SALAM PERJUANGAN

TERIMA KASIH KERANA MENJENGAH BLOG YEOP PARIT. KAMI BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Tahniah Drs Mohd Nizar Zakaria


Tahniah, Drs. Ustaz Mohd Nizar B. Hj. Zakaria (ADUN Belanja) di atas perlantikan sebagai exco Kerajaan Negeri Perak yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

 Prestasi Exco Perak Dinilai Setiap Tahun: DS Zambry


Prestasi sembilan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Exco) yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Raja Perak hari ini akan dinilai setiap tahun bagi memastikan khidmat terbaik dan berkesan dapat ditawarkan kepada rakyat negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah menitahkan prestasi setiap exco yang dilantik perlu dinilai pada setiap berterusan.
“Ini bermakna mungkin proses angkat sumpah juga akan dibuat pada setiap tahun berdasarkan kepada penilaian terhadap prestasi barisan exco yang dilantik,” katanya kepada pemberita di Ipoh.
Zambry berkata, dengan barisan exco yang dilantik itu, pihaknya berharap dapat meneruskan agenda membangunkan Perak di bawah gagasan Perak Amanjaya.
Malah gagasan yang merangkumi tujuh teras utama itu juga katanya, bukanlah asing bagi semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perak.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Pengerusi BN Perak, berkata pelantikan sebagai exco negeri Perak tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang istimewa sebaliknya merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul dengan sebaik-baiknya.
Pada majlis itu juga, Zambry mengumumkan beliau akan menjawat portfolio Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam.
ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
ADUN Kamunting, Datuk Mohamad Zahir Abd Khalid memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air.
Manakala ADUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO).
Mohd Nizar Zakaria yang memenangi kerusi DUN Belanja pada PRU-13 lalu dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia manakala ADUN Batu Kurau, Dr Muhammad Amin Zakaria dilantik memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.
Selepas lebih 10 tahun, Perak kembali mempunyai dua exco wanita iaitu ADUN Behrang, Datuk Rusnah Kassim yang dilantik memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional manakala Exco Puteri UMNO yang juga ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi diberi kepercayaan memikul tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan.
Difahamkan satu lagi jawatan exco dikosongkan untuk ADUN Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon, satu-satunya wakil MCA di negeri Perak.