SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Ubah Pendirian Berhubung Isu Kalimah Allah Bukti Pas Jahil – Pengasas Pondok



Tindakan Pas mengubah pendirian dan akhirnya akur dengan menyatakan bahawa kalimah Allah adalah khusus untuk Islam dan tidak boleh diguna agama lain membuktikan mereka jahil dalam agama.
Pengasas Pondok An-Najmiyah di Pengkalan Kubur, Kelantan, Abdullah Samah berkata tindakan itu juga membuktikan parti pembangkang itu kurang ilmu agama dan tidak layak menjadi pemimpin.
“Berkaitan wujud pihak yang nak membenarkan penggunaan kalimah Allah (oleh bukan Islam) dan kemudian kembali rujuk (ubah pendirian), membuktikan kepada kita mereka (Pas) ini jahil dalam agama, bagaimana mereka nak tegakkan Islam?.
“Bila dah ‘lekat celah pagar’ barulah nak rujuk kembali (ubah pendirian). Segalanya terbukti mereka ini celaru, (ilmu) politik tak cukup, (ilmu) agama tak cukup,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Abdullah mengulas keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas malam tadi yang memutuskan bahawa kalimah Allah hanya untuk Islam setelah didesak pelbagai pihak termasuk mufti-mufti negeri.
Beliau turut menyifatkan kerajaan BN, khususnya UMNO sebagai parti yang matang kerana berjaya membangun serta mempertahankan Islam sepanjang memerintah negara ini.
Sementara itu, Pengasas Pondok Madrasah Ulummudiniah Al-Osmaniah, Tanjung Kapur, Jitra, Sabri Osman turut menyatakan persetujuan beliau terhadap kenyataan Abdullah dan menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh dibiar kerana ia seperti menyekutukan Allah.
“Saya tidak setuju kalimah Allah ini diberi peluang kepada kafir lebih-lebih lagi diguna dalam bible kerana ia memberi peluang kepada mereka untuk mempersendakan Allah.
“Sesiapa syirik dengan Allah maka haram baginya masuk syurga. Kita kena mempertahankan, jangan benarkan kafir tindas agama Islam,” katanya. - Media Umno