SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

PAS Hanya Penumpang Kelas 3 Dalam Pakatan Pembangkang

Pas bukan sahaja merupakan penumpang kelas ketiga dalam pakatan pembangkang, malah mereka ibarat melukut di tepi gantang… masuk tak lebih, keluar tidak kurang… tiada lebih baik. .Itulah ibaratnya parti Pas dalam pakatan pembangkang kini akibat daripada melacurkan perjuangan mereka semata-mata memuaskan nafsu politik Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, ujar Mursyidul Am Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mat Arip.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang ketika ini.
Manakan tidak tegasnya, selama ini hanya Pas yang menwar-warkan mahu melantik Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti.
Namun sayangnya, hasrat mereka ini tambah beliau lagi tidak pernah di sokong oleh DAP mahupun PKR, malah kedua parti berkenaan  tidak pernah sesekalipun menyebut mahu melantik Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.
:Hanya nama Anwar dan Lim Kit Siang sahaja yang pernah disebut-sebut untuk mengisi jawatan Perdana Menteri. Sebenarnya bukan sahaja hasrat Pas melantik Hadi Awang menjadi Perdana Menteri ditolak, perjuangan Pas dalam hudud juga tidak dilayan DAP dan PKR. Mana ada hudud dimasukkan ke dalam buku Jingga malah perjuangan mereka memartabatkan agama Islam juga akhirnya terpaksa ditukar kepada kebajikan.
“Jelas sudah Pas telah melacurkan perjuangan mereka semata-mata untuk kuasa politik. Mereka tidak kisah kalau dihina asalkan dapat menjatuhkan UMNO. Oleh itu, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Pas kerana di situlah tempat selayaknya untuk mereka.
“Memang selayaknya mereka dihina dalam pakatan pembangkang kerana mereka tidak mempunyai pendirian teguh walaupun hakikatnya Pas adalah parti yang terdahulu daripada DAP dan PKR,” ujar Zahid. - MediaUMNO

Jasa Terbesar Pas Memecah Belahkan Ummah

“Dalam ucapan pemimpin UMNO (semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa UMNO selama ini. Apakah UMNO sahaja yang berjasa? semacam UMNO sahaja yang berjasa.”
“Pas di Kelantan pun banyak jasa,” itu kata Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan yang paling banyak menabur jasa air liur untuk rakyat Kelantan.
Nik Aziz yang baru sahaja sedikit sihat selepas terkena serangan jantung nampaknya tidak dapat menahan diri dari membuka mulut apabila Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak bercakap perihal jasa dan khidmat bakti UMNO dan BN kepada rakyat.
Marah benar Nik Aziz bila jasa dan bakti UMNO menjadi sebutan ramai, tambah membara kemarahannya bila sekelumit zarah pun orang ramai tak berminat memperkatakan jasa Pas untuk agama, bangsa dan negara.
Nak buat macam mana? Dulu hingga sekarang rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu Islam sudah lama tercari-cari apa bagusnya Pas berbanding UMNO, namun tak ketemui kecuali yang banyak kelihatan ialah ceramah politik sambil meminta derma dari rakyat, itu sahaja.
Hakikatnya bila dihitung jasa UMNO & BN jika dibanding dengan jasa Pas, memang jauh langit dengan bumi. Bermula dari hal-hal memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah memartabatkan Islam, semuanya datang dari usaha UMNO.
Hatta dalam bab mengangkat imej dan maruah sukan bolasepak Kelantan pun terhasil dari daya usaha UMNO dan pemimpinnya, nak harapkan Nik Aziz dan Pas jenuhlah siang malam dihidangkan dengan ceramah politik saja, mana mahunya ada kemajuan.
Namun tak dinafikan, Pas di Kelantan pun ada juga jasanya misalnya dalam hal-hal menyemarakkan perpecahan orang Melayu Islam sama ada di kampung-kampung mahupun di bandar-bandar.
Jasa sebegini memang sudah terbukti tak dapat ditandingi UMNO, bukan sahaja kerana UMNO tidak berminat mempraktikkannya malah juga kerana hal-hal perpecahan ini sudah mutlak milik Pas.
Lahirnya Pas itu sendiri hasil dari memecah belahkan perpaduan ummah dengan keluar dari jamaah tatkala UMNO dan orang Melayu Islam sedang di saat genting memperjuangkan kemerdekaan.

Dek kerana sikap pemimpin Pas yang kemaruk mengejar kuasa dan tidak dapat menerima kekalahan di tangan Tunku Abdul Rahman sewaktu pemilihan Yang Dipertua UMNO (Presiden), akhirnya pemimpin Pas mengambil keputusan keluar dari parti dan menubuhkan Pas pada 1951.
Alasan yang berselindung disebalik perjuangan Islam digunapakai untuk melemahkan kekuatan UMNO, maka gembiralah penjajah British dengan kewujudan Pas kerana percaya dengan adanya Pas bakal melambatkan proses kemerdekaan yang dituntut oleh orang Melayu Islam.
Pemimpin Pas ketika itu tanpa mengambil kira masa depan orang Melayu Islam telah menyebarkan fahaman “apa guna negara merdeka jika sebatang jarum pun orang Melayu tidak reti buat,” dalam usaha mereka untuk memperlekehkan perjuangan kemerdekaan yang dituntut oleh UMNO.
Alhamdulillah, niat jahat British yang mengambil kesempatan dari kewujudan Pas tidak menjadi kenyataan, jika tidak sekarang ini kita mungkin masih lagi menjadi sebahagian dari jajahan British ataupun sudah termasuk dalam jajahan Melayu Raya Indonesia yang berpegang pada fahaman sekular pancasila.
Selepas negara kita merdeka Pas sepertinya tidak berpuas hati lagi, berikutan itu disebarkan pula fatwa karut politik konon sesiapa saja yang menyokong Perikatan (UMNO, MCA & MIC) hukumnya kafir, impaknya menyebabkan banyak ikatan persaudaraan antara orang Islam tergugat.
Hari ini Pas yang merupakan sebahagian dari pakatan pembangkang sibuk pula mahu menjatuhkan Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO konon atas nama membanteras kezaliman. Walhal selama Pas bersama Pakatan Rakyat, segala kesucian Islam dan hak orang Melayu hampir ranap dikerjakan dek kerana terikut kehendak DAP.
Kalimah suci Allah s.w.t diperdagangkan untuk undi orang Kristian, akidah Islam digadai konon atas nama kebebasan agama manakala beribu ekar tanah di Kelantan pula kini diserah milik untuk kepentingan kroni terutama Cina DAP dan Cina Singapura.
Dan kini Pas melalui adik Nik Aziz yang bernama Nik Razi pula mempropagandakan doa politik meminta Allah s.w.t menghancurkan saudara seagama dalam UMNO dihancurkan sama seperti Namrud dan Firaun.
Sahihlah nawaitu kewujudan Pas atas muka bumi ini lebih membawa kepada perpecahan sesama saudara seagama bernading menyeru kepada secara hikmah ke arah kesedaran dan perpaduan sesama Islam.
Langsung tak membawa manfaat untuk kepentingan Islam mahupun umatnya.
Justeru itu, diharapkan Nik Aziz usahlah terlalu marah atau berang tak ketepian bila jasa bakti Pas untuk kebaikan orang Melayu Islam amat jarang diperkatakan ramai.
Sekurang-kurangnya jasa dan trademark Pas sebagai pemecah belah ummah ramai juga orang ingat, tak begitu?
ManToba Akashah

Antara Kejayaan UMNO Dan Mimpi Pas

Rakyat kini sedar warna politik yang dipakai oleh Pas, sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam dan penubuhan Negara Islam sebagai objektif utamanya.
Tetapi adakah ini sebenar parti itu atau adakah Pas mempunyai agenda terselindung yang lain?
Bolehkah rakyat mempercayai pengakuan Pas sebagai sebuah parti yang memakai nama Islam atau perlulah rakyat menilai parti itu melalui tindak tanduknya samada ia selari dengan hasrat dan cita-cita yang dilaungkan?
Persoalan ini rasanya perlu ditanya setiap rakyat sebelum mereka yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, tergerak untuk memangkah parti itu pada kertasnya.
Implikasinya besar kepada rakyat malah kepada negara jika tersilap undi parti yang ingin diamanahkan mengangkat martabat serta menjaga urusan pentadbiran negara.
Takut-takut nanti apabila dipilih parti tertentu umpamanya Pas, lebih khabar daripada rupa pula.
Jadi amat perlu dinilai perjuangan Pas kebelakangan ini sama ada berlandaskan apa yang tertera di dalam perlembagaan parti itu sejak penubuhan pada tahun 1951 atau ia telah berubah menjadi satu organisasi siyasah yang amat berbeza sekali dengan yang asli.
Berbeza dengan UMNO yang sebagai sebuah parti Melayu terbesar sejak terasas pada tahun 1946.
Perjuangannya amat jelas – Melayu dan Islam – agenda memartabatkan Melayu ingin diperjuangkan manakala syiar Islam diperkukuh dan dilindungi sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.
Hasil perjuangan UMNO daripada dua matlamat utama itu juga jelas dan bukan samar-samar seperti Parti Al Islam Semalaysia atau Pas.
Sejak merdeka, bangsa Melayu di bela dan kebajikan mereka dijaga.
Menyingkap sekelumit sahaja hasil perjuangan UMNO akan menyedarkan rakyat apa yang telah dilakukan oleh parti itu untuk memperkasa agenda Melayu.
Dalam bidang pendidikan umpamanya, tanyalah mana-mana ibu bapa  Melayu atau saudara mara yang berkait dengan mereka, anak Melayu mana yang tidak pernah mendapat sentuhan perjuangan suci serta jihad UMNO?
Lihat sahaja statstik akan mengejutkan orang Melayu di mana berpuluh puluh ribu anak Melayu berjaya melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.
Sementelahan itu berpuluh puluh ribu pula anak bangsa terutamanya dari kawasan luar bandar, kampung dan desa diberi peluang mendapat pendidikan di berpuluh puluh Maktab Rendah Sains MARA Sekolah Menengah Sains, Sekolah Sukan dan lain-lain.
Bagi anak-anak Melayu yang tercicir daripada sistem pendidikan pengajian tinggi pula, kerajaan yang ditunjangi UMNO masih membuka peluang dan diberi harapan kepada golongan ini dengan membina pusat-pusat Giat Mara, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, serta Kolej Komuniti yang berselerak di seluruh negara.
Dalam aspek Islam pula, rakyat boleh lihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana UMNO menjaga memuliaan Islam sejak merdeka.
Jika diconggok, berbilion ringgit telah dicurahkan untuk memartabatkan Islam dan umat Islam oleh kerajaan berteraskan UMNO sejak dari zaman Perikatan kepada Barisan Negara kini.
Daripada pembinaan masjid, madrasah dan surau hinggalah kepada mewujudkan Bank Islam, universiti dan kolej Islam, sekolah agama berasama penuh, mahkamah syariah, sistem pajak gadai Islam, Baitul Mal, Perkim, antara lainnya.
Tidak sedikit pula anak-anak Melayu dihantar ke universiti-universiti teragung Islam di luar negara seperti Al-Azhar untuk menceduk ilmu agama serta mengembangkan syiar Islam.
Jika dibuat perbandingan ringkas ini di mana letaknya kedudukan UMNO sebagai sebuah parti Melayu-Islam dan Pas yang mendakwa seolah-olah mempunyai matlamat yang sama?
Bukti dan hasil UMNO sudah terbukti dan tidak perlu dipertikaikan lagi, bagaimana pula dengan Pas yang melaung siang dan malam bahawa ia parti Islam tersohor?
UMNO tidak secara spesifik menyatakan untuk menubuhkan Negara Islam berlandaskan syariah namun segala apa yang telah dan sedang dilakukan untuk Islam menjurus kepada pentadbiran yang sarat dengan nilai-nilai dan prinsip Islam.
Pas pula sudah 61 tahun wujud setelah berpisah daripada induk UMNO sebagai parti serpihan tetapi apakah bukti kejayaan yang boleh dikemukakan olehnya?
Ada satu masjid atau universiti atau bank yang telah berjaya diasaskan atau dibina oleh Pas.
Rakyat telah memberi peluang mebih 20 tahun kepada Pas untuk memerintah negeri Kelantan tetapi sehingga sekarang tanyalah penduduk luar bandar mahupun bandar negeri itu samada mereka mendapat bekalan air bersih yang berterusan.
Jika dibuka paip air di Kelantan, hanya air berwarna tanah liat akan keluar dan mungkin inilah sebenarnya menjadi kebanggaan Pas yang berjaya menyediakan air keladak dan selut kepada rakyatnya.
Kebanggaan Pas hanya berlandaskan kepada ciri-ciri julukan nama negeri Serambi Mekah di Kelantan, slogan Membangun Bersama Islam, jihad fisabilillah, bertakbir, kalimat Islam pada nama parti dan oh ya terbaru, Negara Berkebajikan!
Mr Beruang Biru

Kalau Parti Anak Jantan, Pas Dicabar Jadikan Hudud Manifesto Pembangkang

Perwakilan UMNO dari Kelantan, Mohd Afandi Yusoff berkata, Pas perlu melaksanakan hudud di Kelantan terlebih dulu serta  menjadikan hukum hudud sebagai satu manifesto Pakatan Pembangkang pada  pilihanraya umum yang akan datang sekiranya parti tersebut benar-benar parti anak jantan.
Jelasnya, baru-baru ini perwakilan Pas bercakap tentang perlaksanaan hukum hudud di dalam muktamar parti tersebut sedangkan hakikatnya hukum hudud tidak termasuk di dalam agenda buku jingga yang menjadi pegangan Pakatan Pembangkang.
“Kalau benar Pas nak buat hudud, maka UMNO menyambut baik tentang hal itu. Jelas, bahawa hudud adalah hukum Allah dan kita sebagai umat Islam tentulah akur dengannya. Kalau benar Pas nak buat hudud, laksanalah dulu di Kelantan. Dulu mereka kata, jika menang dalam pilihanraya, sebelum ayam berkokok mereka akan laksanakan hudud, tapi kini sudah 22 tahun masih tidak ada sebarang usaha ke arah itu.
“Tapi hari ini, apabila Pas kata nak buat, mereka ditentang oleh DAP secara terbuka. Jika benar Pas ini parti anak jantan, kita cabar mereka untuk perjuangkan meletakkan hukum hudud agar termasuk di dalam manifesto Pakatan Pembangkang.
“Kalau itu pun tidak mampu mereka buat, maka Pas tidak lain hanya menjadi parti barua di dalam Pakatan Pembangkang,” tegas beliau ketika katanya ketika mencadangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 201.
Justeru itu, beliau meminta agar parti tersebut kembali kepada perjuangan asal mereka iaitu untuk menegakkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud dan bukannya tunduk kepada DAP dan PKR sehingga terpaksa mengubah perjuangan mereka dari Negara Islam kepada negara berkebajikan.
“Hari ini apa lagi yang umat Islam boleh harapkan pada Pas. Negara Islam tidak lagi menjadi perjuangan parti Pas. Mereka takut kepada DAP sebab itu mereka tukar kepada negara kebajikan. Bila perwakilan mereka sendiri bertanya apa pentafsiran atau huraian disebalik negara kebajikan, kepimpinan Pas tak mampu jawab.
“Bila perwakilan Pas desak agar parti tersebut kembali kepada perjuangan menegakkan negara Islam, kepimpinan Pas tidak mampu nak jawab. Bila Nurul Izzah kata Melayu bebas piliha agama, kepimpinan Pas kata itu perkara kecik! Jadi apa lagi yang boleh kita harapkan pada Pas untuk membela Islam, bangsa dan negara,” tegasnya. -MediaUMNO