Penganalisa politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menyifatkan percanggahan
pendirian dan perbuatan kepimpinan Pas dalam melakukan perkara yang pernah
mereka fatwakan sebagai haram, sehingga sanggup mengkafirkan kepimpinan dan ahli
UMNO satu ketika dulu merupakan satu kifarah terhadap parti tersebut .
Jelasnya, hari ini dengan jelas bahawa Pas sendiri telah melakukan satu demi
satu perbuatan yang pernah mereka fatwakan sebagai haram satu ketika dulu.
“Saya yakin, rakyat sudah sedia maklum, melalui amanat Haji Hadi kepimpinan
Pas mendakwa bahawa UMNO kafir kerana mengekal sistem undang-undang penjajah.
Namun, baru-baru ini, Pas bersama kepimpinan Pakatan Pembangkang melalui Buku
Jingga bersetuju pula untuk mengekalkan undang-undang sedia ada yang mereka
katakan undang-undang penjajah sehingga sanggup melabelkan UMNO sebagai
kafir.
“Selain itu, UMNO juga pernah dikafirkan oleh kepimpinan Pas kerana
mengadakan kerjasama dengan parti-parti politik bukan Islam seperti MCA dan MIC
tetapi hari ini, mereka juga telah melakukan perkara yang sama, malah lebih
teruk apabila bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terang menentang
sebarang perlaksanaan undang-undang dan syariat Islam,” tegas beliau kepada
UMNO-Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, apabila dikritik, Pas memberikan alasan bahawa kerjasama
mereka dengan parti politik bukan Islam seperti DAP itu adalah sebahagian
daripada tahaluf siyasi.
“Jika begitu bermakna UMNO telah melakukan tahaluf siyasi lebih awal dari Pas
lagi. Bahkan tahaluf siyasi yang dilakukan oleh UMNO hari ini lebih baik
berbanding Pas di dalam Pakatan Pembangkang dan berjaya mengekal syiar Islam
serta membangunkan ekonomi dan pembangunan negara.
“Kepimpinan Pas juga pernah mengkafirkan UMNO kerana mendakwa UMNO
mengekalkan undang-undang penjajah dan mengadakan kerjasama dengan parti bukan
Islam, tetapi hari ini apa yang dilakukan oleh Pas amat bercanggah dengan
pendirian dan pegangan mereka sebelum ini,” ujarnya.
Jika dilihat daripada sudut pendekatan Pas hari ini, beliau menegaskan bahawa
tidak syak lagi bahawa parti tersebut mengamalkan kaedah pendekatan teori
Machiavelli di mana prinsipnya teori tersebut adalah matlamat menghalalkan
cara.
“Memang jelas bahawa Pas hanyalah memperalatkan agama dan menipu rakyat demi
untuk meraih sokongan untuk menawa Putrajaya. Apa yang Pas fatwakan sebagai
haram sebelum ini, hari ini mereka sendiri yang lakukan perbuatan ‘haram’
tersebut. Bila UMNO buat mereka kata kafir, tetapi bila mereka sendiri lakukan
tidak mengapa pula.
“Justeru itu, saya menyeru agar rakyat di negara ini, khususnya umat Islam
agar melihat apa yang dilakukan oleh Pas ini dengan mata dan hati yang terbuka.
Jika dilihat dengan pemikiran yang terbuka, kita akan nampak bahawa Pas hanyalah
mempergunakan agama untuk semata-mata untuk kepentingan politik mereka,” akhiri
beliau. -MediaUMNO



Betapa jijik dan kejinya pada mereka mereka tidak kiralah berapa besar pun Serban masing masing bila AGAMA jadi mainan Politik mereka...
ReplyDeletePenyokong PAS PUSS PISS mana nak buka mata hati mereka...PAS itu Agama mereka..Kalau Hj Hadi suruh makan tahi pun mereka main tahi..
ReplyDelete