SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

BN Terus Langkah Yakin, Manipulasi Isu Satu Persatu Makan Diri Pembangkang

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dianggap sudah terlalu hampir BN sentiasa yakin untuk mengekalkan tampuk kepimpinan kerajaan Persekutuan.
Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam melihat kepimpinan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sentiasa bergerak aktif dalam mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
“Pelbagai usaha dibuat oleh beliau yang bukan saja bersifat politik tetapi aspek sosial masyarakat diutamakan dari semua peringkat termasuklah di peringkat sekolah, golongan mahasiswa, belia, golongan berpendapatan rendah dan macam-macam lagi,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Ujar beliau, kesungguhan BN untuk menerajui kemajuan dan pembangunan masyarakat bukanlah dibuat dengan ayat-ayat politik tetapi ia dimanifestasikan melalui gerak kerja yang mantap dan berlangsung lancar biarpun diasak dengan pelbagai manipulasi dan fitnah dari pembangkang.
“Kita melihat bagaimana satu demi satu isu yang ditimbulkan oleh pakatan pembangkang memakan diri sendiri sebaliknya kepimpinan BN semakin mantap dan keyakinan menerajui pentadbiran untuk kesekian kalinya amat tinggi.
“Masyarakat menilai bagaimana isu kalimah Allah telah menjerat diri parti Pas sendiri apabila Timbalan Presidennya iaitu Mohamad Sabu menyatakan sokongan penggunaan kalimah Allah secara umum oleh penganut agama lain. Ini telah memberi kesan sehinggakan hampir keseluruhan orang Melayu tidak bersetuju termasuklah ulama tempatan dan mufti-mufti negeri malah Dewan Ulama Pas pun turut membantahnya.”
Katanya antara isu lain yang turut menjerat diri pakatan pembangkang sendiri adalah berkaitan Pemilihan Jawatankuasa Pusat DAP (CEC) yang kemudiannya diakui berlaku kesilapan sedangkan selama ini merekalah yang sering menuding jari menuduh kerajaan tidak telus dan sebagainya.
“Banyak isu yang dimulakan oleh pakatan pembangkang akhirnya memakan diri mereka sendiri sebagaimana kononnya digembar-gemburkan masyarakat India tidak mempunyai dokumen tetapi gagal dibuktikan, menuduh kepimpinan BN bersifat kroni dan rasuah tetapi yang terdedah rupanya kepimpinan pakatan pembangkang yang bersifat demikian sebagaimana isu pemberian tanah kepada pemimpin tertentu.”
Jelasnya, lebih dari itu, pakatan pembangkang cuba meniru manifestasi kerukunan dalam BN yang dianggotai oleh 13 buah kompenan parti dengan mereka sendiri berpakat antara DAP, Pas dan PKR tetapi malangnya sehingga ke hari ini mereka tidak mempunyai haluan yang sama apatah lagi untuk berdaftar sebagaimana BN.
“Dulu Pas menghina kepimpinan UMNO apabila menjalin hubungan dengan MCA dan MIC tetapi sekarang mereka menjilat balik ludah sendiri apabila mengadakan pakatan bersama DAP dan sanggup berkompromi untuk menjatuhkan kerajaan yang ditunjangi BN.
“Lebih teruk lagi, Pas bukan hanya berpakat tetapi turut menerima agenda DAP yang secara jelas menolak penubuhan negara Islam dengan menukar slogannya kepada negara berkebajikan; dan sekarang pula mahu membenarkan nama Allah digunapakai agama lain.”
Tambahnya, pakatan pembangkang semakin terjerat apabila formula untuk tiru BN tidak menjadi sebaliknya BN semakin mantap.
“Terbaru, pakatan pembangkang mengadakan himpunan kononnya atas nama kebangkitan rakyat tetapi dengan ruang yang dipilih iaitu Stadium Merdeka tidak akan dapat menandingi kejayaan UMNO semasa sambutan ulang tahunnya yang ke-66 tahun di Stadium Nasional Bukit Jalil.”
Katanya lagi, kepimpinan dalam BN sememangnya berada dilandasan yang tepat dalam usaha untuk mendapatkan kemenangan dalam PRU ke-13 akan datang.
“Dalam keadaan tersebut, semua pihak memainkan peranan yang sangat penting apatah lagi isyarat jelas telah diberi oleh Datuk Seri Najib untuk bersedia dan tidak alpa kerana PRU ke-13 ini adalah masa terpenting bagi mendapatkan mandat baru untuk BN menerajui negara.” - MediaUMNO