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin meminta agar kepimpinan Pas supaya berhenti dari berbohong kepada ahli-ahli parti mereka serta rakyat, tentang usaha mereka untuk mendirikan negara Islam dan melaksanakan undang-undang hudud di negara ini.
“Pada 18 Disember 2009, secara sedar kepimpinan tertinggi PAS menandatangani perjanjian persefahaman pakatan antara DAP dan PKR di mana di dalam perjanjian tersebut, sekiranya Pakatan Pembangkang menguasai kerajaan, negara Islam, hudud, Qisas dan takzir tak ada dalam agenda. Mereka sedar tentang perkara itu tetapi kepimpinan PAS tetap menandatangi perjanjian tersebut.
“Saya antara orang yang menyaksikan perjanjian tersebut. Saya tahulah tentang perkara itu. Bahkan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang  berulang kali mengatakan bahawa persepakatan antara PAS, DAP dan PKR tidak termasuk agenda Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam!.
Sebab itu kata beliau lagi, ahli-ahli PAS perlu membuka mata bahawa segala agenda hudud dan perlaksanaan negara Islam yang diperkatakan saban hari oleh kepimpinan PAS, tidak akan menjadi realiti sekiranya ditakdirkan Pakatan Pembangkang berjaya menguasai pusat pentadbiran Putrajaya.
“Pada saya, ahli-ahli PAS akar umbi dibohongi oleh kepimpinannya sendiri. Sebab itu saya pernah buat kenyataan supaya ahli PAS untuk mendesak mengadakan satu muktamar agung khas untuk membentangkan betul-betul apa perjanjian dan isu-isu berkenaan hal hudud dan perlaksanaan negara Islam.
“Kepimpinan PAS perlu dedahkan kepada ahli akar umbi bahawa di dalam Pakatan Pembangkang bahawa hudud dan negara Islam tidak ada dalam agenda sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU yang akan datang ini. Beritahu pada ahli, bahawa Anwar saebagai ketua pembangkang, berpendirian bahawa tidak akan perlaksanaan hudud dan negara Islam sekiranya mereka berkuasa,” tegasnya lagi.
Tambahnya lagi, sekiranya perkara itu sudah didedahkan kepada ahli akar umbi, maka terpulanglah kepada ahli akar umbi samada untuk menyokong atau tidak keputusan berkenaan isu hudud dan perlaksanaan Islam sepertimana yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi ke tiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang.
“Kalau mereka dah tau tentang hal itu, tetapi mereka mahu menyokong juga terpulanglah pada mereka. Apa yang penting, kepimpinan PAS perlu memberitahu secara telus dan jujur tentang pendirian dan perjanjian di dalam Pakatan Pembangkang di dalam isu hudud dan perlaksanaan negara Islam, “ jelasnya.
Beliau juga meminta agar rakyat khususnya ahli PAS agar tidak membuat kesilapan seperti mana yang pernah dilakukan olehnya dan rakan-rakan yang mana secara sembrono dan membabi buta menyokong Anwar Ibrahim.
“Kita kena periksa dululah, samada apa yang kita dengar itu betul atau tidak. Jangan ulang lagi kesilapan saya dan kawan yang menyokong tanpa usul periksa. Hari ini apabila saya mula meneliti dan memeriksa dengan lebih mendalam, semakin lama semakin jelas, begitu banyak benda-benda yang tidak betul berlaku,” katanya. -MediaUMNO

Masa Depan Negara Tidak Boleh Diperjudikan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya tidak memperjudikan masa depan negara dengan cuba memberi sokongan kepada pembangkang sebaliknya terus bersama Barisan Nasional (BN) demi menjamin masa depan.
Beliau berkata kerajaan BN sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam mentadbir negara sejak 55 tahun lepas berbanding pakatan pembangkang yang dilihat semakin ‘bersimpang-siur’ dan ‘cacamarba’ dalam pentadbiran mereka.
“Masa depan tidak boleh diperjudikan,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN semasa berucap pada majlis perjumpaan khas anggota jentera pilihan raya BN Pagoh.
Timbalan Perdana Menteri berkata di ‘musim kilang-kilang fitnah bekerja 24 jam’ ketika ini, rakyat diminta supaya jangan sesekali bersifat ingin mencuba nasib dengan menyokong pakatan pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak ditepati.
“Dia (pembangkang) janji macam-macam. Kata boleh buat lebih baik dari kita (BN) tetapi tidak boleh. Mereka tidak sepakat, jadi, bagaimana hendak tubuh kerajaan.
“Hari-hari ada berita dari Selangor. Bukan BN hendak bohong tetapi bila ditanya, mereka (pembangkang) tidak dapat jawab,soal air di Selangor, saya hendak lihat bagaimana Selangor menyelesaikan masalah itu,” tegasnya.
Mengenai jentera pilihan raya BN Pagoh, Muhyiddin menasihatkan jentera di 46 Pusat Daerah Mengundi itu supaya bekerja keras demi mencapai kemenangan.
Matlamat BN untuk mendapat majoriti lebih besar pada pilihan raya umum akan datang akan tercapai sekiranya anggota jentera mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan, katanya.